Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

LIGHTING SYSTEM

PENGENALAN

Lampu adalah komponen yang amat penting pada sesebuah kenderaan. Sistem lampu ini dapat membantu pemandu kenderaan melihat dengan lebih jelas terutama dalam keadaan gelap atau pada waktu malam.

CIRI-CIRI LAMPU YANG BAIK: Berupaya mengeluarkan cahaya yang


terang. Cahaya lampu depan(besar)menyuluh dengan terang dalam kawasannya dan tidak bersepah. Lampu isyarat berupaya mengelipkan cahaya mengikut bilangan kelip yang betul

KOMPONEN SISTEM LAMPU


MENTOL LAMPU LAMPU UTAMA SUIS LAMPU KECIL SUIS LAMPU TINGGI DAN RENDAH SUIS LAMPU ISYARAT SUIS LAMPU KECEMASAN FLASHER UNIT(UNIT PENGELIP)

MENTOL LAMPU

Apakah kegunaan mentol lampu ?

Mentol digunakan untuk menghasilkan cahaya awal pada sesebuah lampu, kemudian cahaya tersebut dipantul dan diperbesarkan oleh pemantul di dalam lampu supaya ia kelihatan lebih terang dengan berganda-ganda dari cahaya asal

CONTOH MENTOL-MENTOL LAMPU YANG BIASA DIGUNAKAN PADA KENDERAAN

LAMPU UTAMA

Berfungsi untuk memantulkam (membalikkan) sambil melipat gandakan cahaya yang dihasilkan oleh mentol untuk membantu pemandu kenderaan semasa gelap.

SUIS LAMPU KECIL, SUIS LAMPU TINGGI DAN RENDAH, SUIS LAMPU ISYARAT

Suis lampu kecemasan (hazard switch)

Unit pengelip(flasher unit)

Berfungsi untuk mengelipkan lampu isyarat. Biasanya ia mengelip 60-80 kerlipan dalam satu minit.

SISTEM PENDAWAIAN,KENDALIAN DAN LITAR


Litar sistem lampu terdiri daripada: Litar lampu utama Litar lampu kecil Latar lampu isyarat/kecemasan

LITAR ASAS LAMPU UTAMA DAN LAMPU KECIL

Kendalian sistem lampu utama dan lampu kecil


Apabila suis lampu di on kan, arus dari bateri akan ke suis lampu kecil, suis lampu utama, ke suis pemalap (dimmer switch) dan kemudian ke lampu kecil dan utama. Pada suis lampu pemalap, arus akan mengikut arah kedudukan suis tersebut, jika kedudukan pada arah lampu atas, maka lampu atas akan menyala dan jika lampu pemalap dalam kedudukan rendah maka lampu rendah akan menyala. Bagi lampu kecil pula,apabila suis diarahkan ke lampu kecil, keempatempat lampu kecil di hadapan dan belakang menyala termasuk lampu dalaman di penal alatan (dashboard). Bagi lampu brek pula, ia terdapat satu suis yang digerakkan pada tuil pedal atau diletakkan di hujung pam induk. Apabila pedal ditekan, suis berfungsi, arus mengalir ke dalam litar dan menyalakan lampu isyarat berhenti.

Litar lampu isyarat dan kecemasan

Kendalian sistem lampu isyarat dan lampu kecemasan

Apabila suis penentu arah membelok di gerakkan ke kanan atau ke kiri (on mengikut arah oleh pemandu) arus dari bateri akan melalui unit pengelip ke suis penentu arah dan ke lampu isyarat (lampu isyarat kanan atau kiri seperti yang di tentukan oleh pemandu).

Lampu akan menyala dengan berkelip-kelip kerana arus yang sampai ke lampu telah di putus-on oleh unit pengelip.
Biasanya ia mengelip 60-80 kerlipan dalam satu minit.

Litar lampu kecemasan pula berbeza dari isyarat arah.


Apabila suis dipasangkan, keempat-empat lampu menyala dan berkelip. Satu unit pengelip berasingan digunakan dengan satu suis kecemasan.

SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like