Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 30

ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

(PKP 3111)

TUTORIAL 8
(PISMP SEM 5 PEMULIHAN KHAS)

SOALAN
Bincangkan perbezaan antara kaedah stesen dan kaedah kiosk dalam pengajaran guru.

BANDING BEZA KONSEP


KAEDAH STESEN Menurut Jabatan Pemulihan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Stesen Pembelajaran ialah bilik atau sudut dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dengan sokongan BBM yang efektif. Murid-murid diberi peluang belajar melalui kaedah hands on experience dan belajar sambil bermain. Pembinaan kisok ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence. Teori ini menyatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecerdasan. Kecerdasan ini merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran dalam diri seseorang individu. Sehubungan dengan konsep kepelbagaian kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas.

KAEDAH KIOSK

BANDING BEZA BILANGAN


KAEDAH STESEN 14 buah stesen kemahiran P&P disediakan berasaskan 4 bidang dalam Kurikulum Pemulihan Khas, iaitu: 1. Bidang Pengurusan Hidup 2. Bidang Akademik Berfungsi 3. Bidang Kerohanian dan Nilai Murni 4. Bidang Sosial, Riadah dan Kerohanian

KAEDAH KIOSK

Dalam sebuah kelas boleh dibina lapan kiosk iaitu: 1. Kiosk Visual/Ruang 2. Kiosk matematik 3. Kiosk Interpersonal 4. Kiosk Bahasa 5. Kiosk kinestatik 6. Kiosk Alam Sekitar 7. Kiosk Muzik 8. Kiosk Intrapersonal

14 BUAH STESEN KEMAHIRAN P&P DISEDIAKAN BERASASKAN 4 BIDANG DALAM KURIKULUM PEMULIHAN KHAS

1) BIDANG PENGURUSAN DIRI a. Komponen Pengurusan Diri b. Komponen Kemahiran Manipulatif c. Komponen Pengurusan Tingkah laku d. Komponen Kemahiran Hidup 2) BIDANG AKADEMIK BERFUNGSI a. Komponen Bahasa Melayu b. Komponen Matematik c. Komponen Bahasa Inggeris d. Komponen Multimedia 3) BIDANG KEROHANIAN DAN NILAI - NILAI MURNI a. Komponen Pendidikan Agama Islam b. Komponen Pendidikan Moral 4) BIDANG SOSIAL, RIADAH DAN KREATIVITI a. Komponen Pendidikan Jasmani b. Komponen Pendidikan Seni c. Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama d. Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar

CONTOH STESEN

Contoh:

Dalam stesen ini, disediakan pelbagai bahan bacaan seperti: 1. Kad Suku Kata 2. Kad Perkataan 3. Kad Ayat 4. Carta Cerita Pendek (Big Book)

Stesen ini bertujuan memberi ruang kepada muridmurid untuk mengisi masa terluang selepas selesai sesuatu aktiviti. Mereka akan membaca di stesen ini setelah guru mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan aktiviti yang diberi. Aktiviti ini mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Murid berlumba-lumba menyelesaikan aktiviti dengan jayanya untuk melayakkan mereka pergi ke stesen bacaan. Murid yang telah berjaya membaca bahan yang disediakan dengan lancar akan diberi hadiah.

Stesen ini menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri (pembelajaran mengikut kebolehan). Kaedah ini lebih kepada konsep pembelajaran kendiri iaitu guru hanya bertindak sebagai pembimbing.

Stesen 1: Kad Suku Kata


Murid-murid dikehendaki mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad tersebut.
ba ja se la + + + + ko wa kul lan + + = = lah tan = = bakul jalan sekolah lawatan

Stesen 2: Kad Perkataan


Di dalam stesen ini, guru pemulihan menyediakan kad perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV dan KVK seperti:
memasak
tembikai

permata
membaca

Stesen 3: Kad Ayat


Di sini, guru pemulihan menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah seperti:

Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru menggunakan dua langkah :


a) Pengukuhan Guru meminta murid mengeja dan membatangkan suku kata. Kemudian murid dikehendaki menyebut suku kata berwarna dan membatangkan perkataan. Ini adalah sebagai pengukuhan aktiviti di stesen-stesen sebelumnya. b) Pengayaan Guru meminta murid-murid membaca terus ayat tunggal yang diberi. Kemudian guru bersoal-jawab untuk mengetahui tahap kefahaman murid terhadap ayat. Dengan demikian, murid dapat menguasai dua kemahiran serentak, iaitu membaca dan memahami teks bacaannya.

Stesen 4: Big Book


Big Book adalah sebuah buku yang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambargambar berwarna dan menarik. Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:


a) Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil pengetahuan am dan sedia ada. b) Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja. c) Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai pengukuhan. d) Penilaian

Selepas murid menjalani aktiviti-aktiviti di keempat-empat stesen, guru boleh memberi ujian kepada murid. Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik yang dilaksanakan.

CONTOH KIOSK

KIOSK BAHASA
Ruang belajar - mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P&P.
Cadangan Aktiviti dalam P&P : Mengeja perkataan, menulis nama, membaca ayat dan membuat teka silangkata. Contoh Bahan Bantu Belajar: Kad huruf/ suku kata/ perkataan/ ayat Kad bacaan, Buku Bacaan, Pita audio Permainan sahiba,silangkata

KIOSK RUANG/VISUAL
Mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, petapeta, carta, gambar rajah dan gambar-gambar.
Cadangan Aktiviti dalam P&P : Gunting,tampal dan warna huruf pada gambar Lukis dan cantum gambar. Terang arah ke sesuatu tempat. Contoh Bahan Bantu Belajar : Gambar, Abjad getah, Jigsaw puzzle,maze,buku bergambar

KIOSK INTERPERSONAL
Ruang belajar - mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan orang lain.
Cadangan Aktiviti dalam P&P : Bermain kuiz,menyampaika n maklumat dan bermain jual beli
Contoh Bahan Bantu Belajar : Kad soalan kuiz, kad abjad, kad gambar Bahan untuk aktiviti jual beli

KIOSK MATEMATIK
Ruang belajar - mengajar yang menggunakan kebolehan menaakul dan menyelesaikan masalah kompleks/matematik.
Cadangan Aktiviti dalam P&P : Mengeja perkatan berdasarkan sukukata dengan simbol matematik dan mengira jumlah harga barang Contoh Bahan Bantu Belajar : Kad nombor Alat pembilang,Dekakdekak,Kad Do. mino dan Kad perkataan

KIOSK MUZIK
Ruang belajar - mengajar yang menggunakan alat serta bahanbahan muzik, lagu sebagai perantaraan P&P yang dijalankan.
Cadangan Aktiviti dalam P&P : Mengeja perkataan sambil menyanyi dan memainkan muzik dan memperdengarka n muzik semasa belajar Contoh Bahan Bantu Belajar : Radio/VCD,Alat muzik sebenar/ciptaan dan pita rakaman

KIOSK ALAM SEKITAR


Ruang belajar - mengajar yang menggunakan persekitaran semulajadi sebagai bahan dalam menjalankan P&P.

Cadangan Aktiviti dalam P&P : Melabel anggota badan, menulis nama haiwan, memelihara ikan dan mengumpul serangga,batu-batan Contoh Bahan Bantu Belajar : Gambar, Carta haiwan dan tumbuhan, model haiwan dan akuarium

KIOSK KINESTATIK
Ruang belajar - mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P&P.
Cadangan Aktiviti dalam P&P : Menulis abjad di kad tebuk menggunakan jari, berlakon ikut situasi yang ditetapkan dan bermain karom bahasa Contoh Bahan Bantu Belajar : Kad tebuk, Bola, Doh dan Plastecine

KIOSK INTRAPERSONAL Ruang belajar secara individu.


Cadangan Aktiviti dalam P&P : Menulis jurnal, duduk bersendirian membuat refleksi diri, catat kenangan atau perasaan dan membuat projek berbentuk arahan kendiri.

Contoh Bahan Bantu Belajar : Komputer, Kadkad(huruf,perkata an,ayat), Buku cerita

BANDING BEZA KEKUATAN


KAEDAH STESEN Proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik Mempunyai sokongan bahan bantu mengajar yang efektif Murid-murid diberikan pendedahan belajar sambil bermain Murid-murid mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti dalam stesen pembelajaran. Bentuk pembelajaran lebih mudah kerana seiring tahap kecerdasan individu. Minda murid akan tercabar bukan dalam keadaan bosan untuk belajar 8 kiosk dapat dibina dalam setiap kelas (mengikut teori kecerdasan pelbagai) Murid berpeluang merasai kepelbagaian suasana pembelajaran.

KAEDAH KIOSK

BANDING BEZA KELEMAHAN


KAEDAH STESEN Murid-murid akan melebihkan aktiviti bermain daripada fokus terhadap belajar. KAEDAH KIOSK Suasana disiplin murid akan menjadi suasana yang negatif sekiranya kawalan kelas oleh guru tidak dijalankan dengan baik. Murid gagal mendengar arahan guru untuk beralih menggunakan kiosk lain kerana hanya minat kiosk yang tertentu

ISU-ISU
1. 2. Kurang pengetahuan dalam kalangan guru Pemulihan Khas untuk membina stesen dan kiosk yang menarik. Kekurangan tenaga guru Pemulihan Khas yang pakar untuk mengendalikan setiap stesen dan kiosk. Misalnya bagi stesen matematik, kekurangan guru matemtik dalam program Pemulihan Khas boleh menyebabkan gangguan untuk stesen dan kiosk berjalan dengan lancar. Memerlukan peruntukan yang banyak dalam membina setiap stesen dan kiosk. Contoh hendak membina stesen muzik tetapi tiada bajet untuk membeli kelengkapan barang-muzik muzik. Kurangnya kemudahan fizikal seperti ruang yang tidak mencukupi untuk dibuat banyak station atau kiosk. Menyukarkan sesetengah pelajar yang mengalami masalah fizikal seperti sukar berjalan untuk bergerak ke tempat yang lain.

3. 4. 5.

An inspirational dialogue...

An atheist stops a little boy on the street and asks him: Tell me where is Allah and I will give you one apple. The boy says: You tell me where He is NOT, I will give you thousand apples....

SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like