Kursuspengurusanpss 130116194227 Phpapp02

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

KURSUS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Anjuran: PUSAT SUMBER SMK TAMAN MUTIARA RINI 2 JOHOR BAHRU Tarikh: 30 MEI 2011

Penceramah: PN BIBI AISHAH BINTI ROSLAN GURU MEDIA DAN PERPUSTAKAAN SMK TAMAN MUTIARA RINI 2

DEFINISI PSS
Tempat terkumpulnya berbagai-bagai alat dan bahan media pendidikan yang dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan pengguna. Tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pembelajaran dan pengajaran yang diurus secara sistematis. Tempat bagi memperoleh, mengumpul dan membina maklumat baru supaya dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran dan pengajaran. Tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding, memilih, merencana, menerbit dan menggunakan alat pengajaran demi meningkatkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran

SEJARAH PENUBUHAN
Perpustakaan sekolah wujud pada awal tahun 1950-an (zaman sebelum merdeka) Pada tahun 1962, Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di Malaya. 1962 KPM memperkenalkan kursus sepenuh masa untuk guru-guru perpustakaan. 1964 KPM menerbitkan Manual Perpustakaan Sekolah. 1967 perpustakaan sekolah diletakkan di bawah Biro Buku Teks di KPM 1974 diserahkan kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah, KPM. 1 Mac 1983 KPM mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah bagi menggantikan istilah perpustakaan sekolah.

MATLAMAT PSS
Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah Membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru supaya lebih berilmu, dinamik, kreatif dan inovatif. Membentuk golongan murid yang berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

OBJEKTIF PSS
Menyediakan bahan buku dan bukan buku bagi membantu guru dan murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan bahan-bahan yang sesuai bagi memupuk minat membaca dan belajar sendiri di kalangan murid. Membantu guru dan murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Mewujudkan satu iklim atau suasana yang dapat menggalakkan perubahan sikap di kalangan guru dan murid. Memajukan kemahiran penyelidikan, penyiasatan dan mencari maklumat. Mengembangkan keyakinan diri kepada pelajar. Menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca dan menyiasat melalui sumber

FALSAFAH PSS
PSS adalah tempat aktiviti akademik yang melibatkan pengalaman praktik guru dan juga pelajar. Ia adalah satu sistem atau pusat perkhidmatan bagi menolong mencapai matlamat kurikulum. Himpunan atau koleksi alatan dan bahan media di PSS membantu mencapai matlamat aktiviti yang dinamik.

Bagi menjadikannya satu tumpuan aktiviti, iaitu sebagai nadi pembelajaran dan pengajaran, SEMANGAT PSS perlu dipupuk di kalangan guru dan pelajar.

KONSEP PSS
Kemudahan fizikal Koleksi pelbagai bahan (cetak atau bukan cetak)

Pengurusan yang teratur


Kakitangan media yang terlatih Menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan.

FUNGSI PSS
Mengumpulkan atau memperoleh bahan koleksi pelbagai jenis dan bentuk yang sesuai bagi pembelajaran. Ia diperoleh secara percuma, dibeli ataupun dibekalkan oleh pihak tertentu. Menghasilkan atau mengeluarkan bahan pembelajaran sendiri, sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Bahan-bahan yang dihasilkan dibeli ataupun barangan terpakai. Mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan secara sistematis. Mengedar atau menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang terdapat di PSS. Memberi panduan, bimbingan dan nasihat kepada pengguna berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan dan lokasi bahan atau alatan.

PERANAN PSS
Pusat ilmu kerana ia mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak. Ia adalah pusat mengurus, memperoleh, menghasilkan dan menyebar sumber maklumat. Pusat pembelajaran iaitu melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. Ia juga menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan secara individu ataupun berkumpulan. Pusat pengajaran iaitu tempat untuk guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan canggih yang disediakan. Pusat profesional iaitu melalui latihan dalaman atau perbincangan kumpulan. Terdapat juga sumber kemahiran kepakaran, bahawa bahan rujukan dan digunakan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

PENGAWAS PSS
Dipilih di kalangan pelajar sekolah tersebut. Dipilih dan di lantik oleh pihak pengurusan PSS. Diberi pendedahan dan latihan berkenaan dengan pengurusan PSS. Tertakluk kepada peraturan dan undang-undang disiplin PSS dan sekolah.

TUGAS PENGAWAS PSS


Hadir seminggu sekali untuk mengawasi PSS mengikut jadual yang ditetapkan. Membuat sirkulasi bahan Membersihkan PSS dan menyusun buku Membuat pemprosesan bahan buku dan bukan buku. Mengawal disiplin pelajar-pelajar lain yang berada di dalam PSS. Membantu membuat keceriaan PSS Membantu guru PSS pada bila-bila masa dikehendaki dan diarahkan.

UNIT-UNIT PENGAWAS PSS


Pemprosesan Bahan Kad Pintar Kaunter Perkhidmatan Keratan Akhbar

KOLEKSI PSS
Buku (fiksyen, bukan fiksyen dan rujukan) Bukan buku (majalah, surat khabar, risalah)

Bahan Bercetak

Alat tayangan (OHP, LCD, Skrin)

Bahan Bukan Bercetak

Alat bukan tayangan (Papan putih, papan kenyataan) Alat audio (radio, PA Sistem) Alat pandang dengar (audio-visual) (TV, komputer) Perkakasan sokongan lain (kamera, mesin taip, mesin laminate, comb binding, pengimbas. Perisian (CD, transparensi, filem)

PENGKELASAN BAHAN PSS

TUJUAN: Membantu penyusunan bahan-bahan supaya mudah dikesan atau dicari ketika diperlukan. Bahan-bahan dapat disusun dengan cara yang mudah dan teratur mengikut jenis dan bentuk. Mengetahui bilangan koleksi dalam satu himpunan pengkelasan yang teratur. Proses memilih dan menambah koleksi bahan dapat dibuat dengan mudah termasuk proses hapus kira dan pilih buang. Memudahkan proses menyemak stok dan kerja merekod pergerakan bahan. Memudahkan pemilihan bahan yang hendak digunakan.

SISTEM PENGELASAN
Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey (Dewey Decimal Classification System) Library of Congres Classification System, Universal Decimal Classification Bibliographic Classification System National Library of Medicine Classification Islam Outline of Classification Scheme

Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey (DDC)


SENARAI RINGKASAN PERTAMA
000 100 200 300 400 500 600 700 800 900 Karya Am Falsafah dan fahaman yang berkaitan Agama Sains Kemasyarakatan Bahasa Sains Tulen Sains Gunaan (Teknologi) Kesenian Kesusateraan Geografi dan Sejarah.

* Sila rujuk lampiran untuk senarai ringkasan kedua.

CARTA ALIR PEMPROSESAN BUKU


Cap Hak Milik Buku Muka tengah kulit hadapan Muka surat rahsia Cap Perolehan Muka kulit hadapan Isikan maklumat lengkap Slip Tarikh Pulang Lekatkan pada muka surat terakhir.

Cetak & Tampal Label Buku tebal di tulang buku Buku nipis di kulit hadapan buku. Tampal Stiker Warna Hijau pinjaman biasa Merah red spot

Masukkan Data Guna sistem SPPSS Lengkapkan semua maklumat.

Isi Slip Kerja Isikan maklumat lengkap No. perolehan diambil dari sistem Susun di Rak Ikut nombor panggilan / pengkelasan

Sampul Guna plastik lutsinar Sampul dengan kemas

JENIS-JENIS CAP PSS


CAP HAK MILIK

CAP PEROLEHAN

KAEDAH MENAMPAL LABEL BUKU

SIRKULASI PSS
Buku bertanda hijau pinjaman biasa.
Buku boleh dipinjam selama 3 hari termasuk sabtu dan ahad. Waktu cuti sekolah (kecuali cuti sekolah akhir tahun) rekod khas pinjaman waktu cuti. Buku dipinjam selama cuti persekolahan. Rekodkan dalam buku Rekod Pinjaman Pelajar dan Sistem SPPSS. Denda lewat pulang RM 0.20 setiap hari.

Buku bertanda merah pinjaman terhad.


Hanya boleh dipinjam tidak lebih 2 jam Rekodkan dalam buku Rekod Pinjaman Terhad

Buku bertanda jingga - rujukan


Tidak boleh dipinjam.

SENARAI REKOD PSS


Rekod Pinjaman dan Pemulangan
Pelajar Guru Terhad (red spot) Berkelompok

Rekod Tempahan PSS Rekod Penggunaan PSS


Guru Pelajar

Laporan Bertugas Pengawas PSS

PERKHIDMATAN PSS
Kad Pintar RM 5 setiap satu Fotokopi
RM 0.10 untuk 1 30 salinan RM 0.07 untuk 30 50 salinan RM 0.05 untuk 51 salinan.

Binding Laminate Cetakan komputer (printing)


RM 0.30 untuk sekeping A4 hitam putih RM 1.00 untuk sekeping A4 warna

Gambar passport
RM 1.00 setiap keping gambar.

PERATURAN DISIPLIN PENGAWAS PSS


Setiap pengawas Pusat Sumber SMK Taman Mutiara Rini 2 adalah tertakluk kepada peraturan disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah Setiap pengawas Pusat Sumber akan mempunyai helaian sendiri di dalam Buku Rekod Disiplin Pengawas Pusat Sumber SMK Taman Mutiara Rini 2 Buku ini adalah SULIT dan hanya Pentadbir sekolah dan Pentadbir Pusat Sumber yang mempunyai kuasa untuk menulis dan menyemak buku tersebut. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh pengawas Pusat Sumber sama ada di dalam Pusat Sumber atau di luar Pusat Sumber akan direkodkan di dalam buku tersebut. Semua kesalahan dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

PERATURAN DISIPLIN PENGAWAS PSS


Kesalahan Ringan Kesalahan yang dilakukan tidak menggugat proses pengoperasian PSS, tidak memberikan imej yang buruk kepada PSS dan tidak mencemarkan nama baik sekolah: Lewat datang bertugas tanpa sebab yang dimaklumkan lebih awal kepada guru PSS Pulang awal sewaktu bertugas tanpa mendapat kebenaran daripada guru PSS Keluar dari Perpustakaan tanpa kebenaran Guru PSS ketika sedang bertuga Keluar rehat melebihi 20 minit yang ditetapkan Tidak memakai pakaian seragam Pengawas Pusat Sumber Lewat memulangkan buku yang dipinjam di Pusat Sumber Membuat bising ketika berada di dalam Pusat Sumber Tidak melakukan tugas dengan betul ketika bertugas (contoh : merekod peminjaman dan pemulangan buku dengan tidak lengkap, tidak menyusun buku di raknya semula, tidak menyapu dan membersihkan lantai dsb) Menyepahkan buku atau peralatan lain di PSS Tidak memakai Kad Pintar ketika berada di PSS

PERATURAN DISIPLIN PENGAWAS PSS


Kesalahan Berat Kesalahan yang dilakukan menggugat kelancaran pengoperasian PSS dan mencemarkan nama baik PSS dan nama baik sekolah. Menggambarkan imej diri yang buruk, tidak boleh dipercayai dan tidak amanah Tidak datang bertugas tanpa sebab yang dimaklumkan lebih awal kepada guru PSS Membawa keluar buku dari Pusat Sumber tanpa kebenaran Mencuri wang atau peralatan PSS yang lain. Gagal memulangkan buku yang dipinjam selepas diberi amaran Membawa keluar peralatan PSS tanpa kebenaran guru Menconteng dan melakukan vandalisme di PSS Mengoyakkan buku di PSS Gagal di dalam ujian bulanan atau peperiksaan Membawa telefon bimbit dan menggunakannya ketika berada di dalamPSS Ponteng kelas dan duduk di PSS Berkumpul dengan rakan-rakan di dalam PSS dan membuat bising Melakukan kesalahan yang mencemarkan nama baik sekolah dan nama baik PSS

PERATURAN DISIPLIN PENGAWAS PSS


Bilangan Kesalahan Tiga kesalahan ringan atau satu kesalahan berat Enam kesalahan ringan atau dua kesalahan berat Tindakan Surat Amaran Pertama kepada Ibu / Bapa / Penjaga Digantung daripada bertugas selama 2 minggu dan Surat Penggantungan Jawatan akan dihantar kepada Ibu / Bapa / Penjaga Dilucutkan daripada jawatan dan Surat Pelucutan Jawatan akan dihantar kepada Ibu / Bapa / Penjaga

Sembilan kesalahan ringan atau tiga kesalahan berat

Sekian Terima

You might also like