Tajuk 2-Pendekatan Bersepadu

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 62

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TAJUK 2: PENDEKATAN BERSEPADU


POLISI KESIHATAN SEKOLAH PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH PERSEKITARAN SOSIAL SEKOLAH PENGLIBATAN KOMUNITI KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH : UMI NORMIZAN BINTI SAFIE 810620-01-5110 PGSR PJ KOHORT 2

UNTUK PERHATIAN: CIK SHAIREENA BT JAAFAR JABATAN PJ IPGKTI

Apakah pendekatan bersepadu?


Enam teras utama telah digariskan bagi mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara warga sekolah. PIBG, sektor awam, sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat ke arah melahirkan sekolah yang sihat. 1.Polisi Kesihatan Sekolah 2.Persekitaran Fizikal Sekolah yang sihat dan Selamat 3.Persekitaran Sosial Sekolah yang sihat dan Selamat 4.Penglibatan Komuniti 5.Kemahiran Kesihatan Diri 6.Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Teras-teras ini hendaklah diterjemahkan kepada strategi-strategi dan kaedah pelaksanaan yang lebih khusus agar ianya mudah difahami dan dapat dilaksanakan oleh semua warga sekolah.

Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, mental, psiko-sosial dan kerohanian adalah di antara ciri-ciri yang diberikan penekanan dan penelitian bagi membangun dan membentuk satu model sihat dan amalan gaya hidup sihat.

Pendekatan Bersepadu memberi ruang untuk tindakan bersepadu yang mengambil kira: 1.Kurikulum sekolah 2.Keadaan fizikal dan sosial sekolah 3.Perkhidmatan kesihatan sekolah 4.Peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan.

Ianya melibatkan semua warga sekolah termasuk:

Masyarakat setempat

Guru Pentadbir sekolah Pekerja

Pendekatan Bersepadu dapat menyokong dan meningkatkan pendidikan dan kesihatan seluruh warga sekolah.

Seterusnya menjadi asas dalam membentuk satu negara yang sihat.

Melahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang: Sihat

Selamat

Berkualiti

Untuk ke arah pencapaian wawasan negara.

MATLAMAT PBSS Melahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang selamat, sihat dan berkualiti kearah pencapaian wawasan Negara

VISI PBSS Generasi yang berilmu, sihat dan proresif.

MISI PBSS Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan.

1. Memastikan agar setiap sekolah dapat: 2. Menetapkan polisi kesihatan sekolah. 3. Memelihara dan menigkatkan persekitaran sekolah

yang bersih, ceria dan selamat.


4. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat. 5. Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah.

6. Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan amalan


kesihatan yang baik agar setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri,

keluarga dan masyarakat.


7. Menyediakan perkhidmatan kesihatan sekolah dari aspek: Penilaian taraf kesihatan murid

Khidmat rawatan (termasuk rawatan kecemasan),


rujukan, bimbingan dan kaunseling

8. Pengawalan dan pencegahan kejadian penyakit

9. Mengenal pasti, merujuk dan membantu dalam penempatan


kanak-kanak kurang upaya.

KEBAIKAN

KEPENTINGAN

Pendekatan Bersepadu

Pendekatan Bersepadu ini memberi beberapa kebaikan dan kepentingan seperti: 1. Ia mempergunakan model kesihatan holistik yang

merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan


persekitaran. Ini mempastikan satu persekitaran sekolah yang sihat terbentuk dan membuka peluang kepada

kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat kesihatan yang


baik. 2. Ia menggalakkan penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan kanak-kanak.

3. Ia juga memberi penekanan kepada pentingnya


persekitaran fizikal seperti bangunan, sanitasi, bekalan air dan padang permainan kanak-kanak yang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak.

4. Ia juga mengenal pasti kepentingan iklim sosial

sekolah di dalam membantu suasana pembelajaran

5.

Ia menghubungkaitkan sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan kawasan bagi menyelesaikan masalah kesihatan tertentu di kalangan

kanak-kanak.

6.

Ia memberi penekanan

kepada penglibatan pelajar


secara aktif di dalam kurikulum formal untuk membentuk satu

siri pengetahuan dan juga

7. Ia memperkemaskan perseimbangan di antara pendidikan dan kesihatan di dalam meningkatkan keupayaan kesihatan bagi kanakkanak perempuan dan wanita dalam komuniti.

8. Ia memberikan satu persekitaran kerja yang menggalakkan dan positif kepada warga sekolah.

9. Ia memberi kesempatan kepada sekolah dan masyarakat setempat bagi

bekerjasama dalam inisiatif kesihatan yang membawa faedah kepada


pelajar, keluarga dan anggota masyarakat.

PERANAN GURU

Guru merupakan penggerak utama untuk memastikan kejayaan pendekatan ini. Penerangan yang jelas mengenai pendekatan bersepadu hendaklah diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan berkesan aktiviti pendekatan bersepadu.

Antara peranan guru ialah:


1. Memahami teras utama PBSS. 2. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti Pendekatan Bersepadu yang dirancang oleh Jawatankuasa peringkat sekolah. 3. Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa peringkat sekolah. 4.Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup

sihat.
5.Menggalakkan murid menyertai aktiviti Pendekatan Bersepadu dengan aktif.

6.Memberi penerangan kepada Ibu bapa dan mesyarakat setempat


mengenai Pendekatan Bersepadu.

Objektif Umum Memberi pengetahuan warga sekolah untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam aspek-aspek kesihatan fizikal, mental dan sosial.

Objektif Khusus Pada akhir program, pelajar atau murid seharusnya dapat:

1.Mewujudkan warga sekolah yang faham dan


melaksanakan aspek-aspek kesihatan fizikal iaitu: kebersihan diri (gigi, kuku, rambut dan pakaian) Makanan yang sihat 2.Meningkatkan kemahiran guru, PRS dan pelajar tentang perkara-perkara berkaitan: aspek perkembangan mental dan sosial cara-cara mengatasi masalah mental dan sosial

tekanan

DEFINISI
Satu pernyataan yang jelas yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan.

FUNGSI
Polisi Kesihatan Sekolah bertujuan untuk : Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan sekolah.

POLISI Diantara polisi yang boleh dibentuk oleh sebuah sekolah yang berkaitan dan bersesuaian dengan keperluan sekolah ialah: Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah. Polisi bebas asap rokok dan dadah. Polisi pertolongan cemas. Polisi keselamatan sekolah. Polisi kawalan penyakit. Polisi persekitaran fizikal sekolah. Polisi persekitaran sosial sekolah. Polisi pendidikan kesihatan. Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat.

DEFINISI Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat. FUNGSI Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat. Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit.

AKTIVITI Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih, ceria, selamat dan sihat yang merangkumi: i.Bangunan sekolah ii.Bilik darjah Stor iii.Tandas Tempat letak kereta iv.Bekalan air Pagar v.Telefon Perparitan vi.Kebun/landskap Sistem pembuangan sisa pepejal vii.Makmal Pili bomba viii.Kantin Padang permainan ix.Asrama x.Klinik xi.Dewan

Memastikan persekitaran yang bersih dan selamat untuk menggalakkan amalan kesihatan yang betul.

Memastikan kantin, dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa bersih, selamat dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin Sekolah dan Pekeliling Pembangunan dan Bekalan Bil. 2/1994 (Pengendalian Asrama).

Memastikan pengamalan penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa.
Memastikan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dimana Pengetua, Guru Besar atau guru akan diwakilkan kuasa untuk mengkompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 Memastikan sekolah bebas dari pembiakan nyamuk Ades mengikut Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994. Memastikan persekitaran sekolah bebas dari pencemaran udara, air dan bunyi bising.

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN


Indkator-indikator: Peratus sekolah mempunyai rating 70% untuk 3K(keceriaan, keindahan dan keselamatan) Peratus sekolah melaksanakan program bebas denggi di sekolah. Peratus sekolah mencapai 75% rating bebas denggi di sekolah. Peratus sekolah mencapai 75 rating premis makanan. Peratus sekolah mematuhi 100% peraturan larangan merokok. Peratus sekolah bebas daripada kemalangan di sekolah.

DEFINISI Persekitaran mental dan sosial yang sihat dan selamat ialah persekitaran yang boleh membentuk sikap dan amalan kearah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi segala cabaran. FUNGSI Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan (stress) di kalangan warga sekolah. Menyediakan persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek warga sekolah.

AKTIVITI Membina ketahanan mental dan keyakinan diri warga sekolah melalui penghayatan agama dan nilai-nilai murni. Memberi perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang memerlukan. Menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan (stress) di kalangan warga sekolah seperti kegiatan Pembimbing Rakan Sebaya,reksreasi, hobi, punching bag, sudut pidato, papan conteng dsb. Melaksanakan amalan Cara Hidup Sihat pada setiap masa.

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN


Indikator-indikator Peratus sekolah bebas daripada penggunaan dadah. Peratus sekolah bebas dari kes Jenayah. Peratus sekolah menjalankan program PROSTAR. Peratus sekolah menjalankan aktiviti khidmat nasihat/ kaunseling / anti stress.

DEFINISI Satu bentuk kerjasama di antara warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah. FUNGSI Penglibatan aktif dalam aktiviti kesihatan. Melibatkan diri dalam bentuk tenaga kepakaran/ bahan/ kewangan. Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid. Menjadi role model amalan cara hidup sihat.

AKTIVITI Dalam mencapai matlamat PBSS, aktiviti yang boleh dijalankan untuk memenuhi fungsi penglibatan komuniti adalah seperti berikut:
PROSTAR ( Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja) Bebas Denggi Di Sekolah Anti Merokok Kempen Cara Hidup Sihat Program Kantin Sihat Sekolah Bersih Bebas Dadah Keselamatan Rekreasi Agama dan Kerohanian Kekeluargaan

DEFINISI Satu usaha untuk membentuk sikap yang positif kearah amalan cara hidup sihat di kalangan warga sekolah. FUNGSI Mengadakan pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan kesihatan fizikal, mental rohani dan sosial, serta alam sekeliling kearah amalan cara hidup sihat.

AKTIVITI Aktiviti Kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan melalui pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebuat adalah seperti berikut: Kesihatan Fizikal

Kebersihan Diri Anatomi dan Fisiologi Tubuh Badan

Kesihatan Pergigian
Pertolongan Cemas

Senaman dan Kecergasan


Kesihatan Mental Dan Sosial

Makan Secara Sihat Tekanan Rakan Sebaya dan Keluarga

DEFINISI
Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di kelas khas yang diberi oleh doktor perubatan dan pergigian, kakitangan kejururawatan dan guru-guru untuk pencapaian kesihatan optimum warga sekolah.

FUNGSI

Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan kesihatan optimum dan pengamalan cara hidup sihat. Mengesan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut.
Memberitahu guru dan ibu bapa tentang tahap kesihatan murid untuk membolehkan rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.

Menentukan rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu sekolah kepada murid dilaksana dengan sempurna. Memberi khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah. Menjalankan pemantauan dan penilaian ke atas aktivitiaktiviti kesihatan sekolah.

AKTIVITI

Penilaian Status Kesihatan

Rujukan dan Tindakan Susulan

Pendidikan Kesihatan

Khidmat Kaunseling

Pemakanan

Kanak-kanak dan Keperluan Khas

Pergigian

Pertolongan cemas

PENDIDIKAN KESIHATAN

SECARA FORMAL

SECARA TIDAK FORMAL

GURU

PELAJAR

Mengadakan kempen-kempen kesihatan Mengadakan kuiz kesihatan Mengadakan pameran kesihatan. Mengadakan ceramah/forum kesihatan Mengadakan demonstrasi aktiviti Menjalankan pemeriksaan berkala Melakukan pemeriksaan kebersihan diri oleh guru dan pelajar sendiri. Mengadakan khidmat kaunseling.

AMALAN KESIHATAN
Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai oleh guru dan ahli PIBG di setiap sekolah. Menubuhkan Kelab Kesihatan di kalangan pelajar di setiap sekolah. Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah. Mengamalkan Cara Hidup Sihat.

PROMOSI KESIHATAN SEKOLAH Guru perlu didedahkan kepada kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran berkaitan aktiviti promosi kesihatan sekolah.

Sekolah perlu memastikan bahawa setiap warga sekolah mengetahui dan mematuhi akta dan peraturan yang berkaitan dengan kesihatan sekolah.

PERANAN Peringkat Sekolah

Peranan Murid. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PBSS yang dirancang.
Memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS yang boleh dilaksanakan. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri.

Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti aktiviti kesihatan dalam PBSS yang dijalankan di sekolah.

Peranan Guru
Guru merupakan penggerak utama untuk memastikan kejayaan program ini. Penerangan yang jelas mengenai konsep PBSS hendaklah diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan berkesan aktiviti PBSS.Antara peranan guru ialah:

Memahami teras-teras utama PBSS. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah. Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah. Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat. Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif. Memberi penerangan kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai PBSS.

Peranan Pengetua / Guru Besar Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PBSS di sekolah. Menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah yang dianggotai oleh guru-guru, wakil agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta wakil masyarakat setempat. Merancang aktiviti Memastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS Menjalinkan hubungan yang baik serta memberi penerangan kepada masyarakat setempat , agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaanberkaitan dengan PBSS.

Peranan Ibu Bapa dan Masyarakat

Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti PBSS yang dirancang oleh sekolah. Memberi sumbangan dari segi kepakaran , kewangan, tenaga dan peralatan serta kerjasama kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti PBSS. Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti berkaitan PBSS. Memberi cadangan aktiviti PBSS yang boleh dilaksanakan kepada Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah. Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup sihat.

Peranan Pejabat Pendidikan Bahagian/ Daerah Memberi penerangan kepada sekolah mengenai pelaksanaan PBSS.

Memberi bimbingan kepada sekolah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang dan menjalankan aktiviti. Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang ada kaitan untuk memberi bantuan kepada sekolah-sekolah menjalankan PBSS.
Mengendali dan memantau perjalanan program.

Peranan Jabatan Pelajaran Negeri Memberi penerangan kepada Bahagian/ Daerah mengenai pelaksanaan PBSS.

Memberi bimbingan kepada Bahagian/ Daerah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang dan menjalankan aktiviti. Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang ada kaitan untuk memberi bantuan kepada Bahagian / Daerah menjalankan PBSS. Mengendali dan memantau perjalanan program.

JAWATANKUASA PBSS 8.5.1 Peringkat Sekolah Keahlian Pengerusi : Pengetua/Guru Besar Seiausaha : Guru Kesihatan Ahli-ahli : Wakil Lembaga Pengurus/Pengelola Wakil PIBG Wakil JKKK (Kesihatan) Wakil Pejabat Kesihatan Daerah Wakil lain-lain dilantik Bidang Rujukan Mengenalpasti dan mengemaskinikan polisi kesihatan sekolah. Merancang dan melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat. Memastikan latihan guru-guru pelaksana dan penyelia PBSS. Menjalankan aktiviti /latihan murid, ibu bapa dan masyarakat. Mendapatkan kerjasama daripada lapisan masyarakat dan agensi berkaitan untuk menyokong pelaksanaan PBSS. Mengawasi dan menilai keberkesanan PBSS. Menyediakan laporan pelaksanaan PBSS peringkat sekolah.

Peringkat Bahagian/Daerah Keahlian Pengerusi Bersama Setiausaha Ahli-ahli

: Pegawai Pendidikan Daerah Pegawai Kesihatan Daerah : Penyelia Kesihatan Sekolah : Ketua Penolong Pegawai Daerah Peg. Perubatan dan Kesihatan Jurutera Daerah Peg. Kebajikan Masyarakat Pegawai Agama Daerah Lain-lain yang dilantik

Bidang Rujukan Menyelaras , mengawasi dan menilai pelaksanaan PBSS di peringkat Bahagian dan Daerah. Bekerjasama dengan semua agensi terlibat, warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam melaksanakan PBSS. Mengemukakan cadangan-cadangan pelaksanaan PBSS kepada Jawatankuasa Peringkat Negeri. Menyediakan laporan pelaksanaan PBSS peringkat Daerah.

Peringkat Negeri Keahlian Pengerusi Bersama


Setiausaha Ahli-ahli

: Pengarah Pendidikan Negeri Pengarah Kesihatan Negeri : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan , JPN : Timbalan Pengarah Kesihatan (Kes Awam) Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pengarah Jabatan Kerjaraya Pengarah Penerangan Penolong Pengarah Kesihatan (Latihan) Jabatan Pendidikan Negeri Ketua Sektor JPN Pengarah Jabatan Agama Lain-lain yang dilantik.

Peringkat Kebangsaan Keahlian Pengerusi Bersama : Ketua Pengarah Pendidikan : Ketua Pengarah Setiausaha : Pengarah Bahagian Sekolah Ahli-ahli : Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga Pengarah Kawalan Mutu Makanan Pengarah Pendidikan Kesihatan Pengarah Perkhidmatan Pergigian Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Wakil jabatan Pendidikan Agama Islam Dan Moral Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Lain-lain ahli yang dilantik Bidang Rujukan Menggubal polisi PBSS Menetukan halatuju PBSS Merancang dan mengkaji keperluan PBSS dari semasa ke semasa.

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektif-objektifnya pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk pemantauan adalah:

REKOD 9.1.1 Rekod kesihatan Murid (RKM 1) RKM 1 mengandungi maklumat penting kesihatan murid bagi mengawal pandu pertumbuhan dan kesihatannya. RKM 1 hendaklah disemak dan dilengkapkan dari semasa ke semasa. 9.2 RETEN Mengikut pengumpulan data yang diperolehi melalui Health Management Information System (Siri KSK).

LAPORAN TAHUNAN Laporan tahunan pelaksanaan PBSS hendaklah dibuat di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

SISTEM PENGIKTIRAFAN

Pengiktirafan akan dberikan kepada sekolah-sekolah yang menjalankan PBSS secara berkesan berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan melalui enam komponen yang dikenalpasti. Pemantauan dan penilaian PBSS hendaklah dilaksanakan secara berterusan di semua peringkat.

PENUTUP
Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosi kesihatan di kalangan warga sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya Negara. Setiap warga sekolah pada amnya bertanggungjawab untuk mempastikan agar PBSS dihayati di setiap peringkat, khususnya di kalangan pelajar. Pelajar kita hari ini adalah pelapis masyarakat Malaysia di masa hadapan. Melalui Program Bersepadu Sekolah Sihat ini, diharap satu masyarakat majmuk yang prihatin dan mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek dapat diwujudkan.

AKTA, GARIS PANDUAN DAN SURAT PEKELILING: 1)AKTA a.AKTA PENDIDIKAN 1996 b.AKTA DDBIA 1995 c.Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 d.Akta Penderaan Kanak-Kanak 1992 e.Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) 1988 f.Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 g.Akta Makanan 1983 Dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 h.Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan )1983 i.Akata Kawalan Mutu Makanan 1983 j. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 k.Akta Kerajaan Tempatan 1975 l. Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974

GARISPANDUAN a.Garispanduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997 b.Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 1997 c.Buku Panduan PROSTAR d.Modul Latihan PROSTAR e.Graispanduan Kantin Sekolah (Edidi 1996) f.Garispanduan Incremental Dental Care Tahun 1996 g.Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1995 h.Garispanduan Rancangan Kesihatan Sekolah (November 1994) i.Garispanduan Asrama-Pekeliling Pembanguan Dan Bekalan Bil. 2/1994 j.Garispanduan Sekolah Bebas Denggi Di Sekolah 1994 k.Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 l.Garispanduan Program Susu Sekolah 1987 m.Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 n.Garispanduan Rancangan Makanan Tambahan o.Buku Panduan Disiplin Sekolah p.Mengindahkan Sekolah Dan Kawasannya (Landscaping)

1)SURAT PEKELILING a.Surat Pekuliling Ikhtisas Bil. 1/1981- Jualan Makanan Dan Minuman Di Kantin-Kantin Sekolah Untuk Murid-Murid Yang Berbilang Agama. b. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1981 : 16 September 1981 Kebersihan Di Sekolah-Sekolah c. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983 : Kantin Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983: 7 November 1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid Yang Telah Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam PeraturanPeraturan Pelajaran d. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 : 2 Februari 1985Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institute Masyarakat. e. Surat Pekeliling Ikhtiss Bil. 6/1985- 9 Mei 1985- Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/ Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-Lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran. f. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985 : 22 November 1985 Pakaian Seragam Murid-Murid (Pindaan)

You might also like