Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Assalamualaikum WBH dan Salam Sejahtera, Salam Bahagia, dan Salam 1 Malaysia.

Terima kasih puan pengerusi majlis, Yang Berusaha, En. Ahmad Taip, Guru Besar, SK Kpg Tarikan. Yang Dihormati, En/Pn................................................., YDP PIBG, SK kpg Tarikan. Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, SK Kpg Tarikan, Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi, Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengelola kerana telah berbesar hati menjemput pihak Pejabat Pelajaran Daerah Subis merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) di SK Kpg Tarikan pada tahun ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam kemaafaan daripada tuan PPD kita kerana beliau tidak dapat menghadirkan diri ke majlis ini. Pada masa ini beliau terpaksa membahagikan masa beliau kerana terdapat beberapa buah sekolah juga sedang mengadakan majlis APC pada hari yang sama. Beliau pada masa ini sedang merasmikan Majlis APC di SMK Suai. Dan saya sebagai wakil beliau ingin merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada pihak sekolah di atas kesudian pihak sekolah untuk menjemput Pejabat Pelajaran Daerah Subis merasmikan majlis ini. Dalam pada itu, kita juga ingin merakamkan setinggi tahniah kepada pihak pengelola khususnya pihak sekolah yang telah berjaya mengelolakan majlis yang penuh bermakna ini. Walaupun ia merupakan rutin tahunan untuk manamana sekolah tetapi tanpa kerjasama daripada semua pihak khususnya guruguru, para ibubapa dan para pelajar, ianya tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Syabas kita ucapkan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kita amat berbangga dengan pencapaian SK Kpg Tarikan terutama dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sekolah ini telah berjaya mengekalkan peratus keseluruhan selama 3 tahun berturut-turut. (2006,100%, 2007, 71.43%, 2008,75%). Kita harap untuk UPSR 2009 yang akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat ini nanti, SK Kpg Tarikan akan dapat terus mengekalkan prestasi sekolah dengan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang lagi. Insyaallah.

Pihak sekolah tidak dapat bersendiri dalam usaha mendidik para pelajar. Ianya juga perlu disokong oleh pihak ibubapa melalui PIBG sekolah. Dengan adanya kerjasama dan pengembelengan tenaga di antara sekolah dan PIBG, diharap akan dapat meningkatkan lagi prestasi para pelajar khasnya dan sekolah amnya. Pihak sekolah dan PIBG digalakkan untuk duduk bersama dan berbincang tentang cara-cara dan mengatur strategi / program bagaimana untuk meningkatkan kecemerlangan para pelajar kita. Bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jika kita lihat dan baca laporan dari sekolah-sekolah yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran, sudah pasti mereka mengatakan, antara resepi kejayaan sekolah mereka adalah dengan adanya kerjasama yang jitu diantara pihak sekolah dengan PIBG. Itu yang kita harapkan untuk sekolah-sekolah di daerah kita ini. Para pelajar yang dikasihi, Sesuatu kejayaan yang diperolehi samada kecil atau besar seharusnya diraikan sebagai menandakan kesyukuran dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam usaha mendidik anak-anak pelajar. Justeru itu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) ini menjadi budaya sekolah setiap tahun.Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang adalah bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian pelajar dalam bidang akademik untuk tahun tersebut. Pelajar-pelajar yang telah mencapai tahap yang telah ditetapkan akan diberi hadiah sebagai galakan dan penghargaan di atas usaha mereka selama ini. Bagi pelajar yang kurang berjaya, jangan berputus asa. Masih jauh lagi perjalanan yang akan ditempuhi. Masih banyak lagi peluang yang menanti. Teruskan berusaha tanpa mengenal berputus asa. Insyaallah, jika kita berusaha, kejayaan pasti milik kita bersama.

APC juga merupakan kemuncak aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum dengan mengiktiraf kejayaan-kejayaan para pelajar. Berobjektikan pemberian penghargaan kepada warga sekolah, kesedaran kepentingan pendidikan dan memartabatkan budaya ilmu, diharapkan daya saing dalam kalangan pelajar timbul bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang Kita jua merasakan majlis anugerah seperti ini berjaya menyuntik semangat motivasi baru di kalangan para pelajar dan guru-guru. Selain daripada itu, ianya turut berjaya menerapkan budaya kecemerlangan serta persaingan sihat di kalangan mereka sebagai suntikan semangat untuk mereka terus berusaha mencatatkan pencapaian yang lebih membanggakan pada masa akan datang. Ianya selaras dengan nilai-nilai Budaya Kecemerlangan dan Meritokrasi seperti yang telah digariskan dalam konsep Satu Malaysia oleh Y.A.B Perdana Menteri.

Hadirin yang dihormati, Dan kepada yang akan mendapat keputusan UPSR yang tak lama lagi akan diumumkan, kita doakan semoga kalian mendapat kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sesungguhnya kejayaan itu adalah milik anda semua. Bagi yang berjaya, kita ucapkan tahniah dan teruskan usaha untuk hari-hari yang mendatang. Bagi yang kurang berjaya, jangan berputus asa, perjalanan kalian masih jauh, masih banyak lagi cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Tekadkan hati, bulatkan matlamat, teruskan perjuangan untuk kecemerlangan diri, keluarga dan negara. Kepada warga sekolah SK Kpg Tarikan, terutama guru besar dan guru-gurunya, Kita sedia maklum warga sekolah telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan anak didik masing-masing. Dan kerana itu kita ucapkan tahniah, kerana telah berpenat-lelah dalam usaha mendidik anak bangsa. Sesungguhnya jasa dan bakti yang dicurahkan tidak dapat dibalas. Hanya ucapan terima kasih guru yang dapat kita berikan, pesan kita juga agar teruslah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab, sesungguhnya para pelajar di sini masih lagi dahagakan ilmu pengetahuan. Didiklah mereka seperti anak sendiri, curahkan ilmu yang telah dipelajari dan siramilah mereka dengan air pengetahuan. Mereka amat memerlukannya. Bagi yang masih baru dalam bidang pendidikan, belajarlah lagi untuk memperbaiki dan menghiasi diri, bertanyalah pada yang tua kerana mereka lebih berpengalaman, telah banyak yang dilalui, telah jauh perjalanan yang ditempuhi, bagi yang telah lama bergelumang dalam bidang pendidikan, teruskanlah mencurah bakti kepada mereka yang memerlukannya, bimbinglah yang baru tentang asam garam dunia pendidikan. Bersama-samalah berjalan seiring, membina kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk SK Kpg Tarikan. Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola, terutamanya guru besar, staff beliau dan PIBG kerana telah dapat menganjurkan Majlis ini. Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SK Kpg Tarikan tahun 2009. WBH

You might also like