Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

PENCEMARAN BUNYI

DEFINISI
PUNCA-PUNCA
KESAN-KESAN
PENCEGAHAN
DEFINISI


Pencemaran bunyi merupakan hasil daripada
mesin, haiwan atau manusia yang
mengganggu aktiviti atau keseimbangan
kehidupan manusia atau haiwan.
PUNCA-PUNCA
KEBISINGAN PENGANGKUTAN

Kebisingan yang berpunca daripada
pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga
punca utama iaitu lalu lintas, kapal terbang
dan keretapi.

Lalu lintas merupakan punca utama
pencemaran kebisingan komuniti di bandar-
bandar utama.
Secara umumnya terdapat beberapa faktor
yang boleh mempengaruhi kebisingan lalu
lintas antaranya adalah permukaan jalan dan
jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah laluan
lori, kecerunan dan persimpangan jalan dan
keadaan cuaca.
Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi
komuniti yang tinggal berhampiran dengan
lapangan terbang.
Kebisingan kapal terbang bergantung kepada
jenisnya, kuasa enjin dan keadaan operasi di
lapangan terbang.
Manakala, kebisingan keretapi lebih ketara di
kawasan tertentu sahaja, misalnya di kawasan
luar bandar yang biasanya terdapat landasan
keretapi yang melaluinya.
Punca utama kebisingan adalah daripada roda
dan landasan keretapi.

INDUSTRI DAN PEMBINAAN
Kebisingan daripada operasi industri adalah
daripada mesin dan peralatannya.
Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh
penggunaan jentera dalam proses pembinaan.
Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan
bunyi yang kuat kerana hentakan besi cerucuk
dan enjin mesin hentakan.
Kebisingan pembinaan juga dihasilkan oleh
mesin pembancuh simen, trak pengangkut
dan penjanakuasa yang digunakan.

AKTIVITI HARIAN MANUSIA
Kebisingan daripada aktiviti harian manusia
dan suara manusia juga menyebabkan
berlakunya pencemaran bunyi.
Kebisingan ini termasuklah berpunca
daripada radio, televisyen dan sebagainya
serta daripada binatang peliharaan seperti
anjing.
Kebisingan ini amat ketara di kawasan-
kawasan perumahan berkepadatan tinggi.
KESAN-KESAN
KESAN BIOLOGIKAL DAN PSIKOLOGI
Kesan biologikal dan psikologi boleh
dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu
gangguan komunikasi dan pendidikan,
kesihatan dan habitaliti.
KESAN BIOLOGIKAL DAN PSIKOLOGI
KOMUNIKASI DAN
PENDIDIKAN
KESIHATAN HABITALITI
Mengganggu
komunikasi misalnya
percakapan secara
langsung atau melalui
telefon.

Mengganggu
kenikmatan mendengar
radio, televisyen, waktu
pembelajaran serta
waktu rehat seseorang.
Kebisingan yang
melampau juga boleh
mengakibatkan kesan
negatif kepada
pendengaran.

Kesan yang nyata
adalah seperti pekak dan
pengurangan keupayaan
pendengaran.
Gangguan dalam habiliti
pula termasuklah
perasaan terganggu,
gangguan tidur dan
pekerjaan.

Kebisingan juga boleh
memberi kesan kepada
tahap kecekapan dalam
melaksanakan
pekerjaan.
KESAN KE ATAS EKONOMI
Kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi
nilai harta benda.
Kesan gangguan bising kepada nilai harta
benda boleh menjatuhkan nilai harta benda
yang terletak berhampiran puncanya.
Penyebab utama kepada kejatuhan nilai harta
benda biasanya adalah berpunca daripada
bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini hanya
berkait dengan nilai tapak kediaman.
CARA MENGAWAL PENCEMARAN
BUNYI









MENGADAKAN KEMPEN
Kempen kesedaran berkenaan
anti pencemaran bunyi juga
sangat wajar dianjurkan oleh
Kementerian Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar.
KAWALAN SECARA TEKNIKAL
Teknologi yang semakin membangun pada
masa kini dapat mengurangkan atau
menyingkirkan bunyi.
Sebagai contoh, untuk mengurangkan bunyi di
jalan raya, penggunaan halangan bunyi,
mengehadkan kelajuan di kawasan-kawasan
yang mempunyai ramai penduduk, menukar
tekstur jalan, mengubah reka bentuk tayar
dan lain-lain.

Dengan kemajuan teknologi yang semakin maju,
bunyi bising dari kapal terbang juga dapat
dikurangkan dengan mereka bentuk enjin jet yang
tidak mengeluarkan bunyi yang kuat.
Kebisingan hasil dari kawasan perindustrian juga
dapat dikurangkan dengan mereka bentuk
semula peralatan perkilangan, memasang sistem
penggantungan dan halangan fizikal di tempat
kerja.


KAWALAN SECARA TEKNIKAL
KESEDARAN MASYARAKAT
Masyarakat boleh membantu mengurangkan
kadar bunyi bising walaupun tidak secara
keseluruhannya dengan memperlahankan
bunyi radio, muzik karaoke dan bunyi
motorsikal yang telah diubah suai.
Perkongsian kereta dapat mengurangkan
kesesakan lalulintas, mengurangkan kos dan
mengurangkan pencemaran bunyi.
PENCEMARAN UDARA
DEFINISI
PUNCA-PUNCA
KESAN-KESAN
PENCEGAHAN

DEFINISI
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai
terdapatnya gas, cecair atau zarah yang
terkandung di udara sehingga berlakunya
perubahan dan menjejaskan kehidupan atau
bahan-bahan lain.
JENIS PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara primer adalah penghasilan
sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat
daripada proses pembakaran yang tidak lengkap.
Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus
terampai di udara dan memberi kesan sampingan
kepada kesihatan kita.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini
dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan
industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.


Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas
sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk gas-
gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.
Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon
monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk
gas yang lain.
Sebagai contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkan asid
sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan
gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan
peroksidasetil nitrat (PAN).
PUNCA-PUNCA
Pencemaran udara berpunca daripada
pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan
pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat
pelupusan dan pembakaran terbuka di bandar.
Pembakaran hutan yang berleluasa juga akan
menyebabkan pencemaran udara berlaku.
Bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah
sarap, sisa-sisa makanan dan sebagainya juga
menjadi punca kepada pencemaran.
Masyarakat juga menyumbang kepada punca
pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti
membakar sampah, ada juga segelintir
masyarakat yang masih memasak
menggunakan arang atau kayu, merokok dan
sebagainya lagi.

KESAN-KESAN
Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas
beracun yang boleh membunuh sekiranya
terkumpul dalam kawasan yang tertutup .
Penggunaan kenderaan bermotor ialah
plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang
sangat beracun dan boleh menyebabkan
kerosakan otak terutamanya di kalangan
kanak-kanak
Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni
sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan
melambatkan tindak balas manusia dan kesan
seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit
lelah dan fungsi paru-paru terjejas.
Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menyatakan sebanyak 3juta manusia mati
setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.
Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada
jumlah kematian yang disebabkan kemalangan.

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti
mengalami kerosakan seperti nekrosis
(keguguran daun) dan pertumbuhan
terbantut.
Begitu juga haiwan akan terancam akibat
pencemaran udara dimana udara yang
tercemar disedut dan mengambil makanan
dari tumbuhan yang tercemar.
CARA MENGATASI
MEMPERKENALKAN
UNDANG-UNDANG
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen
pentadbiran Negara telah mengubal pelbagai undang-
undang dalam mengawal kadar pencemaran udara.
Sebagai contoh, industri besar
dan kecil diwajibkan menapiskan asap yang
dikeluarkan.
Wat scrubber merupakan penapis asap
kilang dengan penyembur air dan batu kapur pada
asap. Proses ini dapat mengurangkan sulphur
dioksida sampai 90%

KITAR SEMULA
Mengitar semula bermaksud memproses atau
menggunakan semula bahan buangan seperti
plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya.
Kaedah ini merupakan proses
yang sangat selamat kepada
alam sekitar kerana dapat mengurangkan
kadar pencemaran.
Pembakaran sampah sarap juga dapat
dikurangkan.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Dengan adanya teknologi moden penggunaan
kenderaan menggunakan kuasa elektrik
sedang dikaji secara giat di Negara-
negara barat.
Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak
menghasilkan pencemaran udara malah
pencemaran bunyi.
RUJUKAN
Dewan Siswa, Mei 2014, halaman 36.
Pencemaran Udara,
http://anggiseptyan.wordpress.com/contact/p
encemaran-udara/ dipetik pada 10 Julai.
Pencemaran Air, Bunyi dan Udara,
http://www.slideshare.net/anahron/pencema
ran-air-bunyidanudara dipetik pada 9 Julai.

You might also like