Linguistik Diakronik - de Saussure & Chomsky

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

FERDINAND DE SAUSSURE NOAM CHOMSKY

Ferdinand de Saussure dikenali sebagai Bapa Linguistik Moden. Beliau telah mengetengahkan konsep: > > > > > Linguistik diakronik dan linguistik sinkronik Langue, parole dan langage Bentuk dan bahan, Bentuk dan makna Sintagmatik dan paradigmatik

Linguistik diakronik ialah subdisiplin linguistik yang mengkaji perkembangan bahasa dari semasa ke semasa, iaitu kajian yang bersifat vertikal

Langage bermaksud bahasa secara umum, langue bermaksud bahasa tertentu, dan parole bermaksud dialek, ucapan, ujaran, pertuturan.
Langage: objek paling mujarad, langue: objek mujarad, dan parole: objek konkrit. Bentuk merujuk bunyi, dan bahan merujuk idea. Bahasa mengandung sistem nilai bukan koleksi unsur yang ditentukan oleh bahan.

Sistem nilai ditentukan oleh keterbatasannya. Contoh: tari dan lari. Dua kata ini berbeda bukan kerana perbedaan fonem / t / dan / l /, tetapi perbedaan nilai dalam sistemnya, iaitu / t / dan / l / membedakan makna. Lambang merupakan gabungan antara bentuk dengan makna. Kata yang diucapkan sebagai / rumah / ialah bentuk yang mengandung makna rumah. Makna rumah itu merupakan abstraksi daripada sesuatu yang wujud di luar bahasa. Lambang dalam sistem tidak berubah, tetapi realitinya boleh berubah dan

NOAM CHOMSKY

Noam Chomsky telah menghasilkan Syntactic Structures (1957). Kewujudan buku ini memulakan fasa linguistik baharu, dan revolusi ilmiah dalam linguistik.

N. Chomsky berpendapat bahawa tingkat kajian linguistik dalam fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis belum merupakan deskripsi linguistik yang tuntas, tetapi merupakan tatacara untuk mencapai kajian linguistik yang tuntas.

Buku Chomsky Aspects of the Theory of Syntax (1965) menampakkan pendiriannya yang lebih jelas. Teorinya dikenali dengan nama Teori Tansformasi Generatif. Chomsky beranggapan bahawa tatabahasa terdiri daripada tiga komponen asas, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.

Kemampuan ialah pengetahuan penutur terhadap bahasa ibundanya, dan perlakuan ialah penampilan bahasa penutur dalam kegiatan harian. Dalam pertuturan harian, kecekapan berbahasa tidak merupakan refleksi kemampuan.
Dari sudut semantik, tatabahasa ialah yang didengar dan dilatih dahulu sewaktu belajar bahasa. Ayat terdiri daripada dua struktur, iaitu struktur luaran dan struktur dalaman. Struktur bahasa ialah peristiwa bahasa dalam bahasa berkenaan. Struktur bahasa mencakup susunan fonem, susunan kata, susunan frasa, lagu bicara dan intonasi.

Struktur luaran ialah pewujudan sintaksis peringkat akhir ayat yang menjadi input komponen fonologi, iaitu ayat sebenar yang diucapkan. Contoh:
> > > > A menonton teater (aktif) Menonton teater, A (aktif songsang) Teater ditonton (oleh) A (pasif) Ditonton oleh A teater (pasif songsang)

Contoh ini menunjukkan bahawa struktur luarannya berbeda, walaupun struktur dalamannya sama.

Struktur dalaman ialah pewujudan sintaksis abstrak ayat, yang menentukan faktor pengawalan interpretasi ayat. Contoh: > A menonton teater, menonton teater A, teater ditonton oleh A
Ayat di atas sama struktur dalamannya, tetapi berbeda struktur luarannya. Terdapat juga struktur luaran yang sama, tetapi struktur dalamannya berbeda. Contoh: > Kereta api lama berhenti di Serdang. lama = masa, lama = sifat.

Proses perlakuan bahasa dan kemampuan bahasa dapat dilihat dengan jelas dalam skema laku ucapan Teori Chomsky.
Teori linguistik bersifat mental. Tugas linguis mengikut Chomsky: mencari dan menerangkan kemampuan linguistik nurani penutur jati. Penganalisisan kalimat dapat dilakukan menerusi tatabahasa model generatif, dan

You might also like