Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

SISTEM RANGKAIAN SEJUK

J/T SABILAH WAD MAWAR

PENGENALAN
Sistem Rangkaian Sejuk ( Cold Chain System ) ialah sistem pengangkut, mengedar dan menyimpan vaksin dalam keadaan potent bermula dari tempat pembuatan sehingga ke tempat penggunaan pada suhu yang tetap.

TEMPOH MASA PENYIMPANAN VAKSIN ( WHO )


Peringkat Stor Pusat Pembekal Swasta Stor Intergrasi/ Negeri Klinik Kesihatan Pasukan / Klinik Desa Bergerak

Tempoh Masa Penyimpanan Maksimum

Sehingga 8 bulan

Sehingga 3 bulan

Sehingga 1 bulan

Sehingga 1 minggu

Hepatitis B
BCG

Bahagian Am
2 C ke 8 C

PETI AIS MENYIMPAN VAKSIN

Apa Yang Menyebabkan Vaksin Rosak


Jika tiada penjagaan yang betul Selepas tarikh vaksin luput walaupun di beri penjagaan rapi Faktor-faktor lain:a) Panas cahaya matahari b) Pembekuan atau terlalu sejuk c) Bahan kimia seperti antiseptik, alkohol atau sabun d) Suhu yang tidak mengikut sistem rangkaian sejuk yang ditetapkan.

TEMPAT PENYIMPANAN VAKSIN

PENJAGAAN VAKSIN SEMASA DIANGKUT


Vaksin perlu di angkut di dalam bekas yang berpenebat dan di pek dengan betul. Untuk vaksin hidup dan mudah rosak, pengangkutan di dalam ais kering ( dry ice ) adalah di syorkan. Semasa mengankut vaksin, freeze watch dan vaccine monitor (dial termometer) adalah diperlukan.

JENIS BEKAS
A. Vaccine Cold Box
i. ii.

Kegunaannya: untuk mengakut vaksin dalam kuantiti yang banyak Perkara-perkara yang perlu diingat Keluarkan pek ais dari bahagian penyejuk dan biarkan beberapa minit sehingga air kelihatan pada pek ais. Susun pek ais rapat-rapat pada lantai dan dinding kotak sejuk Letakkan dial termometer untuk menentukan suhu yang sesuai dalam kotak sejuk sebelum memasukkan vaksin. susun vaksin dan pencair di dalam kotak tersebut. Letakkan alas plastik atau bahan untuk membungkus antara vaksin BCG dan ais untuk mengelakan vaksin dari menjadi beku.

B. Bekas vaksin / Flask i. Kegunaannya: mengangkut/membawa vaksin dalam kuantiti yang kecil hanya untuk 1 hari ii. untuk mengangkut vaksin dari Klinik Kesihatan ke klinik tambahan, gunakan 3 flask ( 1 untuk BCG, 1 untuk vaksin stok dan 1 untuk kegunaan semasa imunisasi ).

BCG dibawa dalam bekas berasingan Ais kering (dry ice) tidak boleh digunakan semasa mengangkut vaksin. Letakkan pek ais di atas vaksin dan pencair supaya vaksin tertutup sepenuhnya. Tutup penutup dengan kemas.

PROGRAM IMMUNISASI BCG DI MALAYSIA

Domestik Freeze

Jika pek-pek ais tidak boleh dimuatkan ke dalam bekas, letak vaksin dan pencair di dalam bekas dahulu. Kemudian letak blok-blok ais ynag tertutup rapat di dalam beg-beg plastik di atasnya. *Hepatitis B jangan dibekukan.

CARA UNTUK MENGELAKKAN VAKSIN DARIPADA MENJADI BEKU DI DALAM KOTAK SEJUK
Tunggu sehingga ais pek mencapai 0C sebelum di masukkan di dalam kotak sejuk. Gunakan indikator/dial thermometer di mana perubahan warna di dalam indikator/bacaan suhu menyatakan samada ia terlalu sejuk untuk di letakkan di dalam kotak sejuk.

PENJAGAAN VAKSIN SEMASA DI SIMPAN


a) Di Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan Klinik Desa keadaan penyimpanan vaksin yang optima akan dapat dicapai jika peti sejuk diurus dengan baik. Ini termasuklah: Menyimpan vaksin dan pencair dengan teratur di dalam barisan di rak atas peti sejuk. Vaksin yang terbaru hendaklah diletakkan di sebelah kanan supaya anda boleh menggunakan yang lama dahulu dengan mengambil dari kiri ke kanan. Asingkan jenis-jenis vaksin yang berlainan dengan jelas. Biarkan ruangan 1-2cm di antara barisan vaksin untuk memudahkan pergerakkan udara. Jangan simpan pencair untuk vaksin yang di kering-beku(freeze-dried) di dalam ruang pembeku. Pencair mungkin menjadi beku dan menyebabkan botol pecah. Jika terdapat ruang kosong di bahagian bawah peti sejuk atau pada ruang di pintunya, letakkan bekas-bekas air di situ. Ini akan membantu peti sejuk menjadi sejuk jika bekalan elektrik terputus dan dapat mengurangkan kenaikan suhu ketika peti sejuk dibuka. Hanya vaksin, pek ais dan air di dalam botol sahaja yang boleh di simpan di dalam peti sejuk

Domestik Freeze

SOALAN ??

You might also like