Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

PRINSIP HUYGEN

Oleh Jeffrey Yeoh Nur Hidayah Mansor Voronia Daip

PENGENALAN
Prinsip ini diperkenalkan oleh Christian Huygen pada tahun 1678 di Belanda. Menurut beliau, melalui risalah Trait de la Lumiere i) semua muka gelombang cahaya dalam hampa gas atau media telus boleh dianggap sebagai sumber baru anak gelombang yang berkembang dalam setiap arah bergantung kepada kelajuan mereka

ii) setiap muka gelombang dapat membentuk gelombang-gelombang baru dengan panjang gelombang yang sama dengan panjang gelombang sebelumnya

PEMBELAUAN

DEFINISI PEMBELAUAN
Pembelauan berlaku semasa gelombang mengalir melalui sebuah bukaan atau halangan. Selepas pembelauan berlaku, frekuensi gelombang dan panjang gelombang tidak berubah.

Prinsip Huygens menyatakan secara ringkas bahawa setiap titik di dalam lubang bertindak sebagai sumber titik.

Sebuah sumber titik menghasilkan gelombang yang bergerak ke semua arah secara sfera, seperti gelombang melingkar yang dihasilkan dengan menjatuhkan batu kecil ke kolam.

Jumlah gelombang dari semua sumber titik pada mana-mana titik di luar bukaan boleh dikira dengan integrasi atau pemodelan numerik.

INTERFERENS

Gangguan ialah superposisi daripada dua atau lebih gelombang menghasilkan pola gelombang baru. Sebagaimana yang biasa digunakan, istilah ini biasanya merujuk pada gangguan gelombang yang berkorelasi atau koheren antara satu sama lain, baik kerana mereka berasal daripada sumber yang sama atau kerana mereka mempunyai frekuensi yang sama atau hampir sama. Dua gelombang hanya akan koheren antara satu sama lain sepenuhnya jika mereka berdua mempunyai julat panjang gelombang yang sama dan perbezaan fasa yang sama pada setiap panjang gelombang.

Prinsip superposisi menyatakan bahawa sesaran paduan pada satu titik adalah sama dengan jumlah sesaran gelombang yang berbeza pada titik itu. Jika puncak gelombang bertemu satu lagi puncak gelombang yang lain pada titik yang sama maka puncak mengganggu secara konstruktif dan amplitud gelombang yang dihasilkan lebih besar. Jika puncak gelombang bertemu palung gelombang maka akan berlaku interferens memusnah, dan amplitud keseluruhan menurun.

video
http://www.yteach.co.uk/index.php/resources /photons_monochromaticity_divergence_coh erence_laser_beam_source_t_page_9.html

KONSEP KOHEREN
Dua sumber cahaya yang dikatakan (i) Koheren jika sumber gelombang cahaya mempunyai frekuensi dan fasa yang sama ( ii ) Tidak koheren jika terdapat perbezaan pada frekuensi dan fasa antara gelombang cahaya yang dipancar secara rawak

GELOMBANG CAHAYA KOHEREN. TERDAPAT 4 CAHAYA KOHEREN YANG MEMPUNYAI PANJANG GELOMBANG DAN HALAJU YANG SAMA

GELOMBANG CAHAYA YANG TIDAK KOHEREN. CAHAYA DARI

BEBERAPA SUMBER CAHAYA DIPANCARKAN SECARA RAWAK.

Apabila dua gelombang dengan frekuensi dan panjang gelombang yang sama namun berbeza fasa bergabung, maka gelombang yang dihasilkan merupakan gelombang harmonik yang amplitudnya bergantung pada perbezaan fasa kedua gelombang

Kedua-dua gelombang yang sama fasa dan berinterferensi saling menguatkan antara satu sama lain, intensitinya adalah maksimum.

Jika perbezaan fasanya 180o atau bilangan pusingan adalah ganjil 180o , kedua gelombang berbeza fasa dan berinterferensi saling melemahkan dan seterusnya akan menghasilkan intensiti yang minimum.

Perbezaan fasa antara dua gelombang adalah disebabkan oleh perbezaan panjang lintasan yang dilalui oleh kedua gelombang. Perbezaaan lintasan satu panjang gelombang menghasilkan perbezaan fasa 360o , yang juga bersamaan dengan tiadanya perbezaaan fasa.

Antara punca lain ialah -perbezaan fasa terjadi pada peristiwa pemantulan, gelombang yang dipantulkan pada sebuah permukaan batas mengakibatkan perubahan fasa 180o. apabila cahaya yang merambat di udara mengenai permukaan suatu medium di dalamnya cahaya akan merambat lebih lambat, seperti kaca atau air, tidak akan ada perubahan fasa pada cahaya yang dipantulkan dari permukaan kaca-udara atau air-udara.

Lintasan optik

Definisi lintasan optik


Lintasan optik ialah hasil darab jarak l yang dilalui oleh cahaya dalam suatu medium dengan indeks biasan n medium itu, iaitu lintasan optik = nl.

B Vakum Kaca

A
D C

katakan masa bagi anak gelombang sekunder dari B sampai ke C ialah t, Maka: BC = ct

Dalam masa yang sama, anak gelombang sekunder dari A telah bergerak dalam kaca sejauh suatu jarak. Maka, AD = vt Di mana v = laju cahaya dalam kaca. Dan lintasan optic = n(AD) = nvt Tetapi, n = , oleh itu, nv = c. Maka, lintasan optik = n (AD) = (nv)t = ct Iaitu dalam masa yang sama lintasan optkc adalah sama dalam semua medium. Apabila cahaya melaui keadaan vakum, lintasan optik = ( l - t) + nx = l + (n - 1 )x

Perbezaan lintasan optik


Apa itu perbezaan lintasan optik??? perbezaan panjangnya lintasan optik antara dua jalur bergerak menumpu kepada satu titik. Panjang lintasan optik (OPL) atau jarak optik adalah hasil darab panjang geometrik melalui cahaya suatu sistem, dan indeks bias medium yang merambat.

Perbezaan lintasan optik (OPD) juga merupakan perbezaan jalan ataupun pergeseran fasa yang berlaku antara dua sumber yang koheren sebelumnya semasa melewati media yang berbeza. Contohnya gelombang yang melalui kaca akan muncul untuk menempuh jarak lebih besar daripada gelombang yang sama di udara. Hal ini kerana sumber dalam gelas akan mengalami lebih banyak panjang gelombang kerana indeks bias yang lebih tinggi daripada kaca. OPD boleh dikira dari persamaan berikut: OPD = d (n1 - n2), di mana: d adalah jarak, n1 adalah indeks bias lebih besar (misalnya kaca) n2 adalah indeks bias lebih kecil (misalnya hawa).

You might also like