Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

TOKOH FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

IMAM AL-GHAZALI
OLEH : NORHAZWANI HUSNA BT AHMAD ZURAIDI AINU AMIRAH BT MUHAMMAD AZAM

Imam Al-Ghazali

Gambaran pelukis : Imam al-Ghazali

LATAR BELAKANG IMAM AL-GHAZALI


Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Gelaran : Hujjatul Islam AlImam Abu Hamid Al-Ghazali Dilahirkan di Kota Thous sebuah kota wilayah Khurasan di negeri Parsi

Gelaran : al-Ghazali 1) kerana ayahnya bekerja sebagai pemintal bulu kambing. 2) Nama daerah tempat kelahirannya Ghazalah, berhampiran dengan bandar Thous, Parsi. Ghazali maksudnya orang Ghazalah.

Dilahirkan pada tahun 450 Hijrah/1058 Masihi

Dilahirkan dalam keluarga miskin yang kuat pegangan agamanya.

Bapanya seorang ahli tasawuf dan sangat meminati ilmu pengetahuan dan menghormati orang alim.

Sebelum ayahnya meninggal, beliau telah berwasiat kepada temannya supaya mengasuh dan mendidik Ghazali dan Ahmad(abang)

Seorang yang cerdik, tajam pandangannya, luar biasa kebolehannya, melampaui pencapaian, kuat hafalannya. Disifatkan sebagai kacamata bukti.

Keperibadian al-Ghazali terbentuk elok kerana berada dalam suasana persekitaran dalam kalangan sufi.

Pernah belajar dengan dua orang guru iaitu Ahmad ibn Muhammad al-Radzikani di Tus dan Abu Nashr al-Ismaili di Jordon.

Berpindah ke Naisabur dan belajar dengan Imam alHaramain al-Juwari.

Kelancaran dalam berdebat menarik hati al-Mulk lalu alMulk meminta beliau mengajar di Madrasah Nizammiyah di Baghdad pada tahun 484 Hijrah/1119 Masihi.

Berjaya menguasai beberapa bidang seperti bidang fiqh, kalam, logik dan falsafah. Beliau telah melahirkan idea pendidikan sejak abad kelima hingga kini.

Beliau kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 14 Jamadil-Akhir tahun 505H bersamaan tahun 1111M dalam usia 55 tahun.

Pusara beliau terletak di tanah perkuburan AtThabiran.

PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI DALAM PENDIDIKAN


Pandangan al-Ghazali tentang pendidikan meliputi pandangannya akan keutamaan ilmu & keutamaan orang yang memilikinya, pembagian ilmu, etika belajar dan mengajar.
Imam al-Ghazali membahagikan kepada 2 bahagian iaitu ilmu yang patut dipelajari dan ilmu yang tidak patut dipelajari. Ilmu yang dipelajari terbahagi kepada 2 iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. ilmu yang tidak pantas dipelajari bagi al-Ghazali adalah ilmu yang dapat menyesatkan kita seperti ilmu sihir dan ilmu nujum (ramalan), dan filsafat. Tappi, beliau tetap memberi toleransi untuk mempelajari

Kategori ilmu pengetahuan

semua ilmu untuk keperluan sahaja demi kebaikan.

Al-Ghazali berpendapat bahawa tujuan pelajar mempelajari ilmu mesti mengutamakan disiplin ilmu syariat berbanding disiplin ilmu keduniaan kerana mendekatkan diri dengan Tuhan merupakan matlamat jangka panjang. al-Ghazali menjelaskan ada beberapa hal yang harus dilakukan oleh seorang pelajar antaranya: Membersihkan jiwa dari kerosakan akhlak Mengurangkan hal keduniaan. Berdisiplin dalam menuntut ilmu Tidak sombong terhadap ilmu.

Etika belajar

Etika mengajar

Proses pendidikan memerlukan hubungan erat antara guru denagn murid. Berikut adalah beberapa etika mengajar yang ditekankan oleh Imam al-Ghazali: Menganggap pelajar seperti anak sendiri Menasihati pelajar tentang perkara yang baik Terangkan ilmu dengan kemampuan akal murid

Al-Ghazali memegang falsafah yang mengatakan :


"Sebahagian ilmu tidak akan menyerah dirinya kepada kamu sebelum kamu menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu telah menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya, sebahagian ilmu diberikan kapada kamu, namun sebahagian lagi masih belum tentu untuk menerima kamu."
Seseorang yang ingin menuntut ilmu haruslah membersihkan hati daripada pekerti buruk dan unsur negatif. Kesucian jiwa dan kemuliaan akhlak merupakan asas untuk memperoleh kesucian ilmu dan keberkatan daripada Tuhan supaya dapat dimanfaatkan untuk diri dan orang lain. Al-Ghazali amat menekankan komitmen dalam proses pembelajaran kepada sesuatu cabang dahulu sebelum menceburi cabang lain.

Berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T. Merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang tidak ternilai melalui hasil-hasil karyanya.

Kebanyakkan hasil-hasil karya Imam Al-Ghazali berbentuk falsafah.

Sumbangan Imam AlGhazali

Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah

Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropah

Hasil Karya

Ihya Ulum Ad-Din


( Karya Imam AlGhazali yang paling terkenal ) Karya lain karangan Imam Al-Ghazali

merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf

- Mizan al-Amal
- Tahafut al-Falsafah - Minhajul Abidin

- Hidayah al-Salikin

- Al-Munkaz Mina Dhalal - Jawahir al-Quran

Ihya Ulum Ad-Din/Ihya Ulumuddin

Terjemahan dan ringkasan Ihya Ulumuddin

Kaedah Perbandingan

Kaedah Dialog dan Perbincangan

Metode dan Kaedah Pengajaran Imam Al-Ghazali

Kaedah Halaqah

Kaedah Petunjuk dan Bimbingan

Digunakan dalam pengajaran dan perbincangan Untuk menunjukkan kebenaran fikiran dan kepercayaan pada karya-karyanya Perbezaan pendapat di kalangan cendekiawan tentang kebaikan dan keburukan akhlak
Contoh

Al-Wasiti Hassan al-Basri - Kebaikan akhlak itu ialah manis muka, memberi kelebihan dan mencegah kesakitan - Tidak bertengkar dengan orang lain dan tidak bertengkar dengannya kerana marifat Allah S.W.T - Menenangkan manusia pada masa suka dan duka

Penuntut dikehendaki mengelilingi guru atau cikgu dalam sesetengah bulatan untuk mendengar syarahannya

Membina sebuah sekolah untuk menyampaikan ilmunya (kaedah halakah digunakan untuk proses penyampaian ilmu)

Masih digunakan sehingga kini oleh yayasan-yayasan pendidikan di dunia Islam

Sekolah juga berfungsi sebagai tempat persinggahan golongan sufi

Kaedah Halakah

Seorang peneliti dan sentiasa membuat percubaan sebelum memberikan pendapatnya

Dimulai dengan tunjuk cara, diikuti dengan meyakini dan menguatkan dengan dalildalil,membaca al-Quran dengan menerangkan kandungan serta makna

Kaedah Petunjuk dan Bimbingan

Pendapat diperoleh daripada penghayatan terhadap kemurnian hidup, dimensidimensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui perubahan, masalah dan kesulitan dalam hidupnya

Contoh : al-Ghazali cuba menanamkan dasar-dasar agama kepada anak-anak

Kaedah Dialog dan Perbincangan Kaedah pengajaran berdasarkan kepada teknik perbualan atau perbincangan hasil daripada sesi soal jawab Kebaikan : Dapat memperkuatkan pendapat disamping keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri, mampu bercakap atau berbicara tanpa teks

Digunakan bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu pengetahuan

RUJUKAN
Mok Soon Sang. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Puchong. Penerbitan Multimedia Ahmad Mohd. Salleh. (1997). Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti.

Ghazali Darusalam. (2004). Pedagogi Pendidikan Islam

SEKIAN TERIMA KASIH.

You might also like