Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KEPIMPINAN BERDASARKAN TEORI NEOKARISMATIK Teori ini menghubungkaitkan kepimpinan dan sifat-sifat oleh Tan Sri Syed Mokhtar

Al Bukhary. Diantara sifat-sifat kepimpinan yang dimiliki oleh beliau adalah seperti berfikiran terbuka,mudah menerima kritikan dan sentiasa

menerima pandangan atau pendapat-pendapat daripada orang lain. Walaupun beliau tidak begitu diketahui umum, ahli perniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemilik pelbagai jenis perniagaan seperti rangkaian syarikat

tenaga,pelabuhan,hotel,perkilangan dan pasar raya.Beliau lebih gemar kepada cara kehidupan yang serba ringkas,mudah mesra,peramah dan fokus terhadap apa yang diusahakannya. Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary adalah sifat rendah dirinya. Ini adalah kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya. Kaum

keluarga,sahabat handai,saudara mara,rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini.

Sehingga hari ini, Syed Mokhtar Al Bukhary berkerja dari siang hingg larut malam dan adakalanya sehingga pagi. Rumahnya adalah ibupejabat korporat, di mana beliau mengikut perkembangan syarikat-syarikat dan kebajikan lebih 20,000 pengurus dan kakitangannya. Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur adalah bilik mesyuarat utama dan beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah eksekutif serta pengurus-pengurusnya seminggu sekali. Syed Mokhtar hanya melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar mengadakan perjalanan balikhari kerana beliau mahu meluangkan masa berkualiti bersama pekerja dan keluarga.

Syed Mokhtar sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, sebaliknya adalah seorang yang rendah diri dan suka membantu orang lain. Disebalik kemewahan hidupnya, beliau menjauhi pembaziran dan percaya kepada kesederhanaan dan kualiti dalam semua aspek kehidupan. Beliau telah mengambil masa 30 tahun untuk mebina portfolio perniagaannya, tetapi dalam masa itu, beliau tidak pernah memandang kebelakang. Beliau mahu maju ke hadapan dan menggabungkan empayar perniagaannya dan berkongsi

kejayaannya. Beliau pernah dilabelkan sebagai seorang yang tamak tetapi pernahkah seseorang itu terfikir beliau juga berkongsi kejayaan dengan lapan juta pemegang saham menerusi Perbadanan Nasional Berhad yang mempunyai pegangan besar dalam salah satu syarikatnya iaitu Malaysia Mining

Corporation.Syed Mokhtar berpegang kepada dua prinsip asas kejayaannya iaitu berkerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan dan berserah kepada tuhan.

Syed Mokhtar mempunyai kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja, mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan sanggup membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi kepuasan kepada pelanggan dengan menunjukkan sikap mengambil berat serta sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan

pelanggan,pembekal,kakitangan dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui. Beliau sentiasa mencari peluang perniagaan lain supaya dapat membantu terus orang lain mengembangkan diri masing-masing dan bukan membuatnya hanya untuk dirinya semata-mata. Beliau sentiasa mengatakan gembira dan seronok dapat membantu orang lain merasai kesenangan

sepertimana yang dirasainya dan pernah berkata kepada dirinya, apa yang saya dapat, saya mesti berikan kepada orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa.Itu yang membuat hati saya seronok.

You might also like