Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Artifak Warisan Kebangsaan

Pada 14 Februari 2009, sebanyak 10 artifak yang dimiliki oleh Jabatan Muzium Malaysia telah disenarai di dalam Daftar Warisan Kebangsaan. Artifak-artifak ini yang dikategorikan sebagai Objek Ketara adalah di antara 173 butiran warisan yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan.

Artifak Warisan Kebangsaan

Daftar Warisan Kebangsaan adalah satu daftar yang mengandungi suatu senarai butiran warisan yang diwujudkan dan disenggarakan di bawah seksyen 23 Akta Warisan Kebangsaan 2005. Majlis Pengisytiharan telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, YB Dato Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution). Objek Ketara Koleksi Muzium yang tersenarai di dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 adalah: 1.Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah ( 1564 - 1570 ) Johor 2. Duit Kijang Emas 3. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Alau'uddin Riayat Shah I ( 1527 - 1564 ) Johor 4. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Zainal Abidin II ( 1793 - 1808 ) Terengganu 5. Pending Melayu 6. Celepa Diraja Terengganu 7. Tepak Sireh Sultan Abdul Samad 8. Patung Avalokitesvara 9. Loceng Gangsa Dong Son 10. Arca Buddha Duduk Sebanyak 3 artifak daripada senarai tersebut iaitu Celepa Diraja Terengganu, Patung Avalokitesvara dan Loceng Gangsa Dong Son kini dipamerkan untuk tontonan umum di Muzium Negara.

http://www.muziumnegara.gov.my/main/news/Artifak_Warisan_Kebangsaan_21/

Pengumpul Artifak Melayu. Khazanah Warisan Bangsa


June 3, 2010 Oleh Anak Waris | Kategori Pejuang Bangsa, Sejarah

Artikel ini telah dibaca sebanyak: 2,415 kali


Anak Waris merasa bangga jika ada anak bangsa Melayu yang berminat mengkaji warisan bangsa. Susah hendak mencari Melayu yang benar-benar minat kepada sejarah dan mempunyai usaha yang berterusan dalam mencungkil khazanah warisan bangsa Melayu. Apatah lagi membongkar sejarah bangsa Melayu. Usaha ini akan menyebabkan diri menjadi peka dan terpanggil untuk mendalami lagi ilmu serta menjejaki warisan bangsa yang hilang. Sedikit sebanyak akan membawa kepada penerokaan dan perjumpaan sejarah yang lebih luas dan membuka mata ramai orang. Sekurang-kurang boleh memberi kesedaran dan menyuntik semangat betapa pentingnya belajar tamadun bangsa dan sejarah dalam memartabatkan bangsa Melayu. Berikut artikel yang ingin dikongsi bersama dan semoga mendapat manfaat dan pengajaran darinya.. amin. Zainal Al-Johan Gigih Kumpul Artifak Melayu Sumber: ibnurusydi dan laporan asal oleh wartawan Mohd. Shukri Mohd. Ariff dalam Dewan Masyarakat keluaran November 2009 Tentu pelik pada zaman moden ini melihat seseorang berpakaian seperti pahlawan Melayu dahulukala. Siap dengan lilitan pontoh dan keris panjang tersisip di pinggang. Insan unik ini boleh dijumpai di Kampung Tanjung Sena Hulu, Rembau, Negeri Sembilan. Empunya diri bernama Zainal Al-Johan. Insan ini bukanlah calang-calang orang. Beliau merupakan cucu kepada Dato Putih Haji Mohd Yusof bin Abdul Hamid, pembantu khas Dato Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau). Beliau pernah menuntut di Akademi Marin di California, Amerika Syarikat dan pernah berkhidmat sebagai Komandan Kem Tentera di Kubang Pasu, ketika era Tun. Dr. Mahathir Mohamad masih menjadi Perdana Menteri.

Menariknya, Zainal sering membawa Keris Tempa Melaka yang didakwa pernah digunakan oleh Hang Tuah, ke mana-mana sahaja. Keris Tempa Melaka ini merupakan keris ke-2 Hang Tuah selepas Keris Taming Sari. Keris ini dibuat daripada 21 jenis besi dan mempunyai 21 lok merupakan hadiah Sultan Melaka kepada Hang Tuah dan kini berusia hampir 600 tahun. Zainal Al-Johan merupakan seorang pengumpul artifak Melayu. Minat tersebut mula timbul selepas bertemu dengan rakannya, Allahyarham Prof. Norhalim Haji Ibrahim, pengkaji sejarah, bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia dan bekas kurator Muzium Adat Negeri Sembilan yang mengeluh kerana hanya mampu menulis berkenaan dengan sejarah kegemilangan tamadun Melayu Melaka tanpa mempunyai artifak bagi membuktikan kebenaran faktanya.

Paku Laris

Keluhan tersebut memberikan kesan yang mendalam kepada Zainal. Beliau mula berbincang dengan beberapa orang rakannya dan kemudiannya tertubuhlah Teraju Istiadat Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Rembau. Syarikat ini tidak bermotifkan keuntungan tetapi mengkhususkan kepada aktiviti carigali dan mengumpulkan artifak Melayu. Kos operasi bagi carigali yang menjangkau ratusan ribu ringgit diperuntukkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Teraju Istiadat sendiri. Teraju Istiadat mendapat kerjasama yang cukup baik daripada Muzium Adat Negeri Sembilan dan Muzium Negeri. Setiap aktiviti carigali yang dilaksanakan hanya dijalankan selepas mendapat kelulusan dan permit daripada pihak muzium. Dan setakat ini, Teraju Istiadat dibenarkan untuk menyimpan artifak yang dijumpai. Usaha untuk mendapatkan artifak Melayu yang hampir pupus ini bukanlah mudah. Teraju Istiadat terpaksa melibatkan ramai tenaga pakar daripada pelbagai agensi dan melibatkan dua kaedah proses pencarian iaitu kaedah saintifik dan kaedah spiritual. Kebanyakan artifak yang ditemui berada di dasar laut dengan kedalaman melebihi 100 meter. Gabungan kaedah saintifik dan spiritual ini menghasilkan kejayaan hampir 100 peratus. Maklumat mengenai sesuatu artifak biasanya disampaikan oleh informan di seluruh Malaysia dan akan diteliti dengan terperinci oleh pihak Teraju Istiadat sebelum memulakan kerja pencarian. Informan kemudian akan dibayar mengikut harga artifak yang ditemui. Semua artifak ini disimpan di rumah ibu Zainal di Rembau. Teraju Istiadat kini sudah menyimpan hampir 200 buah artifak Melayu. Antaranya adalah sekeping dinar emas zaman Parameswara, yang harga pasaran semasanya 25 juta Euro (RM126 juta), dan cawan Puteri Hang Li Po yang dihadiahkan kepada Sultan Melaka, harga pasarannya tidak kurang 5 juta Euro (RM25 juta).

Banyak koleksi artifak yang ditemui menggambarkan tamadun Melayu pada masa dahulu, sama ada dari sudut teknologi, sistem pemerintahan, pembangunan bandar dan sebagainya. Namun, Zainal percaya artifak yang telah beliau temui hanya menggambarkan sebahagian kecil keagungan tamadun Melayu silam yang kebanyakannya masih belum ditemui.

Sebagai contoh, keris Tempa Melaka yang digunakan oleh Zainal. Menurut beliau, antara senjata tradisi dunia yang dianggap terhebat pernah dicipta ialah Pedang Samurai yang digunakan pada era kegemilangan Shogun Tokugawa di Jepun. Pedang Samurai terhebat pernah dicipta menggunakan 12 jenis besi. Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta oleh seorang Melayu bernama Sang Guna terperanjat apabila mendapati ia dicipta menggunakan lebih 21 jenis besi.

Pontoh

Begitu juga dengan manusia pertama yang belayar mengelilingi dunia iaitu Panglima Awang. Beliau tidak menggunakan kompas sebaliknya menggunakan Cakera Alam yang menggunakan lima buah cakera yang bukan sahaja mampu memberikan petunjuk arah, malahan juga maklumat bintang, tiupan angin, pasang surut air, dan pelbagai lagi. Selain, itu, kita pada hari ini kagum dengan penciptaan mancis oleh orang Eropah. Namun sebenarnya, sudah lebih 600 tahun orang Melayu mencipta pemetik api yang sistemnya hampir sama dengan pemetik api moden dari segi saiz dan kegunaan. Pemetik api purba ini dibuat daripada tanduk dan bahan bakarnya pula menggunakan selubuk, sejenis serbuk berwarna putih yang diperolehi daripada pohon Enau. Selubuk ini bertindak seperti kerosin dan apabila dimasukkan ke dalam pemetik api dan diketuk, akan mengeluarkan api berwarna biru. Zainal Al-Johan juga menunjukkan kunci mangga yang dicipta oleh orang Portugis kira-kira 600 tahun dahulu. Kunci mangga ini sama seperti kunci mangga pada masa sekarang. Tetapi Zainal turut menunjukkan kunci mangga yang dicipta orang Melayu kira-kira 2000 tahun dahulu, tiga kali ganda lebih tua daripada kunci mangga ciptaan orang Portugis. Kunci mangga ini seperti kunci mangga sekarang dan menggunakan besi tembaga. Uniknya, lubang kunci berbentuk I, manakala keratan rentas anak kuncinya berbentuk T. Mengikut logik akal, mustahil anak kunci ini boleh dimasukkan ke dalam lubang mangganya. Tetapi orang Melayu pada 2000 tahun dahulu sudah berfikir menggunakan hukum fizik bagi membolehkan kunci mangga ini dibuka dengan mudah. Alatan muzik tradisional Melayu juga cukup mengagumkan. Misalnya, sebuah alat muzik yang dikenali sebagai Tangtuang diperbuat daripada tanduk kerbau dan berbentuk seperti trompet digunakan untuk berburu dan memulakan peperangan. Yang menariknya, bahagian dalamnya kosong tanpa ada apa-apa elemen yang boleh membantunya mengeluarkan bunyi. Wartawan ini cuba meniupnya dan sehingga berubah muka menjadi merah pun, tiada bunyi yang terhasil. Zainal menjelaskan cara meniupnya menggunakan pengetahuan prinsip bunyi dalam sains iaitu getaran, dengungan dan ruang (rekabentuk). Apabila beliau menggunakan tiga elemen tersebut ketika meniupnya, Tangtuang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan menggerunkan, sama seperti bunyi serombong kapal!

Zainal Al-Johan

Rata-rata usia artifak yang disimpan oleh Zainal menjangkau usia ratusan tahun. Namun, kebijaksanaan dan pengetahuan orang Melayu yang menciptanya amat mengagumkan. Secara logik, amat mustahil satu bangsa yang dilabelkan oleh penjajah sebagai pemalas, tidak inovatif, dan kolot, mampu mencipta artifak sehebat itu. Menurut Zainal, pihaknya berhasrat untuk mendirikan sebuah kompleks Melayu di Kompleks Kristal, Rembau, untuk mempamerkan artifak pupus yang telah dikumpulkan. Kompleks ini diterajui sendiri oleh Teraju Istiadat dan Persatuan Sejarah Malaysia (Kawasan Rembau) serta mendapat sokongan Yayasan Negeri Sembilan. Artikel sama yang berkaitan:

http://resam-melayu.com/2010/06/pengumpul-artifak-melayu-khazanah-warisanbangsa.html

Artifak
1. barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Search Again

http://dict.rewaz.org/search/browse/artifak.re
Malaysia terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, yang merupakan bahagian paling selatan benua Asia, dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak di Utara Pulau Borneo, yang terletak ke arah timur sejauh 530 kilometer di seberang Laut China Selatan. Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400, yang merupakan tarikh yang kebiasaannya digunakan sebagai permulaan era sejarah negara. Namun, tempoh prasejarah yang panjang ini kurang mendapat perhatian kerana kebanyakan penulisan yang sedia ada tertumpu kepada kehebatan Melaka. Kerja-kerja penyelidikan berkenaan sejarah awal di Malaysia juga banyak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama, iaitu keadaan fizikal geografinya dan keadaan cuaca. Para penyelidik lebih cenderung menumpukan kajian mereka samada di Semenanjung atau pun di sekitar Sabah dan Sarawak sahaja, dan ini mengakibatkan hasil kajian yang tidak menyeluruh tentang tempoh prasejarah negara Malaysia. Keadaan cuaca yang begitu panas terik dan hutan hujan yang tebal tidak banyak meninggalkan artifak-artifak dari tempoh awal ini, selain daripada barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi. Kebanyakan artifak tersebut, termasuk kawasan perkuburan, telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13. Bukti terawal penempatan manusia di Sarawak adalah merupakan sebuah tengkorak yang berusia 38,000 tahun yang ditemui di Gua Niah, manakala bagi kawasan Semenanjung pula merupakan sebuah rangka yang berusia 11,000 tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh di Perak. Artifak yang tertua adalah merupakan sebuah bangku batu zaman Paleolitik dari Kota Tampan, Perak yang berusia 34,000 tahun, manakala artifak tertua dari kawasan Borneo pula adalah alatan batu di Tingkayu, Sabah yang dihasilkan di antara 18,000 hingga 28,000 tahun dahulu. Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri, atau di kawasankawasan Mesolitik, termasuklah di Gua Niah di Sarawak, Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang. Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber emas, manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah. Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia. Penemuan barangan gangsa dari Utara Vietnam membuktikan wujudnya pelayaran jarak jauh dan seterusnya menghasilkan hubungan perdagangan laut dengan penempatan lain di Asia Tenggara. Manik-manik daripada India yang ditemui di kawasankawasan Zaman Logam seperti di Kuala Selinsing (200 SM 900 M) dan Changkat Menteri (1 800 M) di Perak adalah bukti terdapatnya juga hubungan dagangan dengan Asia Selatan.

http://fid.ohmacamitu.com/search/artifak-zaman-neolitik-di-malaysia/
Celepa emas bersepuh milik asal keluarga diraja Terengganu. Buatan tukang Melayu yang sangat halus. Dibentuk bersegi 10 dengan berjenis ukiran daun sulur dan bijirin emas. Di tengahnya diukir bentuk sekuntum bunga bertatah sebutir permata delima merah dan dipagari dengan permata kaca berwarna merah. Sekitar abad ke-18. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

http://www.muziumnegara.gov.my/gallery/gallery/Galeri_A__Sejarah_Awal_5/? id=Galeri__3
Patung Avalokitesvara ini ditemui di sebuah lombong bijih timah milik Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ia diperbuat daripada gangsa dan mempunyai lapan tangan namun satu daripadanya telah patah. Mengikut pentarikhan, patung ini dianggarkan wujud antara kurun ke-7 hingga 12 Masihi pada zaman peradaban Hindu-Buddha. Berat patung ini ialah 140 paun dan tinggi 93 sm. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

http://www.muziumnegara.gov.my/gallery/gallery/Galeri_C__Era_Kolonial_7/? id=Galeri__3

You might also like