Contoh Laporan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN MM KUMPULAN A5

a) Nama Program : Program Mentor Mentee Jelajah Taman Negara Pahang b) Tarikh Program : 5 Okt 6 Okt 2011 (Rabu & Khamis) c) Tempat Program : Taman Negara Pahang, Jerantut, Pahang d) Penganjur : Pusat Asasi UiTM Puncak Alam e) Kumpulan Sasaran/Peserta/ : Cik Noorazlina Adnan (Pensyarah Bertugas) Pensyarah bertugas Kumpulan A5 (Asasi Sains) seramai 27 orang f) Ringkasan Perjalanan Program (Rumusan mengikut tentatif keseluruhan program) Kami semua dikehendaki untuk berkumpul seawal 8.15 pagi di padang kawad. Miss Noorazlina telah memberikan sedikit taklimat ringkas tentang aktiviti yang bakal kami lakukan. Bas kami bertolak sekitar pukul 8.30 pagi dan kami telah sampai di lokasi program kami dengan selamat iaitu Taman Negara Pahang pada pukul 3.15 petang. Tempat penginapan kami ialah Liana Hostel. Tanpa melengahkan masa, kami segera bersiap untuk aktiviti kami yg pertama iaitu Rapids Shooting di mana kami menaiki bot panjang mengharungi Jeram Panjang dan bergerak ke perkampungan orang asli yg terletak di persisiran Sungai Tembeling. Berikut adalah gambar yang sempat kami tangkap.

Semasa berada di perkampungan orang asli, terdapat pelbagai pengatahuan baru yang kami perolehi. Orang asli ini digelar sebagai kaum Bateq. Mereka hidup berpindah randah atas sebab-sebab tertentu untuk memastikan kesejahteraan mereka. Abang Amin, iaitu pemandu pelancong kami menceritakan lebih lanjut tentang kehidupan orang asli ini.

Selain itu, abang Amin juga turut meminta agar salah seorang daripada kaum orang asli ini untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam menghidupkan api menggunakan bahan yang mudah diperoleh daripada alam sekitar dan juga cara-cara menyumpit menggunakan sumpit iaitu senjata yang digunakan oleh mereka untuk memburu.

Sebelum beredar daripada perkampungan orang asli ini, kami sempat merasa untuk berteduh di bawah atap buatan orang asli ini oleh kerana hutan amat lebat pada ketika itu.

Aktiviti kami pada malam itu pula ialah Night Walk di dalam Taman Negara. Kami dapat melihat pelbagai jenis serangga dan haiwan yang aktif pada waktu malam. Haiwan yang telah kami lihat antaranya ialah rusa, harimau, tapir dan macam-macam lagi. Kami telah berjalan lebih kurang 500 meter bermula dari pukul 8.30 malam sehinggalah tamat pada pukul 10 malam.

Pada 6 Oktober 2011 iaitu pada keesokan harinya, kami semua bersiap-siap untuk pergi ke Canopy Walk yang merupakan titian gantung yang terpanjang di dunia (550m) dengan ketinggian 45m. Ia juga merupakan tarikan utama para pelancong yang datang ke Malaysia. Sebelum tiba di titian gantung tersebut, kami telah berjalan sejauh 5 hingga 6km sambil mendaki ke Bukit Teresek. Pelbagai pengalaman manis yang berlaku sepanjang perjalanan kami. Sepanjang perjalanan kami juga, terdapat pemandu pelancong yang menerangkan kepada kami tentang jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di taman negara tersebut.

Akhirnya setelah 2 jam berjalan, kami tiba di titian gantung tersebut. Kami telah menaiki titian gantung ini sambil menikmati keindahan taman negara dari atas. Terdapat pelbagai gelagat yang dapat dilihat ketika kami menaiki titian gantung ini. Ada yang berani, takut, gayat dan macam-macam lagi.

Setelah puas menikmati keindahan taman negara dari atas titian gantung, kami pun beransur pulang ke hostel kami semula dan kami semua pulang dengan selamatnya pada pukul 1 petang. Sebelum beredar daripada taman negara kami telah menangkap satu gambar beramai-ramai untuk menggambarkan kepuasan kami.

Kami berangkat pulang dari Taman Negara Pahang pada pukul 2 petang dan tiba di UiTM Puncak Alam pada pukul 7 malam.

g) Kos Perbelanjaan (RM) : Untuk seorang = RM125 (program) + RM5 (insurans) h) Masalah/ kekangan yang dihadapi : Pada hari kedua, tiada air untuk digunakan di Liana Hostel oleh kerana masalah tangki air di kawasan tersebut. i) Kelebihan / Manfaat program : 1. Dapat memberikan pengalaman baru kepada peserta. kepada peserta 2. Melahirkan warga yang cintakan alam sekitar. 3. Menambahkan ilmu pengetahuan peserta tentang alam sekitar dan kehidupan orang asli. 4. Mengeratkan lagi hubungan antara mentor dan mentee. j) Cadangan penambahbaikan : Aktiviti ini harus dilakukan lebih kerap dan tempoh masa program program ini harus dilanjutkan sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam agar lebih pengetahuan dan pengalaman dapat diperolehi serta mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Disediakan oleh, Nama : Mohd Faris bin Mohd Arshad No. Matrik : 2011264012 Tarikh : 12 Oktober 2011

You might also like