Kesan Interaksi Tamadun Jepun Dan Tamadun China

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

{

Kesan Interaksi
Tamadun Jepun dan
Tamadun Lain
(China & Barat)
SAIFUL
KAMIL

Kesan Interaksi Tamadun
Jepun dan Tamadun
China
Interaksi ini bermula pada abad ke-2M lagi. Interaksi ini
berlaku apabila tentera Jepun memenuhi permintaan Raja
Korea iaitu Raja Packhe untuk membantu mengatasi pihak
utara di Korea.
Interaksi ini dikatakan berlaku melalui Korea kerana
penglibatan tentera Jepun yang ramai di Korea menyebabkan
unsur Tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea
meresapi budaya Jepun.
Interaksi ini terus berkembang pada 405 M apabila Raja
Packhe menghantar penasihat ke istana Yamato untuk
membantu kerajaan Jepun menyediakan rekod istana.
Kesan paling
ketara ialah
pengenalan agama
Buddha ke
Tamadun Jepun.
Pada mulanya,
masyarakat Jepun
berpegang kepada
ajaran agama
Shinto.
Setelah berlakunya
interaksi dengan
Tamadun China,
agama Buddha
telah
diperkenalkan dan
Maharaja Jepun
menerima agama
tersebut sebagai
agama baru.
Shotoku Taishi
adalah tokoh
penting yang
memperkukuhkan
ajaran agama
Buddha di Jepun.
Kesan Agama
Di samping agama Buddha, ajaran
Konfucisianisme juga disebarkan di
Jepun. Penyebaran ajaran ini
berlaku pada abad ke-3 M.
Kesan penyebaran agama Buddha
dan ajaran Konfusianisme ini
merubah cara pemikiran dan
budaya masyarakat Jepun.
Namun, selepas abad ke-9 M,
Tamadun Jepun telah membentuk
kebudayaan tersendiri.
Pada asalnya, agama
Buddha yang disebarkan
pada awal kurun ke-6 dari
China adalah sebahagian
dari kebudayaan China.
Pada zaman zaman dinasti Sui
(581- 618) dan dinasti Tang (618-
907) Jepun menyambut baik
agama Buddha. Mazhab Buddha
yang berasal dari China masing-
masing berkembang di Jepun
Pada peringkat awal, tamadun cina membawa masuk teknologi
pertanian, pemeliharaan ulat sutera dan pembuatan perkakas
besi dan gangsa ke negara Jepun, lantas memajukan masyarakat
Jepun.
Hubungan diplomatik antara China dengan Jepun telah bermula
semasa pemerintahan dinasti Han Timur (25-220). Pada zaman
dinasti Sui (581-618) dan dinasti Tang (618-907), bilangan pelajar
Jepun yang menuntut di China semakin meningkat
KESAN DIPLOMATIK
Pada zaman Qin (221SM-206SM), bahasa China telah dibawa
masuk oleh orang China yang berimigrasi ke Jepun
Pada kurun ke-9, kana iaitu sistem tulisan jepun telah dicipta
berdasarkan kanji iaitu sistem tulisan Cina. Kedua-dua sistem
tulisan ini diguna secara bercampur dalam bahasa Jepun pada
masa kini.
Bidang ilmiah dan kesenian Jepun banyak menerima pengaruh
dari kebudayaan cina seperti muzik, kaligrafi,seni bina, seni lukis
dan kesusasteraan. Kain sutera, porselin dan tembikar, bahan
letupan teknologi pencetakan dan banyak lagi
Unsur kebudayaan China turut menyerap ke dalam kehidupan
seharian rakyat Jepun seperti makanan (tauhu, teh dan seni teh,
kicap, penggunaan penyepit), upacara dan ritus (penyembahan),
permainan (wau, mahjong), perkebunan, pesta dan perayaan,
serta pakaian (kimono).

Kesan Interaksi Tamadun Jepun
dengan Tamadun Barat
Pada 31 Mac 1854, Perjanjian Kanagawa telah dimaterikan. Hasil
dari perjanjian ini, pelabuhan Hakodate dan Shimoda dibuka
kepada kapal-kapal Amerika. Seorang konsul Amerika
ditempatkan di Shimoda.
Rundingan-rundingan Rusia-Jepun diteruskan di Shimoda pada
tahun 1855. Perjanjian tersebut telah memberikan pulau-pulau
Kurile di Selatan dan Etofuru kepada Jepun. Pulau-pulau di
bahagian Utara diserahkan kepada Rusia. Pelabuhan Nagasaki,
Shimoda dan Hakodate dibuka kepada kapal-kapal Rusia.
Kesan dari interaksi diantara tamadun jepun dan barat adalah
pembangunan Jepun baru.
Dalam perlembagaan baru negara Jepun, rakyat Jepun berikrar
untuk menghormati cita-cita mulia keamanan dan demokrasi.
Sebagai mengisi perlembagaan baru itu kerajaan Jepun telah
berusaha dalam segala lapangan mengikut beberapa projek yang
telah dirancangkan. Sebagai Contoh Rancangan Baru
Pembangunan Negara
Dalam rancangan itu kerajaan berusaha mengatasi kawasan yang
sesak, mengatasi masalah penduduk yang semakin bertambah
dan mengatasi jurang perbezaan antara daerah.
berusaha membangunkan tenaga manusia sejajar dengan
masyarakat moden untuk mencapai cita-cita kebajikan bagi
seluruh rakyat.
kemudahan perhubungan dan pengangkutan akan diperluas ke
seluruh negara menyambungkan tujuh buah bandaraya iaitu
Sapporo, Sendai, Tokyo, Nagoya, Osaka, Hiroshima dan Fukuoka
disamping menghubungkan beberapa buah bandar tempatan
yang lain
Pemeliharaan alam sekitar merupakan satu perkara utama dalam
Rancangan baru ini. Keindahan alam dan kebudayaan tradisi
akan diperlindungi.
Semua jenis tenaga akan digunakan untuk mencegah bahaya
bencana alam seperti ribut dan banjir.
Pendidikan, pelajaran, kebudayaan, pengangkutan dan
kelengkapan-kelengkapan kesihatan akan dimajukan dalam
bandar-bandar daerah.

Dasar penting yang merubah keadaan perindustrian dan corak
kependudukan ialah supaya ianya tidak menghalang pengaliran
barang-barang, orang ramai dan komunikasi ke seluruh ceruk
rantau kepulauan Jepun.
Untuk mencapai tujuan itu, sistem pengangkutan ke seluruh
tempat yang akan dibina bagi pengangkutan laju, umpamanya
ialah jalan keretapi super-ekspres Tokaido Syinkansen
Jepun mengadakan perhubungan diplomatik dengan negara
China dan Soviet Union. Hubungan Jepun dan China
diwujudkan kerana mereka mempunyai keyakinan perhubungan
diplomatik dapat diadakan antara kedua-dua buah negara atas
dasar hormat menghormati kedaulatan masing-masing.

You might also like