Professional Documents
Culture Documents
EPPA4513 - Kuliah 2 - 3
EPPA4513 - Kuliah 2 - 3
EPPA4513 - Kuliah 2 - 3
PERCUKAIAN LANJUTAN
AUDIT CUKAI DAN PENYIASATAN CUKAI
DR. ROSIATI RAMLI Pusat Pengajian Perakaunan UKM
PENGENALAN
Pentadbiran sistem percukaian yang adil, telus dan saksama akan dapat mempertingkatkan kepercayaan orang awam terhadap sistem percukaian tersebut. Pematuhan terhadap undang-undang percukaian hendaklah dikuatkuasakan dengan tegas dan kesalahan percukaian seperti ketidakpatuhan dan pengelakan cukai hendaklah diambil tindakan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP).
Sistem percukaian Malaysia telah memasuki era "Sistem Taksiran Sendiri' bagi syarikat bermula pada tahun taksiran 2001 dan individu pada 2004. Di bawah sistem ini, pembayar cukai perlulah memahami akan polisi dan peraturan yang telah ditetapkan oleh LHDN.
Pihak LHDN pula telah mewujudkan satu sistem polisi yang memantau akan perjalanan sistem tersebut.
Untuk melaksanakan sistem taksir sendiri dengan lebih berkesan, LHDN menguatkuasakan Audit Cukai (Tax Audit) dan Penyiasatan Cukai (Tax Investigation).
Audit Cukai
Pemeriksaan rekod perniagaan dan hal ehwal kewangan pembayar cukai bagi memastikan cukai yang sepatutnya dilaporkan dan dibayar adalah mengikut undang-undang dan peraturan percukaian.
Seksyen 99 : Hak merayu. Seksyen 100: Lanjutan masa bagi rayuan. Seksyen 101: Kajian semula oleh Ketua Pengarah. Seksyen 102: Penyelesaian rayuan. Seksyen 112: Kegagalan mengemukakan borang nyata atau memberi notis pengenaan Seksyen 113: Borang nyata yang tidak betul. Seksyen 116: Kesalahan menghalang pegawai.
Seksyen 119A : Kegagalan menyimpan rekod. Seksyen 120 : Kesalahan-kesalahan lain. Seksyen 138 : Perkara-perkara tertentu dianggap sebagai rahsia. Seksyen 138A: Ketetapan umum. Seksyen 140 : Kuasa untuk tidak mengambil kira transaksi-transaksi tertentu. Seksyen 141 : Kuasa mengenai transaksi-transaksi tertentu oleh bukan pemastautin.
Lain-lain peruntukan dalam ACP 1967. Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Akta Penggalakan Pelaburan 1986. Akta Setem 1949. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990. Akta-akta lain yang ditadbir oleh LHDN.
JENIS-JENIS AUDIT
Audit meja
Audit luar
Jenisjenis Audit
Number of audit cases, completed cases, amount of tax and penalty (1998-2008)
Year 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 Audited cases 1,045 2,108 3,827 1,826 1,926 2,679 6,439 9,405 NA 11,903 18,452 Completed cases 706 1,148 1,337 1,604 1,850 2,462 4,657 7,204 6,741 7,917 8,505 Tax and Penalty (RM 000) 100.40 35.10 41.40 51.25 77.03 182.60 429.31 635.40 692.68 1,410.57 6,326.44
Tax/GDP ratio
Tax/GDP ratio di Malaysia: 2006 15.5% 2007 14.8% 2008 14.4% Ratio ini menunjukkan bahawa jumlah kutipan cukai pendapatan bagi tiga tahun kebelakangan ini adalah menurun mungkin disebabkan kurangnya pematuhan cukai atau pun penurunan kadar cukai marginal.
Tempat Audit
Permulaan Audit
Lawatan Audit
Semakan Rekod
Tempat Audit Jika audit meja, di LHDN; jika audit luar, di premis perniagaan pembayar cukai. Permulaan Audit Pembayar cukai yang dipilih untuk diaudit akan diberitahu melalui surat. Lazimnya pengesahan lawatan akan dimaklumkan melalui telefon terlebih dahulu. Selain dari tarikh lawatan, surat pemberitahu mencatatkan rekod-rekod yang perlu disediakan untuk diaudit serta nama-nama pegawai yang akan menjalankan tugas audit.
Lawatan Audit
Biasanya bermula dengan temuduga. Pegawai audit bertemu dengan pembayar cukai dan berbincang berhubung dengan audit secara umum. Pembayar cukai akan ditanya beberapa soalan berhubung dengan aktiviti perniagaan, sistem perakaunan dan simpanan rekod. Dalam proses audit, pegawai yang mengendalikan rekod-rekod perniagaan pembayar cukai juga akan turut ditemuduga.
Semakan Rekod
Aktiviti utama audit ialah menyemak rekod-rekod perniagaan pembayar cukai. Panduan berhubung dengan simpanan rekod boleh diperolehi dari LHDN melalui:
Ketetapan Umum LHDN No. 4/2000: Penyimpanan Rekod Yang Mencukupi (Syarikat dan Koperasi) Ketetapan Umum LHDN No. 5/2000: Penyimpanan Rekod Yang Mencukupi (Individu & Perkongsian) Ketetapan Umum LHDN No. 6/2000: Penyimpanan Rekod Yang Mencukupi (Orang Selain Daripada Syarikat Atau Individu) Buku Panduan Penyimpanan Rekod Bagi Perniagaan (STS-BK 4)
Rekod-rekod ini akan disemak di premis perniagaan dan biasanya akan mengambil masa, bergantung kepada jumlah rekod-rekod yang akan disemak. Pegawai audit tidak dibenarkan menggeledah dan merampas rekod-rekod pembayar cukai. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat rekod-rekod yang perlu diambil, kebenaran akan diperolehi terlebih dahulu dan rekod-rekod yang diambil akan disenaraikan.
Pembayar cukai boleh menyemak rekod-rekod tersebut dan membuat salinan jika perlu. Pegawai audit hendaklah dibenarkan melihat stok dan peralatan perniagaan secara fizikal bagi mengesahkan tuntutan yang dibuat oleh pembayar cukai.
Senarai rekod yang akan disemak: Rekod Perniagaan Penyata bank Rekod pembelian harta Rekod perbelanjaan peribadi Kenyataan lain sebagaimana yang diperuntukan dalam Seksyen 79 ACP 1967. Kegagalan untuk menyimpan rekod yang mencukupi dan lengkap adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 119A ACP 1967.
Pembayar Cukai
LHDN
Profesional, bersopan, bersikap amanah, jujur dan berintegrit Berpengetahuan dan melaksanakan undangundang percukaian dengan adil dan saksama Bekerjasama dan sedia memberi nasihat dan bimbingan kepada pembayar cukai Mempastikan kelicinan pelaksanaan audit dengan gangguan yang minimum kepada pembayar cukai Memberi penjelasan ke atas cadangan pelarasan cukai serta memberi peluang kepada pembayar cukai memberi penjelasan dan maklumbalas ke atas isu-isu yang dipertikaikan di dalam tempoh yang munasabah Mempastikan hak dan kepentingan pembayar cukai, ejen cukai dan dokumen-dokumen pembayar cukai terpelihara Mempunyai kepentingan peribadi atau kewangan terhadap perniagaan pembayar cukai yang diaudit Mengesyorkan kepada pembayar cukai untuk melantik ejen cukai tertentu sebagai ejen cukai bagi sesuatu kes audit Menyalahgunakan kedudukan atau kuasa yang ada dalam menjalankan tugas, sebagaimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 118 ACP.
Dikehendaki
Dilarang
Pembayar Cukai
Tanggungjawab
Dilarang
Memberi sebarang bentuk hadiah kepada pegawai audit dan berurusniaga dengan pegawai audit sepanjang tempoh pengauditandijalankan Membuat sebarang bentuk bayaran kepada pegawai audit Menghalang pegawai audit daripada menjalankan tugas. Halangan tersebut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 116 ACP.
Memberikan kerjasama, bersopan, berlaku adil, jujur dan berintegriti Menyediakan kemudahan dan bantuan yang munasabah bagi membolehkan pegawai audit menjalankan tugas sebagaimana yang digariskan dalam Ketetapan Umum No. 7/2000 Memberi kerjasama untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan
Dikehendaki
Pembayar Cukai
Dilarang
Profesional, berpengetahuan tinggi terhadap undang-undang dan amalan percukaian dan berintegriti Bersikap jujur, amanah, telus dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pembayar cukai dan LHDNM Tidak menggunakan maklumat yang diperolehi atau kedudukan mereka sebagai ejen cukai bagi tujuan kepentingan peribadi Sentiasa memberikan maklumbalas yang tepat berkenaan perkembangan proses pengauditan dan menasihati pembayar cukai berdasarkan kepada fakta yang tepat dan betul Memelihara kerahsiaan sesuatu maklumat dan mempastikan supaya tidak berlaku kebocoran maklumat kepada pihak lain (subseksyen 138(5)ACP).
Memberikan nasihat yang salah serta bekerjasama dengan pembayar cukai untuk mengurangkan amaun cukai yang sepatutnya Melengahkan proses penyelesaian audit cukai atau melepaskan tanggungjawab yang telah diamanahkan Memberi sebarang bentuk hadiah kepada pegawai audit.
Kadar penalti konsesi boleh dikenakan bagi kes-kes di mana pengakuan secara sukarela dibuat oleh pembayar cukai. Pembayar cukai adalah digalakkan membuat pengakuan secara sukarela sebelum audit dilaksanakan. Semua pengakuan sukarela hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengarah Cawangan LHDN yang berkenaan.
Kadar
15% 20% 30% 35%
Bagi setiap kesalahan yang berulang, kadar yang akan dikenakan adalah sebanyak 10% lebih tinggi daripada kadar penalti yang telah dikenakan atas kesalahan terdahulu, tetapi tidak melebihi 100% daripada jumlah cukai yang terkurang dikenakan.
Penyiasatan Cukai
Pemeriksaan buku, rekod dan dokumen perniagaan termasuk dokumen peribadi pembayar cukai untuk: pastikan pendapatan telah dilaporkan atau jumlah pendapatan yang dilaporkan adalah betul, cukai telah dikira serta dibayar mengikut undangundang dan peraturan percukaian. Dilaksanakan ke atas kes-kes yang disyaki dan mempunyai bukti yang jelas bahawa pembayar cukai secara sengaja tidak melaporkan pendapatan mengikut undang-undang
Peruntukan undang-undang di bawah ACP 1967 yang digunapakai dalam penyiasatan cukai adalah: Sek. 68 : Kuasa untuk melantik ejen. Sek. 75A: Liabiliti Pengarah. Sek. 78 : Kuasa untuk meminta penyatapenyata khas dan pengemukaan buku-buku. Sek. 79 : Kuasa untuk meminta penyata akaun bank Sek. 80 : Kuasa untuk mengakses bangunan dan dokumen. Sek. 81 : Kuasa untuk meminta maklumat. Sek. 82 : Kewajipan untuk menyimpan rekod-rekod dan mengemukakan resit-resit. Sek. 90 : Taksiran-taksiran secara am. Sek. 96A: Taksiran komposit.
Sek. 99 : Hak untuk merayu. Sek. 100: Perlanjutan masa bagi rayuan. Sek. 101: Kajian semula oleh Ketua Pengarah. Sek. 102: Penyelesaian rayuan-rayuan. Sek. 103: Pembayaran cukai. Sek. 104: Mendapat kembali bayaran daripada orang yang meninggalkan Malaysia. Sek. 106: Mendapat kembali bayaran melalui guaman. Sek. 112: Kegagalan untuk mengemukakan penyata atau memberi notis pengenaan. Sek. 113: Penyata-penyata yang tidak betul. Sek. 114: Pengelakan sengaja. Sek. 116: Halangan pegawai.
Sek. 118: Kesalahan-kesalahan oleh pegawai. Sek. 120: Kesalahan-kesalahan lain. Sek. 121: Peruntukan tambahan ke atas kesalahan di bawah Seksyen 113,115, 116, 118 dan 120. Sek. 124: Kuasa mengkompaun kesalahan. Sek. 138: Perkara-perkara tertentu dianggap rahsia. Sek. 140: Kuasa untuk tidak mengambilkira transaksi tertentu. Sek. 141: Kuasa mengenai transaksi tertentu oleh bukan pemastautin. Sek. 142: Peruntukan-peruntukan keterangan.
Mengumpul bukti dan memfokus ke arah mensabitkan pelari cukai di Mahkamah mengikut peruntukan yang terdapat dalam Akta.
Pemilihan Kes
Berdasarkan peraturan dan peruntukan Akta yang berkaitan. Antara kaedah: Pemilihan melalui analisis risiko. Maklumat daripada pengadu dan / atau orang awam. Semakan borang penyata pendapatan. Maklumat risikan.
Lawatan Pemeriksaan
Penyelesaian Penyiasatan
Semakan Rekod
Lawatan Pemeriksaan Dilakukan secara mengejut oleh LHDNM ke premis perniagaan pembayar cukai, rumah kediaman, premis ejen/wakil cukai dan pihak ketiga. Dijalankan secara profesional, berhemah, adil dan beretika mengikut peraturan dan peruntukan undangundang cukai. Semasa lawatan pemeriksaan pegawai penyiasat dikehendaki: Tunjukkan kad kuasa, nama dan gambar. Mengakses sepenuhnya dengan bebas segala tempat dokumen, bangunan, dan tanah.
Memberitahu skop dan tempoh masa pemeriksaan serta dokumen dan rekod yang perlu diambil untuk siasatan. Memberitahu hak dan tanggungjawab pembayar cukai semasa pemeriksaan dijalankan. Membuat penggeledahan di tempat-tempat yang dilawati. Mengakses, memuat turun dan mengambil maklumat yang berkaitan daripada sebarang peralatan media elektronik. Menemuduga dan mengambil keterangan daripada pembayar cukai serta orang-orang yang berkenaan di premis yang dilawati.
Semakan Rekod Memeriksa buku, rekod dan dokumen perniagaan dan peribadi pembayar cukai. Meminta mana-mana orang mengemukakan maklumat, buku, dokumen dan rekod di bawah jagaan atau kawalan seseorang.
Namun pernyataan percakapan saksi tidak boleh diserahkan kepada pembayar cukai, ejen/wakil atau saksi. Memastikan semua surat-menyurat di antara LHDN dan ejen/wakil cukai adalah berasaskan Tanpa Prasangka. Membenarkan pembayar cukai untuk mengambil catatan semasa temuduga atau perbincangan. Menerangkan isu penemuan dan nyatakan asas pelarasan penyiasatan secara formal. Menerangkan struktur penalti yang akan dikenakan dan skim bayaran ansuran kepada pembayar cukai.
Kerahsiaan Maklumat
LHDNM akan memastikan semua maklumat yang diperoleh daripada pembayar cukai semasa lawatan pemeriksaan, temuduga, perbincangan, melalui suratmenyurat atau semakan rekod adalah rahsia dan hanya digunakan untuk tujuan cukai pendapatan sahaja.
Penyelesaian Penyiasatan
Perjanjian penyelesaian hendaklah ditandatangani antara KPHDN dan pembayar cukai. Maklumat berikut perlu dimasukkan: Nama, no IC dan no pendaftaran syarikat, Tempoh penyiasatan, Jumlah cukai dikenakan dan penalti, serta bayaran permulaan dan skim bayaran ansuran. Sekiranya tiada sebarang kesalahan cukai ditemui, LHDN akan mengeluarkan surat pengesahan. Jika ada kesalahan cukai ditemui dan pembayar cukai tidak mengaku bersalah, maka penyelesaian adalah di mahkamah dan keputusan adalah di tangan Hakim.
Rayuan Cukai
Hanya boleh dibuat selepas taksiran baru dikeluarkan ekoran dari penyelesaian siasatan cukai. Prosedur taksiran dan rayuan mengikut beberapa seksyen dalam ACP 1967, terutamanya Sek. 90, 96A, 99, 100, 101, dan 102.