Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

STEROTAIP

Nama Ahli Kumpulan Sharinna Binti Mohd. Pilus Nur Fatin Nadia Binti Nofiah Ong Lai Kuan Siti Hajar Binti Amir

No Matrik 225832 227680 228016 228611

Prem Kumar A/L Chandran


Mohammad Kamil Bin Abu Seman

240089
230162

Maksud Stereotaip
pernyataan-pernyataan yang ditanggapi terlebih dahulu, yang merupakan kepercayaan dan jangkaan yang membentuk pernyataan tersebut. kecenderungan untuk menilai seseorang berdasarkan ciri-ciri umum yang terdapat pada sesuatu kumpulan atau bangsa.

Gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain.

Perihal stereotaip
Sesebuah kaum membuat tafsiran terhadap kelompok manusia berdasarkan kepada stereotaip mereka. Manusia mudah mengingat tentang stereotaip yang diberikan. Sesebuah kaum biasanya mudah mengingat ciri-ciri kelompok tertentu sebagaimana yang telah distereotaipkan. Manusia lebih cenderung untuk mengingat ciri-ciri negatif sesuatu kelompok daripada ciri positif. Tindakan atau layanan sesebuah kaum terhadap sesuatu kelompok bergantung kepada stereotaip tersebut.

BAGAIMANA STEREOTAIP WUJUD


Daripada pengalaman dalam kehidupan seharian setiap etnik sehingga membentuk imej atau label terhadap kumpulan etnik yang lain. Hasil normal iaitu rutin proses psikologi yang melibatkan perhatian terpilih, sumbangan dan memori.

PANDANGAN PARA SARJANA


Allport Proses mengkategori stimuli adalah salah satu komponen penting dalam pembentukan stereotaip. Stereotaip berlaku apabila individu membuat andaian terhadap individu lain berdasarkan ciri-ciri umum dan bukan berlandaskan pengalaman peribadi. Apabila ciri-ciri etnik menjadi lambang rujukan mengenai gambaran seseorang maka ia melahirkan konsep-konsep yang terlalu simplistik berasaskan pengetahuan yang cetek Mc Lemore & Healey: i. Kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik. ii. Gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain terutama kepada etnik minoriti.

Fiske & Taylor manusia memberi kategori-kategori tertentu kepada setiap kumpulan etnik yang ada. Proses mengkategori ini dilakukan bagi menyusun stimuli persepsi sosial yang diterima berhubung dengan ciri-ciri golongan etnik lain. Melalui cara mengkategori ini, kumpulan etnik dibahagi-bahagikan mengikut ciri-ciri tertentu dan ini memudahkan pemahaman rangsangan di kalangan mereka
Tajfel & Turner : Teori Identiti Sosial Kita membahagikan dan mengelaskan masyarakat kepada kumpulankumpulan sosial tertentu dan menempatkan diri sendiri ke dalam salah satu kumpulan tersebut. Lahir daripada keinginan untuk mendapatkan atau mengekalkan identiti sosial yang positif. Setiap orang terdorong untuk mentafsir kumpulan sosial mereka secara positif berbanding dengan kumpulan yang lain. Sebab: - mengekalkan identiti sosial yang positif.

Isu dan Punca Stereotaip di Malaysia


Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain.

Sifat perkauman jika dibiarkan berteruan boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan serta keharmonian negara. Negara Malaysia pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehingga keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan punca utama stereotaip di Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi, sosial masyarakat Malaysia.

Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang Peristiwa 13 Mei 1969. Kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina.

Antara punca konflik adalah: Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun Dasar Pecah dan Perintah Penjajah Inggeris Melalui dasar dan pentadbiran, Inggeris telah meninggalkan kesan psikologi yang meluas di kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan stereotaip di kalangan mereka.

Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya kerjasama dan persefahaman di kalangan rakyat tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan perasaan benci membenci di kalangan mereka.

Kesan konsep stereotaip di Malaysia


a) Keharmonian negara akan terjejas tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat tidak mempunyai matlamat b) Masyarakat sekeliling berasa tidak tenteram Ketidakwujudan perpaduan dan integrasi menyebabkan rakyat berasa terkongkong contoh peristiwa 13 Mei 1969 di mana rusuhan kaum telah tercetus akibat ketidakadilan

c) Pembangunan ekonomi yang tidak stabil hubungan etnik tergugat sekiranya survival Malaysia sebagai satu negara bangsa juga turut terjejas. perpaduan dan integrasi rakyat adalah amat penting untuk memastikan pembangunan ekonomi yang lancer dan konsisten d) Wujudnya masyarakat yang tidak bermoral pergaduhan dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh belaku pada bila-bila masa sahaja. tidak bertolak ansur, tidak beretika dan tidak kukuh dalam nilai agama

PENILAIAN TERHADAP KONSEP


Stereotaip ada positif dan ada negatif.
Positif i) Menanamkan semangat memahami kepelbagaian budaya bagi melenyapkan mitos stereotaip etnik yang tertanam sejak dulu lagi. ii) Mendapat pengalaman dengan suatu kelompok ,pola komunikasi tentang kelompok tersebut. Negatif i) Persepsi terhadap bangsa lain kekal kerana stereotaip yang tidak pernah di ubah. ii) Penonjolan ketakutan seseorang kepada orang lain tanpa mempedulikan kenyataan yang sebenar.

You might also like