Professional Documents
Culture Documents
Bab 7 - Hubungan Serantau & Antarabangsa
Bab 7 - Hubungan Serantau & Antarabangsa
HURAIAN TOPIK
Huraian Topik
Pengenalan
Perkembangan Dasar Luar Malaysia Usaha Mewujudkan Kerjasama Serantau Penglibatan dalam Pertubuhan Antarabangsa
Keluasan Kawasan
Pengaruh Pemimpin
Fahaman Politik
SAIZ NEGARA
Saiz negara yang kecil memerlukan negara bersahabat baik dengan negara luar bagi memudahkannya berhubung dengan negara-negara lain, sama ada melalui jalan darat, udara atau laut. Oleh itu, negara perlu menyesuaikan dasar luarnya dengan dasar-dasar asas negara lain.
KELUASAN KAWASAN
Merupakan perkara yang penting dalam mempengaruhi penggubalan dasar sesebuah negara. Dengan faktor tersebut, sesebuah negara itu dapat menghindarikan dirinya dari ditakluki oleh kuasa-kuasa lain.
EKONOMI
Walaupun negara menjalinkan hubungan dengan negara lain, kerajaan hendaklah tidak terlalu bergantung kepada satu negara untuk memasarkan bahan mentah negara.Ini kerana: Jika negara kita berkrisis dengan negara tersebut, ia boleh melumpuhkan ekonomi negara. Malaysia juga tidak dapat mengambil sikap agak tegas bagi menentang campur tangan kuasa besar dalam pergolakkan politik di Asia Tenggara. Malaysia juga perlu berhati-hati dalam hubungan luarnya. Malaysia terpaksa mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan antara kedua-dua buah negara.
PENGARUH PEMIMPIN
Ada sesetengah keadaan dalam mana pemimpin sesebuah negara itu mempunyai pengaruh peribadi yang kuat sehingga memberi kesan ke atas penggubalan dasar luar, atau memberi gambaran yang kurang memuaskan tentang negara itu.
FAHAMAN POLITIK
Ia mempengaruhi penggubalan dasar luar sesebuah negara. Ini kerana mereka yang menganut fahaman tersebut bertanggungjawab menyebarkan fahaman itu kepada negara lain. Cth: Fahaman Komunis
1. Persekitaran geostrategik - sebuah negara yang terletak di kawasan yang strategik di dunia. - Selat Melaka sebagai laluan utama pedagang dari Timur Jauh dan Timur Tengah. - meletakkan pendirian bebas dan berkecuali sebagai keutamaan dalam menggubal dasar luarnya dan berusaha untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai sebuah kawasan yang aman dan terhindar dari sebarang pengaruh luar.
2. Kepentingan sumber ekonomi - pengeluar bahan-bahan mentah utama, Malaysia memerlukan perluasan pasaran yang menyeluruh di peringkat antarabangsa. - mengharapkan rakan perdagangan seluruh dunia memasarkan barangan negara. - meningkatkan hasil eksport dan menjadi salah sebuah destinasi pelabuhan yang utama di dunia.
3. Sistem politik negara - mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat. - menekankan prinsip-prinsip kebebasan manusia dan keamanan serta menentang segala bentuk penjajahan, penindasan ekonomi, sosial, politik di kalangan masyarakat antarabangsa.
4. Struktur demografik - mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia dengan prinsip menghormati hak asasi manusia. - kedudukan negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum.
5. Kedudukan strategi, keselamatan, dan keadaan politik serantau -Fahaman komunis yang mengancam keselamatan negara telah mempengaruhi Malaysia untuk menggubal dasar yang sesuai bagi membendung kemaraan fahaman komunis serta hubungannya dengan negaranegara komunis yang lain. - Pergolakkan politik yang berlaku di rantau Asia Tenggara seperti Vietnam dan Kampuchea telah mendorong Malaysia berusaha utk menjadikan rantau ini sebagai sebuah rantau yang aman, bebas dan berkecuali.
6. Institusi antarabangsa - memberi sokongan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam usahanya untuk menegakkan keamanan dan kemakmuran dunia. - terlibat dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa lain seperti Persatuan Negara-nagara Asia Tenggara (ASEAN), Pergerakkan Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Negara-negara Komanwel dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
7. Undang-undang antarabangsa - prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam PBB dan undang-undang serta peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. - Peraturan-peraturan ini berhubung dengan tindak-tanduk semua negara, terutamanya mengenai diplomasi, menghormati keutuhan wilayah negara lain, komunikasi dan mekanisme untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul antara negara.