Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

TUEN AK BAGEU 710824-13-5642 PROGRAM PERSISWAZAHAN GURU ( PPG ) AMBILAN JUN 2011 PENGAJIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SEKSUALITI DAN SAYA PKE 3101 ( KEKELUARGAAN )

Nama Pensyarah Pembimbing: Encik Ismail Dikoh


Tarikh Pembentangan : 28 JULAI 2012

Ilmu kekeluargaan dianggap lebih luas dan amat penting kerana menekankan aspek pembinaan keluarga mengikut lunas agama merupakan faktor asas membina sebuah keluarga harmoni. Ciri-ciri yang perlu ada dalam mempertahankan kebahagiaan keluarga adalah tanggungjawab setiap ahli keluarga dalam menjamin keseimbangan toleransi dan kepercayaan menjurus kepada kepentingan institusi keluarga, perkahwinan dan komitmen sepanjang hayat serta keibubapaan.

Melalui pendidikan seksualiti dan kekeluargaan saja setiap individu diberi bimbingan secara rasmi mengenai amalan kehidupan, hak dan tanggungjawab yang tergalas di bahu mereka sebagai ahli keluarga dan masyarakat yang baik.

Keluarga sebagai institusi asas manusia serta gaya hidup sihat dan selamat bagi memelihara integriti institusi ini. Teori sistem Keluarga (Galvin dan Brommel,1996) menyatakan hubungan keluarga adalah bersifat menyeluruh dan melihat kepada interaksi dan saling bergantungan di antara ahli-ahli di dalam sistem untuk mengekalkan keseimbangan dan kelangsungan sistem keluarga.

Keluarga adalah unit asas dalam institusi sosial. Maju dan mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi keluarga (Mohd Taib Hj. Dora, 2005) Keluarga memberi tumpuan kepada aspek gaya keibubapaan di mana terdapat tiga faktor utama yang akan mempengaruhi proses tersebut iaitu ciri ibu bapa, ciri anak dan konteks sosial seperti hubungan perkahwinan serta jaringan sosial dan pekerjaan.

Ibubapa , ahli keluarga dengan remaja Berkomunikasi dengan berkesan. Tahu peranan dan tanggungjawab Bertindak dengan bijak Berbincang dengan ahli keluarga mengenai peraturan dan batas-batas pergaulan Menghormati nilai-nilai dan hak orang lain. Ibubapa remaja mungkin mempunyai pandangan yang berbeza : Terima dan hargai mereka seadanya Dengar pandangan mereka Sanggup berkongsi perasaan dengan mereka Berbincang secara terbuka dan berkompromi

Mendedahkan mengenai peranan ibu bapa di dalam mendidik anak-anak aspek perkembangan seksualiti, tingkahlaku seksualiti, sikap, nilai, tanggungjawab mengikut jantina dan sistem reproduktif manusia

Tingkatkan pengetahuan remaja tentang seksualiti Nikmati perhubungan yang sihat tanpa terlibat dengan aktiviti seks sebelum kahwin. Ketahui akibat daripada perhubungan seksual iaitu Kehamilan Remaja & Jangkitan Seksual. Membuat keputusan sendiri bertepatan dengan ajaran agama dan budaya masyarakat sekeliling. Fahami dan terima identiti jantina remaja. Fahami orientasi seksual remaja. Terima bahawa setiap individu mempunyai nilai-nilai yang berbeza. Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai.

.Ia melibatkan:
* Badan yang sihat * Minda yang sihat dan cerdas * Emosi yang sihat * Komuniti yang sihat

Kesihatan seksual yang sihat meningkatkan: * Personaliti * Komunikasi * Perhubungan dengan orang lain * Perancangan keluarga * Keadaan sihat sejahtera

Menjaga maruah diri, keluarga dan masyarakat. Mengetahui adab pergaulan diantara berlainan jantina. Mengetahui pengetahuan tentang seks melalui sumber yang betul.

Menjaga pergerakan

Berpakaian sopan

Tidak berkhalwat (berdua-duaan)

Ucapan yang makruf dan sopan

*Menawarkan pendidikan asas seksualiti untuk membantu


remaja memahami fungsi seksualiti mereka. *Menyatakan keperluan mengenali dan menjaga kebersihan organ seksualiti. * Menjelaskan kesan dan akibat pengabaian dan tindakan yang boleh menjejaskan kesihatan seksualiti.

*Menjadi sumber rujukan untuk sebarang kemusykilan


remaja mengenai seksualiti serta perubahan tubuh mereka semasa proses perkembangan dan pertumbuhbesaran.

*Mengawal tingkah laku remaja dengan membimbing


remaja daripada terlibat dalam masalah seksualiti. *Membantu dalam memenuhi kehendak dan keperluan perkembangan diri remaja seperti menyokong dan membantu remaja dalam perkembangan dirinya * Menghargai tingkah laku yang baik *Memantau perubahan agar tidak terjerumus ke kancah keseronokan yang melampau.

Setiap ahli keluarga yang dewasa perlu mengambil peranan membimbing dan mendidik remaja menjalani arah kehidupan yang lebih terkawal dan sempurna. Remaja yang berjaya menangani corak kehidupan yang mencabar akan menjadi tunggak yang cemerlang di masa depan. Keakraban ibubapa dengan anak-anak memberi semangat keyakinan dan percaya pada kemampuan diri serta berfikiran positif. Remaja mampu bertindak dengan bijak dalam menangani masalah. Mereka akan mampu berdikari jika mendapat bimbingan yang baik sejak dari kecil. Kesimpulannya

SEKIAN , TERIMA KASIH.

You might also like