Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 28

MINGGU 1

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

SEJARAH PERKEMBANGAN PEMBENTUKAN ISTILAH


(PM. DR.S.VIJAYALETCHUMY)
BBM3405:PERISTILAHAN

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

SEJARAH PERKEMBANGAN PEMBENTUKAN ISTILAH Perkembangan Sebelum Wujudnya Pedoman Usaha pembentukan istilah sebenarnya bermula sejak 1957, iaitu apabila tertubuhnya jawatankuasa istilah yang pertama (selepas ini disebut JKI) JKI Kerajaan pada 15 Januari 1957. Dalam jangkamasa 15 tahun iaitu dari 1957 hingga 1975, usaha peristilahan ini telah melalui beberapa peringkat perkembangan, menyebabkan timbul beberapa cabaran baru yang memerlukan penyelesaian yang lebih sesuai.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Masa 1975 terbahagi kepada dua zaman iaitu:


1) Zaman awal dengan penubuhan JKI yang pertama pada 1957 hingga 1960; dan 2) Zaman dari 1960 hingga 1975 yang ditandai dengan penggunaan satu pedoman pembentukan istilah yang disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Zaman 1957 1960


Zaman ini dikatakan zaman awal iaitu pada masa ini tidak terdapat sebarang panduan pembentukan istilah yang digunakan oleh JKI DBP itu. Antara ciri-ciri yang menyebabkan pembentukan istilah adalah disebabkan: Keperluan, Jawatankuasa Pencipta Istilah; dan Tatacara Pembentukan Istilah

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Keperluan
Tujuan DBP ditubuhkan adalah untuk menjalankan usaha merancang dan membina bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi bagi kegunaan sistem pendidikan dan pentadbiran Malaysia. Keperluan yang mendesak pada masa itu ialah menerbitkan buku teks untuk kegunaan sekolah. Hal ini menimbulkan keperluan untuk mewujudkan istilah bahasa Melayu bagi kegunaan dalam penulisan buku teks tersebut. Maka, JKI telah ditubuhkan, iaitu yang terdiri daripada JKI Kerajaan dan Perjawatan, dan JKI Sains Am.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Jawatankuasa ini tidak mempunyai panduan atau falsafah atau tatacara kerja membentuk istilah.

Perkara yang menjadi pegangan mereka ialah istilah yang dicipta mestilah bersifat murni. Dari sinilah munculnya panduan bahawa istilah yang dicipta perlu sesuai dengan lidah Melayu.
Antara yang dicipta seperti perkataan maging, maun, stesen, kimia, dan sains yang sesuai dengan lidah Melayu.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Jawatankuasa Pencipta istilah


Semasa DBP di Johor Bahru JKI ditubuhkan. Antara yang ditubuhkan lagi ialah JKI bagi bidang pertanian (pada 27 Mei 1958) serta Fizik dan Perhutanan pada 31 September 1958.

Pada peringkat awal, kemudahan dan kepakaran amat kekurangan seperti tenaga terlatih dan berpengalaman baik dalam bidang yang khusus dan juga bahasa. Bagaimanapun objektif pembinaan bahasa tersebut perlu dijalankan

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Usaha JKI dalam mencipta dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pada peringkat awal, JKI Kerajaan telah berjaya mencipta istilah pentadbiran dan urusan kerajaan seperti nama kementerian, jabatan, pejabat, pangkat, jawatan, nama surat dan borang. Pada peringkat berikutnya JKI Sains Am pula berjaya mencipta istilah untuk kegunaan penulisan buku-buku sekolah termasuk Pertanian, Fizik dan Perhutanan.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Tatacara Pembentukan Istilah Pada masa ini tiada pedoman pembentukan istilah. Oleh itu, pihak JKI telah mengamalkan sikap tulen dalam pembentukan istilah (Ainuddin Wahid, 1958 dalam Abdullah Hassan 1993:76). Sifat bahasa Melayu mesti dipertahan apabila mencipta istilah. Peminjaman unsur asing ditolak untuk menjamin bahasa Melayu tidak rosak. Untuk mengelakkan peminjaman, sebagai jalan keluar mengatasi masalah JKI yang berpegang pada prinsip ini telah menjalankan usaha menggabungkan unsur daripada kata bahasa Melayu untuk membentuk istilah.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Bagaimanapun pengguna bahasa mengalami kesukaran untuk mengenali istilah ini dari segi bentuk dan etimologi serta maknanya. Contohnya: maging = makan daging jentolak = jentera tolak maun = makan daun jabanah = jalan bawah tanah

Bagaimanapun terdapat satu pihak yang berpendirian bahawa, sekiranya istilah dalam bahasa Melayu tidak ada, maka, istilah asing boleh dipinjam. Sebenarnya tidak banyak yang berpendirian sedemikian kerana jelas kekerapan peminjaman dan penyaduran tidak tinggi pada zaman itu.
Pada masa itu, kata Arab yang telah mantap lebih mudah diterima daripada kata bahasa Inggeris, misalnya kimia untuk chemistry.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Zaman 1960 hingga 1975

DBP sejak 1960 telah menyusun satu pedoman pembentukan istilah yang digunakan dan dapat menjadikan kegiatan pembentukan istilah bahasa Melayu lebih selaras kerana pedoman ini telah dapat menyeragamkan usaha pembentukan istilah tersebut melalui penggunaan satu pedoman yang sama.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Pedoman Pembentukan Istilah Terdapat tiga pedoman pembentukan istilah yang telah disusun bagi kegunaan pembentukan istilah bahasa Melayu, iaitu: 1 Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baharu DBP yang mula digunakanpada tahun 1959. 2 Dasar, cara dan pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP yang mula digunakan selepas 1970.

3 Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya telah disusun dan digunakan dalam tahun 1971.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Pedoman yang pertama diterima dan digunakan meluas oleh JKI. Oleh sebab hanya satu pedoman pada masa itu, maka pedoman ini banyak mempengaruhi usaha pembentukan istilah pada masa tersebut. Pedoman pembentukan istilah kedua dan ketiga diperkenal selepas 1970 sebelum kewujudan Pedoman Umum Pembentukan Istilah (selepas ini disebut PUPI). Pedoman ini adalah usaha pembaikan yang dilakukan dalam usaha menyusun pedoman pembentukan istilah.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Antara pembaikan yang dilakukan ialah mengemukakan perincian tentang ciri-ciri linguistik dan tatabahasa bahasa Melayu. Asmah Hj. Omar telah menyusun pedoman yang ketiga bagi kegunaan pembentukan istilah di Universiti Malaya (UM) yang menggunakan penjelasan mengikut keperluan ilmu bahasa.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Perbandingan dengan Zaman Awal

Pada zaman ini masih ada beberapa golongan ahli pembentukan istilah yang berpegang pada prinsip dalam eraprintis yang menyebabkan golongan ini tidak menghayati pedoman yang telah disediakan.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Peranan Bahasawan dalam Pembentukan Istilah Terdapat bahasawan yang bergiat secara aktif pada sekitar tahun 1964 iaitu dalam JKI Linguistik dan Kesusasteraan. Ketiadaan bahasawan yang berkelayakan ketara pada masa itu. Bagaimanapun ahli-ahli JKI masa itu dapat menunjukkan kekreatrifan dalam membentuk istilah. Bahkan terdapat beberapa keputusan yang ditentukan oleh JKI pada masa itu sangat berkesan dan mantap.

Di samping usaha DBP ini terdapat institusi lain yang terlibat secara langsung iaitu UM.

DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Peranan Bahasawan dalam Pembentukan Peristilahan Ramai bahasawan aktif sekitar 1964 dalam JKL Linguistik Kesusteraan. Bilangannya kurang pada masa itu tetapi mereka aktif. Turut aktif menyumbang ketika itu ialah : -DBP -Universiti Malaya Ramai lagi penyumbang penyumbang mengikut bidang-bidang kepakaran masing masing. Mereka dipanggil untuk menyumbang ketika diperlukan.
DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

ANGGOTA JK TETAP BAHASA MELAYU KEMAHIRAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Dato Haji Jumaat bin Dato Haji Mohammad Noor Dewan Bahasa Pustaka. (DBP) Dato Profesor Dr. Hajah Asmah Haji Omar Universiti Malaya (UM )

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Dato Dr. Haji Mohammad Ghazali Haji Abdul Rahman Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Profesor Abdullah Hassan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Farid M.Onn. Dewan Bahasa Pustaka (DBP)
DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

Profesor Madya Dr. Haji Amat Juhari Moain Universiti Putra Malaysia (UPM) Dato Syed Abu bakar Barakhbar Majlis Peperiksaan Malaysia

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Profesor Dr. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim Universiti Malaya (UM)

Dato Dr. Haji Mohammad Mansor bin Haji Salleh Istitut Teknologi MARA (UITM)
Dr. Arfah binti Abdul Aziz Kementerian Pendidikan Malaysia Encik Sulaiman Masri (DBP)
DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Anggota Tetap yang pernah berkhidmat 1 Datuk Haji Sujak bin Rahiman (Pengerusi ) 2 Datuk Haji Hassan bin Ahmad ( Pengerusi ) 3 Allahyarham Haji Kamaluddin bin Muhammad ( Anggota ) 4 Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad ( Anggota ) 5 Profesor Madya Alias Shamsudin ( Anggota )

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

PERKARA 152 (BM ) Dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia peruntukkan BM wajib digunakan dalam setiap pentadbiran kecuali dalam pentadbiran di Makhmah, mengutamakan penggunaan Bahasa Inggeris. Walaupun begitu, pada masa sekarang iaitu mulai tahun 1990, Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di makhamah makhamah.

DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Menurut Awang Had Salleh(1980), beliau menyatakan: Perkembangan menjamin taraf taraf kedudukan BM dan segi undang undang oleh demikian menggalakkan rakyat menghormati bahasa itu. Dasar Pendidikan pula menjamin Perlaksanaan Perkembangaan bahasa melalui sistem persekolahan. DBP diarahkan untuk mencapai matlamat yang terkandung dalam fasal 152 Perlembagaan dan Perakuan.

DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Istilah baru diperlukan untuk tujuan :


1970 : Ungkapan idea baru 1980 : Konsep baru 1990 : Pemikiran baru : Ilmu baru : Dapatan baru : Perkembangan ilmu sains dan teknologi baru JKL pun diwujudkan untuk bidang : i) Pos iii) Agama v) Undang - undang ii) Perubatan iv) Kejuruteraan
DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Perundingan: Jawatankuasa Istilah Pihak DBP telah berusaha menubuhkan beberapa JKI lain untuk mempercepat usaha memperkaya kosa kata dan istilah bahasa Melayu. Usaha penubuhan ini bersesuaian dengan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Pelaksanaan bahasa Melayu di sekolah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, dan istilah dalam pelbagai ilmu diperlukan untuk menampung keperluan pengungkapan idea, konsep dan proses dalam sesuatu bidang ilmu.
DR. S. V.LETCHUMY (FBMK)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Selain itu keperluan membentuk istilah seperti bidang Pos, Perubatan, Kejuruteraan dan Undang-Undang diperlukan.

Bagaimanapun agak menghairankan, biarpun bidang ini diberikan perhatian secukupnya sejak awal, tetapi bidang inilah yang belum memuaskan dalam pelaksanaan bahasa Melayu. Namun sejak akhir-akhir ini dengan perancangan yang bersistematik dan pakar yang berkebolehan dalam bidang masing-masing bertambah maka masalah tersebut mulai diatasi lebih-lebih lagi penglibatan serius pihak institusi tinggi memanfaatkan istilah tersebut.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Dengan tertubuhnya pelbagai JKI untuk bidang ilmu yang tertentu, maka wujud pula masalah lain iaitu masalah penyeragaman istilah yang sukar diatasi. Perkara ini berlaku kerana tiadanya pedoman yang lengkap dan sistematik dapat digunakan. Bagaimanapun usaha perancangan dan pembinaan istilah bahasa Melayu telah menghasilkan sejumlah besar istilah untuk bahasa Melayu dan diterbitkan dalam beberapa buah buku.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Zaman Pedoman Umum Pembentukan istilah (PUPI) Selepas 1975 Terdapat beberapa ciri yang membezakan zaman peristilahan dengan zaman sebelumnya. Hal ini dapat dinyatakan seperti berikut: i) Bahasa Melayu mengalami perkembangan pesat pada masa ini. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institusi tinggi menuntut peristilahan yang banyak dengan semerta. Oleh itu kaedah lama tidak dapat menggalakkan pembentukan istilah dengan segera. Kaedah atau pedoman yang lebih mantap, praktis serta yang sesuai diperlukan.

ii) Kewujudan kerjasama antara Malaysia Indonesia dalam bidang kebahasaan iaitu ejaan dan istilah diutamakan.
iii) Pembentukan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) sebagai badan penasihat tertinggi tentang kebahasaan.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Selepas penubuhan JKTBM pada Disember 1972 dan pembentukan PUPI 1975, dasar DBP dapatdirumuskan seperti berikut (Hassan Ahmad, 1984): Sumber istilah daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun hendaklah diutamakan.

Selaras dengan PUPI.


Istilah hendaklah betul dari segi makna, bentuk dan tatabahasa. Istilah lama yang mantap tidak perlu disesuai dengan PUPI atau diubah tanpa alasan munasabah.

You might also like