Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

DISEDIAKAN OLEH :

HIDAYATUL ISMA BINTI SUMADIN NOR ATIKAH BINTI AHMAD NOR ATIQAH BINTI NOR AZIZAN NOR QADARIAH BINTI ISHAK NUR LIYANA BINTI RAHMAT NOR WAHIDA BINTI ARSHAD

PENGENALAN
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.

PANTANG LARANG TAHUN BARU CINA


Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau ong yang ada. Masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.

Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina contohnya perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.
Mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang cina.

PERKAHWINAN ORANG CINA


Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.

Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.

2. KELAHIRAN
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Sewaktu Mengandung Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindaktanduk dan kegiatan seharian mereka.

Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Pantang larang sewaktu mengandung : Dilarang makan daging arnab Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.

Dilarang makan daging anjing. Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi. Dilarang makan daging ayam jantan. Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.

Dilarang makan ketam. Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti aiskrim,tembikai. Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.
Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan. Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu. Ibu tidak mudah mengimbangi diri . Dilarang tepuk bahu ibu. Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi. Dilarang menyidai baju. Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi. Dilarang menghadiri upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.

Pantang Larang Banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.

Hindari Permasaalahan Mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.

Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam Wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin.

Untuk menentukan sama ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Selepas Lahir Berpantang Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan.

Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik.

MEMBERI NAMA
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah perkataan yang kedua mewakili nama generasi dalam kalangan adikberadik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina.

Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir : Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Bunyi nama mestilah sedap didengar. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan. Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

PANTANG LARANG
Masa yang baik mengadakan majlis adalah tengahari dan petang. Tarian singa dipercayai mendatangkan tuah dan rezeki yang melimpah. Kalungan bunga yang dihadiahkan perlu berwarna-warni. Apabila majlis bertembung dengan perarakan kematian, ia memberi alamat yang tidak baik.

Memilih hari yang baik dengan bantuan tukang tilik dan ahli feng shui. Jangan menghadiahkan jam, gunting dan benda patung kepada peniaga. Hadiah terbaik adalah patung dewa rezeki dan panjang umur. Meletak cermin di dalam premis dapat menghalau semangat serta roh jahat. Jika papan tanda perniagaan jatuh ataupun pecah, ia menandakan perniagaan akan berakhir ataupun bankrap.

Sial perlu dibuang dengan mencampurkan limau bali ke dalam mandian dan melangkah api yang menyala sebelum melangkah masuk ke premis. Perniagaan akan mendapat berkat daripada tuhan dengan derma, sedekah dan sumbangan.

RUJUKAN
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php /component/content/article/322kebudayaan-di-malaysia/5725-warisanbudaya-cina.html http://idahani.blogspot.com/2010/02/pan tang-larang-orang-cina.html http://www.scribd.com/doc/46748083/Pa ntang-Larang-Orang-Cina

You might also like