Pre Pantang Larang Melayu

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Pantang Larang : Melayu

Pengenalan
Penyelidikan telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu tebal dan kukuh dengan kepercayaan mereka, adat resam mereka, permainan-permainan asli mereka, tarian-tarian mereka dan berbagai-bagai lagi. Sejarah telah menunjukkan bahawa adat resam Melayu ini dibawa mula-mulanya dari Tanah Hindi (India), dan seterusnya dengan kedatangan agama Islam ke rantau ini, adat resam ini dipengaruhi pula oleh Islam.

Sedikit demi sedikit, diperhatikan dengan peredaran zaman, dan pengaruh sains dan teknologi dari Barat, jenis-jenis tahyul, kecenderungan kepada bomoh dan lain-lain lagi ini semakin menghilang. Kalau pun diketahui atau masih disimpan lagi, unsureunsur begini masih terdapat di dalam kajian ilmiah atau akademik di Universiti-universiti atau di lain-lain institusi.

Kepercayaan dan fahaman orang Melayu zaman dahulu berpandukan kepada fahaman animisme iaitu kepercayaan kepada semangat dan benda-benda yang ghaib atau bendabenda yang halus. Semangat mengendalikan secara keseluruhan di dalam kehidupan manusia dan masyarakat ketika itu. Namun, orang-orang Melayu pada hari ini berpandukan kepada konsep agama iaitu percaya kepada adanya Allah dan pesuruhNYA, kitab-kitabNYA dan segala-galanya yang berhubung dengan agama.

PANTANG LARANG

Definisi
Pantang larang merupakan sesuatu yang tidak dipersetujui oleh seseorang individu atau kepada sesuatu kumpulan mahupun sesuatu masyarakat, mengenai sesuatu perkara yang tertentu. Bila sesuatu kumpulan atau masyarakat menganggap sesuatu perkara itu sumbang di mata mereka, maka ahli-ahli kumpulan itu ditegah dan dilarang daripada melakukannya. Sebab itulah timbul istilah PANTANG LARANG

Sekiranya seseorang itu ingkar maka sesuatu kejadian buruk akan berlaku, baik terhadap individu itu sendiri mahupun terhadap keluarganya. Menurut kebudayaan orangorang Melayu, segala pesan orang tua-tua perlu diturut dan tidak boleh disoal. Malahan anak-anak cucu memang tidak berhajat untuk tahu akan apa-apa sebabnya. Kata orang tuatua : Tak baik kalau dibantah atau disangkal. Buruk padahnya!.

PANTANG LARANG : MELAYU

Dilarang meniarap dan menyabungkan kaki ke atas kerana akan menyebabkan kematian ibu. Tidak boleh menunjuk pelangi, nanti jari tangan kudung. Tidak boleh bermain sembunyi di kala senja, nanti di sembunyikan hantu. Tidak boleh bermain melambung batu di malam hari, nanti beras mahal. Tidak boleh duduk di atas bantal, nanti bisul di punggung.

Tidak boleh memanjat para-para dapur, nanti kelak badan tidak boleh membesar lagi atau bantut. Tidak boleh makan tebu di malam hari, dikatakan menghisap darah ibu mereka yang mana ibu kelak mati. Pantang bersiul di malam hari kelak hantu datang.

PANTANG LARANG KETIKA BAYI

Kita dilarang duduk di hujung kepala bayi. Ini dikhuatiri bayi itu akan mendapat penyakit sawan. Kita tidak boleh merendam lampin bayi kelak bayi itu kembung dan kena sawan tangis. Bayi tidak boleh dibawa berjalan di waktu senja atau maghrib, takut dirasuk hantu jembalang. Jangan beri bayi makan pulut, nanti ia gagap bercakap sampai ke tua. Bayi tidak boleh makan ikan, nanti banyak cacing dalam perut.

PANTANG LARANG: WANITA MENGANDUNG

Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Jangan bergaduh dengan ibu mertua dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak. Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap. Tidak boleh memotong muncung ikan kelak nanti bayi yang dilahirkan akan sumbing.

Ibu hamil tidak boleh terperanjat bimbang nanti anak dalam kandungan kan terkena kenan atau cacat. Jangan mengalihkan barang-barang dalam rumah sendiri kelak nanti anak akan menyongsang dan akan membuatkan si ibu sukar ketika melahirkan anaknya.

PANTANG LARANG: BUAT SI DARA & SI TERUNA

Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua. Anak dara jangan tidur sehingga matahari meninggi Jangan duduk di muka pintu Sekiranya si adik terlebih dahulu berkahwin dari kakaknya ( langkah bendul ), maka bakal adik ipar ( pengantin lelaki ) mesti menghantar dua persalinan kepada pihak perempuan ( untuk isteri dan kakaknya ) jika tidak si kakak tidak akan kahwin sampai ke tua. Orang bujang tidak boleh menebuk kelapa kelak nanti dapat isteri yang pernah menjadi hak orang. Si bujang juga mesti mengelakkan diri dari giginya diapat dipatuk ayam bimbang akan kahwin lewat di mana susah mendapat pasangan yang benar-benar sesuai

PANTANG LARANG : PERKAHWINAN

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul. 2. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. 3. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. 4. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. 5. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang. angan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.

PANTANG LARANG : UMUM

Jangan tidur dalam gulungan tikar nanti kurap. Kalau hendak memakan ketupat, hendaklah memotongnya dengan betul. Jangan dirombak kulit luarnya sahaja nanti sesat tatkala berjalan. Jangan makan waktu senja atau maghrib, nanti makanan yang dimakan tidak mengenyangkan kerana makan dengan syaitan. Jangan pijak nasi kucing nanti buruk tapak kaki. Jangan lalu di bawah rumah kelak dapat sakit kepala.

Jangan buat pintu menghadap jalanraya, boleh mendatangkan sial. Jangan langkah garam nanti asyik hendak kencing Jangan katakan tidak ada duit walaupun sememangnya kita tidak ada duit, nanti rezeki hilang. Jangan bercermin muka di waktu malam, kelak hilang seri di muka. Orang muda jangan cuba memarahi orang tua kelak disambar petir

Pada garis kasarnya pantang larang yang diciptakan oleh orang-orang tua Melayu dahulu adalah berdasarkan kepada tiga tujuan : a) Tujuan mendidik b) Untuk menjaga keselamatan c) Kepercayaan tua semata-mata

You might also like