Chapter 3 Excretion

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

**Perkumuhan Manusia**

Apakah maksud perkumuhan?

Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.

Sistem perkumuhan manusia terdiri daripada sistemsistem yang berikut:

(a) sistem respirasi


- untuk menyingkirkan karbon dioksida dan air

(b) sistem urin


- untuk menyingkirkan sisa metabolisma (urea), air dan garam mineral yang berlebihan.

Organ Perkumuhan Manusia


Organ perkumuhan manusia terdiri daripada :
KULIT PEPARU GINJAL

Bahan yang disingkirkan oleh kulit, peparu dan ginjal dikenali sebagai hasil perkumuhan.

Organ Perkumuhan Manusia


KULIT Menyingkirkan air, urea dan garam mineral melalui perpeluhan. PEPARU Menyingkirkan wap air dan karbon dioksida melalui proses respirasi (hembus nafas). GINJAL Menyingkirkan air, urea dan garam mineral melalui proses pembuangan urin (air kecil).

Kepentingan Perkumuhan
1. Mengekalkan kesihatan
2. Mengawal kepekatan darah 3. Mengawal suhu badan 4. Mengekalkan aras pH
Hasil perkumuhan boleh menjadi toksik jika terkumpul di dalam badan.
Kepekatan garam yang tinggi di dalam badan boleh meningkatkan tekanan darah Penyejatan air peluh pada permukaan kulit dapat menyejukkan badan. Aras pH yang sesuai diperlukan untuktindakan enzim-enzim

PERKUMUHAN MANUSIA
MENYINGKIRKAN KARBON DIOKSIDA & AIR AIR, UREA & GARAM MINERAL

Melalui

Melalui

peparu
* korteks * medula * pelvis

ginjal
Pundi kencing

kulit
* kelenjar peluh * liang peluh

3.2 Sistem Urinari Manusia


Sistem urinari adalah sebahagian daripada sistem perkumuhan. Sistem urinari terdiri daripada: Ginjal (kidneys) Ureter (ureter) Pundi kencing (urinary bladder) Uretra (urethra)

Sistem Urinari Manusia


Bahagian Sistem Urinari Ginjal Fungsi Menapis dan menyingkirkan air berlebihan, urea dan garam mineral. mengawal kepekatan darah Mengekalkan keseimbanagan kandungan air dalam badan

Ureter
Pundi Kencing Uretra

Menyalurkan air kencing dari ginjal ke pundi kencing


Menyimpan air kencing Menyalurkan air kencing keluar dari badan

Sistem Urinari Manusia


Fungsi Sistem Urinari Manusia: 1. Pembentukan air kencing 2. Pengangkutan air kencing 3. Penyimpanan air kencing secara sementara 4. Perkumuhan air kencing Organ utama sistem urinari ialah GINJAL Ginjal manusia berbentuk kacang berwarna perang kemerah-merahan kerana mempunyai bekalan darah yang banyak.

Struktur Ginjal Manusia


Ginjal terdiri daripada tiga lapisan iaitu: Korteks, Medula Pelvis. Ginjal yang terletak di kanan dan kiri tulang belakang abdomen dan disambung oleh dua salur darah iaitu arteri renal dan vena renal.

Struktur Ginjal Manusia


Lapisan ginjal Ciri-ciri

Korteks

Medula

Pelvis

Lapisan luar yang berwarna gelap mempunyai bilangan kalipari darah yang banyak Lapisan bawah korteks berwarna lebih cerah mempunyai salur halus yang banyak rongga yang bersambung dengan ureter bahagian yang menyimpan air kencing dalam ginjal

Fungsi Ginjal
FUNGSI GINJAL
Menapis dan menyingkirkan air berlebihan, urea dan garam mineral. mengawal kepekatan darah Mengekalkan keseimbanagan kandungan air dalam badan

Apabila darah mengalir melalui tubuh yang didapati di dalam ginjal di bawah tekanan tinggi, kandungan darah akan dituraskan.

Hasil turasan terdiri daripada kandungan darah kecuali sel-sel darah dan protein yang terlalu besar untuk dituraskan.

Kepentingan Ginjal
KEPENTINGAN GINJAL :
1. Menyingkirkan bahan perkumuhan dalam bentuk air kencing
Ginjal Ureter Pundi Kencing Uretra

2. Mengekalkan nilai pH dalam darah 3. Mengawal keseimbangan kepekatan darah 4. Penyingkiran sebatian kimia daripada darah

Kehidupan Dengan Kegagalan Ginjal


Kegagalan ginjal berlaku apabila ginjal tidak berfungsi dengan sempurna disebabkan oleh jangkitan. Seseorang yang mempunyai satu ginjal masih dapat hidup dengan sempurna. Jika kedua-dua ginjal gagal, seseorang perlu bergantung kepada mesin ginjal buatan iaitu mesin dialisis untuk menyingkirkan sisa daripada darah.

Kehidupan Dengan Kegagalan Ginjal


DIALISIS :
Proses penurasan dan pembersihan darah dengan menggunakan mesin dialisis. Dialisis menyingkirkan air yang berlebihan dan bahan kumuh melalui membran separa telap. Membran separa telap mempunyai liang-liang yang membenarkan urea dan garam melaluinya. Zarah yang besar seperti sel-sel darah, bakteria, virus atau protein tidak dapat melalui membran ini. Kaedah dialisis yang lazim ialah hemodialisis, iaitu bahan kumuh dan air yang berlebihan diasingkan secara buatan daripada darah pesakit melalui resapan dan ultraturasan.

Kehidupan Dengan Kegagalan Ginjal


PROSES DIALISIS
1. Darah pesakit dipamkan ke dalam mesin dialisis yang mengandungi salur separa telap. Pada masa yang sama, dialisat dipam melalui mesin dialisis. Urea, air dan garam berlebihan daripada darah pesakit meresap melalui membran separa telap ke dalam dialisat. Bahan kumuh kemudiannya disingkirkan daripada mesin dialisis. Darah terturas dikembalikan kepada pesakit.

1 2 4 1

2.

3.

4.

3.2 Perkumuhan Pada Tumbuhan


Hasil perkumuhan tumbuhan termasuklah air, karbon dioksida, oksigen dan hasil buangan kompleks. Hasil perkumuhan tumbuhan disimpan dalam bahagian tumbuhan, contohnya daun, buah dan batang.

Kegunaan hasil perkumuhan


HASIL PERKUMUHAN Getah Resin Minyak Tanin Kuinina SUMBER Batang Pokok getah Batang pokok jelutong Ranggi mawar Anggur, pokok teh Kulit kayu Chincona KEGUNAAN Tayar, sarung tangan, tilam Gam, varnis Minyak wangi Dakwat Ubat malaria

Bahaya hasil perkumuhan


HASIL PERKUMUHAN Nikotina SUMBER Daun tembakau KESAN BAHAYA Kanser peparu

Kokaina
Morfina Kafein

Daun koka
Buah popi Biji kopi

ketagihan
Melambatkan tindak balas badan insomnia

Latihan
1. Jadual di bawah menunjukkan organ-organ perkumuhan manusia, proses-proses dan hasil perkumuhan.
Organ Peparu Pembuangan air kencing Kulit perpeluhan Proses Hasil yang disingkirkan

Lengkapkan jadual di atas dengan jawapan yang sesuai.

2. Rajah di bawah menunjukkan suatu organ perkumuhan.


P Q

(a) Namakan struktur P, Q, R. (b) Namakan dua fungsi ginjal.

You might also like