Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Tamadun Melayu Sebagai Asas Tamadun Malaysia

Oleh Hajah Sapiyah Md.Rangga JAPIM-IPPM

Mengapa Tamadun Islam dan Tamadun Melayu?


Kebangkitan tamadun besar dunia yang mempunyai ciri-ciri unik:
Value added = sarat dengan nilai (persekitaran fizikal, l/belakang etnik, budaya, kepercayaan) Interaksi positif antara tamadun lain perkongsian nilai.
2 SMR-TITAS

Hubungan T.Islam & T. Melayu dengan Masyarakat Malaysia Malaysia sbg Truly Asia. Mewarisi kesemua tamadun Asia. Nilai ketamadunan keharmonian dalam kepelbagaian.
3 SMR-TITAS

Penduduk Malaysia bukan sahaja terdiri daripada pelbagai kaum, malah mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya dan agama. Secara umumnya orang Melayu adalah penganut Islam, orang Cina penganut Buddha, orang India penganut Hindu, sementara pelbagai etnik peribumi lain menganut berbagai kepercayaan warisan dan animisme.
4 SMR-TITAS

Kepelbagaian ini membawa maksud bahawa seluruh rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertoleransi dalam menjalani kehidupan seharian serta pengamalan adat kepercayaan masing-masing, demi menjaga keharmonian.
5 SMR-TITAS

Ke Arah Pembinaan Tamadun Malaysia


Pembentukan negara dan sejarah yang membentuk masyarakatnya.
* Tam.Melayu paksi utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan Tamadun Malaysia.

Tamadun Melayu telah dimantapkan oleh Islam. Ciriciri kebersamaan dilihat wujud dalam elemen ketamadunan.
* Islam dan adat Melayu adalah struktur yang saling melengkapi dan terintegrasi dalam wadah kemelayuan.

Islam termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan Malaysia.


6 SMR-TITAS

Sambungan

Pembinaan negara:
Berkongsi nilai sejagat bahasa, adat budaya Saling hormat-menghormati kebebasan beragama.

31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. 16 Sept.1963 Sabah & Sarawak bersatu dengan Persekutuan Malaysia semangat Melayu berasaskan Islam instrumen penting untuk mencapai kemerdekaan bersama rakyat bukan Melayu.
7 SMR-TITAS

Islam Sebagai Agama Persekutuan


Islam sendiri adalah agama yang menekankan prinsip adil, kesederhanaan, bertolerasi dan berhikmah dalam menangani setiap permasalahan. Dalam soal-soal yang melibatkan kepercayaan dan keimanan, Islam sama sekali tidak membenarkan pemaksaan dilakukan ke atas penganut agama lain. Penerimaan Islam mestilah dilakukan di atas dasar kefahaman, kecintaan dan keikhlasan sejati. Pemaksanaan dan kepura-puraan adalah satu sifat yang ditolak oleh Islam. Wahai umat manusia!, sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. (al-Hujurat, 49; 13).
8 SMR-TITAS

Sambungan

Kesederhanaan juga menuntut kita memahami secara bijaksana realiti semasa, justeru suasana pada setiap zaman dan tempat adalah berubahubah. Kejayaan umat Islam masa silam adalah kerana mereka bersikap terbuka serta bersedia belajar daripada tamadun orang lain. Mereka mempelajari unsurunsur yang baik daripada tamadun Yunani, Parsi, Byzantin, India dan China. Pada hari ini kita ketinggalan kerana kerana mengamalkan sikap tertutup yang mengambil sikap berkonfratasi dengan tamadun lain.
9 SMR-TITAS

Sistem Politik Melayu


Sistem politik Melayu diperintah oleh raja atau sultan. Sistem pemerintahan raja berpelembagaan (SRBP) sekarang adalah antara sumbangan utama Tamadun Melayu kepada Tamadun Malaysia. SRBP- raja tidak berkuasa mutlak. Undang-undang adat Melayu dan perundangan Islam entiti politik Malaysia. Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu.
10 SMR-TITAS

Raja Berdaulat
Perkataan Raja dalam bahasa Arab disebut Malik, perkataan Malik itu terdapat dalam Al-Quran, seperti dalam surah Yusuf ayat 54:

Yang bermaksud : Dan raja (Mesir itu) berkata : bawalah dia (Yusuf) kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarah dengannya. Setelah (Yusuf dibawa menghadap, dan Raja) berbual-bual dengannya (serta raja itu mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja (kepadanya) : sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami.
11 SMR-TITAS

Raja Yang Adil


Raja yang adil itu kuat berpegang kepada ajaran agama, dengan keadilannya itu negara yang diperintahnya menjadi sebagai sebuah taman yang penuh keindahan. Keindahan taman itu sebenarnya dicantikkan oleh berbagaibagai perhiasan.
12 SMR-TITAS

Kitab Az-Zawaajir An Iqtiraafil Kabaair susunan Imam Ibnu Hajar Al-Makki Al-Haitami, meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :

.
Maksudnya : Allah menjadikan dunia ini sebagai sebuah taman, dan taman itu dihiasi dengan lima perkara; ilmu para ulama, keadilan para penguasa, ibadat orang-orang soleh, nasihat para penasihat dan tertunainya amanah.
13 SMR-TITAS

Ganjaran bagi seorang Raja yang adil Dalam sebuah hadith Rasulullah Sallallahu `Alaihi wa Sallam bersabda:

, : . ) ( Maksudnya : Tujuh golongan orang yang dikurniakan naungan oleh Allah Taala di dalam naungan-Nya, iaitu pada hari tiada naungan lagi melainkan naungan yang dimiliki oleh Allah pada hari kiamat, mereka itu ialah : (i) Pemimpin (raja) yang adil, (ii) Pemuda yang hidup sejak kecil hingga matinya sentiasa beribadat kepada Allah Taala, (iii) Orang yang sentiasa beribadat di masjid, (iv) Dua orang yang bersahabat kerana Allah, kedua-duanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, (v) Lelaki yang kuat imannya, yang diajak (dirayu berbuat maksiat) oleh perampuan yang mempunyai kedudukan yang baik dan cantik, tetapi lelaki itu berkata : sesungguhnya aku takut sekali kepada Allah, (vi) Orang yang memberi sedekah yang sedekahnya itu tidak pula diketahui orang, sehingga tangan kirinya sendiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya, dan (vii) Orang yang berzikir pada Allah di saat sunyi sehingga mengalir air mata. [Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
14 SMR-TITAS

Keadilan itu boleh menimbulkan perkara-perkara seperti berikut :


Wujudnya rasa kasih sayang dan perpaduan. Timbulnya rasa taat setia kepada raja dan negara. Negara bertambah makmur. Harta semakin berkembang dan bertambah. Membiaknya keturunan. Kedudukan pemerintah bertambah kukuh.

Sebaliknya kezaliman merupakan suatu penyakit yang cepat membawa kebinasaan kepada negara dan pemerintah, dan kezaliman itu mempengaruhi akhlak dan budi masyarakat sehingga merebaklah keruntuhan dan porakperanda.
15 SMR-TITAS

Contoh terbaik
Sifat keadilan Rasulullah s.a.w. tergambar dalam tindakan dan layanan baginda terhadap orang-orang bukan Islam yang menjadi warga negara Islam. Baginda melarang orang-orang Islam menyakiti orang-orang bukan Islam (zimmi). Dalam Fasal 25 Perlembagaan Madinah di sebutkan bahawa Orang-orang Yahudi Banu Auf adalah satu umat dengan orang-orang Mukmin. Orang-orang Yahudi hendaklah berpegang kepada agama mereka
16 SMR-TITAS

Kesannya
Tamadun hanya boleh berkembang subur di sesebuah negara yang aman damai justeru rakyatnya bersatupadu dan saling menghormati di antara satu sama lain. Tamadun umat Islam mencapai kemuncaknya apabila terbentuknya sebuah kerajaan yang kuat, aman dan makmur serta diperintah secara adil. Suasana aman dan tenteram tersebut memungkinkan berbagai kegiatan keilmuan berlaku.
17 SMR-TITAS

Di Malaysia bagaimana?
Interaksi antara orang Melayu, Cina dan India serta berbagai etnik lain yang tidak seagama dengan orang Melayu telah berlaku semenjak zaman sebelum kedatangan penjajah Barat. Kedudukan serta hak-hak bukan penganut Islam dijamin oleh Perlembagaan. Mereka bebas mengamalkan agama anutan mereka dalam lingkungan kebebasan yang diberikan Perlembagaan.
18 SMR-TITAS

Rakyat Selamat
Tanggungjawab ketua ialah bagi menjaga dan memelihara keselamatan orang bawahannya, terdapat contohnya dalam Al-Quran surah An-Naml ayat 18 :

Maksudnya : (Maralah angkatan Nabi Sulaiman itu) hingga apabila mereka sampai ke Wadi Naml (lembah semut), berkatalah seekor semut : wahai sekalian semut ! masuklah kamu ke dalam sarang kamu masing-masing, jangan sampai (Nabi) Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedangkan mereka itu tidak menyedarinya. 19
SMR-TITAS

Taat kepada Raja


Abdullah bin Umar meriwayatkan hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang bermaksud : Dengar dan taat (kepada ketua) adalah kewajipan ke atas orang Islam (dalam apa jua perkara pun) sama ada ia suka dan ia tidak suka selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat maka tiadalah dengar dan tiadalah taat Berdasarkan hadith di atas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyuruh supaya setiap orang Islam itu hendaklah mentaati perintah ketua mereka, sama ada perintah itu disukai ataupun tidak, asalkan perintah itu menurut ajaran-ajaran Islam. Dalam pada itu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam melarang pengikut-pengikutnya mentaati ketua yang menyuruh melakukan maksiat. Dalam keadaan yang pertama ketaatan adalah menjadi perkara yang wajib, tetapi dalam keadaan yang kedua ketaatan tidaklah wajib, bahkan ia menjadi haram ke atas sesiapa yang merasakan dirinya boleh menentang perintah membuat maksiat itu.
20 SMR-TITAS

Jangan Derhaka Berkata Sheikh Ali bin Ali bin Mohammad bin Abdul-Ez, dalam kitab Al-Akaa`id At-Tahawiah seperti berikut : Daripada sahabat Auf bin Malik, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah berkata, ertinya Sebaik-baik raja kamu, ialah raja yang kamu kasih sayang kepada mereka dan mereka kasih sayang kepada kamu, dan kamu mendoakan kepada mereka dan mereka mendoakan kepada kamu. Dan sejahat-jahat raja kamu, ialah raja yang kamu bencikan mereka dan mereka bencikan kamu, dan kamu laknat dan kutuk mereka dan mereka laknat dan kutuk kamu. Sahabat-sahabat berkata Ya Rasulullah, tidakkah boleh kami melawan mereka dengan mata pedang pada ketika itu? Rasulullah menjawab Jangan, selagi mereka mendirikan sembahyang di antara kamu, ingatlah barangsiapa telah diangkat menjadi raja kemudian kamu lihat dia mengerjakan sesuatu perkara maksiat, maka hendaklah kamu bencikan perkara maksiat itu daripadanya, dan janganlah ditarik taat setia daripadanya (jangan menderhakakan kepadanya).
21 SMR-TITAS

Kesimpulan
Seluruh warga Malaysia mestilah menjadi pendokong nilai-nilai kebaikan sejagat seperti cintakan keamanan, kedamaian, kemerdekaan dan keadilan sejagat.
Kebanyakan orang hanya menyedari sesuatu nikmat yang diperolehinya setelah nikmat itu tiada lagi.
22 SMR-TITAS

23 SMR-TITAS

You might also like