Kecederaan Umum Dalam Sukan (General Sport Injury)

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 39

KECEDERAAN UMUM DALAM SUKAN

DISEDIAKAN OLEH:Mohd Zul Husni Bin Che Husain Suhaimi Bin Hadi 133529 133718

JENIS-JENIS KECEDERAAN
1. Keretakan atau patah 2. Terkehel 3. Kecederaan-kecederaan tisu lembut

KERETAKAN
Keretakan atau fraktur adalah pecahan atau rekahan pada suatu tulang. Tulang adalah struktur yang tidak rapuh seperti kapur tetapi ia adalah keras dan kuat. Daya kekuatan(tekanan) mungkin datang daripada titik tekanan menerusi badan dan meretakkan mana-mana tulang dalam badan.

TERKEHEL
Tulang yang tertanggal pada sendi boleh berpunca daripada satu daya rentapan yang kuat mengakibatkan tulang berada dalam posisi tidak normal. Koyakan yang berkaitan dengan ligamen akan berlaku. Sendi yang lazimnya terkehel ialah pada bahu, ibu jari, jejari dan rahang.

KECEDERAAN-KECEDERAAN TISU-TISU OTOT


Kecederaan-kecederaan ini memberi kesan terhadap ligamen-ligamen dan otot. Terseliuh merupakan satu kecederaan pada ligamen atau pada sendi. Berpunca daripada rentapan pada sendi yang menyebabkan tisu-tisu sekeliling terkoyak. Otot-otot dan tendon akan menjadi tegang dan terkoyak oleh pergerakan yang tiba-tiba atau yang kasar.

KECEDERAAN BAHAGIAN ATAS BADAN


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Keretakan tulang klavikel. Bahu terkehel. Siku terkehel. Keretakan pangkal tulang radius. Keretakan colles dan smith. Keretakan dan terkehel tulang karpal. Keretakan metakarpal. Keretakan dan terkehel jari. Ibu jari terseliuh.

KERETAKAN TULANG KLAVIKEL


Berlaku akibat perlanggaran secara terus seperti dua pemain ragbi yang berlanggar. Mekanisma kecederaan yang sering berlaku adalah jatuh seperti gimnas yang jatuh secara membahu. Selalunya patah pada bahagian tengah iaitu bahagian terlemah.

BAHU TERKEHEL
Berlaku akibat perlanggaran yang kuat dari hadapan menyebabkan pangkal humerus tertanggal daripada soket sendi bahu. Mengakibatkan kesakitan yang tidak terhingga yang menyebabkan sebarang pergerakan bahu tidak terhingga. Terdapat mangsa yang mengalami dislokasi yang berulang sehingga satu pembedahan pengukuhan terpaksa dilakukan.

SIKU TERKEHEL
Gimnas atau penggusti mengalami dislokasi siku kerana sukan ini melibatkan sokongan berat badan menggunakan tangan. Mekanisma kecederaan adalah seperti penggusti yang jatuh dengan tangan menyokong keseluruhan berat badannya. Mengakibatkan kesakitan yang tidak terhingga yang menyebabkan sebarang pergerakan siku tidak terhingga.

KERETAKAN PANGKAL TULANG RADIUS


Berlaku apabila mangsa jatuh secara tangan terhulur seperti semasa menaiki basikal. Walaupun siku tidak jatuh menghentam tanah,tenaga dari tanah bergerak melalui tangan dan lengan menyebabkan tulang humerus menekan pangkal radius. Menyebabkan kesakitan apabila memutarkan lengan.

KERETAKAN COLLES DAN SMITH


Keretakan colles berlaku apabila mangsa jatuh dengan tapak tangan sambil pergelangan tangan terhulur. Keretakan smith berlaku apabila mangsa jatuh dengan belakang tapak tangan sambil pergelangan tangan membengkok. Banyak berlaku kepada remaja dan kanakkanak seperti jatuh semasa meluncur kasut roda kerana plat tumbesaran pada pergelangan tangan belum matang sepenuhnya.

Keretakan colles

Keretakan smith

KERETAKAN DAN TERKEHEL TULANG KARPAL


Berlaku apabila terjatuh sambil tangan terhulur. Bahagian yang mempunyai bekalan darah yang terhad dan sembuh sangat lambat sekiranya tidak dirawat dengan segera dan teliti. Bahagian tersebut akan membengkak dan sakit. Gunakan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.

KERETAKAN METAKARPAL
Berlaku pada bahagian pangkal, hujung dan tengah metakarpal bagi peninju Keretakan berlaku akibat tumbukan yang tidak tepat dengan penumbuk yang tertutup. Keretakan juga berlaku apabila terlebih regang ke arah luar akibat jari yang tertarik pada jersi lawan semasa bermain bola keranjang.

KERETAKAN DAN TERKEHEL JARI


Berlaku lebih kerap pada pemain bola sepak dan gimnas. Apabila atlet tersebut mendarat dengan tangan dalam posisi kaku atau apabila bola menghentam hujung jarinya. Jari yang retak dan terkehel akan sakit walaupun tidak digerakkan.

IBU JARI TERSELIUH


Selalunya berlaku pada penjaga gol. Berlaku apabila atlet terlebih regang ke arah luar apabila cuba menangkap sesuatu objek. Ibu jari akan membengkak dan mangsa tidak dapat mencubit dengan tekanan yang kuat.

KECEDERAAN BAHAGIAN BAWAH BADAN


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kecederan otot hamstring. Kecederaan ligamen lutut. Patella terkehel. Kecederaan tendon achilles. Buku lali terseliuh. Buku lali terkehel. Keretakan tibia dan fibula.

KECEDERAN OTOT HAMSTRING


Atlet yang meregangkan lutut dan membengkokkan pinggul juga boleh mencederakan otot hamstring seperti berlari dan melompat. Semakin banyak otot hamstring yang terkoyak, semakin sukar untuk membengkokkan kaki. Letakkan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Dalam masa beberapa hari sahaja, kawasan tersebut akan menjadi pucat.

KECEDERAAN LIGAMEN LUTUT


Berlaku akibat daya dari arah luar atau dalam yang menyebabkan kaki bergerak melebihi had normal pergerakan sehingga mengoyakkan ligamen lutut. Banyak berlaku pada pemain bola sepak dan ragbi akibat diterjah atau terjatuh ke atas tanah. Pembedahan ligamen lutut diperlukan bergantung kepada kerosakan ligamen.

PATELLA TERKEHEL
Berlaku akibat daya yang dikenakan pada bahagian sisi sehingga menyebabkan lutut terkehel atau dislokasi. Akan kedengaran bunyi pop. Akan mengalami kesakitan yang amat sangat. Tidak dapat membetulkan atau memanjangkan kakinya.

KECEDERAAN TENDON ACHILLES


Banyak berlaku pada atlet yang berusia 30 tahun ke atas. Berlaku akibat lompatan seperti dalam permainan bola keranjang. Mangsa akan mendengar bunyi pop. Jika tendon achilles terkoyak sepenuhnya, pembedahan segera diperlukan.

BUKU LALI TERSELIUH


Majoritinya buku lali terseliuh ke arah dalam dan berlaku pada pemain bola keranjang. Berlaku apabila buku lali bergerak melebihi had normal pergerakan menyebabkan ligamen terlebih regang dan terkoyak sedikit. Bengkak pada bahagian ligamen yang terlebih regang tersebut.

BUKU LALI TERKEHEL


Banyak berlaku pada pemain bola sepak. Berlaku akibat ligamen yang menyokong buku lali telah koyak sepenuhnya. Perlu dianduh dalam keadaan semasa terkehel dan perlu dikejarkan segera bagi mendapatkan kemudahan perubatan. Letakkan ais pada buku lali yang terkehel untuk mengawal pembengkakan, kekejangan otot dan kesakitan.

KERETAKAN TIBIA DAN FIBULA


Berlaku akibat perlanggaran terus ke kaki dan juga daya yang turut menyebabkan buku lali terseliuh. Jika daya dari arah belakang, maka fibuloa yang akan alami keretakan. Jika daya dari arah depan, maka tibia yang akan alami keretakan. Sakit apabila tapak kaki diketuk.

You might also like