Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

OLEH; NOR QADARIAH ISHAK

PENANAMAN SAYURAN
KAEDAH PENYIMPANAN BIJI BENIH SAYUR-SAYURAN Keringkan biji benih supaya tidak bercantum dan tidak diserang penyakit. Gunakan racun serangga dan kulat bagi mengelakkan serangan serangga dan kulat. Menyimpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak. Melabel biji benih supaya mudah untuk dikenali. Menyimpan biji benih di tempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.

TEKNIK PENANAMAN
SEMAIAN TERUS
Faktor utama dalam kaedah menyemai ini bergantung kepada saiznya. 1. SEMAIAN TERUS UNTUK BIJI BENIH KASAR
Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan. Tandakan lubang penanaman pada jarak yang sesuai. Tanam sebiji atau dua biji selubang. Buat sungkupan dan siram. Selepas bercambah, lakukan penjarangan.

Semaian biji benih kasar

2. SEMAIAN TERUS UNTUK BIJI BENIH KECIL/ HALUS

Menggunakan 2 kaedah;
a) Semaian terus ke batas tetap, diikuti dengan penjarangan.
Buat alur yang cetek pada jarak tertentu. Gaulkan biji benih dengan pasir halus dengan nisbah (1:10). Taburkan ke dalam alur dan timbuskan sedikit dengan tanah. Beri perlindungan dan siram. Selepas percambahan, buat penjarangan dengan meninggalkan anak benih yang sihat pada jarak tertentu.

Semaian biji benih kobis cina

B) Menyemai di kotak atau bekas semaian diikuti pemindahan ke batas.


Sediakan kotak atau bekas semaian. Tabur biji benih ke dalam kotak atau bekas penanaman dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis. Beri perlindungan dan siram. Selepas percambahan, pindah anak benih ke batas tetap dengan jarak yang sesuai. Beri sungkupan dan siram.

Semaian biji benih di dalam kotak

KEBAIKAN GUNA KOTAK ATAU BEKAS SEMAIAN


Penjagaan anak benih lebih mudah. Anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini memastikan hasil yang bertambah. Anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang sama. Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian.

C) Menyemai cara semai tabur Tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis. Beri perlindungan (sungkupan) dan air. Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

Menyemai cara tabur

PENGUBAHAN ANAK BENIH KE BATAS


1) Pengerasan bijih benih
Proses mengurangkan perlindungan dan siraman air kepada anak benih secara berperingkatperingkat. Mendedahkan anak benih kepada pancaran cahaya sedikit demi sedikit untuk membiasakan anak benih kepada sinaran matahari penuh dan mengurangkan siraman air.

Pengerasan biji benih

2) Mengubah
Segarkan anak benih sebelum diubah. Lakukan pada waktu pagi atau petang. Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan mengelakkan tanah dari pecah semasa mengubah. Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar. Mesti lakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar. Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan. Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat. Buat sungkupan dan naungan.

Pemindahan semaian biji benih ke batas

Corak penanaman pokok

PENJAGAAN TANAMAN
SUNGKUPAN

PENJAGAAN
SOKONGAN NAUNGAN

1) SUNGKUPAN
Proses menutup lapisan permukaan tanah dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong. Lapisan sungkup tidak boleh terlalu tebal kerana akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.

Sungkupan

SEBAB PERLU MEMBUAT SUNGKUPAN


Mengurangkan suhu tanah. Menjaga tanah supaya sentiasa lembab. Mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat. Mengelakkan tumbesaran rumpai. Mengelakkan kesan hujan daripada menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak benih. Bahan-bahan sungkupan bertindak sebagai baja organik apabila reput.

2) NAUNGAN
Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih. Bahan-bahan yang digunakan untuk naungan seperti pelepah kepala, kertas plastik atau rumpt yang dipotong. Naungan tidak boleh terlalu tinggi. Naungan harus dibuang sedikit demi sedikit ketika anak benih membesar.

Naungan

3) SOKONGAN
Sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat. Tujuannya supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Dapat memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, mebaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor.

Sokongan

Sokongan jenis pagar

Sokongan jenis kayu tunggal

You might also like