Syarat Baling Selipar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Permainan Tradisional : Baling Selipar

Syarat-syarat permainan : 1. Memerlukan 2 buah pasukan iaitu pasukan pembina dan pasukan penyerang. 2. Setiap pasukan mempunyai 6 orang pemain. 3. 4 biji selipar disediakan. 3biji disediakan untuk pembina mendirikan selipar tersebut. Manakala 1 biji selipar lagi digunakan oleh pasukan penyerang untuk mematikan pasukan pembina 4. Setiap pasukan pembina akan diberi masa selama 10 minit untuk beraksi dan kemudian 3 minit masa rehat sebelum pasukan penyerang pula yang beraksi sebagai pasukan pembina selama 10 minit. 5. Permainan dimulakan dengan wakil pasukan pembina diberi 2 kali percubaan setiap seorang untuk meruntuhkan selipar yang telah disusun di tengahtengah kawasan tersebut. 6. Setelah pasukan pembina berjaya meruntuhkan selipar tersebut barulah pasukan penyerang boleh memulakan serangan dengan membaling selipar kearah pasukan pembina untuk mematikan mereka. 7. Serangan hanya boleh dibuat daripada bahagian pinggang ke bawah. 8. Sekiranya balingan terkena pemain pasukan pembina, pemain tersebut dikira mati dan perlu keluar daripada permainan.

9. Pasukan penyerang boleh mematikan semua pemain pasukan pembina. Namun, pasukan pembina boleh memulakan permainan semula sekiranya masa 10 minit yang diberi belum tamat. 10. Namun, sekiranya telah berlalu 10 minit, permainan akan ditamatkan. Pemain akan diberi masa 3 minit untuk berehat sebelum dua pasukan tersebut bertukar posisi untuk 10 minit seterusnya. 11. Walau bagaimapun, sekiranya selipar yang dibaling oleh pasukan penyerang terkeluar daripada kawasan permainan, pasukan tersebut dikenakan penalti selama 4 saat sebelum memulakan semula serangan. 12. Akan tetapi, jika selama 10 minit tersebut, pasukan pembina berjaya mendirikan selipar dengan teguh, salah seorang pemain perlu melompat dirian selipar tersebut sambil menyebut home. Ini menandakan pasukan mereka berjaya mendirikan selipar-selipar tersebut. 13. Mata akan diberi berdasarkan bilangan dirian selipar yang berjaya dibuat oleh setiap pasukan.

You might also like