Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

PENGANGKUTAN OKSIGEN DALAM BADAN MANUSIA

Bagaimanakah oksigen yang anda sedut sampai ke selsel? Melalui sistem peredaran darah.

ALVEOLUS
Peparu kita mengandungi berjutajuta alveolus. Setiap alveolus mempunyai dinding setebal satu sel. Ciri-ciri penting alveolus yang membantu penyerapan oksigen: -dilapisi satu lapisan lembap -diliputi jaringanRajah 1.6 kapilari darah.

Oksigen yang disedut akan larut dalam lapisan lembap pada alveoli. Ini menyebabkan kepekatan oksigen di dalam alveoli meningkat.

Apabila kepekatan oksigen di dalam alveoli adalah lebih tinggi berbanding dengan kapilari darah, oksigen akan diangkut dari alveolus ke kapilari darah dengan cara resapan mudah (simple diffusion)

PENGANGKUTAN OKSIGEN OLEH DARAH

SEL DARAH MERAH


Darah bertindak sebagai medium pengangkutan oksigen yang cekap disebabkan bantuan dari hemoglobin (haemoglobin). Hemoglobin adalah pigmen merah yang terdapat di dalam sel-sel darah merah (eritrosit).

Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk oksihemoglobin. Oksigen + Hemoglobin Oksihemoglobin Oksihemoglobin ini akan dibawa oleh salur darah dari peparu ke jantung.

PENYEBARAN OKSIGEN DARIPADA KAPILARI DARAH KE SEL-SEL BADAN


Apabila jantung mengepam, darah beroksigen mengalir ke seluruh badan. Apabila sampai ke sel-sel badan yang kekurangan oksigen, oksihemoglobin akan terurai untuk melepaskan oksigen dan hemoglobin. Oksihemoglobin Oksigen + Hemoglobin.

Oksigen yang dilepaskan diserap oleh selsel badan Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel meresap ke dalam kapilari darah untuk dibawa oleh hemoglobin Hemoglobin akan kembali ke alveoli untuk membebaskan karbon dioksida dan mengikat oksigen yang baru. Karbon dioksida akan diusir keluar daripada paru-paru semasa proses menghembus Sila rujuk nafas.

Rajah1.7 m/s 7

You might also like