Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 25

BAHASA MELAYU KERTAS 2

Panduan Menjawab (BIL 638) 25 Jun - 1 Julai 2007 Didik Online

Bahagian A (Gambar Tunggal)


Gambar tunggal terdiri daripada satu gambar sahaja. Calon mesti meneliti keseluruhan gambar dan meneliti maklumat yang terdapat dalam gambar. Bina lima ayat sahaja dengan menggunakan nombor. Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 15 minit.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar di bawah.

LANGKAH 1 Memahami & Meneliti


Memahami dan meneliti gambar Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar. Rangka idea seperti siapa / di mana / bila / mengapa.

Langkah 2 Baca dan cari kunci


Baca dan cari kunci soalan Baca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan. Kunci bagi soalan perbincangan ini ialah situasi. Oleh itu, calon mesti membina ayat tentang keadaan atau suasana yang terdapat dalam gambar. Jika boleh, ada kata adjektif.

LANGKAH 3 BINA AYAT RANGKA


Beberapa orang kanak-kanak - bermain dengan gembira Dua orang budak lelaki - bermain jongkangjongkit Seorang lelaki - mengawasi anaknya Seorang budak - mengejar kakaknya Suasana - agak riuh

Langkah 4 Bina ayat


Bina lima ayat lengkap Tulis lima ayat saja berdasarkan rangka ayat. Pastikan setiap ayat mempunyai nombor.

CONTOH JAWAPAN
1. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain

buaian di taman permainan dengan gembira. 2. Dua orang kanak-kanak lelaki bermain jongkangjongkit di taman permainan itu dengan penuh girang. 3. Seorang lelaki mengawasi anaknya yang bermain di papan gelungsur di taman permainan itu. 4. Seorang budak perempuan sedang mengejar kakaknya mengelilingi padang permainan itu dengan gembira. 5. Suasana di taman itu riuh dengan suara kanakkanak yang sedang bermain.

Langkah 5 - Menyemak
Menyemak Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan. Pastikan ayat yang dibina berkaitan gambar dan pastikan ayat gramatis yang dibina.

MAKLUMAT PENTING !!!


Jangan tulis maklumat yang tidak terdapat di dalam gambar walaupun betul. Jangan beri pandangan sendiri terhadap situasi, sebaliknya nyatakan situasi yang dipaparkan sahaja. Jangan guna kata ganti diri pertama :- saya,

aku, kami, kita, beta, patik, hamba.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdalam gambar di bawah.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar di bawah.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar di bawah.

BAHAGIAN C
Pengenalan: Calon diminta membuat ulasan berdasarkan bahan rangsangan. Ulasan yang dibuat mestilah dalam satu perenggan. Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 20 minit. Markah yang diperuntukkan ialah 20 markah.

Soalan Perbincangan
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Nisa segera masuk ke rumah menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Nisa tidak menyimpan beg sekolahnya dan tidak menukar pakaian sekolah. Ibu memanggil Nisa menolongnya menyiapkan makanan di dapur dan menasihati Nisa agar menukar pakaian serta meletakkan beg sekolah di dalam bilik tetapi Nisa tidak menghiraukannya. Dia tetap menonton televisyen. Tekaknya terasa haus. Nisa segera ke dapur dan membancuh air. Setelah selesai membancuh air, Nisa membawa minumannya ke ruang tamu untuk menonton televisyen semula. Nisa pergi ke ruang tamu dan tidak membersihkan dapur. Tiba-tiba, Nisa terjatuh kerana terlanggar beg sekolahnya sendiri. Airnya tumpah dan gelas pecah berderai di atas lantai. Ibunya menolong Nisa membersihkan gelas yang pecah itu. Nisa menyesal dan meminta maaf kerana tidak mengendahkan nasihat ibunya sebelum itu. Nisa juga mengucapkan terima kasih pada ibunya kerana menolongnya.

LANGKAH 1 Baca Soalan


Baca dan fahami soalan Baca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan. Berdasarkan soalan di atas, kunci soalan ialah nilai murni.

LANGKAH 2 Baca Petikan


Baca dan fahami petikan Baca petikan dengan teliti dan fahami kandungannya. Semasa membaca kenal pasti dan garis nilai murni yang terdapat dalam petikan. Senaraikan nilai murni yang dikesan.

Senaraikan Nilai Murni


mendengar nasihat menasihati berhati-hati menjaga kebersihan menolong insaf

LANGKAH 3 Rangka Ulasan


Membuat rangka ulasan Membuat rangka ulasan agar mudah membuat teks ulasan. Contoh: Mengapakah mesti mendengar nasihat? Mengapakah mesti menasihati? Mengapakah mesti berhati-hati? Mengapakah mesti menjaga kebersihan? Mengapakah mesti menolong? Mengapakah mesti insaf? Mengapakah mesti menghargai?

Langkah 4 Membuat Ulasan


Membuat ulasan Buat ulasan berdasarkan rangka ulasan. Jawapan contoh:
Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah mendengar nasihat, terutama daripada orang yang lebih tua daripada kita seperti kedua-dua ibu bapa. Nilai murni yang kedua ialah memberi nasihat, iaitu kepada orang yang melakukan kesilapan, contohnya ibu menasihati Nisa. Seterusnya, nilai murni ketiga ialah berhati-hati, terutamanya apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya Nisa tidak berhati-hati ketika membawa air minuman. Nilai murni yang keempat ialah menolong, contohnya ibu menolong Nisa membersihkan air minuman yang tumpah. Nilai murni yang akhir sekali ialah insaf, iaitu sedar atas kesilapan yang dilakukan. Contohnya Nisa menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya.

Langkah 5 - Menyemak
Menyemak Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan. Pastikan ulasan yang dibina berkaitan dengan petikan.

LATIHAN
Sabri ialah anak yatim piatu kerana ibu dan ayahnya telah meninggal dunia ketika Sabri berusia 4 tahun. Sejak kecil lagi Sabri tinggal bersama neneknya. Sabri sayang akan nenek walaupun kehidupannya miskin. Sejak kecil lagi Sabri berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran. Untuk membantu neneknya, Sabri bekerja sambilan di sebuah restoran. Selepas pulang dari sekolah, Sabri akan mula bekerja di Restoran Puteri sehingga pukul 6.00 petang. Pada sebelah malam pula, Sabri akan mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah. Sabri tidak pernah gagal menyiapkan kerja sekolahnya. Sikap Sabri yang rajin membuatkan semua guru di sekolah sayang kepadanya. Pada suatu petang semasa Sabri bekerja di Restoran Puteri, Sabri lihat ada dompet tertinggal di atas meja. Sabri segera mengambil dompet tersebut dan menyerahkannya kepada Pak Amin, tuan punya restoran. Ruparupanya dompet itu kepunyaan Pak Amin. Pak Amin mengucapkan terima kasih kepada Sabri.

INGAT !!!
Semak semula penulisan anda. Semak penggunaan tanda baca dan ejaan. Semak, semak dan semak.

Selamat Menghadapi Ujian Progresif 2

You might also like