Dato' Onn Jaafar1

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Ester Revecca Robertson

2 Ayyasy (13072)
Homeroom Ghafur
Puan Fadzilah
Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru.
Keluarga Dato Onn Jaafar merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor
semenjak lewat abad ke-19.
Ayahanda beliau, Allahyarham Dato Jaafar Haji Mohamed (1838-1919) merupakan Menteri
Besar Johor yang pertana dan juga pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor. Berbangsa
Melayu dari keturunan Bugis dan berasal dari Daik. Dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura
dan mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu dan Inggeris. Berketurunan Bendahara
Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka.
Ibu Dato Onn Jaafar, Hanim Rogayah. Seorang wanita Timor Dekat, berketurunan Turki,
mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan
Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak kecil lagi dan merupakan anak
angkat sultan.
Melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku
Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad












Dato Onn Jaafar ialah pengasas dan PresidenPertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu(UMNO). Beliau dilantik sebagaiMenteri BesarJohorpada1
Oktober1946tetapi tiga tahunkemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan
perhatiannya kepada. Dato Onn bekerja sebagaiwartawanpada tahun1930ketika
berumur 35 tahun dan padatahun 1934, beliau menjadi pengarang Lembaga
Malaya dan Harian Lembaga. Di sampingitu, beliau juga pernah menjadi ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn
Jaafar menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua
kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah
diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata
sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh
orang-orang Melayu di Semenanjung. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah
memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah
pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa
kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun
Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta
Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera
Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda
berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.

Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam
pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana
membantah dasar-dasar jajahan.

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun
di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri
Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang
Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak
istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu.
Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang
Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor
Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam
gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai
presiden pertama.


Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga
tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan
masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO
berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan
Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-
raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta
memberi hak istimewa Melayu.

Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap
sebagai dasar-dasar perkauman UMNO serta mencadangkan
bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah
Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi
"Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh
sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai
presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung
Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.

Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat
sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau
meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan
bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan
Tanah Melayu pada tahun 1955.


Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam
satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang
Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat
sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya
itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan
tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu
kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan
Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein,
dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun
Hussein Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962
dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

You might also like