Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 15

TAJUK : KESANTUNAN BAHASA

Apa itu kesantunan berbahasa?


Kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi, sama ada secara lisan atau pun bertulis. Kesantunan berbahasa juga bermakna timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang mendengar apa-apa yang diperkatakan atau terhadap apa-apa yang ditulis. Oleh itu, bahasa yang digunakan bukan sahaja mengambil kira bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan sistem sapaan yang diguna pakai.

Bahasa Sapaan

Kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga Secara umum kata ganti diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti diri pertama (tunggal dan jamak), kata ganti diri kedua (tunggal dan jamak) dan kata ganti diri ketiga (tunggal dan jamak). Manakala sapaan dalam keluarga pula biasanya berbeza mengikut daerah.

Kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat Penggunaan kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat ialah berdasarkan pangkat atau status seseorang. Protokol dan panggilan hormat Penggunaan bahasa sapaan ini merupakan tatasusila dan panggilan hormat yang melibatkan seseorang individu.

Fungsi Bahasa Melayu


Sebagai Bahasa Kebangsaan Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut. Ia merupakan lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti tentang kedaulatannya membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undangundang yang ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan.

Sebagai Bahasa Rasmi Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan rasmi dan surat menyurat. Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai bahasa rasmi. Sebagai Bahasa Pengantar Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik, dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Sebagai Bahasa Komunikasi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini. Maka fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi. Sebagai Bahasa Perpaduan Bahasa Melayu yang digunakan secara meluas dalam kalangan rakyat Malaysia membantu memupuk perpaduan secara tidak langsung antara kaum, keturunan, dan sebagai perpaduan politik.

Peranan Bahasa Melayu dengan Jati Diri Rakyat Malaysia dan Wawasan Negara
Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa kebangsaan, bahasa komunikasi, dan bahasa perhubungan rakyat Malaysia secara meluasnya. Maka fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi.

Bahasa Tubuh
Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan. Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu. Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas. Dengan membaca bahasa tubuh, kita dapat mengetahui sama ada apaapa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif.

Gerakan Anggota Badan Mempunyai makna tertentu Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan. Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang. Gerakan Mata Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat. Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya. Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta. Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.

Gerakan Tangan Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku. Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksud. Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya. Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap. Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang. Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, dia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.

Mimik Muka Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Kita dapat mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya. Selain itu, menentukan jalinan komunikasi yang dilalui. Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra / positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.

Kesepaduan Bahasa Lisan dan Bahasa Tubuh dalam Komunikasi Dapat Memberi Kesan Pemahaman yang Lebih Mendalam Antara Pemberi dengan Penerima Mesej.
Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu. Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas. Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku. Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan yang membantu mengukuhkan ucapan lisan seseorang.

Sumber Rujukan
Bahasa Melayu Komunikasi Pengajian Asas (Modul 1/1) http://www.blogger.com/feeds
http://www.scribd.com/doc

You might also like