Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Negara Kesatuan dan Negara

Persekutuan

Perancis dan Amerika Syarikat
1. Persoalan utama yang boleh dikaitkan dengan
pemilihan bentuk kerajaan ialah:
(a) Pihak manakah yang mempunyai autoriti untuk
membuat sebarang keputusan?
(b) Bagaimanakah hendak mentadbir wilayah atau
kawasan yang mungkin jauh dan ibu kota atau
pusat pemerintahan?

2. Secara umumnya, terdapat dua bentuk kerajaan
yang boleh dipilih untuk melaksanakan
pemerintahan dalam sesebuah negara. Kuasa
dalam sesebuah kerajaan perlu dipegang oleh
pihak atau institusi tertentu.

3. Sekiranya sesebuah negara berhasrat
memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan
pusat dan kuasa yang terhad kepada kerajaan
tempatan (local government), maka kerajaan
kesatuan mungkin menjadi pilihan.

4. Sekiranya sesebuah negara ingin
membahagikan kuasa antara kerajaan
pusat dengan kerajaan negeri atau kerajaan
tempatan, maka negara itu
boleh memilih kerajaan persekutuan.

5. Pengamalan mana-mana bentuk kerajaan ini
akan memberi kesan kepada keharmonian
pentadbiran pusat dan wilayah di negara
masing-masing.
6. Perancis, Britain, Itali, dan Jepun memilih
untuk mengamalkan sistem kesatuan
manakala Amerika Syarikat, India, Kanada,
Australia, dan Malaysia selesa dengan sistem
persekutuan yang diamalkan sejak negara
mencapai kemerdekaan.

Negara Kesatuan di Perancis

1. Ciri-ciri sistem kesatuan:
(a) Kesemua urusan negara adalah dipusatkan.
(b) Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa wilayah
atau cawangan dibentuk dan diberi kuasa mentadbir.
Kuasa mentadbir disalurkan dan pusat pemerintahan
dan kuasa ini boleh ditarik balik.
(c) Disebabkan kuasa wilayah, bahagian, atau cawangan
ini diberi boleh dipinda, atau ditarik balik, maka
membawa pngertian bahawa wilayah atau bahagian
merupakan agen kepada pemerintahan pusat. Dengan
demikian, kuasa autonomi yang diberikan tidak benar-
benar mencerminkan kebebasan kerajaan tempatan.
(Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, 2006: 118)

2. Satu perkara yang menarik jika sistem kesatuan
diamalkan, tidak akan berlaku masalah pertindihan
kerana sebarang percanggahan antara pembuat dasar
dengan pelaksana dasar dapat dielakkan disebabkan
keputusan akan dibuat oleh pemerintahan pusat.
Oleh itu sistem pentadbiran yang dijalankan dapat
ditadbir dengan mudah, teratur, dan berkesan.

3. Walaupun sistem kesatuan mempunyai beberapa
kelemahan namun kelemahan tersebut mudah
diselaras dan dilaksanakan kerana pemerintahan pusat
mempunyai lebih kuasa untuk menyesuaikan
pentadbiran dengan keperluan semasa.

4. Lazimnya sistem kesatuan sesuai dilaksanakan di
negara-negara yang tidak terlalu luas kawasan
geografinya. Jika saiz sesebuah negara kecil dan
sederhana serta jumlah penduduknya tidak
terlalu ramai, sistem kesatuan sesuai
dilaksanakan. Geografi Perancis tidak seperti
Amerika Syarikat atau India, justeru sistem
kesatuan sesuai dipraktikkan.

5 . Maka, pengaruh geografi yang tidak begitu luas,
lebih memudahkan komunikasi dua hala dan
sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat
mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.

6. Sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan di
Perancis, pentadbiran baharu telah dibentuk.
Perancis telah dibahagikan kepada 83
department (kawasan), dan setiap deparment
dibahagikan kepada cantons (daerah) dan yang
akhir sekali ialah commune.

7. Department yang ditubuhkan pada tahun 1790
berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di
kawasan tempatan dan pentadbirannya diketuai
oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan pusat.
Setiap Prefet bertanggungjawab terus kepada
Menteri Dalam Negeri.

8 . Setiap department diwujudkan sebuah majlis
yang dinamakan General Council. Ahli-ahlinya
dilantik oleh pemerintah peringkat pusat.
Department merupakan institusi peringkat
tempatan yang menghubungkan penduduk
tempatan dengan kerajaan di peringkat pusat.

9. Commune dibentuk bagi mentadbir kawasan
bandar. Institusi ini diketuai oleh Datuk Bandar
(Mayor) sebagai ketua eksekutif. Selain itu,
diwujudkan juga sebuah Majlis Bandaran
(Municipal Council).

10. Antara tugas Commune termasuklah
mengendalikan perkara-perkara yang menyentuh
pentadbiran di bandar seperti meluluskan permit
bangunan, menjaga keselamatan penduduk, dan
menguruskan pendaftaran perkahwinan.

11. Datuk Bandar merupakan wakil kerajaan pusat
di kawasan bandar. Beliau berperanan untuk
menguatkuasakan undang-undang tempatan,
mendaftar jurutera awam, menguruskan pekerja
di kawasannya, dan lain-lain. Bagaimanapun,
keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh
diubah, dipinda, atau dibatalkan oleh kerajaan
pusat.

12. Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi
memberikan perkhidmatan kepada penduduk
tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah
rendah, jabatan kerja raya, polis tempatan, dan
sebagainya.

13. Dalam membincangkan peranan unit-unit
pentadbiran di Perancis, A.C. Kapur dalam karyanya,
Principles of Political Science membuat analogi:
From the Communes to the Ministry of Interior the
administration is link up in one chain. The Minister of
the Interior just press the button the prefects,
subprefects and mayor do the rest. All the wires run
to Paris.
(A.C.Kapur, 1950: 400)

Negara Persekutuan Amerika Syarikat

1. Istilah persekutuan berasal daripada
perkataan Greek, iaitu foedus yang membawa
maksud perjanjian. Persekutuan merupakan
gabungan beberapa buah wilayah atau negeri
yang dahulunya bebas tetapi kemudiannya
menjadi negara bersekutu di bawah satu
perlembagaan pusat.

2. Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan
sesebuah negara itu membentuk negara persekutuan:
(a) Pertahanan sesebuah negeri itu lemah untuk
menghadapi ancaman kuasa luar.

(b) Kedudukan akan lemah jika menjalankan aktiviti
ekonomi secara bersendirian.

(c) Sukarela menyertai persekutuan kerana
sesebuah negeri atau wilayah akan bertambah kuat
dan maju.

3. Sistem persekutuan boleh dikatakan sebagai satu sistem
pemerintahan yang terdiri daripada dua kerajaan, iaitu
kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan pusat
dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-
masing dalam perkara-perkara tertentu.

4. Apabila wilayah-wflayah tersebut bergabung ke dalam
sebuah persekutuan, dengan sendirinya wilayah-wilayah
berkenaan menyerahkan kedaulatan wilayah dan ketaatan
rakyat tertumpu kepada kerajaan persekutuan.

5. Sungguhpun wilayah tersebut telah menyerahkan
kedaulatannya kepada kerajaan pusat, tidak bermakna
wilayah itu akan hilang identiti kerana ada perkara-perkara
tertentu yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.


6. Perlembagaan Amerika Syarikat tetap memberi
kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-
undang yang berkaitan dengan adat dan budaya
tempatan kerana setiap negeri mempunyai latar belakang
dan sejarah yang berlainan.

7. Adakalanya keadaan geografi dan saiz sesebuah negara
tidak menghalang daripada mencapai perpaduan dan
kemajuan negara. Amerika Syarikat mempunyai 50 buah
negeri dan saiznya luas, penduduknya terdiri daripada
berbilang kaum, namun perpaduan rakyatnya masih utuh.

8. Sejarah kerajaan Amerika Syarikat melalui perjuangan
yang agak lama. Amerika Syarikat merupakan negara
persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang
pernah menjadi koloni Britain.

9. Walaupun Artikel Persekutuan digubal selepas
Amerika Syarikat bebas daripada kerajaan British,
namun artikel yang dianggap sebagai piagam
kerajaan yang pertama di Amerika Syarikat telah
mewujudkan kerajaan yang lemah.

10. Hal ini kerana kerajaan pusat tidak diberi kuasa
yang banyak. Tindakan itu berlandaskan
pengalaman orang Amerika sebelum ini yang
berjuang dengan sebuah kerajaan pusat yang kuat
di London. Oleh itu, kerajaan persekutuan di
Amerika Syarikat lebih merupakan liga negeri-negeri
bukannya sebuah kerajaan persekutuan yang kuat.

11. Kekurangan kuasa kerajaan persekutuan memberikan
beberapa kesan. Pertama, kerajaan baharu tidak dapat
melaksanakan projek-projek pembangunan kerana tidak
mempunyai sumber kewangan yang mencukupi
disebabkan tiada kuasa untuk memungut cukai.
Kedudukan kewangan kerajaan persekutuan hanya
bergantung kepada sumbangan kerajaan-kerajaan negeri.

12. Kerajaan persekutuan juga tidak dibenarkan
membentuk system perdagangan antara negeri atau
dengan negara yang lain. Oleh itu, kelemahan kerajaan
persekutuan tersebut perlu diperbaiki dan persetujuan
daripada negeri-negeri diperlukan untuk menambahkan
bidang kuasa kerajaan persekutuan.

13. Dalam Konvensyen Philadelphia 1787, timbul
perdebatan hangat tentang kuasa yang akan
diberi kepada kerajaan pusat dan yang akan
mengawal kerajaan pusat. Persidangan mi
membawa kepada pembentukan Perlembagaan
Amerika setelah kompromi dicapai dalam
kalangan 13 buah negeri itu.

14. Menjelang tahun 1788, sembilan buah negeri
mengesahkan perlembagaan baharu itu.
Bagaimanapun negeri New York masih belum
mengesahkan perlembagaan tersebut kerana
pihak antfederal mempunyai pengaruh yang kuat
terutama di kawasan luar bandar.

15.Beberapa pemimpin seperti Alexander Hamilton,
John Jay, dan James Madison cuba mempengaruhi
penduduk awam supaya menyokong perlembagaan
baharu itu. Mereka telah menerbitkan buku yang
dikenali sebagai The Federalist. Akhirnya, New York
memberi persetujuan (Shakila Yacob, 2005: 50).

16.Kejayaan golongan federalis mi merupakan
kejayaan peringkat awal. Kerajaan persekutuan
perlu mengatasi beberapa masalah di peringkat
kebangsaan seperti had kuasa persekutuan dan
pada masa yang sama perlu memelihara hak rakyat
dan kedaulatan negeri-negeri.

17.Beberapa pindaan telah dibuat. Antaranya
memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan
dalam membuat keputusan dalam hal mata wang,
mengisytiharkan peperangan, mengenakan cukai,
meggubal undang-undang berkaitan bidang
kehakiman, dan menguasai bidang perdagangan.

18. Perlembagaan Amerika Syarikat telah
menggariskan secara terperinci badan-badan yang
memerintah Amerika Syarikat. Keadaan mi
dilakukan supaya terdapat satu sistem timbang tara
sebagai perlindungan unsur-unsur authoritarian
dan radikal.

19.Presiden boleh membatalkan undang-undang dengan
menggunakan kuasa veto dan boleh mengawasi kongres.
Kongres pula melalui dua pertiga undi di kedua-dua
Dewan Senat dan Dewan Perwakilan boleh mengatasi
kuasa veto Presiden. Oleh itu, apabila menggubal
undangundang, satu pihak boleh mengawasi pihak yang
lain.

20.Oleh kerana kerajaan persekutuan diberi kuasa yang
lebih luas, rakyatnya juga tidak menentang kerana
kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik dan
kuasa yang berkaitan dasar luar, dan perdagangan yang
diberikan kepada kerajaan persekutuan menjadikan
Amerika syarikat sebuah negara yang berjaya mengawal
kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.

You might also like