The Phantom Pregnancy

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

DISEDIAKAN OLEH:

NUR ADIBA BINTI ANUAR NUR KHUZAIMAH BINTI MOHAMMAD

PATMAWATHY A/P RAMALINGAM

PISMP MATEMATIK A SEMESTER 3

BARBARA THOMPSON
Guru perempuan Mempunyai dua anak

TERI LEIGH
Kanak-kanak perempuan berumur 12

tahun.
Kanak-kanak pendidikan khas

Diarah untuk mengajar subjek Kehidupan

Berkeluarga (Pendidikan Seks)

bermasalah pelajaran
Mempunyai ketidakstabilan emosi dan

perlakuan
Mempunyai keluarga yang bermasalah

TEMPAT

Kawasan sekolah Dalam kelas Rumah Barbara Pelajar sekolah Keluarga yang bermasalah Golongan pendidik

MASYARAKAT

MASA

Sesi persekolahan Selepas sesi persekolah (petang)

Teri Leigh merupakan seorang pelajar perempuan yang berumur 12 tahun. Dikategorikan sebagai pelajar pendidikan khas yang mempunyai masalah

pembelajaran, emosi dan tingkah laku.


Teri mempunyai masalah imaginasi yang tinggi dan menurut pakar psikatri, Teri sering

mendengar suara-suara halus.


Terjadi kerana peristiwa lampaunya iaitu penderaan seksual oleh teman lelaki ibunya. Guru Pendidikan Seks, Barbara Thompson cuba membantu Teri. Barbara diberitahu oleh rakan sekelas Teri bahawa Teri mengatakan beliau

mengandung beberapa hari selepas Barbara mengajar tentang Kehamilan dan Kelahiran Bayi.
Oleh kerana Teri tidak memberitahu Barbara secara langsung tentang kehamilan itu,

beliau hanya bertindak sebagai pemerhati.

Teri mula membawa baju bayi ke kelas dan bercakap secara rahsia dengan rakan-

rakannya.
Sehinggalah pada suatu hari Teri akhirnya memberitahu Barbara yang dia

berkemungkinan mengandung atas perbuatan teman lelaki ibunya.


Barbara menerangkan bahawa perkara itu adalah mustahil untuk Teri mengandung

kerana hal tersebut sudah lama berlaku namun disangkal oleh Teri.
Dua minggu kemudian, Teri menyerahkan gambar bogelnya kepada 2 orang budak

lelaki, yang diserahkan kepada pemandu bas sebelum diserahkan kepada pengetua iaitu Bob Farris.
Barbara diarahkan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pertemuan diatur bagi mengenalpasti punca perlakuan Teri mengedarkan gambar

bogelnya kepada budak lelaki.


Teri menegaskan bahawa dia ingin mempunyai anak dan dengan mengedarkan

gambar bogelnya lelaki akan menyukainya dan akan melakukan seks dengannya.
Barbara membincangkan dengan serius keadaan mempunyai anak, waktu yang

sesuai dan kemungkinan yang dihadapi apabila melakukan hubungan seks bebas.
Teri tetap mahukan anak dan ini telah membebani fikiran Barbara.

MASALAH ATAU ISU YANG BERLAKU

MASALAH TEKANAN EMOSI

MASALAH GANGGUAN SUARA HALUS


IMAGINASI YANG KETERLALUAN

Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih karasteristik oleh murid-murid. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.

SUKA MENYENDIRI EMOSI TIDAK STABIL ANTI SOSIAL SENTIASA STRESS KEMURUNGAN

MENUNJUKKAN REAKSI BERLEBIHAN TERHADAP KEJADIAN-

KEJADIAN BIASA MENUNJUKKAN RASA TIDAK GEMBIRA TERHADAP PENCAPAIAN DIRI MENGALAMI KELETIHAN DAN KURANG TENAGA MENUNJUKKAN TINGKAH LAKU UNTUK MENDAPAT PERHATIAN

Terapi

ini menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan kehidupan ini jika mereka bersedia untuk berusaha menentukan matlamat. itu, dengan meletakkan prinsipprinsip teori kawalan dalam manusia boleh mencegah banyak masalah yang menjurus kepada terapi. Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology. bukan sahaja apa yang dia lakukan tetapi apa jua yang dia fikirkan, rasai, dan mengalaminya secara fizikal. Dalam erti katanya, terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan pemikiran.

Oleh

Hal ini bermakna seseorang bertanggungjawab untuk memilih

Perkaitan antara Model Terapi Realiti Glasser dengan kes The

Phantom Pregnancyialah menurut kes yang analisis Teri telah dipindahkan dari rumahnya apabila dia mengalami penderaan seksual yang dilakukan oleh teman lelaki ibunya.

Teman lelaki ibunya akhir dipenjarakan tetapi apabila dilepaskan,

ibunya berkahwin dengan teman lelaki tersebut dan Teri serta keduadua adik lelakinya dihantar ke rumah penjagaan yang berlainan.

Seterusnya, kedua-dua adik lelaki Teri telah diambil oleh keluarga

angkat sementara Teri pula bersedih kerana dia faham bahawa keluarganya tidak akan bersama lagi pada masa hadapan.

Ini menunjukkan Teri kekurangan rasa kepunyaan, misalnya kasih sayang daripada

keluarganya. Oleh itu, personaliti yang tidak seimbang dan masalah mental yang dihidapi oleh Teri mungkin adalah disebabkan kekurangan kasih sayang dari keluarganya.

Dalam Model Terapi Realiti Glasser, langkah keempat dalam pelan

pengurusan bilik darjah Glasser adalah guru pertingkatkan cara penyoalan.

Soalan yang berbunyi, Apakah yang sedang anda lakukan lebih

berkesan berbanding dengan Mengapa anda melakukan perkara tersebut kerana kebanyakan murid akan hanya menjawab bahawa mereka tidak tahu sebabnya.

Sekiranya diminta menjelaskan apa yang sedang mereka lakukan,

secara tidak langsung, mereka dikehendaki untuk berfikir tentang tindakan mereka. Dengan itu, mereka terpaksa memikul tanggungjawab terhadap tingkah laku tersebut. Akibatnya, mereka terus tidak akan ulangi salah laku tersebut.
Dalam kes ini, cikgu Barbara Thompson haruslah berbuat demikian

dan kerap bertanya bahawa apakah yang sedang Teri lakukan supaya Teri dapat sedar bahawa perbuatan Teri yang memberikan gambar bogelnya adalah perkara yang buruk dan tidak sepatutnya.

Jika seseorang guru berbuat mengikut langkah ini, Teri akan

dikehendaki untuk berfikir tentang tindakannya. Dengan itu, dia terpaksa memikul tanggungjawab terhadap tingkah laku tersebut. Akibatnya, Teri terus tidak akan ulangi salah laku tersebut

Dalam

kes ini, Barbara telah memberi respon dengan membincangkan dengan Teri tentang betapa seriusnya apabila mempunyai seorang bayi.

Barbara telah menjelaskan tentang kepentingan dan makna kedua-

dua anaknya kepadanya dan betapa cintanya Barbara terhadap kedua-dua anaknya. Akan tetapi, anak-anaknya telah mengambil semua masa yang ada padanya.

Oleh itu, Barbara tidak mempunyai banyak masa yang dapat

diluangkan kepada diri sendirinya kerana dia perlu menumpahkan semua cinta dan masa kepada anak-anaknya.

Barbara juga telah memberitahu Teri tentang penyakit AIDS kerana

Teri nampaknya percaya kepada amarannya tentang kehebatan penyakit ini terhadap badan manusia. Oleh itu, Barbara telah menegaskan keburukan penyakit-penyakit seks ini dengan teliti dengan harapan Teri tidak akan mencari peluang untukmelakukan hubungan seks.

Ini bermakna, sebelum Teri membuat keputusan, Barbara telah

menjelaskan kesan kepadanya. Teri adalah bebas untuk membuat pilihan tetapi dia harus memahami tentang tanggungjawabnya.

Teri harus berfikir dengan rasional adakah dia dapat mengawal

tingkah lakunya.

Barbara Thompson boleh menggunakan model Glasser dalam

membantu dan menyakinkan pelajarnya, Teri Leigh untuk membuat keputusan yang baik sebelum melakukan sesuatu.

Bagi menyakinkan Teri Leigh, beliau boleh mencari dan mengumpul

pelbagai maklumat dan bukti tentang keburukkan kepada individu yang melahirkan anak ketika usia masih muda.

Di samping itu, risiko untuk mendapatkan penyakit jangkitan seks

adalah sangat tinggi. Barbara Thompson haruslah bertanggungjawab untuk menyedarkannya agar dapat membuat keputusan yang baik.

Melalui strategi tersebut, ia dapat mengelakkan perkara yang tidak

diingini terjadi terhadap Teri Leigh. Oleh itu, dalam kes ini, jika cikgu Barbara terus sabar untuk memberi bimbingan dan nasihat kepada Teri, fikiran Teri mungkin akan dapat diubah ke arah yang positif.

Strategi yang kedua dalam menyelesaikan kes ini ialah melalui

perbincangan bersama. Ia selari dengan apa yang difokuskan oleh Glasser bahawa perbincangan akan menghasilkan disiplin.
Dalam strategi ini, Barbara Thompson perlu mengenalpasti masalah

utama pelajarnya, Teri Leigh. Selain itu, beliau juga perlu berbincang dengan individu individu termasuklah ibu, guru guru yang mengajar Teri Leigh dan kaunselor untuk mendapatkan khidmat kaunseling.

Barbara Thompson boleh mencari ibu kandung ataupun ibu angkat

Teri Leigh untuk berbincang dengan mereka tentang masalah disiplin yang dihadapi oleh anaknya.

Di samping itu, beliau juga boleh menasihati kedua-dua ibu tersebut

agar meluangkan masa untuk mengambil beratserta mendengar suara hati anak mereka.

Tambahan pula, beliau boleh berbincang dengan guru-guru yang

mengajar Teri Leigh dan penyelesaian yang terbaik

berusaha

bersama untuk mencari

Sementara itu, kaedah kaunseling juga merupakan salah satu strategi

yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah kes tersebut. Dengan kaedah kaunseling, ia dapat menguatkan emosi dan psikologi Teri Leigh.

Barbara Thompson boleh memberikan kaunseling kepadanya. Jika

tidak berkesan, beliau boleh membawa pelajarnya, Teri Leigh berjumpa dengan guru kaunselor ataupun pakar kaunselor untuk membantunya.

Melalui kaunseling, mereka boleh memberitahu dan menasihatinya

bahawa cara yang dilakukan olehnya untuk mendapatkan perhatian orang lain merupakan langkah yang salah.

Di samping itu, Barbara Thompson juga boleh membawa Teri Leigh

pergi berjumpa dengan doktor psikologi untuk membantu dan merawatinya

Strategi yang lain untuk menyelesaikan kes ini ialah melalui kaedah

pemerhatian. Barbara Thompson boleh menjalankan pemerhatian terhadap Teri Leigh yang berkaitan tentang hubungannya dengan guru-guru, rakan-rakan, masyarakat luar serta pemerhatian tingkah laku yang ditunjukkan oleh Teri Leigh.

Sepanjang

pemerhatian,Barbara Thompson haruslah sentiasa merekodkan hasilnya. Dengan itu, beliau dapat mengenalpasti masalah utama dan cuba mencari penyelesaian yang terbaik dalam membantu pelajarnya, Teri Leigh.

Seperti yang dinyatakan dalam kes tersebut, Teri Leigh

adalah pelajar yang berfikiran matang dan berkelakuan baik. Melalui rekod pemerhatian tersebut, Barbara Thompson boleh mengetahui mengapa pelajarnya mengeluarkan kenyataan akan melahirkan anak serta mencari penyelesaian.
Ini akan menunjukkan bahawa Barbara Thompson amat

mengambil berat terhadap pelajarnya.Dengan itu, sikap prihatin dan mengambil berat yang ditunjukkan oleh beliau dapat memberikan perangsang kepada pelajarnya, Teri Leigh untuk membuat keputusan yang bijak.

Di samping itu, Teri Leigh juga akan berasa gembira kerana masih terdapat seorang

guru yang mengambil beratnya. Justeru, masalah kes ini dapat ditangani dan diselesaikan dengan sempurna dan baik.

Model Skinner juga boleh digunakan yang menggunakan teknik riverse Psyhologi.

Teknik ini memerlukan guru memahami psikologi pelajar berkenaan serta mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.

Tujuan menggunakan teknik ini adalah untuk menginsafkan pelajar itu agar

melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.

Dalam kes The Phantom Pregnancy, Barbara memahami bahawa Teri

inginkan perhatian dari rakan-rakan. Oleh yang demikian untuk menyedarkan Teri bahawa untuk hamil.
Teri perlu bersedia dari segi mental dan fizikal, malah Barbara turut

memberi penjelasan berkenaan penyakit yang boleh membawa maut seperti AIDS atas tujuan menakut-nakutkan Teri.
Walaubagaimanapun Teri tetap dengan keputusannya, oleh itu

Barbara tidak boleh berputus asa kerana sedikit sebanyak melalui penjelasannya Teri kelihatan agak takut sedikit untuk hamil.

Model logikal Dreikurs yang menekankan pengajaran demokratik dan

berdepan kesalahan. Disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk menggunakan satu tahap kepada diri mereka sendiri.
Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan

bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan kuat.


Kebanyakan

tingkah laku kanak-kanak adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan perhatian kepadanya dan ianya memberikan impak kepada mereka.

Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk

dimiliki. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan. Menurut Dreikurs, masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdorong daripada motif-motif murid seperti inginkan perhatian, menggunakan kuasa, membalas dendam dan memaparkan kekurangan.
Bagi kes ini, perlakuan Teri yang memberikan gambar bogel kepada

pelajar lelaki adalah disebabkan dia inginkan perhatian daripada pelajar-pelajar lelaki supaya mereka menyukainya dan dia dapat mempopularkan diri dalam kalangan pelajar lelaki tersebut.

Barbara boleh meyediakan senarai semak ataupun jadual yang perlu

dipatuhi oleh Teri agar Teri mendisiplinkan dirinya. Sebagai contoh Barbara boleh menyediakan jadual apa yang perlu dilakukan oleh Teri pada hari ahad seperti pergi ke Gereja dan melakukan kerja-kerja amal di Gereja
Selain memupuk nilai murni dan meningkatkan pergaulan Teri dengan

masyarakat, Teri juga dapat mendekatkan diri dengan agama.

TAMAT
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like