Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kesan-kesan Ekonomi

Pembandaran Pembandaran bermaksud perubahan dari pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar. Berpunca daripada hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya. Keadaan ini berlaku terutamanya di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi dan menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah. Contoh bandar yang wujud ekoran kegiatan perlombongan bijih timah : a) Kuala Lumpur b) Taiping c) Seremban Bandar Miri di Sarawak muncul hasil daripada perkembangan pelombongan petroleum.

Kemunculan bandar-bandar baharu ini menyebabkan pusat kehidupan tertumpu di bandar. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai : a) Pusat perniagaan dan perdagangan b) Pusat pentadbiran Bandar-bandar ini dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang baik seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, pusat kesihatan dan bank. Kewujudan bandar baharu juga dipengaruhi oleh perkembangan sistem pengangkutan dan aktiviti ekonomi komersial. Industri bijih timah dan getah telah menjadikan pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang sebagai pusat pelabuhan. British hanya menumpukan pembinaan infrastuktur di kawasan yang menguntungkan ekonominya.

Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum


Ramai imigran dari China dan India telah memasuki Tanah Melayu semasa zaman British kerana kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik. Dasar penjajah British telah meyumbang kepada peningkatan jumlah kedatangan imigran China dan India. Masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan petempatan dan jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum. a) Masyarakat Melayu tinggal di kawasan luar bandar b) Masyarakat China tinggal di kawasan bandar c) Masyarat India tinggal di kawasan estet d) Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kerangka kehidupan sosial juga berbeza antara satu sama lain. Justeru, tidak ada kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas dan bermakna semasa zaman British dan selepas merdeka.

You might also like