Slide Power Point RBT 3119

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN KECIL

DEFINISI USAHAWAN DAN PERNIAGAAN KECIL

Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement).

Definisi Usahawan ialah orang yang berusaha untuk: Membuat sesuatu yang baru. Merancang dan mencipta sesuatu yang lebih baik (inovatif). Mengatur serta mewujudkan pasaran. Sanggup menghadapi risiko. Keusahawanan Kebolehan dan kemampuan seseorang meneroka peluang perniagaan dan mengusahakan perniagaan serta memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.

KONSEP USAHAWAN BERSEPADU

usahawan adalah individu yg bentuk organisasi utk tujua

komersial. Schumpeter- seseorang yg perkenalkan sesuatu y

baru & bangunkan teknologi yg belum pernah dicuba. Pete Drucker- usahawan memaksimunkan peluang.

Melibatkan gelagat spt: inisiatif; penerimaan risiko/kegagala


Schumpeter (1934)-kombinasi baru organisasi firma

sp

produk/servis baru,sumber2 baru, kaedah pengeluaran baru

pasaran baru, dan bentuk organisasi baru. Gartner (1985)- prose penghasilan organisasi baru

KEUSAHAWANAN

DAN

PERNIAGAAN

KECIL

Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga,

pembangunan

masyarakat,

pembangunan

negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan.

Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan. Kompetensi atau keterampilan diri keusahawanan dimiliki melalui amalan- amalan perilaku hasil daripada pengaruh nilai-nilai hidup seseorang, sikap

atau desakan dalaman untuk melakukan tugas


dengan cemerlang.

SUMBANGAN PERNIAGAAN KECIL


Kepada Individu - rezeki mencukupi,Kehidupan selesa, status & imej yg lebih tinggi Kepada masyarakat tingkat kualiti kehidupan

masyarakat sediakan peluang pekerjaan,menawarkan

pilihan produk / servis


Kepada Negara - pembangunan sosio-ekonomi negara, peningkatan pendapatan perkapita, produktiviti negara, pendapatan kepada negara dlm bentuk cukai dan zakat.

membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam

meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan


tukaran wang asing, mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahir dan

meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.

Memberi sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi negara melalui hubungjalin mereka dengan firma besar dan

syarikat antarabangsa.
Tambahan lagi, hubungjalin yang sesuai boleh memberi faedah penting dari segi perpindahan teknologi, peningkatan kualiti barangan, produktiviti, latihan dan kemahiran kepada pengusaha dan pekerja di samping mempercepatkan

pembinaan struktur asas perindustrian negara dengan lebih


baik.

MASALAH DAN KEKANGAN PERNIAGAAN KECIL Kekurangan Modal Tiada kemudahan Hubung jalin dengan menghadkan Masalah pengurusan asas mencukupi di industri berat kemampuan tempat operasi dan memasarkan produk. pengurusan tidak ada beroperasi

Masalah-masalah perniagaan kecil dapat ditinjau melalui tiga perspektif iaitu:


1. Masalah kekurangan modal perniagaan Masalah ini mempunyai kaitan yang rapat dengan masalah pengurusan wang tunai. Masalah kekurangan modal pusingan timbul daripada beberapa punca iaitu: a. Amalan jualan secara kredit yang tidak terkawal b. Pengurusan stok bahan mentah barang jualan yang kurang rapi menyebabkan wang tunai terikat dalam stok c. Ketiadaan kemudahan kredit daripada pembekal atau pengeluar tender d. Perbezaan masa antara permulaan proses pengeluaran dengan waktu tunai diterima bagi jualan yang sudah dilakukan

2. Masalah Pemasaran kegagalan cekap, teknologi memenuhi kepakaran dalam ketinggalan kontrak atau tidak pemasaran dan kualiti zaman, kurang mendapat barang rendah. 3. Masalah Lokasi kerana kualiti perkembangan barang dan produktiviti menjejaskan hubungan perniagaan kecil.

rendah

4. Pembiayaan Modal Perniagaan Masalah yang timbul dalam suasana ekonomi yang muram dan atau kurang menggalakkan. Masalah yang dihadapi ini disebabkan oleh faktor luar yang tidak dapat dikawal oleh sesebuah perniagaan.

Modal sering menjadi kekangan. Oleh kerana modal yang terhad, ia menjadi alasan untuk perniagaan kecil berterusan kecil. Ramai juga yang berniat hendak membesarkan perniagaan tetapi kekurangan modal menjadi masalah utama. Ada juga yang menunggu bantuan kewangan institusi kewangan atau

mendapatkan geran kerajaan, tender dan seumpamanya

yang sememangnya di luar kawalan kita.

Adakalanya sesetengah jenis perniagaan memang perlukan bantuan kewangan yang lebih besar atau bantuan kerajaan berbentuk geran dan

seumpamanya. Tetapi, ada juga perniagaan yang hanya menggunakan alasan ini untuk tidak berusaha lebih dalam menangani masalah ini.

You might also like