Sesi 1 - Kajian Kes

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PROGRAM MENGGAPAI BINTANG

SESI 1

Mini Kes

Encik Fadzly memiliki lima hektar tanah dan ingin menceburi aktiviti pertanian. Pegawai pertanian memaklumkan bahawa beliau boleh mengusahakan tanahnya secara pengeluaran langsung atau pengeluaran tak langsung. Encik Fadzly memilih untuk mengusahakan tanahnya secara pengeluaran tak langsung.

Mengapakah Encik Fadzly membuat keputusan sedemikian. (5 markah)

Ladang teh The Highland menghasilkan teh berkualiti berjenama Juwita di Tanah Tinggi Cameron. Pekerjanya terdiri daripada buruh ladang, penyelia kilang dan pekerja pengeluaran. Daun teh dipetik setiap hari, digredkan dan dikeringkan untuk dijadikan serbuk teh di kilang yang dibina di kawasan ladang tersebut.

Terangkan dengan contoh, pengkhususan yang terlibat dalam situasi di atas. (8 markah)

PROGRAM MENGGAPAI BINTANG

SESI II

KAJIAN KES

KES 14

Encik Michael mempunyai pengalaman dalam bidang pemprosesan makanan kerana pernah bekerja sebagai Pegawai Penyelidik Pemakanan di MARDI cawangan Johor. Beliau telah meletakkan jawatan dan menggunakan semua caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM150 000 untuk mendirikan kilang mennghasilkan makanan ringan. Makanan ringan yang dihasilkan berkhasiat dan mempunyai rasa yang berbeza berbanding makanan ringan yang sedia ada di pasaran. Beliau menghasilkan keropok sayuran tropika yang berasaskan ubi, cempedak, nanas, labu dan cendawan dengan jenama OPIKA.

Terangkan ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh Encik Michael. [6 markah]

Kanak-kanak menyukai keropok sayuran OPIKA kerana keenakan rasanya. Remaja tertarik kerana jenama tersebut mudah diingat dan disebut. Harga yang ditawarkan untuk setiap produk yang dihasilkan juga berpatutan. Terdapat pelbagai pilihan rasa dan harga yang berbeza mengikut jenis keropok.

Bagaimanakah strategi pemasaran dapat membantu perusahaan Encik Michael ? [8 markah]

Apabila jumlah permintaan semakin meningkat, Encik Michael mula menghadapi masalah untuk mengagihkan produknya kerana sebelum ini semua produk akan dihantar sendiri oleh beliau kepada peruncit. Beliau telah dinasihati oleh rakannya agar menggunakan khidmat pemborong supaya produknya boleh diagih dengan lebih cekap.

Adakah tindakan Encik Michael menggunakan pemborong dalam saluran agihannya tepat ?
Kemukakan alasan anda. [7 markah]

Selain itu, beliau juga bimbang terhadap risiko kebakaran dan kecurian yang mungkin berlaku dalam perniagaannya. Beliau telah membeli polisi insurans untuk melindungi perniagaannya. Ini membolehkan beliau menumpukan perhatian untuk meningkatkan kualiti produk, jualan dan prestasi perniagaan.

Terangkan jenis insurans yang diambil oleh Encik Michael untuk melindungi perniagaannya. [4 markah]

Ciri usahawan 1. berani menanggung risiko - sanggup letak jawatan /guna semua caruman KWSP 2. Inovtif - menghasilkan kerepek yang berbeza daripada yang sedia ada / contoh kerepek 3. Kebolehan mengurus - permintaan semakin meningkat/ yakin/ gigih/ contoh yang sesuai

b Strategi pemasaran 1. kenalpasti sasaran pasaran - sasaran pengguna /kanak-kanak / remaja 2. campuran pemasaran - produk - rasa enak/ berkualiti/ pelbagai rasa - harga - berpatutan/ ikut jenis kerepek - agihan - hantar sendiri/ Pengeluar -------- Peruncit -------Pengguna - guna pemborong / Pengeluar ---- Pemborong ---Peruncit --- Pengguna - promosi - cara yang berkesan/ iklan/ promosi jualan

c Tindakan tepat kerana - pemborong beli pukal - lakukan pecah pukal / pengeluaran boleh secara besar-besaran - pemborong beli tunai - dapat modal pusingan cepat - pemborong ada gudang sendiri - pemborong sedia pengangkutan - dapat jimat kos pengeluar - pemborong beri maklumat pasaran - pemborong ada rangkaian peruncit

d Jenis insurans yang perlu diambil 1. insurans kebakaran - melindungi perniagaan dari kerugian akibat kebakaran 2. insurans kecurian - melindungi perniagaan dari kerugian akibat kecurian

You might also like