Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

TEKNIK MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI STPM

TEKNIK BELAJAR GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL STPM KERTAS 1 (942/1)

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KONSEP & PENYATAAN GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL

Soalan-soalan dlam kertas soalan Geografi Alam Sekitar Fizikal meliputi perkara-perkara di bawah :Konsep Penyataan Proses Ciri Faktor Kepentingan Kesan Langkah mengatasi Kemahiran amali Kajian luar

SOALAN KONSEP
Contoh soalan konsep Apakah yang dimaksudkan dengan kecondongan paksi bumi ? [5] Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan iklim ? [3] Apakah yang dimaksudkan dengan perihelion dan aphelion ? [5] Takrifkan konsep imbangan air. [3] Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi ? [5]

( a ) Konsep berdasarkan fenomena semulajadi Contoh 1: Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim [3]

Pergerakan regolit / bahan yang telah terluluhawa dari atas ke bawah cerun akibat tarikan graviti bumi.

Kaedah Tafsiran : Pergerakan regolit Lokasi / tempat : dI cerun Agen : Tarikan graviti

Contoh 2: Takrifkan maksud perubahan aras laut. [5] Perubahan aras laut merujuk kepada kejatuhan atau kenaikan aras air laut yang diukur secara perbandingan dengan daratan sama ada dalam skala kecil ( tempatan ) atau skala besar ( dunia ) akibat faktor semula jadi( proses orogenisis) dan aktiviti manusia.

Kaedah Tafsiran : Kejatuhan /kenaikan aras air laut berbanding dengan dataran. Tempat / bentuk : skala kecil / skala besar. Agen : semula jadi oleh proses orogenisis bumi atau aktiviti manusia.

( b ) Konsep berdasarkan fenomena semulajadi dan aktiviti manusia. Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan iklim ? [ 3]

Perubahan iklim merujuk kepada peningkatan atau penurunan unsur-unsur cuaca dan iklim di permukaan bumi disebabkan faktor fizikal dan aktiviti manusia.

SOALAN PENYATAAN
Contoh soalan penyataan Nyatakan unsur cuaca dan iklim. [5] Nyatakan bahan yang menyebabkan berlakunya fenomena jerebu. [5] Nyatakan bentuk muka bumi hakisan pinggir pantai. [5] Nyatakan bahan pencemar air sungai. [5]

Contoh soalan Nyatakan unsur cuaca dan iklim. [5] Contoh jawapan. ( a ) Jawapan dalam bentuk point
bahangan suria bahangan bumi kerpasan kelembapan suhu angin tekanan udara litupan awan

b) Jawapan dalam bentuk ayat Unsur - unsur cuaca dan iklim ialah bahangan suria, bahangan bumi, suhu, kerpasan, kelembapan, tekanan udara, angin, dan litupan awan. Mana-mana 5 unsur x 1m = 5 markah

SOALAN PROSES
Contoh soalan proses 1. 2. 3. 4. Huraikan proses pembentukan hujan asid. Huraikan proses kejadian gempa bumi. Jelaskan bagaimana penipisan lapisan ozon berlaku. Jelaskan bagaimana fenemona kesan rumah hijau terjadi. (4) (4) (4) (4)

Contoh soalan Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi pemendapan sungai. ( 12 ) Contoh jawapan ( isi ) Dataran banjir ( 2m ) Banjir yang melimpahi tebing sungai akan membawa bersamanya bahanbahan seperti lumpur, kelodak, lempung, pasir, kelikir ke sekitar tebing sungai. Bahan- bahan tersebut kemudiannya akan dimendap / ditinggalkan di sekitar tebing semasa air banjir surut . Kejadian banjir yang berulangulang dan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah lalu membentuk satu dataran yang luas dan lebar dikenali sebagai dataran banjir. Contoh dataran banjir di Malaysia Dataran Kedah Perlis.

SOALAN CIRI
Contoh soalan ciri 1. 2. 3. 4. Nyatakan ciri tumbuhan kawasan kajian. (5) Bezakan ciri lava asid dengan lava bes. (8) Jelaskan perbezaan antara batuan igneus dengan batuan enapan. ( 8 ) Nyatakan perbezaan antara perihelion dan aphelion (6)

Contoh soalan Bezakan ciri lava asid dengan lava bes (8) Contoh jawapan

Bentuk ayat Lava bes merupakan lava yang sangat cair manakala lava asid pula merupakan lava yang sangat likat. Lava bes merupakan lava yang lambat membeku manakala lava pula merupakan lava asid yang sangat cepat membeku.

SOALAN FAKTOR
Contoh soalan faktor Jelaskan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya fenomena penipisan ozon. (8) Bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi kejadian jerebu ? (10) Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan kenaikan dan kejatuhan aras laut. (8) Huraikan faktor yang mempengaruhi kejadian pulau haba bandar. (10)

Faktor terbahagi 3 aspek :( I ) FAKTOR ( UMUM ) ( II ) FIZIKAL / ALAM SEKITAR FIZIKAL ( III ) MANUSIA/ ALAM SEKITAR MANUSIA Contoh soalan ( faktor secara umum ) 1. Jelaskan faktor yang mempengaruhi peningkatan suhu global. (10 ) 2. Huraikan faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba. (10 ) 3. Huraikan faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di sesuatu kawasan.(10 )

Contoh soalan Jelaskan faktor yang mempengaruhi peningkatan suhu global. ( 10 ) Faktor semula jadi / fizikal letusan gunung berapi El-nino / Kemarau Perubahan angin Kekurangan tumbuhan Faktor manusia/ aktiviti manusia peningkatan gas- gas rumah hijau. peningkatan gas-gas CFC. pertambahan bilangan penduduk dunia. pertambahan bilangan bangunan pencakar langit. pembakaran hutan/ sisa pertanian penggunaan bahan kimia dan racun dalam pertanian Mana-mana 3 faktor fizikal dan 2 faktor manusia atau sebaliknya Lebihkan faktor fizikal

Contoh soalan ( faktor fizikal ) 1. Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pergerakan jisim. (10 ) 2. Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan sungai. (10 ) 3. Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi luluhawa kimia di kawasan tropika lembap. (10 ) Contoh soalan Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pergerakan jisim. (10) Kurang litupan tumbuhan Hujan yang lebat Pencairan salji Jenis bahan Kegiatan luluhawa Letupan gunung berapi Gempa bumi

Contoh soalan ( Faktor manusia ) 1. Jelaskan bagaimana kegiatan manusia boleh mempengaruhi pergerakan jisim. (10) 2. Jelaskan empat aktiviti manusia yang boleh mengganggu kestabilan cerun di kawasan kajian. (8) 3. Jelaskan aktiviti manusia yang boleh mempengaruhi fenomena pulau haba bandar.(10) Contoh soalan Jelaskan bagaimana kegiatan manusia boleh mempengaruhi pergerakan jisim. ( 10 ) - Penebangan / penyahutanan di cerun - Pertanian - Perlombongan/ kuari

SOALAN KEPENTINGAN
1. 2. Kepentingan kepada alam sekitar fizikal Kepentingan kepada aktiviti manusia

Kepentingan kepada alam sekitar fizikal Contoh soalan 1. Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai kepada aktiviti manusia. (10) 2. Jelaskan kepentingan hutan bakau kepada alam sekitar fizikal. (10) 3. Huraikan kepentingan luluhawa kepada alam sekitar fizikal. (10)

Contoh soalan Jelaskan kepentingan hutan bakau kepada alam sekitar fizikal. Contoh Skema Pemarkahan mencegah hakisan pinggir pantai habitat membekalkan oksigen kepada hidupan tempat persinggahan burung penghijrah mengurangkan kelajuan angin mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida di udara ( 10 )

Kepentingan kepada alam sekitar manusia Soalan latihan 1. Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai kepada aktiviti manusia. (10) 2. Jelaskan kepentingan tenaga suria terhadap pelbagai aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. (10) 3. Jelaskan kepentingan ekosistem hutan terhadap manusia. (8) 4. Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan sungai kepada aktiviti manusia. (10) 5. Jelaskan kepentingan air bawah tanah kepada manusia. (10) 6. Jelaskan kepentingan tasik kepada aktiviti manusia.

Contoh soalan Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai kepada aktiviti manusia. Contoh Skema Pemarkahan beting pasir untuk perlombongan pasir. beting pasir rekreasi pantai- pelancongan pantai- IKS dan industri kraftangan anak tanjung perlombongan pasir anak tanjung rekreasi (10)

Contoh jawapan Bentuk muka bumi pemendapan di kawasan pinggir pantai ialah ( beting pasir ). Beting pasir boleh dijalankan ( aktiviti perlombongan pasir ). Bentuk muka bumi pemendapan di kawasan pinggir pantai ialah ( beting pasir Beting pasir boleh dijalankan ( aktiviti pelancongan ). Bentuk muka bumi pemendapan di kawasan pinggir pantai ialah ( pantai ). pantai boleh dijalankan ( aktiviti perlombongan pasir ). Bentuk muka bumi pemendapan di kawasan pinggir pantai ialah ( pantai ). pantai boleh dijalankan ( pelancongan ).

SOALAN KESAN
Kesan terbahagi kepada; ( i ) Alam sekitar fizikal ( ii ) Aktiviti manusia ( iii) Manusia (iv ) Sistem yang lain.

Contoh kesan kepada alam sekitar fizikal Jelaskan kesan kenaikan aras laut ke atas alam sekitar fizikal. Skema Pemarkahan banjir laut pengurangan kawasan daratan keluasan laut bertambah peningkatan kadar hakisan ombak ke atas pinggir pantai. Kemusnahan ekosistem hutan hutan pinggir pantai Kemusnahan karang (10 )

Contoh jawapan Kenaikan aras laut akan menyebabkan kawasan ( daratan semakin berkurangan). Keadaan ini berlaku apabila ( kawasan-kawasan rendah di pinggir laut akan tenggelam.)

Huraikan kesan banjir terhadap manusia. Skema Pemarkahan -

(8)

kehilangan nyawa kerosakan harta benda penduduk trauma/fobia wabak penyakit kesan kepada perhubungan dan pengangkutan. Kesan kepada kegiatan ekonomi ( pertanian, perlombongan, industri dan lain-lain) Kesan kepada kegiatan domestik

Contoh kesan kepada sistem yang lain Huraikan kesan kemusnahan hutan terhadap kitar hidrologi ( 10 ) Hutan ( sistem ekologi ) Kitar hidrologi ( sistem hidrologi ) Skema Pemarkahan Sejatan meningkat Perpeluhan berkurangan Kerpasan berkurangan Aliran batang berkurangan Resapan berkurangan Larian air permukaan meningkat Air tanih - berkurangan

SOALAN LANGKAH MENGATASI


Contoh soalan Jelaskan bagaimana hakisan permukaan cerun dapat dikawal. ) Jelaskan langkah yang boleh diambil mengurangkan kesan akibat femonena kemarau. Jelaskan langkah mengawal hakisan permukaan cerun. ( 12 ) Jelaskan kaedah mengurangkan pemanasan yang melampau di kawasan bandar. ( 8 ) (8) (8

Jelaskan bagaimana hakisan permukaan cerun dapat dikawal. Skema pemarkahan a. Kaedah perundangan b. Kaedah bukan perundangan teres cerun pembinaan parit/longkang sungkupan plastik penanaman tumbuhan penutup bumi pendidikan-mendidik kempen kesedaran-menyedarkan

(8)

Contoh jawapan ( isi ) Pembinaan teres dapat mengawal larian air permukaan di mana ( bagaimana ? ) larian air tersebut dapat di perlahan dan sekali gus dapat mengurangkan tenaga kinetik pergerakan air tersebut- hakisan dapat dikurangkan.

Empat jawapan yang sering diterima dalam jawapan kaedah mengatasi Menguatkuasakan peraturan dan akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dengan mengenakan denda dan hukuman yang setimpal kepada Melalui pendidikan sama ada pendidikan formal atau tidak formal iaitu mendidik pelajar dan orang ramai tentang kepentingan... Kepada alam sekitar fizikal dan manusia. Melalui kempen kesedaran iaitu memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan . Kepada alam sekitar fizikal dan manusia Menanam tumbuhan penutup bumi - mengurangkan hakisan percikan, mengurangkan air larian permukaan- Akar tumbuhan tersebut dapat memegang dan mencengkam tanah di cerun daripada jatuh akibat tarikan gravit.

SOALAN KEMAHIRAN AMALI


1. Soalan berkaitan dengan kemahiran amali yang dipelajari seperti graf bar, graf garis, Carta pai, rajah arah tiupan angin, peta isoplet. 2. Calon mestilah melukis graf atau peta yang diminta dan tidak boleh menukarkannya dengan graf yang lain.

Kaedah menjawab soalan pola Contoh soalan Huraikan pola hujan bulanan dan suhu di stesen x bagi tahun 2004. m) Hujan paling lebat ( 1 ) Hujan paling kurang ( 1 ) Hujan agak seimbang ( 1 ) Suhu paling tinggi ( 1 ) Suhu paling rendah ( 1 ) Suhu sekata ( 1 ) (5

Tajuk-tajuk kemahiran amali


Sistem Geomorfologi mengira kecerunan/ formula mengira / melukis profil rentas plot garisan senilai ( kontur ) mengira keluasan mengukur panjang bearing

Sistem Atmosfera dll peta isoplet ( isoyet dan isoterma ) rajah angin ( arah dan tiupan ) gambar rajah serakan graf bulatan graf bar cermin graf bar gabungan Formula / pengiraan dan alat mengukur, suhu, hujan, kelembapan,

SOALAN LATIHAN: Bahagian A 1. a) Jelaskan maksud sistem dari sudut alam sekitar fizikal (6m) b) Terangkan konsep sistem terpencil, sistem tertutup, dan sistem terbuka yang terdapat dalam alam sekitar fizikal. (7m) c) Dengan merujuk contoh-contoh yang khusus, huraikan empat kesan terhadap sistem-sistem fizikal yang lain apabila sesuatu sistem mengalami perubahan sama ada secara semula jadi atau atas tindakan manusia itu sendiri. (12m)

Contoh Jawapan: a) Maksud sistem dalam konteks alam sekitar fizikal ialah satu set angkubah atau unsur-unsur yang saling bertindak antara satu sama lain. Selain itu, sistem itu juga mempunyai tenaga dan bahan yang boleh masuk dan keluar dari sistem tersebut. Sebagai contoh, tenaga dari matahari penting sebagai penggerak seluruh operasi sistem berkenaan. Ini kerana, dengan adanya tenaga, maka seluruh unit di dalam fizikal itu berfungsi dan bergerak untuk sentiasa mencapai tahap keseimbangan.

b) Sistem terpencil (isolated system) sistem jenis ini mempunyai sempadan tertutup dan tidak membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan ke dalamnya. Sistem ini terdapat di dalam makmal sahaja. Sistem tertutup (closed system) sistem ini mempunyai sempadan tertentu yang hanya membenarkan pertukaran tenaga sahaja tetapi tidak membenarkan pertukaran bahan. Contohnya Bumi dengan Matahari iaitu bumi menerima tenaga sahaja drp matahari. Sistem terbuka (open system) sistem yang membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan menerusi sempadannya. Sistem ini akan bergerak dan beroperasi sampai ke tahap stabil. Sistem ini banyak terdapat di alam nyata . Contohnya sistem cerun, sistem hutan dll

Kesan yang dialami oleh sistem-sistem fizikal lain apabila sesuatu sistem mengalami perubahan: Contohnya Pemanasan suhu global. Makenisme kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon adalah gangguan kepada sistem atmosfera. Ini kerana bajet haba yang diterima oleh bumi menjadi tidak seimbang. Bumi telah menerima lebihan bahangan suria menyebabkan suhu dunia meningkat. Kesannya yang akan dialami oleh sistem geomorfologi apabila litupan ais benua dan pergunungan cair, membanjiri laut, menenggelamkan daratan yangrendah disamping meningkatkan kadar hakisan ombak. Kesan lain ialah penenggelaman daratan akan memberi risiko besar kepad asistem ekologi terutama manusia untuk hidup, mendirikan petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian selain pemanasan global juga menjejaskan kesihatan manusia dengan pelbagai penyakit spt barah kulit, katarak mata dll. Disamping itu manusia akan sentiasa rimas, panas dan tidak selesa

Bahagian B 1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan penduduk dan pola taburan penduduk? (5m) b) Jelaskan lima faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. (10m) c) Terangkan lima kesan kepadatan penduduk terhadap sumber alam di Malaysia pada masa kini. (10m)

a) Kepadatan penduduk ialah jumlah penduduk yang mendiami sesuatu kawasan. Boleh ditentukan dengan cara nisbah jumlah penduduk. Manakalamaksud taburan penduduk ialah sebaran atau agihan penduduk di muka bumi.

You might also like