Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 31

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NANING,

78000 ALOR GAJAH, MELAKA


KOLOKIUM PENDIDIKAN (KAJIAN TINDAKAN) PKPSM
TAJUK KAJIAN :

Meningkatkan Peratus Lulus Mata Pelajaran Matematik


PMR Bagi Murid Berpotensi Rendah Dengan
Menggunakan Kaedah Pengajaran Secara Berkumpulan
( ‘Team Teaching’)

NAMA PENGKAJI

Tn Hj. Zulkapli bin Othman


(Pengetua SMKN)
Pn. Hamsidah Abu Hassan
(Guru Matematik Tingkatan 3)
KEKUATAN

SMK Naning terletak di kawasan luar


bandar.
Suasana sekolah sangat kondusif dan
bebas daripada sebarang gangguan hiruk-
pikuk kota.
Guru tidak bersikap lemah semangat
terhadap murid yang berpotensi rendah
dan tidak menumpukan perhatian semasa
guru mengajar.
KELEMAHAN
Segelintir murid tidak menumpukan
perhatian semasa guru sedang mengajar
Pelajar bergantung 100% kepada program
sekolah.
Kurang 5% calon pelajar PMR dan SPM
menghadiri kelas tambahan diluar.
KESAN
Keputusan peperiksaan murid berpotensi rendah semakin
merosot. Keputusan percubaan PMR 2008 bagi mata
pelajaran matematik ialah 21.1 % sahaja.
Penyumbang utama keputusan yang tidak memuaskan ini
adalah daripada 2 kumpulan murid yang berpotensi
rendah iaitu tingkatan 3 BETA dan 3 GAMA 2008.
Ini amat membimbangkan semua pihak terutama
pengetua dan guru mata pelajaran matematik. Tambahan
pula murid yang cemerlang amat kurang sekali dan hanya
segelintir sahaja murid yang lulus.
Satu pendekatan telah cuba
digunakan iaitu pendekatan
pengajaran secara berkumpulan
(team teaching) bagi murid
berpotensi rendah ini. Guru
matematik bagi kedua-dua kelas ini
telah menjadikan dua kelas murid
tingkatan 3 ini kepada 1 kumpulan
dan melaksanakan pendekatan
pengajaran secara berkumpulan.
FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah bagi mengatasi


masalah yang disebut di atas dan
seterusnya dapat meningkatkan
penumpuan murid di dalam kelas.
Beberapa punca murid tidak menumpukan
perhatian juga telah dikenal pasti oleh guru.
Antaranya adalah seperti berikut:
 Murid kerap bercakap-cakap semasa guru mengajar.
 Murid tidak menyiapkan kerja rumah yang dibekalkan oleh guru
atas alasan matapelajaran matematik adalah sukar.
 Murid tidak menumpukan perhatian semasa guru matamatik
mengajar kerana pada pandangan mereka matematik adalah mata
pelajaran yang sukar dipelajari.
 Murid berangan-angan dan termenung di dalam kelas
 Murid bergurau senda bersama-sama kawan sebelah
 Murid mengganggu murid yang ingin menumpukan perhatian pada
pengajaran
 Sikap malas dan tidak membawa alat tulis ke sekolah dan tabiat
suka menconteng meja dan kerusi
OBJEKTIF KAJIAN
1) Objektif Umum
Meningkatkan nilai GPS sekolah dengan peningkatan
100% peratus kelulusan Matematik PMR

2) Objektif Khusus :
i. Membantu murid yang kurang tumpuan di dalam kelas
dengan mencuba pendekatan pengajaran (team teaching)
yang baru dalam P & P.
ii. Membantu murid meningkatkan kemahiran matematik
mereka.
iii. Membantu murid dalam pembelajaran terutama yang
sukar menyiapkan kerja rumah.
iv. Meningkatkan peratus lulus Matematik PMR bagi
kumpulan murid berpotensi rendah ini.
KUMPULAN SASARAN

 Kajian ini melibatkan 2 kumpulan murid


tingkatan 3 yang berpotensi rendah
matematik.

 Bilangan murid di dalam kumpulan berpotensi


rendah ini adalah seperti berikut:
1. kelas 3 BETA - seramai 34 orang
2. kelas 3 GAMMA-seramai 30 orang
STRATEGI YANG DICADANGKAN
i) Tinjauan Awal

Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 28 ogos 2008


melibatkan dua kumpulan murid.
 Satu set soal selidik telah diedarkan kepada murid
untuk mendapatkan maklum balas daripada murid.
Jadual Tindakan telah dibuat untuk mendapatkan data
awal kajian ini.
Data tinjauan awal yang dikumpul adalah melalui
pemerhatian, soal selidik dan temubual.
Beberapa pendekatan telah dikenalpasti bagi
mengatasi masalah ini selepas tinjauan awal dilakukan.
ii) Selepas Tinjauan Awal

Hasil dapatan dari tinjauan awal dan


perbincangan dengan guru–guru yang lain,
didapati bahawa satu pendekatan pengajaran
yang sesuai perlu dilakukan bagi menangani
masalah yang telah dikenalpasti berlaku
dikalangan murid di dalam kumpulan
berpotensi rendah ini.
 Pendekatan yang dicadangkan ialah kaedah
pengajaran secara berkumpulan ( team
teaching).
Kaedah pengajaran secara berkumpulan
melibatkan kerjasama dua orang guru
menjalankan pengajaran dan pembelajaran
terhadap sekumpulan murid bagi mencapai
objektif pembelajaran yang diharapkan.
Guru menyediakan sukatan pengajaran yang
sama dan mengajar kumpulan yang sama secara
bergilir-gilir. Semasa guru A mengajar, guru B
memantau kerja pelajar disamping membuat
pembetulan secara spontan terhadap kesilapan
yang dilakukan oleh pelajar.
Guru juga berkongsi idea dan saling memberi
pendapat bagi menambahbaik pengajaran setiap
kali selepas P & P dijalankan .
Kaedah pengajaran ini dilakukan bagi kumpulan
murid berpotensi rendah.
Langkah-langkah pengajaran yang digunakan adalah seperti berikut

 Guru melaksanakan tugas mengajar matematik secara berkumpulan (seramai 2


orang guru).
 Guru mengajar secara bergilir-gilir mengikut pembahagian topik
 Semasa guru pertama mengajar, guru kedua akan membuat pemantauan.
 Jika terdapat murid yang tidak menyiapkan kerja rumah, kedua-dua guru akan
bertindak sebagai fasilitator , bagi memastikan setiap murid menyiapkan kerja
rumah dan diawasi oleh guru.
 Semasa proses pengukuhan kedua-dua orang guru yang terlibat akan memastikan
semua murid membuat latihan dan mendapatkan jawapan dengan menggunakan
kemahiran yang betul.
 Soalan yang diberikan adalah berbentuk soalan berfokus peperiksaan PMR yang
sebenar
 Murid akan membuat latihan dengan dibantu oleh guru
 Akhir sekali, guru akan membincangkan jawapan kepada soalan yang telah
diberikan dengan memberi bantuan dan bimbingan
 Secara ringkasnya 8 konsep asas dilaksanakan
oleh guru ialah 2P 2K 2M 2F :

1. Persediaan & Penambahbaikan- persediaan


dibuat sebelum kelas dan penambahbaikan
sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.
2. Kerjasama & Kawalan- wujud kerjasama di
antara guru semasa P&P dan keadaan kelas
adalah lebih terkawal
3. Mahir & Minat - kemahiran matematik
diutamakan semasa P&P agar pelajar lebih
berminat mempelajari mata pelajaran matematik
4. Fokus & Faham– murid fokus terhadap
pengajaran guru dan seterusnya pelajar akan
faham apa yang diajar oleh guru.
Bil Aktiviti Tarikh
Pelaksanaan

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 28 Ogos 08


(keputusan percubaan PMR)
2 Menulis kertas cadangan 1 september
08
3 Merancang tindakan 2 september
08
4 Melaksanakan tindakan 1 8 -10 Oktober
I. Latih tubi soalan berfokus – setiap hari mengikut 08
jadual yang telah disediakan
II. Group Teaching – 2 kali seminggu ( sesi pagi)
5 Melaksanakan tindakan 2 10 september
Klinik PMR secara Group Teaching -10 oktober 08
3.00 hingga 4.15 petang– 2 kali seminggu ( sesi petang)

6 Peperiksaan PMR 13 oktober 08


KEPUTUSAN PERLAKSANAAN
TINDAKAN
Sebelum Tindakan
Semasa peperiksaan percubaan PMR 2008 keputusan
bagi mata pelajaran matematik bagi kumpulan murid
cemerlang ialah 3.2% manakala murid lulus hanyalah
21.1 % sahaja

Selepas Tindakan
Semasa peperiksaan PMR 2008 keputusan bagi mata
pelajaran matematik telah menunjukkan keputusan
kumpulan murid cemerlang meningkat kepada 7.3%
manakala murid lulus meningkat kepada 84.4%.
SAMPEL MARKAH 20 ORANG MURID DARI
KUMPULAN BERPOTENSI RENDAH
KEPUTUSAN PELAKSANAAN KEPUTUSAN SEBELUM KEPUTUSAN SELEPAS
TINDAKAN TINDAKAN TINDAKAN
BIL NAMA MOCK UP 2 PERCUBAAN KEPUTUSAN KEPUTUSAN
PMR MATEMATIK KESELURUHAN
PMR 2008 PMR 2008
1. NUR ATASYA FADZIL 25 (E) 22 (E) C 5B 3C
2 NURHIDAYAH NAWAWI 28 (E) 27 (E) C 3A3B2C
3 NURUL NADIA AHMAD 24(E) 29(E) C 2A 3B 3C
4 MUHD SHAZE MOHD 20(E) 21(E) C 3B 3C
ROSLAN
5 MUHD ZASLIE ABD RAHIM 18( E) 17( E) C 1A 1B 3C 3D
6 ANITHA GANESAN 28 (E) 20 (E) B 2B 5C 1D
7 NADERAH ROSLAN 24 (E) 17(E) C 2B 2C 3D 1E
8 NUR AIDA AMRAN 18(E) 23(E) C 2A 4B 2C
9 NURASYIKIN JAAFAR 22(E) 24(E) C 1A 3B 3C 1E
10 SITI NURAZIZAH ISMAIL 18(E) 22 (E) C 1A 2B 4C 1E
KEPUTUSAN PELAKSANAAN KEPUTUSAN SEBELUM KEPUTUSAN SELEPAS
TINDAKAN TINDAKAN TINDAKAN
11 SHARIZAN BIN HAMDAN 20 (E) 17 (E) C 2B2C4D
12 MOHD SHAHIDDAN BIN 16 (E) 19 (E) C 2B1C4D1E
NORDIN
13 NORSHAHIRAH ABD RASHID 18(E) 20(E) C 1B2C4D1E

14 MOHD ILHAM NORAISAN 20(E) 16(E) C 3B1C4D


15 NURASYIKIN JAAFAR 18( E) 29( E) C 1A3B3C1D
16 NORSHAHIRAH SULAIMAN 20 (E) 7(E) C 3B4C1D
17 MALARVELI A/P MUNUSAMY 18(E) 10(E) C 3C5D

18 AZIZI ABD TALIB 16(E) 13(E) C 1A1B1C4D1E


19 ABDUL MALIK BIN BAHARIN 20(E) 16(E) C 4C3D1E

20 MOHD IZZAD AMIRUL BIN 20(E) 20(E) C 3B1C4D


YUSOF
Kaedah program ‘team teaching’ telah dapat
menyelesaikan masalah murid berpotensi rendah
yang tidak menumpukan pelajaran dengan
meningkatnya peratus lulus diperingkat PMR.
Semasa peperiksaan PMR 2008 keputusan lulus
bagi mata pelajaran matematik telah
menunjukkan peningkatan yang mendadak
daripada 21.1 % kepada 84.4%.

Guru berasa lebih yakin kerana dapat


mengurangkan bilangan murid yang tidak
menumpukan perhatian dan tidak menyiapkan
latihan yang dibekalkan oleh guru.
Selepas kajian ini didapati, murid-murid mula
menunjukkan minat terhadap mata pelajaran
matematik.
Melalui sesi temu bual yang dibuat, murid-murid
dapat menceritakan masalah yang dihadapi oleh
mereka. Oleh itu guru dapat mengetahui punca–
punca kurang tumpuan semasa sesi P & P dan
tidak menyiapkan kerja rumah.
Melalui soal selidik guru dapat mengumpul satu
data yang terperinci disamping dapat
mengenalpasti perasaan murid-murid semasa
P&P.
Masalah lokasi dan ruang P & P yang terhad bagi
menempatkan 64 orang murid berpotensi rendah
ini dapat diatasi hasil perbincangan dengan pihak
pentadbir.
Maka makmal sains digunakan kerana ia lebih
luas dan bilangan kerusi yang disediakan juga
bersesuaian.
Pada akhir tindakan ini, guru berpuas hati kerana
berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
anak didiknya. Namun begitu, oleh kerana masih
terdapat pelajar yang ponteng sekolah di saat-saat
akhir PMR menjelang maka keputusan 100% tidak
dapat dicapai.
Guru amat yakin bahawa sekiranya pelajar hadir
dan mengikuti pengajaran dengan sebaiknya,
dipercayai bahawa kelulusan 100% akan dicapai.
Guru juga bercadang untuk meneruskan tindakan-
tindakan ini dan membuat penambahbaikan amalan
pengajaran guru pada masa akan datang agar
mencapai tahap P & P yang lebih berkesan.
Cadangan juga diberikan kepada pihak jadual
waktu sekolah agar membuat jadual waktu
mata pelajaran matematik pada masa yang
sama dengan 2 orang guru yang berbeza bagi
kedua-dua kelas yang lemah ini agar kaedah
pengajaran secara berkumpulan ini dapat
dilaksanakan apabila sukatan pelajaran telah
dihabiskan. Ia bukan sahaja boleh di jalankan
bagi kelas peperiksaan sahaja malahan kelas
bukan peperiksaan juga sebagai persediaan
awal murid bagi menghadapi peperiksaan.
PENUTUP
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
pendekatan pengajaran secara team-teaching dapat
meningkatkan prestasi mata pelajaran matematik
bagi murid berpotensi rendah. Kaedah ini dapat
meningkatkan penumpuan dan prestasi murid
dengan lebih baik. Perkara ini dilihat relevan kerana
pelaksanaan P & P dengan pendekatan pengajaran
yang sesuai dengan tahap pencapaian murid akan
menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih terancang dan menyeluruh.
Justeru, keadah pengajaran secara berkumpulan
bagi murid berpotensi rendah wajar difikirkan
untuk dilaksanakan di peringkat sekolah.

Secara keseluruhannya, didapati pendekatan ini


merupakan suatu pendekatan yang baik dan dapat
memastikan murid- murid yang bermasalah
penumpuan pembelajaran dapat belajar dengan
gembira, seronok tanpa berasa bosan dan
mendapat sokongan yang diperlukan dalam
pengajaran dan pembelajaran .
Dengan membantu murid semasa proses P &
P dijalankan maka adalah diharapkan dapat
menyelesaikan masalah penumpuan mereka.
Keadaan ini sudah pasti akan meningkatkan
tahap pencapaian mereka didalam mata
pelajaran matematik yang sememangnya
diketahui merupakan matapelajaran yang
sukar dikuasai oleh murid yang berpotensi
rendah
Jika dilihat dari sudut latar belakang keluarga
murid pula, kebanyakan murid adalah terdiri
daripada golongan sederhana dan mempunyai
masalah keluarga yang tersendiri. Namun
begitu, ia bukanlah halangan bagi mereka
untuk mencapai kejayaan. Murid berpotensi
rendah ini telah dapat menunjukkan keputusan
yang baik dengan bantuan guru-guru dan
berkat usaha mereka sendiri .

You might also like