Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 26

BAB 9

JENTERA PENTADBIRAN : KEMENTERIAN

Pengenalan Kementerian merupakan agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan Malaysia. Portfolio seorang PM pula akan dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri Sesuatu kementerian yang besar dan mempunyai tugas penting kebiasaannya seorang menteri akan dibantu oleh seorang timbalan menteri . Perkara 43 (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa kpd YDPA untuk melantik timbalan menteri atas nasihat PM. Terdapat 26 buah kementerian dan ia mengikut keperluan negara sama ada ditambah atau dikurangkan. Misalnya Kementerian Pelajaran terbahagi kpd dua secara berasingan iaitu: a) Kementerian Pelajaran b) Kementerian Pengajian Tinggi

Ketua Setiausaha Negara (KSN) ialah Datuk Seri Dr Ali Hamsa . Beliau merupakan penjawat jawatan awam. Setiap kementerian akan diketuai oleh Ketua Setiausaha . Beliau menjadi penasihat utama kpd menteri. Timbalan Menteri dan setiausaha Parlimen dilantik oleh YDPA atas nasihat PM drpd kalangan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Setiausaha Parlimen ditugaskan membantu Menteri untuk menjawab pertanyaan lisan dalam sidang Parlimen , menerangkan dasar-dasar kementerian dan mengusulkan rang undang2 atas nama menteri.

Pada umumnya, terdapat dua jenis kementerian iaitu : a) kementerian yg beroperasi diperingkat persekutuan (kementerian Hal-ehwal Luar, Pertahanan dan Kewangan b) kementerian yg beroperasi diperingkat persekutuan dan negeri (kementerian Pelajaran, Kesihatan dan Kerja Raya) Contoh ahli utama dalam Kementerian Kementerian Pengangkutan (2012) Menteri - Datuk Ong Tee Keat Tim. Menteri - Datuk Abdul Rahim Bakri - Datuk Robert Lau Hoi Chew an

JENIS-JENIS KEMENTERIAN DI MALAYSIA

Kementerian Jabatan Perdana Menteri -Pertahanan -Perusahaan Perladangan dan Komoditi -Dalam Negeri -Sains, Teknologi dan Inovasi -Belia dan Sukan -Kesihatan -Perumahan dan Kerajaan Tempatan -Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan -Kewangan -Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah -Penerangan -Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat -Pengangkutan -Sumber Manusia

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani -Perdagangan Dlm Negeri dan Hal-Ehwal -Pengguna -Kerja Raya -Tenaga, Air dan Komunikasi -Pembangunan Usahawan dan Koperasi -Pelancongan -Pelajaran -Luar Negara -Perdagangan Antarabangsa dan Industri -Sumber Asli dan Alam Sekitar -Wilayah Persekutuan -Pengajian Tinggi

Kementerian Jabatan Perdana Menteri Okjektif Jabatan Perdana Menteri - merancang , merumus dan menyelaras segala dasar dan maklumat negara untuk pelaksanaan dan pencapaian matlamat dasar-dasar kerajaan - menentukan hal pentadbiran, penyelarasan projek, pembangunan , istiadat dan protokol, agama Islam. Fungsi - mengawas dan menyelaras semua polisi kerajaan serta implementasinya.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Objektif - Mempertingkatkan sumbangan industri berasaskan komoditi kpd Keluaran Negara Kasar (KDNK) dan tukaran wang asing. - pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) Fungsi - pembangunan sektor komoditi utama meliputi R&D spt kelapa sawit, getah, koko, lada hitam, kayu-kayan Contoh agensi - Lembaga Getah Malaysia - Lembaga Koko Malaysia

Kementerian Dalam Negeri Objektif Bertanggungjawab ke atas keselamatan dalam negeri Mengawasi perjalanan urusan jabatan polis, pertahanan, RELA , unit-unit percetakan,penerbitan, agensi rasional Anti Narkotikdan Suruhanjaya Polis
Jabatan di bawah kementerian : PDRM Jabatan Pertahanan Awam Jabatan Penjara Malaysia RELA Fungsi mesin cetak dan penerbitan Percetakan Nasional Malaysia Agensi Dadah kebangsaan Surunjaya Pasukan Polis

Kementerian Belia dan Sukan - khusus dalam pembangunan belia dan sukan Peranan - membentuk masyarakat yg aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti sukan - mewujud dan membentuk belia Malaysia yang mempunyai peribadi yang positif Agensi - MOM (Majlis Olimpik Malaysia) - MSN (Majlis Sukan Negara) - KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia)

Kementerian Kesihatan Objektif - membantu seseorang individu supaya dapat mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan - menyediakan perkhimatan kesihatan asas Fungsi - merancang , menggubal , melaksana dan menilai dasar kesihatan negara sama ada dr segi promosi, pencegahan, rawatan dan sbgnya - mengadakan kemudahan perkhidmatan asas - memperluaskan skop dan mutu perkhidmatan

Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Objektif - memupuk kebudayaan negara berteraskan Dasar Kebudayaan Nasional - memelihara bangunan2 bersejarah dan segala bentuk warisan bangsa dan negara
Agensi - Jabatan Muzium dan Antikuiti - Jabatan Arkib Negara - FINAS

Kementerian Penerangan Objektif memastikan sistem penyaluran maklumat kerajaan melalui media elektroniik , komunikasi bersemuka dan perfileman bgi mewujudkan masyarakat bermaklumat Tugas utama kementerian ini ialah menyalurkan maklumat kerajaan kpd rakyat bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat. Jabatan -penyiaran -penerangan -filem negara -Hal-ehwal khas Agensi seperti RTM (Radio dan Televisyen Malaysia)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Visi menjadi peneraju utama untuk mencapai kesaksamaan gender, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang. Bertanggungjawab untuk mengintegrasikan perspektif wanita dan masyarakat ke arus pembangunan negara dan memperkukuhkan institusi negara. Tugas utama untuk mewujudkan sebuah masyarakat penyayang. Contoh agensi - LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Objektif Mewujud dan melaksanakan perancangan yang setara utk seluruh negara dengan memperkukuhkan dan mempergiatkan sistem fizikal , sosial dan ekonomi di kwsn bandar dan l/bandar. Membimbing pihak Berkuasa Tempatan sediakan perkhidmatan bandaran bermutu tinggi Kemajuan perumahan yg sempurna Keselamatan nyawa dan harta benda Perkhidmatan pembentungan Pembangunan lanskap, taman dan rekreasi yg berkualiti

Antara fungsi: Merancang dan melaksanakan dasar dan program kementerian Mewujudkan pihak berkuasa tempatan Memperkukuh dan melaksanakan sistem perancangan fizikal, sosial , ekonomi dan alam sekitar bandar dan desa melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Antara Pihak Berkuasa Tempatan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya)

Kementerian Pengangkutan Antara objektif : Penyediaan rangkaian prasarana pengangkutan bersepadu (supply driven) Sistem pengangkutan berteknologi tinggi, moden dan cekap Persekitaran industri pengangkutan berdaya saing Antara fungsi : Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar pengangkutan bagi rel, maritim, pelabuhan dan penerbangan awam Menyediakan perlesenan : lesen atau permit operasi pembekal servis dan pemegang konsesi lesen kenderaan persendirian atau perdagangan pendaftaran semua mod kenderaan Contoh agensi - JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) - LPKP (Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan)

Kementerian Pertanian dan Asas Tani Tugas utama kementerian ialah memajukan sektor pertanian dan memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara Objektif sbg teraju transformasi dalam sektor pertanian secara terancang , bersepadu dan menyeluruh ke arah pencapaian matlamat Dasar Pertanian Negara ke 3 Antara fungsi kementerian ialah mengubal dan merancang dasar, strategi dan program pembangunan pertanian dan melaksanakan projek pembangunan Pertanian Bersepadu Jabatan seperti Pertanian, Perikanan dan Veterinar Agensi - LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ) - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI) - Lembaga Padi Dan Beras Negara (LPN) / BERNAS

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) Tugas utama menjaga kebajikan pengguna dan pada masa yg sama memberi kesedaran kpd pengguna agar menjadi pengguna bijak Objektif menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri dan meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna. Antara fungsi : menggubal dan mengkaji dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan negeri dan perlindungan pengguna dan kepenggunaan pemantuan harga barang, perlesenan. pelaksanaan peraturan timbang dan sukat Badan Berkanun SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) PHIM (Perbadanan Harta Intelek Malaysia)

Kementerian Kerja Raya Nama dulu Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Objektif membangun dan memajukan insfrastruktur , industri pembinaan dan poerkhidmatan profesional yg berkualiti. Fungsi memastikan dasar kerajaan dilaksanakan oleh kementerian dan semua agensinya dan merancang dan menyelaras projek insfrastruktur dan kemudahan awam negara serta mengendali dan mengawal selia operasi dan penyelenggaraan lebuhraya Jabatan Jabatan Kerja Raya Badan berkanun Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia

Visi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) Objektif : menyediakan persekitaran yang membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan. Bertanggungjawab : - menggubal dasar pembangunan usahawan - mewujud dan melaksanakan program pembangunan usahawan - menggalakkan pembangunan usahawan dalaman oleh agensi-agensi kementerian Agensi : MARA, Bank Pembangunan

Kementerian Pelajaran Objektif - melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu - Melahirkan insan yg beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera - Sediakan sumber tenaga manusia utk penuhi keperluan negara - Beri peluang pendidikan kpd semua warga Malaysia Agensi : - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Bertanggungjawab menguruskan sumber asli negara seperti tanah, marin, alam sekitar, perhilitan, galian dan hutan. Tugas utama ialah menguruskan sumber asli negara ke tahap yg maksimun. Agensi kementerian Jabatan Mineral dan Geosains Jabatan Alam Sekitar (JAS) PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM)

Badan-Badan Berkanun Badan badan berkanun ialah agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan melalui undang-undang tertentu. Badan ini berperanan untuk melicinkan pentadbiran dan pelaksanaan program pembangunan negara, terutama rancangan pembangunan lima tahun kerajaan Badan-badan berkanun memiliki peruntukan kewangan tersendiri dan kuasa autonomi tertentu tetapi bertanggungjawab kpd menteri yg berkenaan. Terdapat 74 buah badan berkanun Persekutuan Antara contoh badan-badan berkanun : - MARA (Majlis Amanah Rakyat) - DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) - FELDA (Federal Land Development Authority) - MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institude) - Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) - PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial)

Contoh Badan-badan berkanun di Malaysia

FELDA

MARA

DBP

MARDI

PERKESO

LUTH

Latihan 1. Namakan menteri berdasarkan kemterian di bawah : a) Kementerian Penerangan ____________________________________________ b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ____________________________________________ c) Kementerian Pengajian Tinggi ____________________________________________ d) Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat. ____________________________________________ 2. Kawalan terhadap penyakit berjangkit adalah terletak di bawah kementerian _____________________ . 3. Perkara berkenaan pemantauan harga, lesen perniagaan dan pengedaran barangan keperluan merujuk kepada Kementerian ________________________________________. 4. Namakan dua agensi di bawah Kem Sumber Asli dan Alam Sekitar

You might also like