Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

CLUTCH SYSTEM

Fungsi Clutch digunakan untuk membenarkan pemandu menggandingkan dan menanggalkan gandingan enjin dan penghantar.Apabila clutch dalam gandingan ,kuasa disalurkan terus dari enjin ke penghantaran.Jika penghantaran dalam cantuman gear,kuasa enjin disalurkan terus ke roda kenderaan dengan roda boleh bergerak.Secara am, clutch digunakan sebagai pengganding dan penanggal gandingan,dengan itu gear boleh digerakkan dari satu kedudukan ke kedudukan yg lain.

Komponen Clutch terdiri daripada clutch plate atau plat pacuan.Ia juga terdiri daripada susunan spring dan pressure plate untuk menekan clutch plate ini ketat bagi menentang muka licin belakang flywheel. Clutch plate terdiri dari dua set gigi,satu gigi dalam di atas hab clutch plate dan satu pertemuan set luar di aci clutch.Ia membenarkan clutch plate menggelangsar dan ke belakang oleh daya dan aci berputar sekali sebagai satu unit.flywheel yang dipasang ke hujung crankshaft enjin,berputar apabila enjin dalam larian.Apabila clutch berganding,clutch plate dipegang ketat diantara flywheel (oleh pegas klac). Pergerakan putaran ini dibawa melalui clutch plate dan aci klac ke penghantaran.Ketika menanggal gandingan clutch,pedal clutch ditekan ke bawah dengan kaki.Ini menyebabkan fork clutch dipangsikan,dengan itu ia menghimpit clutch bearing dan menolak ke hadapan. Sebaik sahaja clutch ditolak ke hadapan,ia mengendalikan tuil pembebas.Tuil pembebas melawan return spring dan mengangkat pressure plate keluar dari sentuhan dengan clutch plate.Apabila clutch plate terbebas dari muka flywheel enjin boleh dikendali bebas dari penghantaran.Pembebas pedal clutch bererti membenarkan fork clutch membebaskan clutch bearing ,dengan itu pegas sekali lagi memaksa cakera geseran ke arah muka roda tenaga yang turut berputar

Jenis Kebanyakan clutch automotif menggunakan penghantaran piawai yang mempunyai binaan dan kendalian yang hampir sama,cuma berbeza dari segi rangkaian dalam pemasangan plat tekanan(pressure plate). Pemasangan clutch dibuat dengan dua cara iaitu :
Cara mekanikal Cara hidraulik Pada kenderaan terdapat 4 jenis sistem clutch yang biasa digunakan iaitu :

1. Cone clutch 2. Single plate dry clutch: a.Pegas tekanan gegelung/coil spring b.Pegas tekanan gegendang/diaphram spring 3. Multi plate clutch/centrifugal clutch (jenis separa) 4. Automotive atau fluid coupling clutch

Klas pegas tekanan gegelung / coil spring Klas jenis ini terdiri daripada 3 hingga 9 spring.Ia bertujuan untuk menekan beban clutch plate diantara pressure plate dan flywheel dalam kedudukan gandingan. Dalam kedudukan ini geseran diantara roda tenaga dan cakera tekanan dan diantara plat tekanan dan cakera geseran menyebabkan ianya berputar sekali dengan roda tenaga dan plat tekanan.Hub cakera geseran bergelugur dengan aci klac berputar sekali dengan cakera geseran. Rajah di bawah menunjukkan pepasangan klac pegas tekanan gegelung.Tudung,plat tekanan ,pegas dan bahagian klac lain berputar sekali dengan roda tenaga.Untuk menanggalkan gandingan klac daripada penghantaran ke enjin,plat tekanan klac perlu bergerak keluar dari cakera geseran. Apabila kejadian ini berlaku,tekanan ke atas cakera geseran terlaga dan ia tidak lagi bergerak sekali dengan roda tenaga dan plat tekanan.Kesan ini dapat diperolehi dengan menekan pedal klac. Rangkaian daripada klac menyebabkan pergerakan diparpu klac atau kuk.Garpu dipangsikan dengan satu hujung luar ditekan maka rangkaian akan bergerak ke dalam arah klac. Dalam rajah di bawah menunjukkan pepasangan alas klac.Apabila alas klac bergerak ke hadapan,ia akan bergerak menentang hujung dalam 3 batang tuil pembebas yang digegaskan rata disekeliling klac. Pergerakan ini menyebabkan tuil pembebas dipangsikan di atas cemat penyangga.Sementara hujung luarnya bergerak dari cakera geseran.Pergerakan ini memaksa plat tekanan keluar dari cakera geseran dan menanggalkan gandingan.

Pressure plate
Pegas gegelung

Cemat Tuil Sangkar plat Galas bebas

Clutch plate

Flywheel

Galas lepas

Plat tekanan

Klas pegas gegendang / diaphragm spring Merupakan sejenis klac yang terdiri daripada pegas tekanan.Ia bertindak juga sebagai tuil pembebas disamping memegang cakera geseran. Klac jenis ini mempunyai satu keeping gegendang yang berbentuk gelang padu digaris pusat luarnya,dan bentuk jari tirus menunjuk ke arah klac.Tindak balas gegendang klac berupa lebih lenturan. Apabila alas klac bergerak ke hujung jejari-jejari gegendang,kesemua gegendang dipaksa menentang gelang paksi.Apabila ini berlaku,gegendang dipaksa ke hadapan. Dengan itu ,plat tekanan terangkat dari cakera geseran. Dalam keadaan terganding pegas gegndang biasanya melawan jejari pegas(apabila pedal klac ditekan) pegas dipaksa ke pangsi,tertuil arah bertentangan. Bahagian keliling keluar pegas mengangkat plat tekanan,melalui siri pegas timbal balik yang diletakkan disekeliling luar plat tekanan bebibir hab dan penyendal pacuan,menyediakan redaman geseran yang digunakan untuk mencegah ayunan diantara bebibir hab dengan penyendal pacuan. Cemat pemberhenti menghadkan pergerakan berkaitan diantara bebibir hab dan penyendal pacuan.Satu gelang geseran termampat diantaranya.

Komponen sistem klas pegas gegendang


Splined hub

Friction ring

Drive washer

Rivets

Hub Stop pin Facing

Cushion

Torsional coil spring

Operasi Pada umumnya kendalian klac mekanikal dan hidraulik mempunyai fungsi yang sama untuk memisahkan dan memudahkan masuk gear.Perbezaannya cuma pada komponen sahaja,pergerakan mekanikal keseluruhannya menggunakan cable sementara hidraulik menggunakan bendalir yang bertekanan.Kendalian klac adalah seperti berikut : Pergerakan Dalam keadaan pertemuan(engage),clutch plate dipegang dengan kuat diantara flywheel dan pressure plate oleh spring.Pusingan enjin dihantar oleh flywheel melalui clutch plate ke clutch shaft. Dengan menekan clutch pedal ,release bearing ditolak bersama-sama release lever.Lever ini dipakukan kepada clutch cover dan hujung luarnya terkena rapat pada pressure plate. Apabila clutch pedal ditekan lebih jauh lagi ,release bearing menolak release lever yang sebelah dalam ke arah flywheel.oleh sebab release lever dipivotkan ditengah-tengahnya,ini menyebabkan bahagian luarnya menolak pressure plate ke hadapan (ke arah release lever) serta menekan pressure spring dan melepaskan clutch plate dari himpitan flywheel dan pressure plate.Ini memutuskan hubungan drive daripada enjin ke clutch plate. Clutch kini dalam keadaan disengage.Apabila kaki diangkat dari pedal,pressure spring memaksa pressure plate bergerak ke hadapan lagi sekali menghimpit clutch plate diantara flywheel.Drive daripada enjin disambungkan ke clutch shaft melalui flywheel dan clutch plate.
Clutch kini dalam keadaan engage.Lihat rajah di bawah.

Kendalian Semasa Cekam Tersambung Penutup cekam diboltkan kepada roda tenaga dan berpusing bersama-sama dengannya diantara roda tenaga dengan plat tekanan terletak piring cekam yang bergelugur dengan aci pemasukan penghantaran.Dengan itu aci pemasukan penghantaran berpusing bersama-sama dengan piring cekam.Plat tekanan sentiasa tertekan pada piring cekam dan kuasa dari enjin dapat dipindahkan ke aci pemasukan penghantaran gear box input shaft,oleh daya geseran diantara roda tenaga,plat cekam dan piring cekam.

Semasa Cekam Terputus Bila pedal clutch ditekan,clutch fork akan tertolak dan menolak release bearing kehadapan.Ini akan menolak tuil pelepas yang berpusing itu.Kesannya,plat tekanan tertarik ke belakang.Dengan itu piring cekam tidak lagi tertekan pada permukaan roda tenaga,dan kuasa dari enjin pun tidak dapat dipindahkan ke unit penghantaran kuasa.Lihat rajah di sebelah.Pada masa inilah nisbah pada unit penghantaran dapat ditukarkan.Bila pedal cekam dilepaskan alas pelepas akan tertarik ke belakang dengan itu plat tekanan dengan pertolongan spring tekanan,menekan spring cekam ke permukaan roda tenaga.Sekali lagi piring cekam ,plat tekanan dan roda tenaga berpusing bersama-sama sebagai satu unit.

Kerosakan sistem klas 1. Clutch slip a.Clutch plate haus b.Fork release bearing terkena minyak atau gris c.Cable clutch tidak dilaras dengan betul d.Pressure spring sudah lemah atau patah 2. Clutch grab atau chatter a.Ada minyak pada permukaan roda tenaga,plat tekanan atau piring cekam b.Fork release bearing telah menjadi keras c.Presure plate,flywheel atau release bearing telah retak atau patah d.Mounting enjin telah longgar. 3. Clutch menghela atau menyeret a.Tuil pelepas tidak dilaras dengan betul b.Plat tekanan atau piring cekam telah bengkok c.Alas piring cekam telah longgar d.Hab piring cekam melekat pada aci cekam e.Perangkai longgar atau telah haus 4. Release bearing haus dengan cepat a.Pressure spring patah atau lemah b.Pressure plate bengkok c.Cable clutch tidak dilaras dengan betul d.Pemandu sentiasa meletakkan kaki di atas pedal clutch e.Permukaan flywheel kasar 5. Cekam bising a.Cekam bising semasa cekam tersambung(hab piring cekam longgar dan spring patah)

TERIMA KASIH.

You might also like