Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pelancongan Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima

puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Perbezaan antara Ekopelancongan dan Agropelancongan

Ekopelancongan atau pelancongan ekologi ( Ecotourism )ialah aktiviti yang melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Agropelancongan atau Pelancongan tani ( Agrotourism ) ialah gaya atau aktiviti pelancongan yang berasaskan kegiatan pertanian, perikanan dan penternakan.

Industri Ekopelancongan
1. Taman negara dan hutan simpan diwujudkan untuk melindungi pelbagai spesies flora dan fauna daripada kepupusan. 2. Taman negara dan hutan simpan ini juga dibangunkan sebagai tempat rekreasi dan pusat pelancongan. 3. Keindahan alam semula jadi, keadaan yang nyaman dan pelbagai jenis flora dan fauna yang unik menjadi daya tarikan pelancong. 4. Kerajaan membangunkan industri ekopelancongan untuk menambahkan sumber pendapatan negara. 5. Kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk menarik pelancong ialah: (a) tempat penginapan (b) tempat perkhemahan (c) kolam mandi semula jadi. 6. Aktiviti pelancongan yang boleh didapati ialah:(a) meredah hutan;(b) mendaki gunung; dan(c) berkayak.

You might also like