Kadar Pereputan Setengah Hayat

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SITI SARAH BINTI SEKERI

Reputan radioaktif ialah proses di mana nukleus yang tidak stabil memancar sinaran radioaktif untuk menjadi lebih stabil Reputan radioaktif merupakan proses spontan iaitu proses yang
berlaku dengan sendiri Tidak dapat dikawal Tidak dipengaruhi oleh keadaan fizik spt suhu & tekanan Tidak dipengaruhi oleh komposisi kimia bahan radioaktif itu dan Reputannya tidak boleh dihentikan atau dilambatkan

Reputan radioaktif merupakan proses yang rawak iaitu :


Tiada cara untuk mengetahui atom yang mana akan mereput pada suatu ketika dan Semua atom mempunyai kebarangkalian yang sama untuk mereput pada sesuatu ketika

Reputan Alfa

3 JENIS REPUTAN Reputan Gama Reputan Beta

Setengah Hayat bagi satu bahan radioaktif ditakrifkan sebagai masa yang diambil untuk setengah dari atom-atom radioaktif asal mereput. Setengah Hayat bagi suatu unsur radioaktif ialah masa yang diambil untuk kereaktifan berkurang menjadi setengah dari nilai asalnya.

Nukleus-nukleus di dalam satu sampel bahan radioaktif mereput pada masa yang berlainan kerana keradioaktifan ialah proses yang rawak Oleh sebab satu sampel radioaktif mengandungi bilangan nukleus yang sangat besar, reputan radioaktif berlaku pada setiap ketika

Keaktifan suatu sampel radioaktif ialah kadar reputan sampel radioaktif tersebut

Kadar reputan = Bilangan reputan per saat = Bilangan zarah yang dipancar sesaat

Unsur radioaktif yang berbeza mereput pada kadar yang berbeza Kadar reputan berubah secara langsung dengan bilangan atom yang radioaktif

Apabila suatu sampel radioaktif mereput


Bilangan atom yang belum reput semakin berkurang Bilangan atom yang sudah mereput semakin bertambah

Dalam masa satu setengah hayat


Keaktifan diseparuhkan Bilangan atom yang aktif diseparuhkan Kadar pancaran sinaran diseparuhkan

Keaktifan awal satu sampel radioaktif tektenium-99m ialah 360 s-1.Berapakah keaktifannya selepas 18 jam ? [setengah hayat tektenium-99m ialah 6 jam]

Penyelesaiannya :
18 jam = 3 kali setengah hayat
360 s-1 6j 6j 6j 180 s-1 90 s-1 45 s-1

# Selepas 18 jam, keaktifan = 45 s-1

Setengah hayat bagi iodin-131 ialah 8 hari. Bermula dengan 16 g iodin-131, tentukan jisim iodin yang sudah dan belum reput selepas 24 hari.

Penyelesaiannya :
Jisim iodin yang belum reput akan diseparuhkan setiap 8 hari.

Proses reputan ialah :

Selepas 24 hari, 2 g iodin belum reput manakala 14 g iodin sudah mereput

Setengah Hayat digunakan di dalam pelbagai bidang contohnya seperti menentukan umur sampel-sampel arkeologi atau geologi. Kaedah ini melibatkan penggunaan satu isotop radioaktif karbon iaitu karbon-14. Dengan menentukan keaktifan bagi 1 gram karbon dalam bahan-bahan purba seperti kayu atau tulang dan membandingkannya dengan keaktifan 1 gram karbon masa kini, usia bahanbahan tersebut dapat ditentukan. Cara ini dinamakan pentarikhan karbon (carbon dating).

You might also like