Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 26

PERSEPSI BARAT

Barat menganggap:
jihad sebagai perbuatan pengganas yang cuba mendapatkan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang yang sedia ada melalui cara menimbulkan ketakutan kepada orang ramai yang tidak bersalah. jihad sebagai perbuatan orang fanatik. Masyarakat umum di Barat menolak pemikiran bahawa jihad adalah satu cara penyelesaian yang bertamadun (civilized). Bagi Barat, sistem demokrasi adalah jalan terbaik menyelesaikan masalah kumpulan manusia yang berbeza hidup dalam keadaan aman secara bersamasama.

FCH-TITAS

PERSEPSI JIHAD
Punca yang menimbulkan kekeliruan tentang pengertian jihad yang sempit adalah berpunca daripada salah faham masyarakat Islam dalam memahami pentakrifan jihad. Sedangkan jika diteliti dengan lebih mendalam ternyata definisi yang telah dibuat tentang jihad merangkumi perkara-perkara yang lebih umum.

FCH-TITAS

DEFENISI JIHAD o Perkataan jihad diambil daripada perkataaan bahasa Arab ( al-jahdu) yang bermaksud; penat jerih dan juga daripada (al-juhdu) yang bermaksud; usaha tenaga. Seorang mujahid atau orang yang berjihad itu adalah seseorang yang menghabiskan usaha tenaganya dengan merasai penat jerih.

FCH-TITAS

Ulama mazhab Syafii mentakrifkan jihad pada istilah syarak bererti; memerangi orang kafir untuk kejayaan Islam. Ia juga digunakan untuk jihad menentang nafsu dan syaitan. Ulama mazhab Hanafi mentakrifkan jihad dari segi syarak, sebagai jihad al-kuffar iaitu menyeru orang kafir kepada agama yang benar dan memerangi mereka jika mereka tidak menerima. Dari segi bahasa ia bermaksud lebih umum, iaitu mengumpul kekuatan ke jalan Allah dengan jiwa, harta, lisan dll. Al-Bajuri menyebut dalam kitabnya, Hasyiah al-Bajuri Ali bin AlQasim jilid 2 halaman 268; jihad iaitu peperangan di jalan Allah, berasal daripada perkataan mujahadah iaitu berperang untuk menegakkan agama. Ini merupakan jihad yang kecil. Jihad yang besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w. ketika kembali dari salah satu peperangan baginda bersabda yang bermaksud; Kita kembali daripada jihad yang kecil untuk menghadapi jihad yang lebih besar.

FCH-TITAS

Jihad dilaksanakan oleh Nabi Muhammad adalah setelah diizinkan oleh Allah kerana orang Islam telah dizalimi, dan dimusuhi kerana mereka mengesakan Allah. Mereka dizalimi dengan cara harta benda dan tanah tumpah darah mereka dirampas. Allah membolehkan jihad untuk mempertahankan diri dan menjaga maruah agama Islam . Jihad merupakan penggemblengan tenaga menggunakan cara-cara yang aman. Jihad dilakukan bila keadaan memerlukan seperti memelihara keselamatan pendakwah di jalan Allah. Ia dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah tanpa disertai tujuan lain seperti kebendaan,kepentingan diri,untuk menjajah dunia atau bangsa lain.

Ia berbeza dengan pengertian peperangan.

FCH-TITAS

JIHAD DALAM KONOTASI NEGATIF


Media Barat sering memutarbelitkan pengertian jihad dengan menggambarkan imej buruk Islam apabila mengaitkan perjuangan suci ini dengan keganasan dan pembunuhan. Kefahaman ini seolah-olah Islam itu ditegakkan dengan mata pedang atau perang . Gambaran ini semakin jelas setelah berlaku tragedi 911, siri-siri pengeboman berani mati di Iraq, Palestin, dan keganasan di A.T. Barat mngenakan tekanan ke atas org Islam seperti sekatan ekonomi, sokongan kepada kerajaan asing dengan merampas kerajaan/negara orang Islam, percubaan menghapuskan etnik yang beragama Islam.
FCH-TITAS

Keadaan ini menimbulkan tindak balas daripada sebahagian masyarakat Islam dalam bentuk yg pelbagai; menggunakan kekerasan yang mensasarkan tindak balas mereka bukan sahaja kepada Barat tetapi kepada sesama umat Islam yang mereka labelkan sebagai tali barut Barat, seperti mana yang berlaku di beberapa buah negara di Asia Barat dan di Asia Tenggara yang mereka namakan sebagai jihad. Timbul gerakan-gerakan sepert I Jemaah Islam, KMM, Al-Maunah dll yang dikatakan melakukan beberapa siri keganasan. Alasan mereka adalah jihad menentang kafir Barat atau kroni-kroninya telah menindas saudara umat Islam di Palestin, Afghanistan dan di beberapa buah negara lain.
FCH-TITAS

Hasilnya Barat melabelkan Islam sebagai agama yang menganjurkan keganasan. Kesan daripada Tragedi 911 telah menguatkan hujah Barat untuk memerangi Islam biarpun mereka beralasan untuk melawan keganasan, menurut istilah yang mereka cipta sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa tekanan ini berpunca daripada kelemahan umat Islam juga; kurang menyedari bahawa Barat sedang berusaha mengkucar-kacir dan melemahkan negara Islam dengan mekanisme yang mudah, misalnya cuba menjatuhkan kredibiliti pemimpin dan berusaha meruntuhkan kestabilan ekonomi dengan pelbagai syarat perdagangan. Barat cuba memecahbelahkan perpaduan antara negara Islam supaya negara tersebut terjebak dalam pertelagahan yang mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi dan politik.
FCH-TITAS

JIHAD MASA KINI


Tetapi sayangnya pengertian jihad yang sering difahami oleh masyarakat kita, ditambah pula oleh kempen pihak media Barat yang sengaja ingin

mencemarkan nama baik Islam ialah jihad yang dihadkan kepada perang
salib atau holy war iaitu berperang dengan menggunakan senjata yang melibatkan pembunuhan dan kekerasan, sedangkan jihad dalam pengertian lain tidak lagi dianggap jihad, dan tidak lagi menjadi cara

perjuangan umat Islam.


Islam sangat menghormati nyawa sehingga dalam jihad hanya dibenarkan membunuh orang yang terlibat dalam perang. Haram membunuh orang tua, wanita dan kanak-kanak. Islam juga menghargai harta benda sehingga diharamkan memotong pokok, merobohkan rumah atau merosak tanaman dan sebagainya.

FCH-TITAS

Syeikh Abdul Halim Mahmud dlm al-Jihad fil Islam menyatakan ciri-ciri yg perlu ada pada Jihad dan Mujahid;
Jihad sebenar ialah atas dorongan prinsip bukan untuk kemegahan, kemenangan
atau penjajahan. Komitmen yang berterusan daalm mentaati Allah dan Rasul iaitu dengan yakin bahawa jihad adalah cara untuk mendapatkan keredhaan.

Bersatu atas dorongan penyatuan matlamat jihad.taatlah kepada Allah serta RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu. (al anfal:46)

Sabar dalam bertindak dan menanti kejayaan.

Selalu mengingati Allah bahawa jihad ini hanya kerana Allah. Berapa banyak dari
nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang yang taat kepada Allah maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka juga tidak menjadi lemah tenaga dan tidak pula mahu

tunduk dan Allah sentiasa mengasihi orang yang sabar. Dan tidak ada yang mereka
ucapkan selain daripada berdoa dengan berkata; wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan ke atas

kaum yang kafir. (ali imran:46)

FCH-TITAS

PELAKSANAAN JIHAD DALAM DUNIA GLOBAL


o Orang Islam wajib menyediakan peralatan perang yang moden yang boleh menakutkan musuh kerana kesediaan dan kemampuan berperang. Ini menjadi kewajipan yang sama penting dengan berperang. Tanpa hal ini, peperangan dijalan Allah tidak mungkin dapat dilakukan. o Persediaan ini menjadi sebahagian daripada perjuangan di jalan Allah dan ia juga merupakan jihad. Mengenai hal ini dinyatakan dalam Al Quran;

sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala


jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk mengerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak

mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu


belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. (al anfal: 60)
FCH-TITAS

Usaha menghapuskan kemiskinan juga termasuk dalam jihad. Ini bererti berusaha meningkatkan taraf hidup diiktiraf oleh Rasulullah sebagai amal ke jalan Allah. Katanya: Jika seseorang keluar berusaha kerana menahan dirinya daripada meminta-minta maka usahanya itu adalah pada jalan Allah dan kalau keluarnya untuk berusaha mencari nafkah bagi kedua-dua ibu bapanya yang uzur atau bagi anak-anak yang masih kecil maka usahanya itu juga adalah dikira pada jalan Allah.(al-Tabrani). Negara-negara Islam sekarang dan umatnya secara khusus kurang bersatu

padu. Perpecahan mereka disebabkan oleh pemikiran jumud, taasub dan tidak
berasaskan ajaran Islam. Perpecahan berlaku atas perbezaan mazhab, perbezaan ideologi politik, menjaga kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu dengan mengetepikan kepentingan majoriti.

Barat dengan mudah menakluk negara-negara Islam kerana mereka sedar umat
Islam telah hilang kekuatan kerana perpecahan. Oleh yang demikian penyatuan ummah adalah satu jihad.
FCH-TITAS

Memajukan ekonomi akan menyumbang kepada perjuangan


di jalan Allah dan mempertahankan umat Islam dari tertindas. Dalam erti kata lain, tindakan memajukan ekonomi dengan tujuan memelihara keamanan, kemajuan dan kesejahteraan negara Islam adalah tergolong dalam erti jihad yang dikehendaki oleh Islam.

Jihad dalam menjadikan seluruh ahli masyarakat berilmu pengetahuan. Ini kerana negara yang stabil dan kuat perlu menguasai segala ilmu yang dimiliki oleh bangsa yang maju.

FCH-TITAS

KESIMPULAN
Jihad hendaklah dilihat dalam konteks yang lebih pelbagai. Jihad perlu dilihat sebagai agen positif dalam memangkin kejayaan umat Islam menghadapi dominasi Barat. Jihad tidak boleh disamakan dengan keganasan kerana cara dan matlamat yang berbeza. Orang bukan Islam tidak boleh tertipu dengan propaganda Barat yang cuba memecahkan perpaduan dan integriti rakyat (Muslim dan Nonmuslim) dalam sesebuah negara. Rakyat sesebuah negara perlu bersatu padu dalam menghadapi apa jua

cabaran pemikiran dan ekonomi Barat.

FCH-TITAS

ETIKA DALAM SAINS

FCH-TITAS

ETIKA DALAM SAINS


Berkait rapat dengan pemikiran Barat terhadap sains dan peranannya untuk menolong manusia memahami dunia di sekeliling mereka; diransang oleh semangat inkuiri (ingin tahu). Sains merupakan ilmu yang sistematik (yang boleh diuji

kebenarannya). Prinsip sains menekankan objektifikasi, empirikal, sekular, kualitatif.

Berasaskan falsafah teras, iaitu kaedah kajian sistematik yang


menggunakan sukatan mutlak. Ia menganggap bahawa semua perkara mampu dikaji oleh manusia dengan menggunakan sukatan mutlak.

Untuk membolehkan pengetahuan sains berkembang, etika dalam penyelidikan sains tertumpu kepada kaedah-kaedah dalam sesuatu kajian tersebut.

FCH-TITAS

Etika dalam penyelidikan sains bertujuan memastikan


kajian-kajian dilakukan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu.

Masalah penyelidikan sains adalah pulangan ekonomi


hasil daripada penyelidikan tersebut. Contoh: syarikat gergasi Barat yang memiliki hak paten (patent) ke atas

ubat-ubatan mampu menolong kesihatan manusia,


tetapi mereka tidak membenarkan ubat-ubatan ini dibuat dengan harga yang murah tanpa bayaran royalti.

Kehidupan moden hari ini banyak dibayangi oleh


prinsip-prinsip keuntungan yang mengatasi rasa dan semangat kemanusiaan
FCH-TITAS

Sekularisme
Berasal daripada kata Latin saeculum:keduniaan. Selari dengan kemunculan sains moden/tulen akibat perkembangan ilmu yang dipindahkan daripada Tamadun Islam. Tamat era Zaman Gelap di Eropah dan muncul masyarakat saintifik, rasional dan moden yang berteraskan sains (abad 16). Penentangan terhadap kuasa gereja dan monarki.

Muncul gerakan-gerakan pemikiran, seperti Philosophes di Itali, positivist di


Perancis dll. Melahirkan idea dan pemikiran baru menggantikan amalan keagamaan; sains menjadi tuhan baru di Eropah. Kesan sekularisme- memisahkan keadaan hidup sosial manusia dengan nilainilai keagamaan.
FCH-TITAS

Darwinisme
Bermula dengan teori evolusi; menggunakan istilah species, konsep natural selection, survival of the fittest.

Evolusi bererti perubahan akan berlaku menurut tahap tertentu dari bentuk
mudah kepada lebih kompleks. Menyatakan pembentukan makhluk akan berkembang dipengaruhi oleh persekitaran (natural selection). Menolak kewujudan tuhan (creator) berasaskan teori evolusi; kehidupan bergerak sendiri secara natural. Tiada etika; melahirkan sifat-sifat kebuasan (survival of the fittest). Prinsip Darwin memberi sumbangan pada peringkat awal dalam teori sains dan sosiologi.
FCH-TITAS

Empirisisme Bererti bahawa ilmu yang didapati daripada pengamalan (praktik) menjadi punca pengetahuan. Ukuran setiap kemajuan manusia hanya dari sudut kebendaan (fizikal). Kerohanian diketepikan sebab ia tidak dapat dijelaskan oleh bukti empirikal.

FCH-TITAS

Saintisme (scientism)
Ideologi yang menekankan bahawa sains lebih penting daripada perkara lain. Di Barat, sains menjadi falsafah kehidupan; muncul saintologi (scientology) atau positivism menjadi satu agama;(religious system based on study of knowledge) untuk mencari kebenaran. Berpengaruh dalam penetapan kaedah sains; sebahagian mereka tidak menganggap sains sosial sebagai suatu sains. Abad ke 19; muncul aliran agama positivsm di Perancis oleh Auguste Comte. Sains untuk sains; sains adalah nature (nilai-nilai sekular). Setiap tujuan akan mengharuskan semua cara/tindakan (matlamat

menghalalkan cara); berlainan dengan prinsip yang dicadangkan Islam.


FCH-TITAS

PENYALAHGUNAAN SAINS TEKNOLOGI Pengklonan; umumnya digunakan dalam bidang pertanian, penternakan, kesihatan untuk melahirkan baka baik. Contoh: kambing biri-biri (Dolly) diklon pada 1997 oleh Dr. Ian Wilmut. penyelewengan wujud apabila ada usaha hendak mengklon manusia. Britain memperkenalkan Human Embryology Act (2001) yang menjadi perdebatan kalangan saintis IT; berlaku pemalsuan maklumat, menggodam sistem komputer, penyebaran fitnah, virus internet, penularan pornografi, cetak rompak dll.

FCH-TITAS

Perlumbaan senjata; negara-negara Barat berlumba mendapatkan teknologi senjata moden sebagai alat persaingan menguasai sumber dunia
Bom atom diguna semasa Perang Dunia II. Penggunaan teknologi nuklear, senjata biologi (contoh: anthrax), senjata kimia, seperti: chlorine, mustard gas (1900s), novichok nerve agents (1990s). Pembaharuan dan penyelidikan dalam persenjataan dan ketenteraan .

Radar satelit untuk mengesan maklumat risikan berkenaan kekuatan ketenteraan negaranegara lain.

FCH-TITAS

Kerosakan alam persekitaran; menimbulkan krisis dalam


kehidupan manusia pada era global. Kemerosotan sumber air dan tenaga. Bencana alam. Sisa-sisa kimia buangan. Kepupusan habitat flora dan fauna.

FCH-TITAS

CABARAN DAN PENYELESAIAN


o Perlu mengembalikan peranan dan fungsi sebenar dalam kemajuan sains dan teknologi. o Sebagai alat yang memberi manfaat kepada manusia. o Konflik idea antara Barat-Islam; dalam Islam sains memenuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah, barat-pemuasan diri dan intelektual semata-mata. o Sains diperalat oleh sebilangan kelompok tertentu bukan untuk kepentingan sejagat.

FCH-TITAS

You might also like