Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Latar belakang Program Pendidikan Moral di Malaysia

Pada permulaan Pendidikan agama 1972 Mata pelajaran Sivik & Ko-kurikulum 1974 Jawatan Kuasa Khas Pendidikan Moral Penilaian ke atas mata pelajaran Sivik Kesedaran dunia ke atas kepentingan pendidikan moral Jawatan Kuasa Khas Pendidikan Moral diwujudkan semula 1979 Perakuan 36 dalam Laporan Kuasa Kabinet (1979)

Latar Belakang Kurikulum Pendidikan Moral di Sekolah


Laporan Jawatan Kuasa Kabinet (1979) Untuk membina sebuah masyarakat yang berdisiplin, bertatasusila dan bersatupadu, adalah diperakukan bahawa semasa murid-murid Islam mengikuti matapelajarn Pengetahun Ugama Islam and ini termasuklah murid-murid yang lain yang memilih mengikuti matapelajaran Pengetahuan Ugama Islam, murid-murid bukan Islam hendaklah diberikan pendidikan moral dan etika. Semua murid yang mempelajari pendidikan moral dan etika ini diwajibkan mengambilnya di dalam peperiksaan. Dalam keduadua matapelajaran ini hendaklah disemaikan perasaan untuk menghormati kebebasan masyarakat yang berbilang ugama menganuti ugama masing-masing. (Perakuan 36)

Latar Belakang Kurikulum Pendidikan Moral di Sekolah


1982 Percubaan KBSR Pendidikan Moral diperkenalkan pada pertama kali sebagai mata pelajaran wajib untuk murid bukan Islam Pelaksanaan KBSR untuk seluruh negara, termasuk matapelajaran Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam secara berperingkat KBSM bermula. Matapelajaran Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran teras dan wajib untuk murid bukan Islam secara berperingkat Pengetahuan Moral dalam SPM Semakan semula KBSR dan KBSM Pelaksanaan KBSR & KBSM semakan secara berperingkat. Pelaksanaan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah mulai Tahun 1

1983

1988

1992 2000 2003 2011

Faktor Pengenalan Pendidikan Moral di Malaysia


(1) Kemajuan dalam sains & teknologi membawa perubahan sosial, ekonomi dan politik yang pesat pelbagai isu yang membawa implikasi dan pertanyaan soal moral spt
kemajuan dalam senjata kemajuan perubatan kemajuan pembangunan ekonomi perdagangan bebas kemajuan dalam sains dan teknologi

Murid perlu menyedari kesan segala kemajuan yang terkini dan sentiasa berubah terhadap kesejahteraan dan kebajikan umat manusia, sama ada dalam negari atau secara global

Faktor Pengenalan Pendidikan Moral di Malaysia


(2) Perubahan sosial yang membawa konflik dan keliruan moral dengan nilai tradisi dan agama dalam masyarakat spt kebebasan, patuh dan hormat orang tua/filial piety, jurang generasi, materialisme Murid perlu mempunyai kebolehan dan kecekapan membuat pilihan moral dalam situasi moral yang semakin rumit dan kompleks.

Faktor Pengenalan Pendidikan Moral di Malaysia


(3) Perubahan dalam dunia yang semakin pesat (globalisasi, liberalisasi) menimbulkan pelbagai krisisserta gejala sosial dalam kalangan remaja spt tekanan rakan sebaya, keganasan, penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas dan pornografi Murid perlu menganalisis sebab atas keputusan dan perlakuan moralnya serta kesannya terhadap diri dan orang lain.

Faktor Pengenalan Pendidikan Moral di Malaysia


(4) Guru tidak boleh bertindak berkecuali dalam pendidikan moral kerana soal moral adalah sebati dengan proses dan kandangun pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah Unsur nilai dalam semua mata pelajaran Nilai bukan sahaja tidak diajari (taught) tetapi juga dibelajari secara tidak langsung (caught) dalam bilik darjah spt. Peraturan dalam bilik darjah Interaksi dalam bilik darjah G M, M - M P & P guru strategi, teknik dan bahan Guru lebih bersedia untuk mendidik nilai secara terancang dan sistematik dalam P & P dalam mata pelajaran pendidikan moral dan nilai merentasi semua mata pelajaran

Faktor Pengenalan Pendidikan Moral di Malaysia


(5) Peranan sekolah dalam sosialisasi moral Kurikulum tidak formal (kurikulum tersembunyi) Kepentingan dan peranan ko-kurikulum dalam pembinaan insan yang menyeluruh Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mensosialisasikan murid dengan nilai dan perlakuan yang boleh diterima oleh masyarakat secara umum spt Peraturan sekolah/Disiplin Kepimpinan dan pengurusan sekolah Nilai murni masyarakat Malaysia Perpaduan antara kaum, budaya dan agama Sekolah bertanggungjawab dalam melahirkan insan yang menyeluruh dan menjadikan warganegara yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia untuk memenuhi hasrat dan aspirasi negara.

Faktor Pengenalan Pendidikan Moral di Malaysia


(6) Penilaian ke atas mata pelajaran sivik dalam Laporan

Jawatan Kuasa Kabinet (1979)

P & P Pendidikan Sivik tidak dijalankan dengan memuaskan kerana - bukan matapelajaran peperiksaan - guru menganggap tidak penting; dipandang sungguh ringgan sekali dan diajar dengan sambil lewa sahaja - digunakan untuk mengajar matapelajaran lain - kebanyakkan guru bukan sahaja tidak tahu kaedah mengajar mata pelajaran sivik bahkan bersikap negatif pula terhadap mata pelajaran ini. Akibatknya murid-murid tidak tertarik kepada mata pelajaran ini. (Para 131)

Kesimpulan
Program Pendidikan Moral di Malaysia diperkenalkan untuk menggantikan mata pelajaran Sivik sebagai mata pelajaran formal menjadikan mata pelajaran wajib untuk murid bukan beragama Islam sedangkan murid beragama Islam mempelajari Pendidikan Agama Islam bermatlamat untuk membina sebuah masyarakat yang berdisiplin, bertatasusila dan bersatupadu. (Laporan Kabinet, 1979)

Persoalan: Sejak dilaksanakan pada tahun 1980an, adakah pendidikan moral masih relevan pada masa kini dalam abad 21?

You might also like