Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

AKTA ORANG

KURANG
UPAYA 2008
DEFINISI ORANG KURANG UPAYA
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008,
OKU termasuk mereka yang mempunyai
kekurangan jangka panjang fizikal, mental,
intelektual atau deria yang apabila berinteraksi
dengan pelbagai halangan, boleh menyekat
penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam
masyarakat.

Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara )
pada 24 Disember 2007 .

Diwartakan pada 24 Januari 2008

Dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.

Akta ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar
konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada
konsep right-based.

TUJUAN AKTA OKU
Akta ini membolehkan OKU mempunyai
hak penyamaan peluang dan penyertaan
penuh dalam masyarakat setara dengan
ahli masyarakat yang lain.

Akta ini memperuntukan perihal berkaitan
pendaftaran, perlindungan, pemulihan,
pembangunan dan kesejahteraan OKU.
PENGGALAKAN DAN PEMBANGUNAN
KUALITI HIDUP DAB KESEJAHTERAAN
ORANG KURANG UPAYA (BAHAGIAN 4)
Bab 1 tertumpu kepada kenyataan mengenai kebolehaksesan yang
diberikan kepada golongan orang kurang upaya.. Antaranya ialah

Seksyen 26 : Akses kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan
pembangunan awam.

Seksyen 27: Akses kepada kemudahan pengangkutan awam

Seksyen 28: Akses kepada pendidikan
AKSES KEPADA PENDIDIKAN
OKU tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan
umum.

Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah
menyediakan kemudahan yang sesuai dengan keperluan
OKU.

Mengambil langkah yang sesuai membolehkan OKU
mempelajari keperluan hidup dan pembangunan sosial.
HAK PENDIDIKAN YANG SAMA RATA:
Kanak-kanak dengan keperluan khas
ditempatkan di dalam bilik darjah biasa

Peluang pembelajaran yang bermakna
dalam sistem persekolahan biasa

Sokongan khas bagi setiap pelajar

Peluang untuk menyuarakan keperluan
mereka dalam persekitaran pembelajaran
PENDAFTARAN OKU
Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
dibuat secara sukarela di seluruh negara.

Agensi yang terlibat dalam pendaftaran
adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di
Pejabat Kebajikan Masyarakat
Daerah/Jajahan/Bahagian.





Mengapa OKU digalakkan mendaftar dengan JKM?

Sebab utama adalah seperti berikut:

kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di
negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program
pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan.

Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program
latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.

Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang
bertepatan dengan OKU.
Supaya kerajaan dapat mengenal pasti OKU mengikut
jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri
bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.

Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-
kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan.

Supaya OKU mendapat maklumat program-program
latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan
kurang upaya.

Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan menyediakan peluang
pendidikan sama rata kepada murid berkeperluan khas

Nyatakan kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan

Mengapa OKU digalakkan berdaftar dengan JKM?

Berikan langkah yang perlu diambil untuk menangani murid berkeperluan
khas/oku yang diabaikan.

You might also like