Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 30

SISTEM INTEGUMENTARI

Struktur dan Fungsi Sistem Integumentari

SISTEM INTEGUMENTARI
Sistem Integumentari terdiri daripada kulit dan struktur tambahan yang lain seperti; a) Rambut b) Kuku c) Kelenjar

FUNGSI SISTEM INTEGUMENTARI


Perlindungan Pengawalaturan suhu badan Perkumuhan Sintesis Vitamin D Sentuhan Menghalang kehilangan air dari badan Pengimunan

KULIT
Struktur kulit
Organ terbesar yang terdapat pada badan manusia. Dewasa - meliputi hampir 2 meter persegi permukaan badan & 20 % berat badan manusia. Ketebalan - julat daripada 0.3 -4.0 mm - bergantung kepada lokasinya pada badan Terdiri daripada 3 lapisan utama: a) Epidermis (lapisan luar) b) Dermis (lapisan dalam) c) Hypodermis (lapisan subcutaneous)

(Hypodermis)

EPIDERMIS
Terdiri daripada lapisan squamous epithelium dan dipisahkan daripada dermis oleh membran bawah (basement membrane) yang nipis. Tidak setebal dermis. Mempunyai julat ketebalan hampir 0.3mm di kelopak mata hingga 1.5mm di tapak tangan dan tapak kaki. Struktur avascular gas, nutrien & bahan kumuh mesti diserap ke atau daripada kapilari yang terletak di dalam dermis.

Terdapat 4 sel utama yang membina lapisan epidermis iaitu:


1) Keratinocytes
mengandungi hampir 90% sel epidermal. menghasilkan campuran protein dikenali sebagai keratin keratin-kalis air dan melindungi kulit

2) Melanocytes
mengandungi hampir 8% daripada sel epidermal. menghasilkan sekumpulan pigmen yang dikenali sebagai melanin melanin- berkaitan dengan kulit, rambut dan warna mata - menyerap sinar ultraungu cahaya matahari - melindungi kulit dari kerosakan

3) Sel Langerhans tulang sumsum Epidermis memainkan peranan penting dalam tindak balas pengimunan 4) Sel Merkel terletak di kawasan paling dalam berkaitan dengan sistem saraf dan rangsangan deria berfungsi untuk deria sentuhan

Epidermis terbina daripada 5 lapisan (strata)


Lapisan epidermis daripada atas hingga ke bawah disusun seperti berikut: stratum corneum stratum lucidum stratum granulosum stratum spinosum stratum basale

DERMIS
Satu lapisan tisu penghubung yang tebal. Berbeza ketebalan -kurang daripada 1 hingga 4mm. Kapilari darah, kelenjar peluh, folikel rambut, otot erektor, kelenjar sebum, lapisan lemak, hujung-hujung saraf

KAPILARI DARAH
Mengangkut oksigen dan makanan ke selsel kulit. Mengeluarkan karbon dioksida dan kumuhan bernitrogen dari kulit.

Peranan penting dalam pengawalan kehilangan haba.

OTOT EREKTOR
Dihubungkan ke dasar papilla rambut secara menyerong. Mengawal sudut dongak rambut. Mengawal suhu badan melalui lapisan udara yang terperangkap di antara rambut.

LAPISAN LEMAK
Di bahagian bawah dermis. Menyimpan tenaga yang berlebihan. Membentuk satu lapisan penebat mengurangkan kehilangan haba dari badan.

HUJUNG-HUJUNG SARAF
5 jenis hujung saraf dalam kulit a) reseptor sejuk b) reseptor haba c) reseptor sentuhan d) korpuskel Pacini (reseptor tekanan) e) hujung saraf bebas (reseptor sakit)

HYPODERMIS
Lapisan subsutaneous. Melekatkan kulit kepada tulang dan otot di lapisan bawah. Kapilari darah dan saraf. Tisu penghubung dan tisu adipos 11/2 lemak tersimpan dalam badan Penebat

FOLIKEL RAMBUT
Berkembang dari epidermis embryonik. Fungsi utama ialah PERLINDUNGAN.

STRUKTUR FOLIKEL RAMBUT


Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: a) Liang rambut (hair shaft) - yang menjulur keluar di atas permukaan kulit b) Akar rambut (hair root) di bawah permukaan kulit (dermis) Pangkal akar rambut mengembang seperti mentol dan dikenali sebagai hair bulb Terdiri daripada berapa kolum sel mati dan sel keratin. 3 lapisan berpusat iaitu MEDULLA,KORTEKS dan KUTIKEL.

KUKU
Struktur Kuku
Lapisan keras dan terdiri daripada himpunan sel keratin daripada epidermis yang tersusun secara padat. Terdiri dari 3 bahagian utama: a) Badan kuku (Nail body) - bahagian kuku yang boleh dilihat. b) Bucu bebas (Free edge) - bahagian kuku yang memanjang c) Akar kuku (Nail root) - bahagian kuku yang tertanam di bawah lipatan kulit

Struktur-struktur Kuku yang Lain:


1) Lunula - bahagian bawah badan kuku yang berwarna putih dan berbentuk semibulat 1) Eponychium - dikenali sebagai kutikel - lingkaran sempit epidermis yang memanjang daripada garisan sisi dinding kuku

3) Nail matrix - Tisu epitelial di dalam akar kuku - Tempat kuku tumbuh

KELENJAR
Terdapat 2 kelenjar utama yang terdapat pada lapisan dermis kulit iaitu : a) Kelenjar peluh b) Kelenjar sebum

KELENJAR PELUH
Tiub berlingkar yang berada pada bahagian dalam dermis. Hujung tiub yang terbuka ke permukaan kulit. Mengeluarkan bahan-bahan kumuh seperti natrium klorida, air, dan urea dari badan.

KELENJAR SEBUM
Terletak di dalam dermis dan berhubung dengan folikel rambut Menghasilkan rembesan berminyak (sebum) yang menyebabkan epidermis kalis air. Mengurangkan kecenderungan kulit menjadi kering akibat kehilangan air melalui sejatan. Perlindungan daripada bakteria.

Pengawalaturan Suhu Badan Manusia


Suhu badan naik (bersukan) Perubahan suhu dikesan oleh hipotalamus dan: Perpeluhan berlaku Lebih darah ke permukaan kulit (penvasolidatan) Bulu roma mencondong mendekati kulit

Suhu badan yang normal

Suhu badan yang normal

Perubahan suhu dikesan oleh hipotalamus dan: Tiada perpeluhan berlaku Darah dialirkan menjauhi permukaan kulit Suhu badan turun (penvasocerutan) (memasuki bilik yang Bulu roma menegak ada penyaman udara) Badan menggeletar

You might also like