Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

BAB 11

IMBANGAN AIR
Asmawi bin Abdullah
SMK Purun, Triang, Pahang.

By www.jabatan-geografi-smkpurun.blogspot.com

Konsep Imbangan Air


Keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan adalah sama dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera menerusi proses sejat-peluhan dan sejatan, yang mengalami larian air permukaan serta air yang disimpan di dalam tanah sebagai storan.

Formula imbangan air: P = ET + dST + S di mana,

P = Jumlah air yang diterima daripada kerpasan. ET = Jumlah air yang hilang melalui proses sejat-peluhan. dST = Air yang diterima atau hilang dari lapisan-lapisan tanah. S = Air yang berlebihan atau storan (simpanan) air.

Imbangan Air Negatif


Kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam tempoh tertentu apabila kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun di kawasan berkenaan. Kesan daripada imbangan air negatif yang dialami oleh sesebuah kawasan itu ialah berlakunya fenomena kemarau.

Konsep Kemarau
Keadaan di mana jumlah sejat-peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang turun untuk satu tempoh lama atau panjang.

Faktor-faktor berlakunya imbangan air negatif


Cuaca panas akibat el Nino
Meningkatkan kadar sejatan melebihi kerpasan. Jumlah hujan berkurangan. Udara menjadi kering (dry air)

Perubahan musim (kemarau)

Peralihan antara musim tengkujuh dengan musim panas. Kemarau yang panjang. Kadar sejatan dari lembapan tanih meningkat. Angin kering (dry air) juga boleh mempengaruhi kemarau. Halaju angin kering yang kuat akan membawa awan ke tempat lain. Kawasan yang sepatutnya menerima hujan akan menghadapi fenomena kurangan air.

Faktor angin

Faktor-faktor berlakunya imbangan air negatif


Penyahutanan oleh manusia
Penyahhutanan akan menghilangkan kawasan tadahan air dan juga memusnahkan proses transpirasi tumbuhan. Kawasan pokok-pokok yang telah ditebang menyebabkan kelembapan udara dan berkurangan, persekitaran menjadi kering (dry air), sejatan akan meningkat dan sebaliknya hujan pula akan berkurangan. Proses pembandaran menukarkan hutan semula jadi kepada hutan batu. Permukaan bumi telah diturap dengan aspalt dan bitumen yang menyebabkan kadar susupan air berkurangan dan menjejaskan simpanan air di dalam sistem akuifer bawah tanah. Fenomena pulau haba yang menghasilkan udara kering.

Kadar pembandaran yang tinggi

Kesan fenomena kemarau terhadap persekitaran fizikal


Menjejaskan sistem ekologi akuatik
Ekosistem tasik, kolam, paya dan sungai akan terjejas. Hidupan akuatik akan mati/pupus. Rantaian dan siratan makanan akan musnah. Habitat musnah.

Menjejaskan ekosistem hutan

Pokok layu dan mati. Hutan mudah terbakar secara semula jadi akibat kemarau berpanjangan. Habitat dan rantaian makanan musnah. Kepupusan kepelbagaian spesies fauna dan flora.

Kesan fenomena kemarau terhadap persekitaran fizikal


Proses luluhawa fizikal dan haklisan Kesan layangan angin lebih cepat berlaku. terhadap Persekitaran kering kontang, tandusproses gersang akan mempercepatkan geomorfologi proses pengurunan (desertification).

Kesan terhadap cuaca setempat

Kekurangan hujan akan menyebabkan cuaca menjadi panas. Penurunan kadar kelembapan udara akan menyebabkan terbentuknya udara kering (dry air). Kedar pembentukan awan rendah.

Kesan fenomena kemarau terhadap persekitaran manusia


Aktiviti pertanian dan penternakan terjejas
Tanaman layu dan mati khususnya padi sawah. Aktiviti akuakultur terjejas kerana kolam kekeringan air dan menjejaskan aktiviti penternakan ikan. Impak kekurangan bekalan makanan kepada penduduk yang menyebabkan berlakunya kebuluran.

Menganggu aktiviti domestik

Bekalan air untuk kegunaan harian terjejas. Berlaku krisis bekalan air jika kemarau berpanjangan.

Kesan fenomena kemarau terhadap persekitaran manusia


Kekurangan bekalan air membataskan air minuman dan manusia boleh mengalami dehidrasi. Keadaan sanitari tidak teratur yang mempercepatkan penularan penyakit Industri memproses terjejas kerana kekurangan air untuk memcuci/membersihkan bahan mentah seperti industri memproses makanan. Industri pembotolan air minuman terjejas kerana kekurangan sumber air.

Menjejaskan kesihatan penduduk

Menjejaskan aktiviti perindustrian

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sesuatu kawasan
Memajukan sumber air tanih
Penggunaan air tanih amat mudah dan murah. Penerokaan air tanih lebih murah berbanding dengan kos pembinaan empangan.

Pembenihan awan

Bertujuan untuk menurunkan hujan tiruan di kawasan tadahan. Larutan garam yang bertindak sebagai Nukleus Kondensasi disembur ke atas awan kumulusnimbos untuk menarik wapwap air berkumpul dan bercantum. Pembesaran titisan air yang mencapai takat tepu akan menurunkan hujan.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sesuatu kawasan
Membina laluan air atau terowong air
Terowong dibina bagi menghubungkan kawasan yang mempunyai sumber air berlebihan ke kawasan yang mempunyai sumber air yang berkurangan. Contoh, terowong yang menghubungkan Empangan Pedu dengan Empangan Muda.

Memproses sumber air tawar

Memperoses sumber air dari tasik tasik atau kolam bekas lombong. Penggunaan alat Ultra-Source

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sesuatu kawasan

Perkemaskan sistem pengurusan dan pengagihan air

Penggantian paip-paip lama agar tidak berlaku pembaziran air akibat kebocoran paip. Pertingkatkan pemantauan untuk mempercepatkan proses baik pulih.

Imbangan Air Positif


Lebihan air akibat jumlah kerpasan melebihi sejatan. Jumlah kerpasan terutama hujan yang turun ke bumi melebihi daripada kadar sejatan air ke atmosfera, boleh menyebabkan fenomena banjir.

Konsep Kemarau
Satu keadaan limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihi daya tampung sesebuah saluran seperti sungai, tasik dan laut lalu mengalir limpahan ke kawasan sekitar khususnya di kawasan tanah rendah. Limpahan air ini berlaku dalam tempoh tertentu atau bersifat sementara.

Kesan-kesan Imbangan air positif


Meningkatkan simpanan air permukaan seperti di tasik, sungai, kolam dan paya. Keadaan ini seterusnya menjamin keberterusan bekalan air.
Berlakunya fenomena banjir apabila sistem saliran di permukaan tidak mampu menampung curahan hujan yang berlebihan. Lebihan air ini akan melimpahi tebing sungai, tasik, kolam dan sebagainya. Kelembapan bandingan sentiasa tinggi kerana kandungan wap air dalam udara adalah tinggi. Dikenali sebagai udara lembap (wet air)

Faktor-faktor berlakunya imbangan air negatif


Keadaan hujan yang boleh menyebabkan banjir. Hujan yang sangat lebat pada masa singkat. Hujan musiman dalam jangka masa panjang.

Hujan

Pencairan salji

Pancairan salji yang berlaku ketika musim bunga dan musim panas di kawasan hawa sederhana. Pengaruh tiupan angin panas Fohn dan Chinuk.

Faktor-faktor berlakunya imbangan air negatif


Faktor saiz kawasan lembangan saliran atau legeh
Kawasan legeh yang kecil mempunyai potensi yang tinggi untuk berlaku banjir.

Kegiatan manusia

Aktiviti penyahhutanan yang menyebabkan permukaan bumi kehilangan daya tampung untuk larut-resap. Kadar hakisan cerun yang tinggi menyebabkan kadar pemendapan kelodak dan lumpur meningkat di dasar sungai. Sungai menjadi cetek. Proses pembandaran juga menyumbang kepada kejadian banjir kilat.

Langkah-langkah mengurangkan risiko banjir


Bertujuan untuk menakung dan menyimpan air yang berlebihan daripda curahan hujan lebat serta salji. Contoh pembinaan empangan Aswan di Mesir.

Membina empangan

Memperluas dan memperdalam alur-alur sungai

Mempercepatkan lagi proses pengaliran air keluar ke laut. Meluruskan alur-alur sungai.

Langkah-langkah mengurangkan risiko banjir


Bertujuan untuk mengukuhkan tebing daripada mudah runtuh dan dihakis oleh air ketika isi padu air meningkat. Penggunaan kaedah konkrit, groin dan gabion serta guni-guni pasir

Membina tetambak atau benteng

Mengawal aktiviti penyahhutanan

Mengekalkan tumbuhan di kawasan tadah yang bertindak sebagai sumber simpanan air sebagai storan utama. Aktiviti pembalakan diharamkan di kawasan tadahan.

Langkah-langkah mengurangkan risiko banjir

Langkahlangkah persediaan, pencegahan dan kawalan

Melakukan langkah-langkah persediaan awal secara sistemetik, bersepadu dan saintifik. Meramalkan banjir yang melanda, lokasi, kapasiti dan risiko berdasarkan klimatologi. Contoh terowong SMART.

You might also like