PJM 3112

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

PJM 3112 PENGELOLAAN DAN PENTADBIRAN PJ & SUKAN

PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL


(peraturan-peraturan permainan tradisional & pengurusan
pertandingan tradisional)

Hadi Syahmi Mohd Shahril

SISTEM UNDIAN DALAM PERMAINAN TRADISIONAL


Sebelum memulakan permainan tradisional biasanya

undian dilakukan bagi menentukan bagaimana untuk menentukan atau memulakan pertandingan. Undian dilakukan adalah bagi membolehkan permainan menjadi lancar tanpa bantahan serta memberi keadilan kepada pemain. Tujuan undian dilakukan dalam permainan tradisional ialah: (a) Memilih ahli kumpulan atau pasangan (b) Memilih ketua kumpulan atau memilih peranan yang di mainkan oleh pemain (c) Menentukan giliran bermain dengan menentukan pasukan dan pemain mana yang akan mulakan pertandingan (d) Menentukan tempat permainan

Cara undian

1) Tepuk Daun
Undian tepuk daun biasanya digunakan bagi menentukan kumpulan atau pemain yang memulakan pertandingan. Undian ini melibatkan dua orang, alat yang digunakan dalam permainan ini ialah sehelai daun. Pemain akan memilih bahagian daun yang di kehendaki. Contohnya A akan memilih belakang daun dan B akan memilih hadapan daun.

Cara membuat undian ini ialah:


(a) Pemain perlu meletakan daun di tapak tangan (b) Pemain perlu duduk berhadapan dengan sebelah tangan pemain diangkat separas bahu atau lebih. (c) Aras kedudukan tangan perlulah sama tinggi (d) Salah seorang daripada pemain melekatkan daun pada tapak tangan. (e) Secara serentak kedua-dua pemain hendaklah menepuk tangan. (f) Daun akan di biarkan jatuh ke tanah. Jika bahagian daun tengadah ke atas maka pemain B memenangi undian itu begitu juga sebaliknya

2) Berbisik
Undian ini biasanya dilakukan bagi menentukan ahli kumpulan, berbisik dilakukan secara berpasangan. Sebelum proses ini dilakukan ketua kumpulan akan di lantik. Biasanya pemain yang hendak berbisik akan memilih pasangan yang sama padan dari segi saiz dan umur.

Cara membuat undian ini


(a) Ketua kumpulan akan mengambil kata putus bagi menentukan perkara yang hendak di bisikan contohnya kapal terbang ke kapal laut (b) Pemain bersama pasangan mereka akan melaksanakan proses berbisik (c) Pasangan yang berbisik biasanya akan mengelak daripada di dengari oleh ketua kumpulan katakan hasil bisikan A memilih kapal terbang B memilih kapal laut (d) Selesai mengambil keputusan A dan B akan berjumpa dengan ketua kumpulan. Katakan ketua kumpulan harimau memilih kapal laut maka B adalah ahli kumpulan harimau. A akan masuk dalam kumpulan yang lain. (e) Ketua kumpulan akan memilih secara bergilir-gilir Kaedah berbisik ini di lakukan bagi memberi keadilan kepada kumpulan dalam memilih ahli kumpulan.

3)Cabut Bilah lidi


Undian cabut bilah lidi dilakukan bertujuan untuk menentukan kumpulan atau pemain yang memulakan permainan, memulakan giliran bermain ataumembahagi kumpulan. Alat undian yang digunakan boleh terdiri daripada lidi penyapu, ranting kayu kecil atau lalang.

Cara membuat undian


(a) Undian di lakukan dengan cara salah seorang pemain menggenggam alat tersebut. (b) Setiap alat undian mempunyai panjang yang berlainan (c) Bahagian atas alat undian perlulah sama dan dapat dilihat bagi memudahkan pemain mencabut. (d) Bahagian bawah hendaklah di lindungi (e) Tujuan (i) Bagi Menentukan Kumpulan yang Memulakan Permainan (ii) Bagi Menentukan Pemain yang Memulakan Permainan

4) Lambung Duit
Undian ini juga biasanya digunakan untuk menentukanpasukan yang akan memulakan pertandingan. Alat undian yang di gunakan ialah duit syiling Cara membuat undian (a) Wakil pasukan akan memilih permukaan duit syiling (b) Lambungan dalam bentuk pusingan ke atas akan dilakukan oleh orang yang berkecuali atau pengadil (c) Bila duit jatuh wakil pasukan dan pengadil akanmelihat hasil lambang duit syiling yang tengadah ke atas (d) Pemain yang membuat tekaan pada duit syiling yang tengadah ke atas dikira sebagai pemenang undian

5)Lai Lai Li Tham Plom


Undian ini biasanya di gunakan untuk mencari tukang jadi atau menentukan giliran pemain. Dalam undian ini pemain akan menggunakan tapak tangan dan bahagian belakang tangan Cara membuat undian (a) Pemain membentuk satu bulatan dalam keadaan berdiri dan menghadap antara satu sama lain (b) Pemain akan bersama menyanyi lagu Lai lai li tham Plom (c) Pemain menyembunyikan tangan di belakang sambilmenyanyi dan menghulurkan tangan serentak apabila menyebut perkataan plom. (d) Selain daripada itu terdapat juga pemain menyanyi sambil menterbalikkan tapak tangan dan berhenti apabila menyebut perkataan plom (e) Pemain yang melambangkan tangannya berlainan dengan pemain-pemain lain akan menjadi tukang jadi

6)Meneka Benda dalam Genggaman


Undian ini biasanya di lakukan bagi menentukan pasukan mana yang memulakan permainan. Permainan ini melibatkan seorang yang berkecuali. Cara membuat undian (a) Orang yang berkecuali akan menggenggam objek yang di pilih, proses ini dilakukan secara bersembunyi dan tidak diketahui oleh kedua-dua pemain. (b) Setiap ketua pasukan akan meneka tangan yang menggenggam objek tersebut sama ada tangan kiri atau kanan. (Sekiranya ketua pasukan A memilih kanan ketua pasukan B akan memilih kiri pilihan tidak boleh sama) (c) Wakil pasukan yang membuat tekaan yang betul akan memulakan pertandingan

CONTOHCONTOH PERMAINAN TRADISIONAL

Bulu Ayam
dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam

atau chapteh. Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Cara Bermain

Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan

terbelih dahulu bagi menentukan giliran. Undian dijalankan bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata sama ada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi kaki sebelah dalam sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.

KIRAAN MATA
Mata dikira dengan cara, pemain mestilah

menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.

Galah Panjang
dimainkan diluar rumah.. tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari

seramai 4org dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan oleh keduadua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran

Gelanggang Permainan

Cara Bermain
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua

pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awakawak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan

hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika

salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut.

SEPAK RAGA
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun

lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,


Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah

rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Cara Bermain
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri

dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan.
Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya

sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.


Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan

itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.
Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut

ditamatkan.

Peraturan Permainan
Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan

fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan.


Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran

menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin.
Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam

pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan.


Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak

dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan,

ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

Wau
Bentuk teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, Permainan wau merupakan permainan bagi memenuhi masa

lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Wau telah di mainkan oleh orang Melayu sejak sekitar kurun kelima belas. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau Wau dicipta bergantung kepada kreativiti pembinanya, oleh itu terdapat pelbagai jenis nama dan bentuk wau. Contohnya wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Wau juga biasanya di hiasi oleh corak yang bermotifkan awan larat yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga di jadikan

Membuat Wau Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa,bermula dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau. Masa yang diambil untuk membuat wau biasanya mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk siap. Cara Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjungyang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

You might also like