Bab 2 Pemilikan Perniagaan - Edited

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 33

SESI 2009/2010

BAB 2 :
PE MIL IK AN
PE RN IA GAA
N
BAB 2 : PEMILIKAN PERNIAGAAN
 KANDUNGAN:

2.1 : a) Bentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan


• Pemilikan Tunggal
• Perkongsian
• Syarikat ( Sendirian Berhad dan Awam )
• Koperasi
• Badan Berkanun

b) Kelebihan dan kelemahan Bentuk-bentuk Pemilikan


BENTUK-BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN

Pemilikan Tunggal

Perkongsian

Syarikat (Sdn. Bhd & Berhad)

Koperasi

Badan Berkanun
Pemilikan Tunggal
 Dimiliki oleh seorang individu yang mempunyai
tanggungjawab peribadi terhadap hutang (liabiliti
tidak terhad)

 Di Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah Akta


Pendaftaran Perniagaan 1956,pindaan 1978 (Akta
197) manakala Sabah dan Sarawak tertakluk
kepada enakmen negeri masing-masing.

 Merupakan jenis perniagaan paling banyak dan


tertua di Malaysia.
Ciri-ciri Perniagaan Pemilikan
Tunggal
 Pemilik tunggal atau persendirian
 Modal diperolehi daripada simpanan dan pinjaman daripada rakan
dan saudara mara.
 Di uruskan oleh pemilik sendiri dengan bantuan saudara mara
atau bilangan pekerja yang sedikit dan kurang kemahiran.
 Mudah ditubuhkan iaitu tidak melibatkan prosedur yang rumit
 Menanggung liabiliti tidak terhad iaitu tanggungan pemilik
melibatkan aset peribadi.
 Berhak mendapat semua keuntungan dan menanggung kerugian
sendiri
 Dikenakan cukai perorangan iaitu cukai pendapatan.
 Jangkahayat milikan tunggal adalah terhad,jika pemilik meninggal
dunia perniagaan akan terbubar.Jika ingin meneruskan
perniagaan perlu didaftarkan semula.
Contoh:
Kedai Runcit Ravi,
Pasar Mini Pelangi,
Bengkel Kereta Ali
Perkongsian
 Perkongsian adalah perniagaan yang dikongsikan dua
orang atau lebih (maksimum 20 orang) mengikut Akta
Syarikat 1965,Seksyen 14(3) (b).
 Modal disumbangkan oleh rakan-rakan kongsi mengikut
jumlah yang dipersetujui dalam perjanjian.
 Keuntungan diagihkan kpd rakan kongsi mengikut syarat-
syarat dan nisbah modal yg disumbangkan seperti dalam
Artikel Perkongsian.
 Didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
 Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan
kongsi.Surat perjanjian perkongsian tentukan kuasa dan
tanggungjawab rakan kongsi dan syarat-syarat lain.
Butir-butir Surat Perjanjian Perkongsian

 Pihak yang terlibat,perniagaan dan tempat perniagaan

 Nama perniagaan atau nama rakan kongsi

 Kaedah pembubaran

 Perakaunan dan modal

 Keluar masuk ahli perkongsian

 Cara menguruskan perniagaan.


Syarikat Sendirian Berhad

• Syarikat ini boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan


Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. pada akhir nama syarikat.
• Pemilik atau pemegang saham syarikat terdiri daripada 2 –
50 orang
• Ia dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 (Seksyen 15 (b)) dan
merupa kan entiti yang sah terpisah daripada
pemilik.(berasingan drp orang yang membentuk,mengurus
dan menganggotainya).
• Saham Syarikat Sendirian Berhad boleh dijual beli tetapi
tidak dilaku kan dalam pasaran terbuka.
• Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada
jumlah saham Syarikat Sendirian Berhad berhak untuk
mengawal syarikat tersebut.
Ciri-ciri Syarikat Sdn. Bhd
 Pemilik atau pemegang saham terdiri daripada 2 hingga 50 orang
 Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad dan segala hutang
syarikat terhad kepada syarikat sahaja. Ini kerana syarikat satu
entiti yang terpisah daripada pemiliknya.
 Syarikat Sendirian Berhad mempunyai hak dan
tanggungjawab,boleh memiliki harta, boleh mendakwa dan
didakwa.
 Pemilik atau pemegang saham syarikat menyumbangkan modal
perniagaan. Mereka dilarang mengutip modal daripada orang
awam.
 Jangka hayat panjang selagi tidak dibubarkan.
 Syarikat dianggotai lembaga pengarah (sekurang-kurangnya 2
orang) untuk menentukan dasar dan matlamat syarikat.
 Pengarah berkuasa dalam semua perkara yang tidak tercatat di
dalam Tataurusan Syarikat dan bertanggungjawab kepada
kesalahan syarikat.
b) Syarikat Berhad

 Dikenali melalui perkataan “BERHAD/BHD.” pada


penghujung nama syarikat.

 Contoh EON Bank Berhad, Olympia Berhad.

 Ia tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965.


Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad
 Bilangan pemegang saham lebih 2 orang hingga tiada had
maksimum.
 Modal syarikat dikumpulkan melalui penjualan saham dan bon
kepada orang awam.
 Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual dan
membeli saham di pasaran saham iaitu Bursa Saham Malaysia.
 Pemilik perniagaan mempunyai liabiliti terhad atas jumlah modal
atau saham yang dilaburkan dalam syarikat.
 Pengurusan dan kawalan syarikat adalah tanggungjawab lembaga
pengarah yang dipilih oleh pemegang saham dalam mesyuarat
agong tahunan.
 Pembahagian untung dan dividen bergantung kepada keuntungan
syarikat.
 Mesti menerbitkan prospektus (laporan kewangan syarikat) dan
mengumumkan untung rugi dalam akhbar.
Koperasi
 Perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu secara sukarela
untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.
 Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.
 2 bentuk koperasi iaitu koperasi keahlian terhad kpd jenis pekerjaan,
kawasan dan latar belakang seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung
Malaysia dan koperasi yang keahlian bebas seperti koperasi
perumahan dan koperasi pengguna.
 Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip
seperti Keanggotaan sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan
secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad,
pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan
koperasi dan bekerjasama secara aktif disemua peringkat koperasi.
Ciri-ciri Koperasi
 Ditubuhkan dibawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia
 Liabiliti terhad
 Modal diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan,
tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli.
 Didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi.
 Agihan risiko, keuntungan dan kerugian berdasarkan pegangan
saham dan penglibatan ahli-ahli.
 Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli
koperasi semasa mesyuarat agong tahunan.
 Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli sama ada satu kali
atau dua kali setahun dalam bentuk dividen atau bonus atau
kedua-duanya.
Badan Berkanun
 Ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu
industri atau menjaga kepentingan rakyat.
 Penubuhannya dibawah Akta Parlimen atau Enakmen negeri. Di tubuhkan
secara perbadanan (mempunyai tugas khas & kaedah pegoperasiannya
mirip sektor swasta)
 Menggabungkan matlamat sosial dan keuntungan
 Beberapa badan berkanun Di Malaysia telah diswastakan melalui dasar
Penswastaan dan Pensyarikatan tahun 1980an seperti Tenaga Elektrik
Nasional (TNB) dan Syarikat Telekom Malaysia
 Contoh Perbanan Kemajuan Negeri (PKN), Perbadanan Pembangunan
Bandar (UDA) ,KWSP,SSM.
KELEBIHAN & KELEMAHAN
BENTUK-BENTUK
PEMILIKAN
Kelebihan Pemilikan Tunggal
 Mudah ditubuhkan, dikembangkan dan
dibubarkan.
 Terdapat dorongan untuk bekerja kuat
 Bebas mengurus, mengawal dan membuat
keputusan perniagaan.
 Mendapat kepuasan yang lebih.
 Hubungan rapat dengan pelanggan.
 Kos Overhed yang rendah
 Cukai pendapatan secara persendirian
 Segala keuntungan adalah hak milik sendiri.
Kelemahan Pemilikan Tunggal
 Tanggungan liabiliti tidak terhad
Peniaga terpaksa memegang tanggungjawab ke atas semua libilitinya.
Harta persendirian peniaga akan dijadikan ganti sekiranya gagal
menjelaskan hutang tersebut.
 Sukar berkembang
Perniagaan sukar berkembang kerana modal yang terhad dan kecil.
 Sukar untuk mendapatkan sumber kewangan
 Kebanyakan peniaga tidak mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi. Ini menyukarkan pinjaman daripada pihak bank untuk
memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan.
 Jangka hayat perniagaan pendek
 Apabila peniaga meninggal dunia, perniagaan perlu didaftarkan semula
untuk beroperasi.
 Pergantungan terhadap seorang individu
 Peniaga sendiri melakukan semua operasi perniagaan. Peniaga kurang
kemahiran.
Kelebihan Perkongsian
 Mudah mendapatkan sumber kewangan
Bilangan rakan kongsi yang ramai memudahkan mendapatkan
sumber kewangan yang banyak. Pekongsi akan berkongsi modal.

 Mudah ditubuhkan
Tidak melibatkan prosedur yang rumit.

 Kemahiran pengurusan yang pelbagai


Bilangan rakan kongsi yang ramai menyebabkan perniagaan
mempunyai kemahiran pengurusan yang pelbagai.

 Cukai sekali
Cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan.

 Berkongsi risiko
Risiko perniagaan akan ditanggung bersama rakan kongsi.
Kelemahan Perkongsian
 Menanggung liabiliti tidak terhad
 Apabila perniagaan kerugian semua rakan kongsi bertanggungjawab di
atas kerugian tersebut. Tanggungan melibatkan aset peribadi .

 Keuntungan perlu dikongsi


 Keuntungan perlu dikongsi mengikut sumbangan yang telah dipersetujui

 Jangka hayat perniagaan pendek


 Apabila rakan kongsi meninggalkan perniagaan atau tarik diri maka
perniagaan terbubar. Perniagaan perlu didaftar jika ingin beroperasi
semula.

 Mudah berlaku salah faham


 Oleh kerana bilangan rakan kongsi ramai maka mudah berlaku salah
faham dan proses pembuatan keputusan lambat.
Kelebihan Syarikat

 Mudah untuk mendapatkan modal sama ada melalui pinjaman bank


atau orang awam dengan cara menerbitkan saham.
 Jangka hayat yang panjang walaupun terdapat penukaran hak milik
saham atau kematian pemegang saham
 Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal.
 Syarikat mudah berkembang kerana modalnya besar.
 Pemegang saham dilindungi oleh undang-undang
 Saham syarikat mudah dijual
 Pengurusan syarikat lebih efisyen
Kelemahan Syarikat
 Pembentukan syarikat adalah rumit iaitu dibawah Akta Syarikat 1965.
 Saiznya besar dan banyak cawangan ia merumitkan pengurusan iaitu
banyak masalah yang timbul di kalangan pihak pengurusan dan
pekerja.
 Kos penubuhan syarikat adalah tinggi
 Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukannya
pemegang saham. Ini boleh menyebabkan salah guna kuasa.
 Operasi syarikat dikawal oleh undang –undang dan peraturan yang
ketat yang mana undang-undang bertujuan untuk melindungi
kepentingan pemegang saham.
 Cukai dikenakan dua kali iaitu cukai pendapatan dan cukai syarikat
 Kurang kerahsiaan kerana laporan tahunan perlu dikemukakan
kepada pemegang saham.
 Laporan kewangan syarikat perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah
Kelebihan Koperasi

 Menjaga kepentingan ahli dan bukannya hanya


mencari keuntungan
 Mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong antara
ahli-ahli dalam menyelesaikan masalah mereka.
 Cukai dikenakan ke atas keuntungan iaitu lebih
rendah daripada cukai syarikat berhad
 Ditadbirkan secara demokrasi melalui pengundian
 Liabiliti terhad
Kelemahan Koperasi
 Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu
kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.
 Kedudukan kewangan agak lemah kerana koperasi ditubuhkan
oleh mereka yang berpendapatan rendah seperti petani dan
pekerja.
 Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu bersaing
setara syarikat.
 Operasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.
 Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang
bertauliah.
 Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli boleh
menggugat sistem pengurusan koperasi.
 Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak disenaraikan oleh Bursa
Saham Malaysia.
Kelebihan Badan Berkanun

 Mementingkan kebajikan masyarakat iaitu matlamat


utama ialah kebajikan sosial
 Bebas dari dikenakan cukai
 Modal diperolehi daripada kerajaan dan mudah
diperolehi
Kelemahan badan berkanun

 Bagi badan berkanun yang besar sistem pengurusan


yang kompleks dan rumit

 Proses pembuatan keputusan dipengaruhi oleh politik.


Lembaga pengarah dilantik oleh kerajaan

 Ketidakcekapan berlaku kerana tidak wujud persaingan.


Pekerja kurang motivasi untuk pekerja.
TAMAT

You might also like