Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Pendahuluan Malaysia dan Indonesia merupakan dua buah negara jiran yang rapat kerana kedua-dua buah negara

ini mempunyai sejarah tamadun yang telah lama wujud dengan kegemilangan yang menjadi penanda aras iaitu kerajaan-kerajaan Melayu seperti Srivijaya, Majapahit, Melaka, Johor Lama, Perlak dan Pasai. Namun begitu, akibat daripada perebutan antara dua buah kuasa besar telah menyebabkan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang telah menyebabkan Tamadun Melayu ini berpisah dan perjanjian ini juga merupakan agenda pecah dan perintah(divide and rule) pihak Barat. British dan Belanda telah melaksanakan strategi yang berasaskan kepada kepentingan ekonomi dan geo-strategik. Manakala faktor geo-politik merupakan faktor yang paling penting yang telah mencorakkan perkembangan sejarah peradaban yang selari antara Indonesia dan Malaysia kerana kedudukannya yang berhampiran.1 Hubungan yang rapat ini boleh dianggap seperti hubungan abang-adik dan juga boleh digambarkan seperti pepatah Melayu iaitu Air dicincang tak akan putus dan Biduk lalu kiambang bertaut kerana pertengkaran kebiasaan yang berlaku dalam hubungan kekeluargaan.2 Malahan pula, kedua-dua buah negara ini juga mempunyai rumpun bangsa, bahasa dan kebudayaan serta agama yang hampir sama. Bahasa Melayu yang muncul sebagai satu bahasa lingua franca semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka di Kepulauan Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan asas kewujudan bahasa Indonesia dari segi bahasa antara Malaysia dan Indonesia. Bahasa ini sekali gus menggambarkan identiti perhubungan kedua-dua buah negara ini.
1

Malaysia-Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun, Rohani Hj. Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (Political Managements and Policies in Malaysia) m/s 225 2 KERJASAMA DAN KONFLIK DALAM HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA, Ruhanas Harun (Malaysias Foreign Relations: Issues and Challenges) m/s 57

Dalam hubungan antarabangsa, kepentingan negara melebihi kepentingan persaudaraan. Ini menyebabkan negara-negara bersaing dan berusaha mencapai objektif masing-masing seperti kepentingan keselamatan, keutuhan wilayah, kekuatan ekonomi, dan pengaruh politik. Dalam mencapai objektif nasional ini, maka berlakulah pertembungan kepentingan antara negara yang seterusnya menyebabkan tercetusnya konflik-konflik yang disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan juga luaran. Walaupun begitu, hubungan dua buah negara jiran yang rapat ini telah melalui masa yang mencabar pada peringkat awal iaitu selepas mencapai kemerdekaan masing-masing. Ini adalah kesan setelah mendapat kebebasan daripada penjajahan yang banyak mempengaruhi hubungan luar mereka. Malaysia dan Indonesia cuba mengukuhkan hubungan persaudaraan di samping menyesuaikan diri dengan status negara merdeka dalam arena antarabangsa. Antara cabaran tersebut ialah dari segi perbezaan ideologi politik yang diamalkan oleh mereka yang kemudiannya membawa kepada kemunculan masalah-masalah lain dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.3 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang memimpin Malaysia selepas merdeka mengamalkan idologi politik demokrasi yang pro-Barat manakala Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno merupakan sebuah negara yang berideologikan fahaman nasional sosialis yang mirip kepada komunisme walaupun beliau menafikan perkara tersebut namun ia berasakan kepada pengaruh Partai Komunis Indonesia (PKI).4 Cabaran juga datang daripada politik, ekonomi, dan keselamatan Barat dirantau ini.5

Malaysia-Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun, Rohani Hj. Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (Political Managements and Policies in Malaysia) m/s 228 4 Ibid
5

KERJASAMA DAN KONFLIK DALAM HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA, Ruhanas Harun (Malaysias Foreign Relations: Issues and Challenges) m/s 58

Hubungan Pasca Konfrontasi Berasaskan senario hubungan kedua-dua negara pada penghujung tahun 1950-an dan awal 1960-an, dapat diperhatikan banyak perkara yang telah mencetuskan pergeseran di antara Malaysia-Indonesia. Kemuncak kepada senario tersebut ialah meletusnya konfrontasi pada tahun 1963 hingga 1966.6 Indonesia akhirnya mengisytiharkan konfrontasi ke atas Malaysia pada 20 Januari 1963 (CO 1030/1417, 21 Januari 1963).7 Sehari selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, iaitu pada 17 haribulan, Malaysia telah mengambil langkah memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia berikutan daripada keengganan negara tersebut mengiktiraf pembentukan tersebut. Dalam pada itu, Pengisytiharan Ganyang Malaysia oleh Sukarno dilancarkan sebaik sahaja Tunku berjaya merealisasikan penubuhan Malaysia.8 Sehubungan itu, kerajaan Malaysia meminta pertolongan daripada kerajaan Thai untuk menjaga kepentingannya di Indonesia manakala Indonesia meminta kedutaan Mesir di Kuala Lumpur untuk menjaga kepentingannya di Malaysia semasa ketiadaan hubungan diplomatik antara dua negara itu.9 Ekoran daripada konfrontasi ini, maka berlakulah rusuhan anti-Malaysia di Bandarbandar utama Indonesia seperti Jakarta dan Medan. Sebagai balasan daripada apa yang berlaku di Indonesia, demonstrasi anti-Indonesia juga diadakan di Kuala Lumpur. Selain daripada tindakan rusuhan dan memusnahkan harta-benda, kedua-dua kerajaan juga melakukan perang psikologi melalui radio dan akhbar.10

Malaysia-Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun, Rohani Hj. Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (Political Managements and Policies in Malaysia) m/s 233 7 Ibid m/s 235 8 Ibid m/s 236 9 KERJASAMA DAN KONFLIK DALAM HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA, Ruhanas Harun (Malaysias Foreign Relations: Issues and Challenges) m/s 59 10 Ibid

Hubungan yang telah terputus selama lebih tiga tahun telah dapat dipulihkan setelah tamatnya konfrontasi. Pada 31 Ogos 1967, Pejabat Perhubungan Malaysia di Jakarta dan Pejabat Perhubungan Indonesia di Kuala Lumpur telah menjalankan semua misi diplomatik antara kedua-dua buah negara.11 Dengan termeterainya Perjanjian Pemulihan Persahabatan itu, satu paradigma baru telah muncul iaitu pemikiran terhadap keperluan hubungan bilateral yang lebih erat dan diterjemahkan dalam konteks yang lebih luas iaitu bekerjasama ke arah mewujudkan hubungan serantau di kalangan negara-negara di Asia Tenggara.12 Sehubungan dengan pemikiran tentang keperluan perlu diwujudkan satu kerjasama antara negara yang lebih luas, ASEAN (Association of South East Asian Nations) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dalam Deklarasi Bangkok, di Bangkok.13 Ia diperkukuhkan lagi melalui pertubuhan IMT-GT iaitu sebuah kerjasama segi tiga yang melibatkan Indonesia, Malaysia dan Thailand dalam khusus bagi pertumbuhan ekonomi ketiga-tiga negara yang sekali gus memberikan manfaat kepada ASEAN.14 Pemulihan semula hubungan keretakan antara Malaysia-Indonesia memberikan banyak pengertian terhadap pengisian hubungan serumpun antara kedua-dua buah negara. Hubungan Malaysia-Indonesia pada masa kini juga boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk hubungan memakmurkan tetangga (prosper thy neighbor) yang membawa makna hubungan yang telah mewujudkan suasana win-win.15 Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa sebagai sebuah negara berjiran, konflik di antara kedua-dua buah negara mudah berlaku.16

11

Malaysia-Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun, Rohani Hj. Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (Political Managements and Policies in Malaysia) m/s 239 12 Ibid 13 Ibid 14 Ibid m/s 240 15 Ibid m/s 241 16 Ibid m/s 242

Isu-isu yang Menyumbang Kepada Kedinginan Hubungan Malaysia-Indonesia Tidak dapat dinafikan bahawa hubungan bilateral yang terjalin antara dua buah negara yang berasaskan ketamadunan Melayu ini akan menjadi dingin disebabkan beberapa isu hangat yang timbul. Kedinginan hubungan ini dapat dihidu sejak Malaysia dan Indonesia menjalinkan hubungan di peringkat awal lagi disebabkan oleh perbezaan politik dan diplomatik yang menyebabkan mereka tidak begitu mesra. Malaysia sendiri merasakan faktor-faktor ini adalah berpunca daripada isu politik dalaman Indonesia itu sendiri kerana terdapat perselisihan faham kerana beberapa isu yang menjadi duri dalam daging dalam hubungan mereka. Isu Politik Dalaman Indonesia (1957-1963)
[Bibit-bibit Pertelingkahan: kerjasama dan konflik dalam hubungan malaysia-indonesia, Ruhanas Harun Malaysias Foreign Relations: Issues and Challenges]

Salah satunya adalah isu Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia (PRRI) yang berlaku dalam bulan Februari 1958. Kumpulan ini adalah penentang kerajaan Indonesia yang dipimpin oleh Lt. Kol Ahmad Salleh dan Sjafruddin Prawiranegara dimana mereka telah mengisytiharkan sebuah Republik Indonesia yang baru dan melakukan pemberontakan kerana memperjuangkan keinginan pemimpin-pemimpin tentera Sulawesidan Sumatera untuk membebaskan wilayah daripada kerajaan pusat di Jakarta. Ia juga berkaitan dengan keadaan kemelesetan ekonomi Indonesia serta kadar inflasi dan beban hutang luar yang tinggi. Malaysia telah didakwa oleh Indonesia sebagai pihak ketiga yang terlibat dengan memberikan bantuan kepada pihak pemberontak dan menjadi proksi Barat bagi menjatuhkan kerajaan Sukarno.17

17

Malaysia-Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun, Rohani Hj. Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (Political Managements and Policies in Malaysia) m/s 232

Lagi satu isu adalah mengenai Irian Barat atau Dutch Papua New Guinea. Indonesia tidak mempersetujui pendirian Belanda yang menganggap Irian adalah kawasan yang berasingan dari Indonesia kerana orang Papua bukan daripada rumpun bangsa Indonesia serta mahukan penyelesaian berhubung kemerdekaan Irian mesti dibuat dalam pakej yang berasingan. Ini kerana Indonesia menganggap wilayahnya merangkumi semua tanah jajahan Belanda dari Sabang ke Marauke. Usaha Tunku Abdul Rahman memainkan peranan sebagai orang tengah dengan mengambil inisiatif ke arah mencapai penyelesaian masalah Irian hanyalah sia-sia kerana Indonesia mengecam dengan mengatakan beliau hanya melakukan usaha tersebut tanpa pengetahuan mereka walaupun beliau berjaya memujuk sehingga Belanda bersetuju bahawa isu ini diselesaikam melalui PBB. Namun begitu isu ini dapat diselesaikan walaupun banyak mengeruhkan hubungan bilateral Malaysia-Indonesia. Hubungan peringkat awal ini juga didorong oleh masalah-masalah lain yang timbul. Misalnya pada tahun 1957, Malaysia timbul rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Indonesia yang telah mengeluarkan satu dikri meluaskan perairannya ke Selat Melaka meliputi 12 batu tanpa rundingan dengan Kuala Lumpur. Selain itu, Malaysia juga membantah tindakan polis marin Indonesia yang sering menahan dan merampas hasil tangkapan bot-bot nelayan Malaysia dengan meminta agar mereka tidak lagi menggangu nelayan-nelayan tersebut. Tambahan pula, Dasar serantau antara kedua-dua buah negara yang mempunyai keserumpunan yang hampir sama ini juga amat berbeza kerana kerajaan Malaysia yang dipimpin Tunku berusaha memupuk persefahaman den kerjasama serantau untuk merapatkan lagi hubungan negara-negara rantau ini tetapi tidak bagi Sukarno yang beranggapan bahawa pertubuhan serantau ini hanya akan memberi peluang agar kolonialisme dapat diteruskan.

Isu-isu Keselamatan
PENINGKATAN KESELAMATAN BERSAMA MELALUI KERJASAMA DUAHALA MALAYSIA DAN NEGARANEGARA JIRAN: Ruhanas Harun [Kata kunci: Keselamatan, Kerjasama, Cabaran]

Bagi mengekalkan keamanan dan menjamin keselamatan negara, kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat adalah amat penting. Untuk itu, isu keselamatan harus dititikberatkan kerana ia juga merangkumi isu-isu yang bukan bersifat ketenteraan seperti keselamatan bukan tradisional yang kini merupakan satu komponen penting dalam politik antarabangsa. Malaysia dan Indonesia sendiri sangat popular dengan masalah keselamatan yang menjadi isu yang lebih luas merangkumi masalah seperti pelanunan, pendatang haram, penyeludupan senjata dan barangan, perdagangan manusia dan lain-lain bentuk jenayah rentas sempadan yang menimbulkan kebimbangan kepada pemerintah kedua-dua buah negara ini seterusnya menyebabkan keretakan hubungan bilateral. 1) Isu Sempadan Ia merupakan salah satu cabaran terbesar terhadap keselamatan negara apabila sukar untuk dikawal kerana Malaysia juga berkongsi sempadan secara langsung dengan empat negara serantau yang lain iaitu Brunei, Filipina, Singapura dan Thailand kerana ia berada pada kedudukan strategik iaitu terletak di tengah-tengah Asia Tenggara. Malaysia mempunyai sempadan darat dan maritim yang luas dengan Indonesia kerana negara jiran ini merupakan negara terbesar di rantau ASEAN kerana mempunyai jumlah penduduk yang ramai. Ini akan menimbulkan banyak masalah dari segi keselamatan sempadan. Selain itu, globalisasi menghasilkan masalah jenayah rentas sempadan (trans-national crimes) yang muncul dalam

pelbagai bentuk.18 Antara isu keselamatan tersebut yang menimbulkan kebimbangan kerajaan Malaysia ialah penyeludupan barangan terlarang dan manusia, kegiatan menyeludup dadah, jenayah siber (cyber crime), keganasan dan rompakan di laut. 2) Isu Pendatang Asing Isu kebanjiran pendatang asing di Malaysia muncul sejak sekian lama lagi dan ia bukanlah perkara baru dan ia nampak begitu ketara 1980-an apabila Malaysia mula menjadi tumpuan kepada rakyat Indonesia yang datang bekerja secara sah dan haram kerana tertarik dengan kemakmuran ekonomi dan keamanan negara ini. Perkara ini dianggap sebagai isu keselamatan kerana kehadiran mereka yang ramai dan tidak terkawal sering menimbulkan permasalahan dan ketegangan dalam hubungan Malaysia-Indonesia. Namun begitu Indonesia juga merupakan penyumbang besar kepada Malaysia kerana ia merupakan pengeksport sumber tenaga kerja terbesar kerana kehadiran mereka yang ramai adalah berdasarkan faktor push and pull dan merupakan sesuatu yang natural bukan sahaja kerana dua negara tersebut adalah jiran dekat dari segi geografi, tetapi juga mereka mempunyai persamaan dari segi sosial, etnisiti dan bahasa yang memudahkan integrasi pendatang dengan rakyat setempat disamping memberi manfaat kepada Malaysia sendiri terutamanya dari aspek ekonomi, peluang pekerjaan, hubungan ras dan sebagainya. Isu ini juga menjadi penghalang kepada aktiviti barter trade (perdagangan tukar barang) yang dijalankan antara dua buah negara ini kerana terdapat kapal-kapal yang digunakan dalam aktiviti ini sering membawa masuk Pendatang Tanpa Izin (PTI) ke Malaysia yang kebanyakannnya berlaku di negeri Sabah.19

18 19

Isu-Isu Keselamatan: Limpahan Ketidakstabilan Politik Dan Masalah Negara Jiran, Ruhans Harun m/s 21 PERDAGANGAN TUKAR BARANG MALAYSIA-INDONESIA: POTENSI DAN CABARAN, Ramli Dollah & Ahmad Mosfi Mohamad M/S 99

3) Isu penyeludupan dan pelanunan Selat Melaka menjadi jambatan penghubung antara Malaysia dan Indonesia dari segi sejarah, kebudayaan dan sentimen persaudaraan walaupun ia merupakan pemisah antara dua negara tersebut. Selain menjadi penyumbang kepada aktiviti ekonomi dan perdagangan, Selat Melaka juga merupakan laluan menyeludup masuk ke Malaysia oleh pendatang dari Indonesia. Walau pun aktiviti pelanunan di Selat Melaka tidak begitu tinggi seperti di perairan Borneo dan Laut China Selatan, namun ia masih menjadi satu isu penting bagi keselamatan Malaysia.20 Sejak akhir 1990-an, muncul satu bentuk pelanunan yang dinamakan sebagai kidnap for ransom yang melibatkan kumpulan bersenjata merampas kapal dan menculik pemerintah kapal yang dijadikan orang tebusan dalam rundingan dengan pihak berkuasa.21 Tambahan pula, ia memberi impak negatif terhadap aktiviti perdagangan tukar barang dengan menjadi halangan utama apabila kapal-kapal dijadikan sebagai alat untuk menjalankan penyeludupan. Misalnya dalam beberapa operasi yang dijalankan di sekitar Tawau pada Februari 2005 mendapati kapal-kapal tukar barang dijadikan sebagai pengangkutan utama untuk membawa barangan seludup minyak diesel ke negara Indonesia.22 Masalah-masalah lain yang boleh timbul ekoran daripada aktiviti ini adalah dengan cubaan penyeludupan membawa masuk senjata merbahaya yang seterusnya membawa kepada peningkatan ancaman lanun dan rompakan di laut. Masalah penyeludupan ini akan memberi kesan yang signifikan terhadap hubungan perdagangan antara Malaysia dan Indonesia seterusnya menimbulkan ketegangan hubungan dua hala antara negara.

20

Lebih kurang 10,000 kapal melalui Selat Melaka setiap tahun dan 40% daripadanya adalah kapal yang membawa muatan yang menumpahkan minyak, ballast water sewage and other solid waste. Malacca Straites Research and Development Centre, http://www.fass.upm.edu.my-masdec/web/straits.html 21 Mat Taib Yassin, Enhancing Regional Cooperation :Managing Maritime Security Challenges. ASEAN Navy Interaction Coference. Kota Kinabalu, July 4, 2003. 22 PERDAGANGAN TUKAR BARANG MALAYSIA-INDONESIA: POTENSI DAN CABARAN, Ramli Dollah & Ahmad Mosfi Mohamad m/s 97

Isu-isu Lain 1) Isu Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan Pertikaian yang menjadi kontroversi antara kedua-dua buah negara mengenai soal pertindihan tuntutan terhadap dua buah pulau tersebut selama 33 tahun ini akhirnya dibawakan ke peringkat antarabangsa apabila ia dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa The Hague (ICJ). Malaysia secara automatik menjadi negara anggota Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 1957 berhak menghantar sebarang pertikaian ke ICJ. Keputusan mahkamah pada 17 Disember 2002 telah menyerahkan kedua-dua pulau kepada Malaysia dengan Majoriti 16-1 mencatatkan sejarah dan pengalaman penting buat Malaysia di dalam mencari jalan penyelesaian secara aman bagi konflik antarabangsanya. Di dalam kes ini, Malaysia telah diberikan hak kedaulatan keatas pulau-pulau tersebut berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di situ. Antaranya seperti mengawal pengutipan telur penyu yang telah dijalankan sejak tahun 1914 lagi oleh kerajaan Great Britain. Pada tahun 1933 pula, Malaysia telah mewujudkan taman perlindungan burung di Sipadan dan akhir sekali rumah-rumah api telah didirikan di atas pulaupulau tersebut oleh Kerajaan British Borneo Utara dan telah diselenggara oleh pihak berkuasa Malaysia. Mahkamah juga mendapati bahawa pada tahun 1962 dan 1963 kerajaan Indonesia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pembinaan rumah-rumah api di Pulau Sipadan dan Ligitan walaupun kerajaan Indonesia menganggap pulau-pulau tersebut adalah hak milik mereka. ICJ membuat keputusan memihak kepada kerajaan Malaysia kerana semua aktiviti yang telah dijalankan oleh Malaysia langsung tidak dibantah oleh Indonesia. Pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia tidak timbul sekiranya kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan

10

British yang telah menetapkan garis sempadan kedua-dua negara itu. Dibawah adalah penentuan sempadan antarabangsa Malaysia-Indonesia berasaskan kepada konvensyen-konvensyen dan perjanjian berikut: Boundary Convention London, 20 June 1891: A Convention between Great Britain and The Netherlands, defining the boundaries in the island of Borneo Boundary Agreement London, 28 September 1915: An Agreement between United Kingdom and The Netherlands, relating the boundary between the State of North Borneo and The Netherlands possessions in Borneo, with Map Boundary Convention The Hague, 26 March 1928: A Convention between United Kingdom and The Netherlands, respecting the Delimitation of the Frontier between the States in Borneo and Netherlands Territory, with Map [ISU-ISU PERSEMPADANAN DAN PELANTAR BENUA: PERSEMPADANAN MALAYSIA-INDONESIA, JUPEM]

2) Isu Ambalat Insiden Ambalat merupakan perebutan wilayah minyak dan gas di antara Malaysia dan Indonesia pada awal 2005 di Laut Sulawesi. Kedua-dua belah pihak cuba menguatkan tuntutan mereka dengan menggunakan kekuatan ketenteraan menyebabkan kedua-dua buah negara ini berada dalam krisis. Pihak Indonesia sendiri mengakuinya apabila para pedagang menyatakan bahawa kes Ambalat dan pengawasan pihak tentera di wilayah laut tersebut mengacau kepada ketentuan kerjasama Sosial Ekonomi Malaysia Indonesia (Sosek Malindo).23 Antara kabupaten (daerah di Indonesia) utama yang menghadapi masalah ini ialah Kota Singkawang, Kapuas, Hulu, Sanggau dan Bengkayang.24 Malahan akhbar-akhbar utama Indonesia cuba mewujudkan

23

Di kalangan penduduk Indonesia dan Malaysia, hubungan mereka adalah sangat akrab. Bagi mengeratkan lagi hubungan ini, maka Sosek Malindo telah ditubuhkan. Namun, isu ini menyebabkan kerjasama ini sukar dilaksanakan. Empat Kabupaten di Kalbar Alamasi Masalah Tapal Batas Malaysia, Media Indonesia Online, dilayari di http://www.mediaindo. com (10.03.2005). 24 PERDAGANGAN TUKAR BARANG MALAYSIA-INDONESIA: POTENSI DAN CABARAN (Konflik Kedua Buah Negara), Ramli Dollah & Ahmad Mosfi Mohamad m/s 100

11

slogan-slogan yang berbau permusuhan misalnya Ganyang Malaysia siri II, Serang Malaysia dan beberapa slogan lain yang pastinya mampu mengundang masalah yang besar antara keduadua buah negara ini.25 Malaysia juga perlu menghentikan penggunaan istilah Ambalat kerana ia hanya merujuk kepada blok konsesi minyak Indonesia sebagaimana Malaysia menggunakan Blok Minyak ND6 dan ND7 Petronas di kawasan tersebut yang merupakan Laut Sulawesi.26

3) Isu Pembantu Rumah Secara keseluruhannya rata-rata rakyat Malaysia lebih selesa dengan mengupah pembantu rumah dari Indonesia kerana persamaan sosial dan bahasa yang memberi kemudahan dari segi komunikasi dan cara hidup. Rakyat Malaysia timbul rasa tidak senang hati apabila pihak Indonesia dilihat menekan kerajaan Malaysia dalam isu-isu berkaitan dengan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di negara ini. Contoh yang paling ketara ialah mengenai pembantu rumah Indonesia yang didera oleh majikan Malaysia. Walaupun ini bukan perkara yang biasa berlaku, akhbar-akhbar Indonesia sering memberi gambaran seolah-olah perkara ini adalah lumrah dan Malaysia seolah-olah memandang rendah terhadap rakyat Indonesia. Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Erman Suparno mengumumkan pemberhentian penghantaran

pembantu rumah dari negara tersebut untuk bekerja di Malaysia ekoran dari kes penderaan pembantu rumah rakyat Indonesia oleh majikan Malaysia

25 26

Ibid (Latar Belakang Hubungan Malaysia-Indonesia) m/s 85 Menangani pertikaian Ambalat: ARKIB 9/6/2009

12

4) Isu Jerebu Selain itu, hubungan ini juga turut dikekang oleh isu jerebu yang berlaku sejak 1980an yang bertambah serius sejak lewat 1990an sehingga ke hari ini. Fenomena jerebu ini berpunca daripada pembakaran hutan dan penerokaan tanah-tanah baru di Indonesia terutamanya di Kalimantan dan Sumatera. Akibatnya Malaysia dan beberapa negara jiran terpaksa menanggung akibatnya. Malahan keadaan menjadi lebih buruk apabila beberapa kawasan di negara ini (misalnya Sarawak) terpaksa mengistyiharkan darurat untuk mengelakkan berlakunya perkaraperkara yang tidak diingini. Oleh itu, buat pertama kali dalam sejarah Indonesia, Presiden Suharto, pemimpin tertinggi negara tersebut memohon maaf secara terbuka kepada para pemimpin ASEAN yang lain (termasuk Malaysia) di atas kejadian yang menimpa negara-negara jiran.27

Penyebab kearah Kedinginan Hubungan Tidak dinafikan bahawa rakyat Indonesia mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara mereka sehinggakan mereka sanggup melakukan sesuatu sehingga di luar jangkaan tanpa memikirkan dahulu kesan dan akibatnya. Ini ditunjukkan sendiri dalam demonstrasi terbaru melibatkan isu Malaysia dengan Indonesia, selain menghina bendera Malaysia, kumpulan penunjuk perasaan Indonesia yang menghina Malaysia itu turut melemparkan najis kepada bangunan kedutaan Malaysia. Bukan itu sahaja, malahan ditambah lagi dengan peranan media massa membawa kepada wabak salah faham antara rakyat di keduadua negara. Orang Indon yang berpendidikan rendah dan hidup dalam kemiskinan sering
27

PERDAGANGAN TUKAR BARANG MALAYSIA-INDONESIA: POTENSI DAN CABARAN (Latar Belakang Hubungan Malaysia-Indonesia), Ramli Dollah & Ahmad Mosfi Mohamad m/s 85

13

menjadi mangsa permainan media di Indonesia. Dalam masa yang sama rakyat Malaysia lebih bersikap tenang dengan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh sebilangan rakyat Indonesia di negara ini.

Penutup Hubungan Malaysia-Indonesia ada pasang surutnya. Ada kalanya jalinan mesra keduadua negara ini dilihat begitu intim terutama apabila kedua-dua pemimpin utamanya mengadakan rundingan berterusan sejak Tunku Abdul Rahman-Sukarno yang penuh dengan adegan perjuangan hinggalah kepada Datuk Seri Najib Razak-Susilo Bambang Yudhoyono pada zaman serba serbi canggih ini. Walaupun rundingan demi rundingan diadakan, ada isu yang sudah pun menjadi sejarah dan masih ada masalah yang belum diselesaikan. Pemimpin perlu memainkan peranan yang penting dalam menangani hubungan miskin antara Malaysia dan Indonesia bahawa hubungan dua hala antara kedua-dua adalah pada tahap terbaik, dan kerjasama ke arah kemajuan kedua-duanya boleh dicapai. Pemimpin dan rakyat kedua-dua negara perlu belajar dari pengalaman, bahawa penyelesaian yang paling sesuai untuk mencegah dan menyelesaikan kejadian yang mengancam hubungan antara Malaysia dan Indonesia telah berunding dengan serta-merta dan tidak mengikut emosi. Sekiranya orang Indonesia bertolak ansur dengan orang Malaysia, nescaya masalah dan pertikaian di antara Indonesia dan Malaysia tidak akan berlaku.

14

You might also like