Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN .................................................................................................................... 1

SET TUGASAN ........................................................................................................................ 2

TAKRIF PEMASARAN ......................................................................................................... 11

PERBEZAAN TAKRIF PEMASARAN ................................................................................. 11

KONSEP PEMASARAN ........................................................................................................ 12

KOS DAN FAEDAH DALAM OPERASI PEMASARAN.................................................... 16

FAKTOR PERSEKITARAN MAKRO DAN MIKRO DALAM PEMASARAN ................. 19

RUMUSAN.............................................................................................................................. 25

BIBLIOGRAFI ........................................................................................................................ 26

Page 1 of 27

SET TUGASAN

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN


________________________________________________________________________

ABSS2103 PRINSIP PEMASARAN SEMESTER : JANUARI 2012


________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa pengantar modul bercetak bagi kursus ini.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja.

3. Muatturunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada myVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saizfont 12 huruf Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 dan 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. JANGAN MENYALIN SOALAN DAN ARAHAN TUGASAN DALAM JAWAPAN ANDA.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui myVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara online. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Anda hanya boleh menyerahkan tugasan SEKALIsahaja dalam SATU FAIL .

Page 2 of 27

7.Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 6MAC 2012 18MAC 2012. SERAHAN SELEPAS 18 MAC 2012 TIDAK AKAN DITERIMA.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang memplagiat tugasan orang lain serta mendakwa sebagai hasil kerja sendiri. Plagiatdalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali.

Page 3 of 27

PENILAIAN

1.

Tugasan ini akan menyumbangkan 30% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik yang diberikan dalam Lampiran.

2.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

3.

PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH

AMARAN :

Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Persamaan / Pertindihan (%)

Penalti / potongan markah (%) (daripada jumlah markah keseluruhan)

10 30 31 50 Melebihi 50

20 % 40% Markah sifar 0 akan diberikan

Page 4 of 27

TUJUAN Tugasan ini bertujuan untuk mengkaji asas proses pemasarandan

bagaimanakah ianya diaplikasikan dalam perniagaan.

KEPERLUAN Pakistan Livestock merupakan sebuah syarikat pengeluar dan pembekal ternakan di Pakistan. Ternakan yang diproses adalah untuk pasaran peniaga dan juga pasaran pengguna akhir. Ternakan untuk pengguna akhir akan dijual melalui orang tengah.

Syarikat Induk berpangkalan di Pakistan, tetapi berminat untuk menjalankan perniagaan (dan jika boleh mempunyai ladang) di Malaysia. Walau

bagaimanapun, syarikat merasakan mereka perlukan pertolongan dan cadangan sebelum beroperasi di Malaysia.

Mereka telah melantik anda sebagai Pengurus Domestik di Malaysia. Anda bertanggungjawab untuk memberi maklumat dan cadangan kepada Pengarah Urusan syarikat di Pakistan tentang peluang perniagaan di Malaysia.

Page 5 of 27

Peranan anda adalah menyediakan laporan dengan memasukkan maklumat berikut: 1. DUA definisi pemasaran dan perbezaan kedua-duanya. 2. Pengarah Urusan Pakistan Livestock tidak begitu memahami konsep pemasaran. Oleh itu anda perlu menjelaskan kepada beliau tentang konsep pemasaran dengan mengilustrasikan perniagaan syarikat beliau sebagai contoh. 3. Nyatakan kos dan faedah kepada syarikat jika ingin melaksanakan pendekatan pemasaran. 4. Kenalpasti dan terangkan dengan jelas faktor persekitaran mikro dan makro yang mempengaruhi syarikat terutama Pakistan Livestock apabila menjalankan perniagaan di Malaysia.

Anda mesti memberikan jawapan dan cadangan yang praktikal serta boleh digunapakai bagi menunjukkan kefahaman anda tentang asas proses pemasaran.

Rujukan teori atau data sekunder adalah wajib bagi menunjukkan anda telah membuat rujukan yang cukup bagi menyelesaikan laporan ini. Rujukan perlu mengikut format APA. Penekanan adalah kepada aplikasi teori ke atas syarikat tersebut dan bukan hanya mengulang semula teori pemasaran. [Jumlah: 30 markah]

Page 6 of 27

Kriteria Penilaian 1 Dua definisi pemasaran dan perbezaannya

Markah pemberat

N.A 0 Tiada definisi bagi pemasaran dinyatakan.

Lemah 1 Memberi hanya SATU definisi pemasaransec ara

Sederhana 2 Memberi DUA definisi pemasaran tetapi kurang tepat.

Baik 3 Memberi DUA definisi pemasaran dengan baik. Perbincangan perbezaan keduadua definisi adalah baik. Ada bukti penggunaan teori sebagai rujukan. Membincangkan konsep pemasaran dengan baik. Mengilustrasikan perniagaan Livestock Pakistan Ada bukti penggunaan data sekunder.

Cemerlang 4 Memberi DUA definisi pemasaran yang tepat. Penjelasan yang lengkap dan sempurna tentang perbezaan kedua-dua definasi pemasaran tersebut berserta dengan contoh. Ada bukti penggunaan data sekunder Membincangkankonsep pemasaran dengan penjelasan yang lengkap dan sempurna. Mengilustrasikan perniagaan Livestock Pakistan dengan baik. Ada bukti penggunaan data sekunder.adangan adalah logik dan berinformasi serta menunjukkan tahap pemikiran yang kritikal.

Markah (maks.)

0.5

Tidak membincangkan perbezaan umum. definisi Perbincangan pemasaran. perbezaan yang umum. 2 Perbincangan konsep pemasaran

Perbincangan perbezaan kedua-dua definisi juga kurang tepat.

Tidak membincangkan konsep pemasaran langsung

Membincangk an konsep pemasaran secara umum. Tahap kefahaman umum. Tiada aplikasi perniagaan Livestock Pakistan

Membincangkan konsep pemasaran dengan penjelasan yang minima. Tahap kefahaman yang minima. Mengilustrasikan perniagaan Livestock Pakistan Ada bukti menunjukkan sedikit kajian dilakukan

Page 7 of 27

Kriteria penilaian

Markah pemberat

N.A 0 Tidak membincangkan kos dan faedah pendekatan pemasaran langsung.

Lemah 1 Membincangk an kos dan faedah pendekatan pemasaran secara umum. Tahap kefahaman umum. Tiada aplikasi perniagaan Livestock Pakistan

Sederhana 2 Membincangkan kos dan faedah pendekatan pemasaran secara minima. Tahap kefahaman yang minima. Mengilustrasi perniagaan Livestock Pakistan

Baik 3 Membincangkan kos dan faedah pendekatan pemasaran dengan jelas serta menunjukkan kefahaman yang sederhana. Mengilustrasi perniagaan Livestock Pakistan

Cemerlang 4 Membincangkan kos dan faedah pendekatan pemasaran dengan penjelasan yang lengkap dan sempurna. Mengilustrasikan perniagaan Livestock Pakistan sebagai contoh. Ada bukti penggunaan data sekunder. Cadangan adalah logik dan berinformasi serta menunjukkan pemikiran kritikal.

Markah (maks.)

Perbincangan kos dan faedah pendekatan pemasaran

Ada bukti menunjukkan sedikit kajian Ada bukti dilakukan. penggunaan data sekunder.

Kriteria penilaian 4 Faktor Persekitaran

Markah pemberat

N.A 0 Tidak membincangkan faktor persekitaran mikro dan

Lemah 1 Membincangk an persekitaran mikro dan makro secara

Sederhana 2 Membincangkan persekitaran mikro dan makro secara minima. Tahap kefahaman yang

Baik 3 Membincangkan faktor persekitaran mikro dan makro dengan jelas serta menunjukkan

Cemerlang 4 Membincangkan faktor persekitaran mikro dan makro dengan penjelasan yang

Markah (maks.)

Page 8 of 27

Mikro dan Makro

makro.

umum. Tahap kefahaman umum. Tiada aplikasi perniagaan Livestock Pakistan

minima. Mengilustrasi perniagaan Livestock Pakistan Ada bukti menunjukkan sedikit kajian dilakukan

kefahaman yang sederhana. Mengilustrasi perniagaan Livestock Pakistan Ada bukti penggunaan data sekunder.

lengkap dan sempurna. Mengilustrasikan perniagaan Livestock Pakistan sebagai contoh. Ada bukti penggunaan data sekunder. Cadangan adalah logik dan berinformasi serta menunjukkan pemikiran kritikal. Kesimpulan yang komprehensif dengan penjelasan yang berkaitan dengan definisi pemasaran, konsep pemasaran,kos dan faedah dan faktor persekitaran mikro dan makro.

Kesimpulan/ Penutup

0.5

Tidak membuat kesimpulan atau ianya tidak berkaitan dengan tajuk

Kesimpulan yang lemah dengan penjelasan yang tidak berkaitan dengan definisi pemasaran, konsep pemasaran, kos dan faedah dan faktor persekitaran mikro dan makro.

Kesimpulan yang umum dengan penjelasan yang berkaitan dengan definisi pemasaran, konsep pemasaran, kos dan faedah dan faktor persekitaran mikro dan makro.

Kesimpulan yang sederhana dengan penjelasan yang berkaitan dengan definisi pemasaran, konsep pemasaran, kos dan faedah dan faktor persekitaran mikro dan makro.

Page 9 of 27

Kriteria penilaian

Markah pemberat

N.A 0 Tidak mengikut format langsung

Lemah 1 Beberapa format terdapat dalam penulisan tetapi tidak betul

Sederhana 2 Beberapa format terdapat dalam penulisan tetapi hanya sebilangan sahaja yang betul

Baik 3 Kebanyakan format ditulis dan kebanyakannya adalah betul

Cemerlang 4 Kesemua format ditulis dengan betul

Markah (maks.)

Format (Muka hadapan, Isi kandungan, penomboran halaman, format rujukan APA dll)

0.5

JUMLAH MARKAH

30

Page 10 of 27

TAKRIF PEMASARAN Takrif Pemasaran 1 : Pakar Pemasaran terkemuka, iaitu Phillip Kotler (2000) mentakrifkan pemasaran sebagai satu proses sosial dan pengurusan oleh individu atau kumpulan untuk memperoleh sesuatu melalui pertukaran antara satu dengan yang lain. Contohnya, organisasi perniagaan Pakistan Livestock melaksanakan proses pemasaran di Malaysia dengan membuka cawangannya untuk memenuhi keperluan makanan (elemen sosial) bagi mendapatkan mendapatkan keuntungan (pertukaran) dengan masyarakat di Malaysia. Takrif Pemasaran 2 : Persatuan Pemasaran Amerika pula mentakrifkan pemasaran sebagai proses penciptaan dan perancangan konsepsi untuk memuaskan individu atau organisasi. Contoh, usaha entiti perniagaan Pakistan Livestock menjenamakan dan mempromosi (proses perancangan dan penciptaan konsepsi) produk mereka bagi memenuhi kehendak pengguna (memuaskan individu atau organisasi). Dalam pada itu, pemasaran boleh ditakrifkan seperti berikut : Pemasaran ialah satu proses, aktiviti atau kemahiran sosial oleh individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat melalui rekaan, ciptaan, pembentukan dan pertukaran barangan, perkhidmatan, idea atau sesuatu yang bernilai dalam sesebuah masyarakat.

PERBEZAAN TAKRIF PEMASARAN

Takrifan pemasaran pertama menekankan kepada elemen proses sosial , pengurusan dan pertukaran sementara takrifan pemasaran kedua pula menekankan aspek proses penciptaan dan perancangan konsepsi serta kepuasan. Elemen proses sosial Elemen ini juga merupakan salah satu falsafah pemasaran dan lebih dikenali sebagai pemasaran kemasyarakatan.Falsafah ini menerangkan bahawa kewujudan organisasi bukan setakat memuaskan keperluan dan keinginan pengguna dan memenuhi objektif organisasi, tetapi juga untuk mengekalkan atau meningkatkan kepentingan jangka panjang individu dan organisasi. Pemasaran keluaran dan bungkusan yang kurang toksik, lebih tahan lama,
Page 11 of 27

mengandungi bahan boleh guna semula dan menggunakan bahan yang boleh dikitarkan semula, lebih sejajar dengan orientasi pemasaran proses sosial.

Elemen pengurusan Satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Elemen pertukaran Konsep pertukaran bermakna seseorang perlu memberi sesuatu untuk menerima sesuatu.Selalunya kita menggunakan wang sebagai alat pertukaran.Kita memberi wang untuk mendapatkan barang yang kita inginkan.Walau bagaimanapun, pertukaran tidak semestinya memerlukan wang. Dua pihak boleh membuat pertukaran dengan apa sahaja yang mereka rasakan bernilai. Elemen kepuasan Kajian mendapati bahawa syarikat gergasi antarabangsa yang cemerlang dan sentiasa mendapat kedudukan yang kukuh dalam pasaran mempunyai satu budaya cemerlang apabila melayani pelanggan.Layanan tersebut bukan sahaja ditunjukkan oleh pihak pengurusan atasan, malahan oleh operator telefon dan seluruh kakitangan. Apabila kepekaan tentang kedudukan dan kepentingan pengguna sudah bertakhta dalam pemikiran dan tindak tanduk setiap lapisan organisasi, maka satu layanan yang istimewa akan diberikan kepada pengguna.

KONSEP PEMASARAN

Terdapat beberapa konsep yang berkait rapat dengan aktiviti pemasaran seperti pasaran, penawaran dan permintaan, pertukaran, keperluan, kehendak, produk dan urusniaga. Pasaran menurut takrifan ahli ekonomi adalah tempat di mana kelompok penjual dan pembeli bertemu untuk melangsungkan aktivti urus niaga atau pertukaran mereka.Pertemuan kedua-dua pihak ini tidak semestinya dalam bentuk fizikal, kerana mereka boleh melakukan pertukaran secara elektronik, maka pasaran tidak terhad dari segi fizikal atau masa.Kita tidak harus keliru antara pasaran dengan pasar, kerana pasar melibatkan pertemuan fizikal antara

Page 12 of 27

penjual dengan pembeli pada satu tempat.Oleh sebab itu, pasaran mempunyai takrif yang lebih meluas daripada pasar.Seterusnya, pasaran mempunyai dua komponen atau bahagian, iaitu bahagian penawaran dan permintaan. Contohnya dalam konteks perniagaan Pakistan Livestock, pasaran adalah perniagaan yang memiliki fizikal(bangunan dan produk) di mana pengguna/ pelanggan akan menjalankan urusniaga jual beli. Ini adalah kerana sekiranya urusniaga dijalankan secara elektronik / maya akan menimbulkan risiko kepada kedua pihak seperti pengguna tidak dapat menentukan sama ada produk yang dipaparkan adalah tidak sama dengan yang diperolehi oleh pengguna kelak. Sementara itu, pihak firma Pakistan Livestock pula tidak dapat menentukan dengan tepat keperluan pelanggan. Penawaran ialah satu bahagian daripada pasaran, Iaitu apa-apa yang ditawarkan atau dijual dalam pasaran.Pada satu masa dahulu, teori ekonomi menjelaskan bagaimana penawaran terbentuk terlebih dahulu sebelum membicarakan permintaan. Terdapat satu hokum lama dalam bidang ekonomi yang disebut sebagai Hukum Say yang mengatakan bahawa penawaran akan menjana permintaannya sendiri, tetapi teori klasik itu sudah lama disanggah oleh ahli ekonomi pada masa kini. Dalam contoh firma perniagaan Pakistan Livestock, menawarkan produk ternakan sama ada dalam yang masih hidup atau telah disembelih mengikut keperluan pengguna. Begitu juga cara golongan usahawan berfikir, ternyata mereka lebih risaukan kos pengeluaran dan penawaran mereka berbanding dengan memikirkan apa yang diperlukan oleh pihak pengguna atau tentang permintaan. Apabila membuat analisis kewangan atau perakaunan, pakar bidang ini lebih tertumpu pada aspek penawaran produk seperti kos menghasilkan produk itu dan sebagainya. Pendekatan ini amat bercanggah dengan asas pemasaran, kerana titik tolak aktiviti pemasaran bermula daripada pengguna, bukan dari sudut pengeluaran atau penawaran produk. Dalam kata lain, kita mesti bermula daripada bahagian permintaan, kerana penawaran wujud hanya selepas adanya permintaan untuk sesuatu produk dalam pasaran, bukan sebaliknya. Dengan itu, lebih tepat jika kita memulakan perancangan pemasaran dengan membuat kajian dari sudut permintaan. Permintaan merujuk sesuatu yang manusia perlu, mahu atau kehendaki dan dapat pula dibeli dengan wang.Sesuatu keperluan atau kemahuan yang tidak dapat disandarkan pada keupayaan membeli tidak dianggap sebagai permintaan. Tugas pemasar adalah untuk mengenal pasti permintaan dalam pasaran, sama ada dari segi jenis permintaan dan
Page 13 of 27

jumlahnya, kerana menerusinya beliau akan mampu menawarkan produk yang dapat memenuhi permintaan itu. Contoh permintaan adalah apabila pengguna ingin mendapatkan daging import, maka syarikat Pakistan Livestock boleh menawarkan produk mereka mengikut permintaan para pengguna. Pertukaran terjadi apabila permintaan bertemu penawaaran, iaitu satu proses apabila pengguna atau pembeli bersedia melepaskan sejumlah wang untuk mendapatkan keluaran yang diingini. Sebenarnya pertukaran tidak semestinya melibatkan wang, tetapi pertukaran yang melibatkan wang memudahkan kita memahami asas pemasaran. Pada peringkat lanjutan, kita akan mengkaji pertukaran yang tidak melibatkan wang, iaitu satu perkara yang sering didapati di luar bidang perniagaan. Contoh pertukaran adalah apabila para pengguna/ pelanggan membayar harga bagi produk syarikat Pakistan Livestock mengikut kuantiti dan harga yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

PASARAN

PERMINTAAN

PERTUKARAN

PENAWARAN

Rajah 1 : Hubungan antara pasaran, permintaan, penawaran dan pertukaran

Urusniaga ialah istilah yang lebih tepat digunakan bagi pertukaran yang berlaku dalam dunia perniagaan, pertukaran ialah satu istilah umum yang meliputi bukan sahaja bidang perniagaan, tetapi juga dunia politik, sosial, bidang komunikasi dan

sebagainya.Sesuatu urus niaga dicatat atau direkodkan antara kedua-dua pihak yang menjalankan pertukaran dalam dunia perniagaan.Urus niaga biasanya melibatkan pertukaran antara wang dengan barangan atau perkhidmatan.Urus niaga wujud atau terlaksana apabila pihak yang terbabit bersetuju untuk menukar sekurang-kurangnya dua perkara yang bernilai pada masa dan tempat yang dirundingkan.

Page 14 of 27

Manusia disebut sebagai makhluk sosial kerana perlu hidup secara berkelompok atau bermasyarakat.Hidup sedemikian memerlukan peraturan dan prinsip untuk menjaga hak individu dan orang ramai, maka pemasaran ialah ilmu yang mengasah kemahiran kita agar matlamat kita tercapai dalam rangka hidup bermasyarakat. Pemasaran berlaku dalam masyarakat kerana manusia tidak boleh hidup bersendirian untuk maju dan mencapai taraf hidup yang selesa. Dalam sesuatu masyarakat, setiap pihak mengkhusus dalam bidang yang ia ada kemahiran dan seterusnya menwarkan kepakarannya kepada masyarakat umum. Doktor akan merawat pesakit, dan pada masa yang sama beliau memerlukan tukang untuk membuat rumah, dan guru unruk mengajar anak-anak. Maka aktiviti saling memerlukan dan saling bergantung antara satu dengan yang lain dalam masyarakat melahirkan ilmu pemasaran. Keperluan merupakan konsep yang paling asas dan merujuk sesuatu yang mesti didapati oleh seseorang individu atau sekumpulan manusia. Sekiranya perkara yang diperlukan ini tidak didapati, maka manusia akan hidup dalam keadaan pincang, mudarat atau susah. Antara keperluan manusia pula ialah makanan, tempat tinggal dan pakaian.

HD KEPERLUAN PENCAPAIAN KEPERLUAN KASIH SAYANG

KEPERLUAN KESELAMATAN

KEPERLUAN FISIOLOGI

Rajah 2 : Teori Maslow tentang keperluan individu Abraham Maslow mengenal pasti lima kategori asas keperluan manusia, iaitu keperluan fisiologi seperti makanan dan tempat kediaman, keperluan keselamatan seperti

Page 15 of 27

bebas daripada penyakit dan ancaman, kasih sayang seperti keperluan untuk mencintai dan dicintai, keperluan dari segi pencapaian tertinggi baik pencapaian individu dan pencapaian dalam masyarakat, dan yang akhir sekali memenuhi hasrat diri seperti memenuhi segala keinginan dan cita-cita. Kehendak pula merupakan keinginan manusia yang dicorakkan oleh budaya, persekitaran dan personaliti individu itu sendiri.Selalunya kehendak dicari selepas keperluan selesai dipenuhi. Hal ini disebabkan kehendak bukanlah satu kemestian untuk manusia atau kelompoknya, atau dalam erti kata lain, ketiadaan kehendak tidak akan menggugat atau mengancam kehidupan seseorang individu atau sekumpulan manusia. Contohnya, selepas keperluan tempat kediaman dipenuhi maka keinginan untuk melengkapi rumah dengan kelengkapan mewah seperti sofa mewa timbul.Bagaimanapun sofa mewah bukan satu keperluan, cuma satu keinginan, kerana tanpanya, seseorang masih boleh mendiami rumahnya dengan menggunakan tikar atau permaidani murah. Perbezaan antara keperluan dengan kehendak hendaklah jelas untuk mengelak sebarang kekeliruan antara kedua-duanya. Sebagai contoh, seorang pekedai kosmetik mungkin menyangka bahawa pengunjung ke kedainya mahukan losyen atau gincu sedangkan apa yang sebenarnya diperlukan oleh pengunjung tersebut ialah kecantikan. Keluaran atau produk dihasilkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak. Keluaran ialah sesuatu yang ditawarkan untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi keperluan dan kehendak individu atau masyarakat. Keluaran tidak terhad kepada objek fizikal bahkan turut merangkumi perkhidmatan dan idea selain individu, organisasi dan aktiviti.Antara keluaran yang diperlukan untuk kesihatan diri termasuklah amalan pemakanan yang betul, khidmat nasihat daripada pakar pemakanan, pengambilan ubatan yang betul dan amalan riadah (sukan) yang cukup.

KOS DAN FAEDAH DALAM OPERASI PEMASARAN

Berikut adalah elemen kos dan faedah dalam operasi pemasaran : (a) Perancangan keluaran;

Page 16 of 27

Keluaran didefinisikan sebagai sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemilikan atau penggunaan yang dapat memuaskan sesuatu keperluan atau kehendak. Dalam konteks perniagaan Pakistan Livestock, keluaran yang boleh dipasarkan adalah keluaran membeli belah. Ini bermakna para pengguna akan menekankan kepada aspek kualiti, harga dan ciri produk yang dipasarkan oleh syarikat Pakistan Livestock berbanding syarikat lain yang memasarkan produk yang sama. Antara faedah yang diperolehi oleh syarikat menerusi perancangan keluaran ini termasuklah penjimatan kos pengiklanan dan komponen yang piawai. Ini dapat dicapai seandainya syarikat Pakistan Livestock mempelbagaikan produk berasaskan hasil ternakan di bawah jenama syarikat yang sama. (b) Perletakan harga; Harga merupakan sesuatu yang diberikan sebagai pertukaran untuk memperoleh sesuatu keluaran atau perkhidmatan. Antara faedah utama perletakan harga adalah ia merupakan objektif bagi sesuatu urusan pemasaran dan bersifat jangka masa panjang iaitu bagi mendapatkan keuntungan dalam sesuatu urusniaga. Sebagai contoh, syarikat Pakistan Livestockmeletakkan harga berdasarkan kepada permintaan, kos dan keuntungan semasa syarikat dalam usaha mendapatkan pelanggan sebagai sebahagian usaha awal (tinjauan) dalam meluaskan pasaran syarikat mereka di Malaysia. (c) Penjenamaan;

Jenama ialah nama, istilah, simbol reka bentuk atau kombinasi elemen-elemen ini yang mengenal pasti keluaran penjual dan membezakan keluaran itu daripada keluaran pesaing. Contohnya, syarikat Pakistan Livestock boleh menggunakan jenama Pakistan Livestock pada setiap produk syarikat dengan logo dan simbol binatang tertentu sebagai elemen produk syarikat mereka. Terdapat 3 faedah utama penjenamaan kepada sesebuah organisasi perniagaan. Pertamanya, pengenalan keluaran. Sebagai contoh penggunaan perkataan Pakistan Livestockpada produk perniagaan membolehkan ahli pemasaran membezakan produk mereka dengan produk keluaran syarikat lain. Keduanya, pembelian berulang. Para pengguna yang berpuas hati dengan kualiti produk syarikat Pakistan Livestock akan kekal dan kembali membeli produk syarikat yang sama. Ketiganya, untuk memudahkan penjualan keluaran baharu. Sebagai contoh, sekiranya syarikat Pakistan Livestock memperkenalkan produk baharu pada masa akan datang, para pengguna sudah pasti mengenali dan mempunyai

Page 17 of 27

persepsi yang baik sekiranya syarikat ini menyediakan produk yang dapat memenuhi keperluan pengguna. (d) Saluran agihan; Saluran agihan adalah gabungan sekumpulan organisasi atau individu yang menyediakan aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk menghubungkan pengeluar keluaran kepada pengguna keluaran itu dalam mencapai objektif pemasaran. (e) Penjualan peribadi; Ia merupakan komunikasi langsung antara wakil jualan dengan seorang atau lebih bakal pembeli dalam percubaan untuk mempengaruhi mereka agar membeli barang atau perkhidmatan. Faedah utamanya adalah pengguna dapat informasi dan maklumat dengan banyak dan pelbagai mengenai produk yang dipasarkan serta dapat memastikan kesahihan maklumat jualan secara langsung dan bersemuka. Kepada jurujual, mereka dapat maklumat tentang keperluan pengguna di samping membuat analisa kasar tentang persepsi pengguna terhadap produk atau perkhidmatan yang dipasarkan kepada pengguna. Sebagai contoh, pihak syarikat Pakistan Livestock boleh menghantar pasukan jurujual mereka di pasar raya sambil mempamerkan produk bagi tujuan makluman dan hebahan para pengguna. (f) Pengiklanan; Ia didefinisikan sebagai komunikasi bukan peribadi yang berbayar, di mana penaja atau syarikat itu dikenali. Faedah utamanya adalah untuk memberitahu, memujuk dan mengingatkan para pengguna. Sebagai contoh, syarikat Pakistan Livestock mungkin boleh mengiklankan produk mereka dengan membina papan tanda atau mengiklankan produk mereka pada media massa sebagai usaha untuk memberitahu, memujuk dan mengingatkan para pengguna akan produk yang mereka pasarkan di negara ini. (g) Promosi; Pengiklanan menawarkan pengguna sebab untuk membeli sesuatu keluaran atau perkhidmatan, tetapi promosi jualan menawarkan insntif untuk membeli. Faedahnya kepada pemasaran adalah mempengaruhi kelakuan daripada sikap pengguna. Sebagai contoh, bagi mendapatkan pembeli setia kepada produk syarikat Pakistan Livestock, pihak syarikat boleh menyediakan diskaun harga ke atas setiap produk yang dibeli oleh pelanggan mengikut kuantiti yang ditetapkan.

Page 18 of 27

(h) Pembungkusan; Pembungkusan mempromosikan memenuhi keluaran, beberapa membantu faedah kepada syarikat penggunaan antaranya dan adalah

penyimpanan,

kemudahan,

menampung dan melindungi keluaran serta membantu kitaran semula dan mengurangkan pencemaran alam persekitaran. Sebagai contoh, produk syarikat Pakistan Livestock adalah ternakan seperti kambing, biri-biri dan seladang. Menerusi pembungkusan seperti menyediakan kontena, sistem pengangkutan yang memaparkan jenama syarikat, maka akan dapat membezakan produk syarikat ini dengan syarikat pesaing. Pada masa yang sama akan membantu mengurang pencemaran alam sekitar menerusi pengurusan kontena dan pengangkutan yang efisien dan menekankan aspek kebersihan dan kesihatan.

FAKTOR PERSEKITARAN MAKRO DAN MIKRO DALAM PEMASARAN

Faktor persekitaran ialah kuasa-kuasa yang berada di luar kawalan pengurus pemasaran yang boleh mempengaruhi kemampuan pengurus pemasaran untuk membentuk dan mengekalkan hubungan yang berjaya dengan pasaran sasarnya.Faktor persekitaran ini menawarkan kedua-dua peluang dan ancaman.Persekitaran pemasaran boleh dibahagikan kepada persekitaran makro dan persekitaran mikro. PERSEKITARAN MAKRO Rajah 1.3 menunjukkan enam kuasa persekitaran makro firma. Persekitaran makro ini mempengaruhi cara firma beroperasi.

Page 19 of 27

KUASA EKONOMI KUASA DEMOGRAFI PERSEKITARAN SEMULA JADI

FIRMA

KUASA BUDAYA KUASA POLITIK

KUASA TEKNOLOGI

Rajah 1.3 Kuasa-kuasa persekitaran makro firma Variabel persekitaran makro digunakan untuk membahagikan pasaran perniagaan ke dalam segmen mengikut ciri-ciri am berikut : 1. Persekitaran demografi Persekitaran demografi merupakan satu kajian mengenai populasi manusia dari segi saiz, kepadatan, lokasi, umur, jantina, bangsa, pekerjaan dan lain-lain. Persekitaran demografi ini amat penting kepada firma kerana ia merupakan kajian mengenai manusia dan manusia terdiri dalam pasaran. Perubahan dalam cir-ciri demografi mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi pembelian. Permintaan untuk keluaran perniagaan kadang-kala dipengaruhi oleh lokasi. Misalnya di Malaysia, kebanyakan kawasan perindustrian terletak di pantai barat semenanjung Malaysia. Oleh itu, permintaan untuk kebanyakan keluarab adalah lebih banyak di negerinegeri pantai barat. 2. Persekitaran ekonomi Faktor persekitaran ekonomi ialah faktor yang mempengaruhi kuasa pembelian dan pola-poa pembelian pengguna. Ahli-ahli pemasaran mesti memberi perhatian yang teliti

Page 20 of 27

terhadap arah aliran utama dan pola-pola belanjawan pengguna dalam pasaran mereka sama ada di peringkat pasaran tempatan ataupun antarabangsa. Misalnya apabila Malaysia mengalamai kemerosotan ekonomi pada tahun 1997, banyak firma yang mengalami masalah kerana ramai orang mengamalkan sikap berjimat cermat.Perubahan dalam pola belanjawan pengguna mempengaruhi kuasa pembelian mereka. 3. Persekitaran semula jadi Persekitaran semula jadi melibatkan sumber-sumber semula jadi yang diperlukan sebagai input atau yang dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran. Peningkatan keprihatinan terhadap persekitaran semenjak kebelakangan ini menunjukkan bahawa masalah persekitaran semula jadi semakin tenat sekarang.Di kebanyakan bandar besar di dunia kini, pencemaran air dan udara telah sampai ke tahap yang amat merbahaya.Dunia juga semakin memandang berat terhadap penghakisan lapisan ozon yang menyebabkan tahap kepanasan

melampau.Ahli-ahli pemasaran juga perlu sedar mengenai kekurangan bahan mentah. Misalnya, kerajaan Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa bekalan air di negeri Selangor akan hanya dapat bertahan sehingga tahun 2008, sebelum cuba memperoleh bekalan daripada negeri Johor. Kekurangan bekalan air telah menjadi masalah besar di negeri Melaka pada tahun 1991 di mana bekalan air negeri itu telah menjejaskan industri pelancongan. 4. Persekitaran teknologi Persekitaran teknologi telah melalui perubahan yang mendadak semenjak

kebelakangan ini.Teknologi baru membentuk pasaran dan peluang baru.Perubahan teknologi ini boleh dilihat dalam bidang perubatan, elektronik, pengangkutan dan sebagainya.Internet yang diperkenalkan kini memudahkan ahli-ahli pemasaran memperkenalkan perkhidmatan, membuat promosi dan mengedarkan barang mereka.Misalnya, Microsoft

(www.miscrosoft.com) boleh menjual perisian mereka melalui internet, tanpa menggunakan orang tengah.Persekitaran teknologi membolehkan promosi dibuat tanpa mengira waktu dan tempat. 5. Persekitaran politik Keputusan pemasaran dipengaruhi oleh perkembangan dan perubahan dalam persekitaran politik.Persekitaran politik terdiri daripada undang-undang, agensi kerajaan dan kumpulan pendesak yang mempengaruhi dan mengehadkan aktiviti pelbagai organisasi dan individu dalam sesebuah masyarakat. Misalnya, dengan pelaksanaan AFTA di mana wujud
Page 21 of 27

perdagangan bebas antara negara anggota ASEAN yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2010, memerlukan syarikat-syarikat di Malaysia mempunyai daya saing. Kemasukan barang yang lebih baik dan murah ke dalam pasaran tempatan dijangka akan memberi persaingan hebat kepada syarikat tempatan, terutama Industri Kecil dan Sederhana (IKS). 6. Persekitaran kebudayaan Persekitaran kebudayaan meliputi institusi dan lain-lain kuasa yang mempengaruhi nilai asas masyarakat, tanggapan, keutamaan dan kelakuan.Anggota sesebuah masyarakat berpegang kepada banyak kepercayaan dan nilai.Kepercayaan dan nilai asas ini mempunyai darjah keberterusan yang tinggi.Kepercayaan dan nilai asas ini diperturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anak dan diperteguhkan oleh institusi agama, sekolah, perniagaan dan kerajaan.Misalnya, rakyat Malaysia percaya kepada Tuhan dan ini termaktub di dalam Rukun Negara. Rakyat Malaysia juga memandang berat tentang nilai-nilai ketimuran dan manamana iklan yang menunjukkan model wanita berpakaian kurang sopan dan ghairah dilarang dan adegan bercumbu-cumbuan tidak dibenarkan di media massa. Ahli-ahli pemasaran mesti sedar bahawa persekitaran pemasaran tidak boleh dikawal sepenuhnya oleh mereka.Mereka tidak boleh hanya memandang dan melihat perubahan yang berlaku di dalam persekitaran.Firma-firma yang berorientasikan pemasaran mesti mengambil tindakan agresif untuk mempengaruhi semua pihak dan kuasa yang terdapat di dalam pasaran. Sesetengah syarikat cuba mempengaruhi kerajaan dalam membuat perundangan dan akta. Syarikat-syarikat lain pula cuba mempengaruhi orang ramai supaya mengubah kepercayaan dan nilai mereka. Misalnya, McDonalds dan Kentucky Fried Chiken telah Berjaya megubah cara pemakanan di negara ini dan menjadikan makanan ringan mereka kegemaran golongan kanak-kanak di negara ini.

PERSEKITARAN MIKRO Tugas pengurus pemasaran adalah untuk menarik dan membina hubungan dengan pelanggan melalui pembentukan nilai dan kepuasan.Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh bertindak secara sendirian.Kejayaan mereka bergantung pada persekitaran mikro firma jabatan lain firma, pembekal, orang tengah, pelanggan, pesaing dan pelbagai pihak awam yang bertindak sebagai sistem penyediaan nilai firma.
Page 22 of 27

1. Firma Dalam mereka bentuk rancangan pemasaran, pengurus pemasaran mesti mengambil kira lain-lain kumpulan dalam firma seperti pihak pengurusan atasan, kewangan, penyelidikan dan pembangunan, pembelian, pengeluaran dan perakaunan.Pengurus pemasaran mesti bekerjasama dengan semua pihak kerana semua pihak ini mempunyai kesan ke atas rancangan dan tindakan pemasaran.Di bawah konsep pemasaran, semua jabatan ini mesti memikirkan pengguna dan mereka mesti bekerja dalam suasana harmoni untuk menyediakan nilai dan kepuasan pengguna yang terbaik. 2. Pembekal Pembekal menyediakan sumber yang diperlukan oleh firma untuk menghasilkan keluaran dan perkhidmatan. Jika timbul masalah dengan pembekal, ia akan mempengaruhi pemasaran. Masalah seperti kekurangan dan kelewatan bekalan, mogok pekerja dan lain-lain boleh mengganggu jualan dalam jangka pendek dan kepuasan pengguna jangka panjang. Pengurus pemasaran juga memerhatikan arah aliran harga kerana kenaikan harga bekalan akan meningkatkan kos pengeluaran yang mana akan mempengaruhi volum jualan firma. 3. Orang tengah Orang tengah atau orang perantaraan membantu firma mempromosi, menjual dan mengedarkan barangnya kepada pembeli akhir.Mereka terdiri daripada penjual semula, firma pengagihan fizikal, agensi perkhidmatan pemasaran dan institusi kewangan. Kebanyakn ahli pemasaran sekarang sedar akan kepentingan bekerjasama dengan orang tengah dan menganggap mereka seperti rakan kongsi; bukan sekadar saluran di mana mereka boleh menjual keluaran mereka. 4. Pelanggan Sesebuah firma sering kali tidak terlibat dalam kesemua pasaran, tetapi terlibat dengan beberapa pasaran terpilih. Setiap pasaran memerlukan kepakaran pemasaran yang agak berbeza daripada pasaran lain dan kepakaran tersebut tidak semestinya dapat dipindahkan apabila pasaran yang berbeza disasarkan. Contohnya, usaha pemasaran di pasaran antarabangsa melibatkan kefahaman tentang budaya, peraturan dan keperluan sesebuah negara yang mungkin jauh berbeza daripada pasaran tempatan atau dalam negara.

Page 23 of 27

PASARAN ANTARABANGSA PASARAN PENJUAL SEMULA

PASARAN KERAJAAN FIRMA

PASARAN PERNIAGAAN

PASARAN PENGGUNA

Rajah 1.4 Jenis pasaran pelanggan

5. Pesaing Konsep pemasaran menjelaskan bahawa untuk berjaya, ssesebuah firma mesti memberi nilai dan kepuasan pelanggan yang lebih baik daripada yang ditawar oleh pesaingnya.Dengan itu, ahli pemasaran mesti melakukan lebih daripada setakat memenuhi keperluan pengguna.Mereka mesti memperoleh kelebihan strategic dengan menempatkan tawaran mereka secara teguh berbanding dengan pesaing. 6. Pihak awam Persekitaran pemasaran firma juga termasuk pelbagai pihak awam.Pihak awam ialah mana-mana kumpulan yang mempunyai kepentingan sebenar dan berpotensi yang mana mempengaruhi kemampuan firma mencapai objektifnya. Terdapat enam kategori pihak awam iaitu : 1. Pihak kewangan seperti bank, syarikat pelaburan dan pemegang saham yang mempengaruhi kemampuan firma memperoleh dana
Page 24 of 27

2. Pihak media termasuk surat khabar, majalah, radio dan televisyen yang membawa berita, rencana dan pendapat tentang firma. 3. Pihak kerajaan Pihak pengurusan mesti mengambil kira perkembangan semasa kerajaan 4. Pihak masyarakat yang sentiasa bertindak mempersoalkan tindakan yang diambil oleh firma 5. Pihak umum Firma perlu memandang berat sikap pihak umum terhadap keluaran dan aktivitinya. Imej umum terhadap firma mempengaruhi pembelian mereka 6. Pihak dalaman termasuk pekerja-pekerja, pengurus, sukarelawan dan lembaga pengarah. Firma menggunakan risalah dan sebagainya untuk memberitahu dan merangsang kumpulan dalaman. Apabila pekerja gembira dengan firma mereka, perasaan ini akan lahir secara luaran juga.

RUMUSAN

Berpandukan paparan takrifan pemasaran dapatlah dirumuskan 2 dapatan utama, pertama, Ia merupakan falsafah, sikap, perspektif atau orientasi pengurusan yang menekankan kepuasan pengguna. Kedua, pemasaran merupakan satu set aktiviti yang digunakan untuk melaksanakan falsafah itu. Perbezaan takrifan ini menjelaskan pemasaran antara lain mengemukakan elemen falsafah dan elemen aktiviti merealisasikan falsafah pemasaran. Konsep pemasaran pula mengemukakan elemen seperti pasaran, penawaran dan permintaan, pertukaran, keperluan, kehendak, produk dan urus niaga. Selanjutnya, dalam mengemukakan kos dan faedah dalam faktor persekitaran pula Dalam memastikan kelangsungan objektif pemasaran sesebuah firma perniagaan mencapai sasaran yang digariskan, terdapat 2 aspek persekitaran yang perlu diambil kira sebagai sebahagian daripada memastikan aktiviti pemasaran memenuhi visi dan misi yang ditetapkan.Dua aspek persekitaran tersebut adalah persekitaran makro dan persekitaran mikro.Dalam persekitaran makro, elemen-elemen yan g dipertimbangkan adalah kuasa demografi, kuasa ekonomi, persekitaran semula jadi, kuasa teknologi, kuasa politik dan kuasa budaya.Sementara itu, dalam persekitaran mikro pula, antara elemen yang harus diperhalusi adalah elemen firma itu sendiri, pihak pembekal, orang tengah, pelanggan, pesaing dan pihak awam.

Page 25 of 27

BIBLIOGRAFI

BUKU :

1. Zaharah Bakar, (2003), Asas Pemasaran, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur 2. Mohd Said Othman, (2007), Pemasaran Satu Huraian Mudah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 3. Abu Bakar Abd Hamid, Md Mohar Mohamad dan Fauziah Syarifah Ahmad, (2002), Prinsip Pemasaran : Teori dan Praktis. New York: McGraw-Hill 4. Abu Bakar Hamed, Rusmala Mohd Daud dan Siti Nabiha Abd Khalid, (1998). Asas Pengurusan Perniagaan. Sintok : Penerbitan Universiti Utara Malaysia 5. Nik Rahmiah Nik Yaacob, Ghazali Jaafar dan Zaharah Bakar, (1998),Asas Pemasaran.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam

LAMAN SESAWANG :

1. http://eprints.undip.ac.id/6471/1/konsep_dasar_pemasaran_rumah_sakit__septo_pawelas_arso.pdf

2. http://www.scribd.com/doc/2163141/PENGENALAN-KONSEP-PEMASARAN 3. http://pemasaran1puo.blogspot.com/2010/01/unit-2-persekitaran-pemasaran.html 4. http://www.auratrainingcentre.com/wp-content/uploads/2011/01/KURSUSPENGURUSAN-PEMASARAN-STRATEGI.pdf

5. http://www.scribd.com/doc/51341991/20/PERSEKITARAN-PEMASARAN 6. http://eprints.uthm.edu.my/1323/1/24_Pages_from_PERSEPSI_USAHAWAN_INDU
STRI_KECIL_BUMIPUTERA_TERHADAP_ASPEK_PERLAKSANAAN_STRAT EGI_PEM.pdf 7. http://eprints.usm.my/10015/1/ORIENTASI_PASARAN,_KELEBIHAN_DAYA_SA ING_DAN_PRESTASI__SYARIKAT_KECIL_DAN_SEDERHANA_DI_INDONE SIA.pdf

Page 26 of 27

Page 27 of 27

You might also like